Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

PESANAN IMAM SYAFI'I

$
0
0
Assalamualaikum..



PESAN IMAM SYAFI'I

1. "Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan" (Imam Syafi'i)

2. "Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu" (Imam Syafi'i)

3. "Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia" (Imam Syafi'i)

4. "Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran" (Imam Syafi'i)

5. "Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat" (Imam Syafi'i)

6. "Siapa yang menasehatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasehatimu. Siapa yang menasehatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu" (Imam Syafi'i)

7. "Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun" (Imam Syafi'i)

8. "Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu" (Imam Syafi'i)

9. "Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah artinya aku tidak mempunyai jawaban, tetapi tidak pantas bagi singa meladeni anjing" (Imam Syafi'i)

10. "Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga). 1. Dermawan saat yang dimiliki sedikit. 2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa. 3. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti" (Imam Syafi'i)

11. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemeralatannya, sehingga orang lain menyangka bahwa dia berkecukupan karena dia tidak pernah meminta" (Imam Syafi'i)

12. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahwa ia merasa ridha" (Imam Syafi'i)

13. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahwa ia selalu senang" (Imam Syafi'i)

14. "Apabila engkau memiliki seorang sahabat yg membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Karena mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang muda" (Imam Syafi'i)

15. Pesan Imam Syafi'i. 
Nanti di akhir zaman akan banyak ulama yang membingungkan umat, sehingga umat bingung mana ulama warosatul anbiya & mana ulama suu' yang menyesatkan.

16. Pesan Imam Syafi'i:
"Carilah ulama yang dibenci oleh orang2 kafir & munafik, dan jadikanlah dia ulama yang membimbingmu & jauhi ulama yg dekat dengan orang2 kafir & munafik, karena dia akan menyesatkanmu & menjauhkanmu dari keridhoan Allah SWT".

💖💖 IMAM SYAFI'I 💖💖

SCAMMER : 016-6526541

$
0
0
Assalamualaikum

Kembali dengan scammer jualan secara online. Jual pokok pun nak menipu..berikut adalah kronologi dari mangsa.



Detail scammer:
FB: Wan TanganHijau
No.Hp: 016-652 6541
No.Akaun : 7611211163 CIMB atas nama Hanizan Hashim









Ini adalah laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa.

SCAMMER ADIDAS

$
0
0
Assalamualaikum

Baru-baru ini aku ada terima mesej di aplikasi Whatsapp kononnya Adidas sedang menyambut ulangtahun dan ditawarkan hadiah barangan Adidas dengan percuma. 



Penerima mesej akan diminta klik ke link yang diberi dan dihala ke website scam. Kepada yang percaya dengan tawaran ni, mangsa akan diminta klik CONTINUE  dan akhirnya tertipu ribuan ringgit.

Website scam

Aku ahli Adidas dan sentiasa buka website untuk tengok kalau-kalau ada sale menarik. Adidas susah sangat nak bagi diskaun gila-gila apalagi nak bagi benda free..memang tak la..birthday aku pun dia bagi voucher aje. Itupun 20% je..so jangan tertipu dengan benda free..maklumla manusia ni..dengar free je terus rambang mata..jadi buta.

Hati-hati lah ye..jangan klik sebarangan bila terima mesej yang macam tu.

RAATCHASI : PERJUANGAN SEORANG GURU

$
0
0
Assalamualaikum

Jarang aku bercerita pasal filem Tamil. Ntah kenapa kali ni..aku tertengok 1 filem Tamil. Aku sebenarnya bukanlah peminat filem Tamil ni,tapi tak tahu kenapa, hati sangat tertarik dengan filem berjudul Raatchasi.


Filem ni mula ditayangkan di India pada 5 Julai 2019. Tiada hero hensem, tiada tembak menembak, tiada pertarungan melambung-lambung kelangit antara penjenayah dengan polis.

Filem ini mengisahkan seorang Guru Besar yang ditempatkan di sebuah sekolah pendalaman. Sekolah yang mempunyai rekod yang sangat buruk. Namun kehadiran Guru Besar ini telah mengubah segalanya.

Saksikan sebahagian filem Raatchasi

Yang bagusnya,isu dalam filem ini adalah isu masyarakat, penyelewengan, kasih sayang dan terselit aksi humor yang sangat mengelikan hati. Ada juga babak sedih dan mampu mengalirkan airmata. Perjalanan cerita ni sangat tidak membosankan. Penonton tertunggu-tunggu plot seterusnya. 

Pada aku, filem ni bagus ditayangkan sempena Hari Guru. Dan sekarang juga sudah ditayangkan di Astro 241, jam 9 malam. Aku harap korang pun boleh cuba menonton filem ini..yang aku ratingkan 9.5/10.. Terbaik!!

SOKONGLAH MUSLIM PRODUCT

$
0
0
Assalamualaikum

Perkongsian bagi menyokong perniagaan saudara seagama. Mencari yang halal itu fardhu.. tapi di dalam halal, perlunya thoiyiban.. iaitu bersih. Halal tidak memadai tanpa kebersihan.

Berikut adalah keluaran muslim. Harap sama-sama kita sokong walaupun harga lebih mahal dari yang bukan keluaran muslim.


Antara jenama keluaran syarikat muslim.


*NO 1..TUKAR JENAMA BERAS ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*
1.keluaran JUARA
2.keluaran FAIZA
3.keluaran ERA BAYAM
{NAGASARI RECOMMENDED}
4.FIKRI/FAIZ RICE

*NO 2..TUKAR JENAMA MINYAK MASAK ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*
1.LESONG
2.HAFEEZ
3.ALIF
4.SAJI
5.OLIFE
6.ADELA
7.apa2 jenama yg berlogo FGV {produk felda}.
8.DE'IBU {kop. FELCRA}
9.SYED

*NO 3.. TUKARKAN BOTOL KICAP & SOS ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*
1.JALEN
2.KIPAS UDANG
3.FAIZA
4.TAMIN
5.AGROMAS
6.MUDIM
7.ALIF
8. ADABI
9.ENAQ
10. HPA
11.FIKRI
12.TAYBAH

*NO 4..TUKAR JENAMA GULA PASIR ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*
1.CSR {WARNA MERAH} 
2.GPT
3.GULA PERLIS 

*NO 5..TUKAR JENAMA SUSU PEKAT & CAIR ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*
1.ALIF
2.SAJI
3.KRIMER 1 MALAYSIA
4.COOP 1 MALAYSIA

*NO 6..TUKAR JENAMA BIHUN ANDA..  Ke JENAMA MUSLIM ini👇🏽*
1.FAIZA
2.SUFI
3.TAMIM
4.FIKRI
5.NORANIS
6.AWEEN
7.TIGA TERATAI
8.JUARA SELERA
9.TAYBAH

*NO 7... .TUKAR JENAMA TIN SARDIN ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*

1. King Cup
2. Pertima
3. Agromas (Fama)
4. HPA
5. Classfoods Sardin/Mackerel
6. Adabi
7.CHE' DIN

 *NO 8...TUKARKAN UBAT GIGI ANDA KE Jenama MUSLIM 👇🏽INI*

1.OLIVE HOUSE
2.TAYBAH
3.HALAL GEL
4.HPA
5.TIINERGY
6.AL MESWAK MUK'MIN
7.NAJWA

*NO 9...TUKARKAN  SYAMPU ANDA KE jenama MUSLIM 👇🏽ini*

*SYAMPU*
1.Shampoo Santan Myhome Lab
2.Shampu Nutri-M
3.Shampu Beluru HERBICS
4.Ih's Baby Product
5.Syampu SUCHI
6.Syampu Nurraysa
7.Syampu Secret Garden
8.D'herb

*NO 10 TUKARKAN JENAMA BISKUT & ROTI ANDA KE Jenama MUSLIM ini👇🏽*

1.biskut Royale Danish
2.biskut Beescuit
3.Biskut Baba Amin HPA RADIX
4.Biskut Agromas
5.ROTI&BISKUT LEKIR
5.ROTI GARDENIA
6.ROTI IKHWAN

*NO 11 TUKARKAN JENAMA TEPUNG GANDUM KE jenama MUSLIM ini 👇*

1.T.GANDUM FAIZA
2.T.GANDUM BIDARA
3.T.GANDUM HPA
4.T.GANDUM AGROMAS
5.T.GANDUM ADABI
6.T.GANDUM FIKRI

*NO 12 TUKARKAN JENAMA BERUS GIGI ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1.HPA
2.HALAGEL
3.NAJWA

*NO 13 TUKARKAN REMPAH MASAK ANDA ke JENAMA MUSLIM ini 👇*

1. ADABI
2.BRAHIMs
3.AGROMAS
4.FAEZA
5.IMANS
6.RASA BONDA
7.CAP BUNGA ROS
8.AN NUR
9.TOK MA
10.BESTA
11. MAK SITI

*NO 14 TUKARKAN GARAM ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1. HALAGEL hpa
2.TAMIN
3.ADABI
4.FAIZA
5.COOP 1 MALAYSIA
6.NEVGEL
7.HIMALAYA SANDORA
8.GU AVA 593
9.SYUKRAN

*NO 15 TUKARKAN KOPI ANDA  jenama MUSLIM ini 👇*

1. HANG TUAH
2.GANTANG
3.AGROMAS
4.ARSHAD
5. CHE NAH
6.RADIX
7. E MAN
8. LONGJACK ORG KAMPUNG
9. COFFEMAS
10.KASYAF CAFE
11.KOPI RUSA {WARISAN HJ NGAH} 

*NO 16 :JOM TUKAR AIR MINERAL ANDA KE jenama MUSLIM INI👇🏽* 

DAHAGA??JOM CARI
*AIR MINERAL BUMIPUTRA*
1.GAU
2.EDEN
3.FAIZA
4.OVEUN
5.AKIYA (trg)
6.deVIDA
7.HAFI
8.UMMAH
9.BUBBLES
10.AINUR
11.ALLA FONTE
12.MYDIN
13.GANU
14.AL KAUSAR
15.TASNIM

*NO 17 :JOM TUKAR JEM & MARJERIN SERTA SEKAYA ANDA KE jenama MUSLIM INI👇🏽* 

1.JEM MUNG
2.AGROMAS SERIKAYA
3.ADELA MARJERIN
4.SERI PELANGI MARJERINE
5.SUN BEAR MENTEGA KCG
6.MARINA MARJERIN
7.GARDENIA SERIKAYA

*NO 18 :JOM TUKAR CUKA BUATAN ANDA KE jenama MUSLIM INI👇🏽* 

1.B. G. E
2.RESTU
3.NR'S FAMILY ENTERPRISE
4.AL HIKAM
5.MUDIM

*NO 19 TUKARKAN PRODUK FROZEN ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1. RAMLY
2. ENNA{jejari ikan} 
3. AYAMAS
4. AZMY{bebola daging} 
5. IWANI{spring roll pastry} 
6.EENAKI{begedel} 
7.MURTABAK RAJA{raja ziarah} 
8.ZOUL PIZZA

*NO 20 TUKARKAN  SABUN  ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1.PROFEZ
2.ENVEE
3.BIO SINAR {HALAL MART}
4.JASMINE 7
5.HANNA

*NO 21 TUKARKAN  PENCUCI PINGGAN ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1. AZ ZAIN
2. NUR BALQIS
3.TAYBAH 

*NO 22 TUKARKAN  SANTAN ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1. Adabi
2. Agromas 
3. Crystal
4. Khalis santan sawit

**senarai ini akan sentiasa dikemaskini untuk kemudahan semua.




BANTULAH BISNES KECILNYA

$
0
0
Assalamualaikum

Harap semua yang ke Pantai Murni,Yan Kedah, dan terlihat insan istimewa ini, bantulah dia. Dia tak meminta sedekah tapi menjual minyak urut untuk kelangsungan hidup.

Perkongsian ini mula viral di FB. Lelaki ini berasal dari Kg.Naga,Jitra, menumpang jiran untuk berniaga. Kepada penguatkuasa,tolong jangan halang dia mencari rezeki. Banyak lagi kerja lain yang anda boleh buat untuk menegakkan undang-undang di daerah Yan dari menyekat rezeki insan istimewa ini.







Bantulah dia..seikhlas hati dengan membeli jualannya. 


SCAMMER : 018-8728254

$
0
0
Assalamualaikum

Ini kisah benar yang berlaku pada anak buah aku di pejabat. Pagi-pagi buta dia dah terima panggilan dari scammer..kononnya dia tu polis nak bagitau yang anak buah aku ni ada kesalahan melanggar orang sampai mati di Seri Kembangan.


Cepat-cepat dia bawak telefon sebelah aku dan buat loud-speaker. Dan aku pulak,cepat-cepat call IPD Kota Setar. Kopral wanita yang jawab panggilan aku. Aku cerita serba ringkas kat kopral tu. Dan aku minta anak buah aku melayan je scammer. Dan kemudian aku letakkan handphone aku dekat demgan handphone anak buah aku..biar dia cakap dengan polis yang betul.

Detail scammer : 
Nama Samaran : Kopral Fakrul
No.Hp : 018-8728254


Sayangnya tengah kopral tadi bercakap..boleh pulak putus ..aku pulak yang take over menyamar jadi polis balik. Last-last scammer tadi terus letak phone. Aku cuba nak up kan video disini tapi disebabkan failnya terlalu besar,maka tak dapatlah aku kongsikan rakaman tersebut.

Apapun, hati-hati semua. Penyamun dimana sahaja. 



CITYLINK HAPRAK!

$
0
0
Assalamualaikum.

Ini cerita minggu lepas. Aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi. Kisahnya,aku nak surprise kan mak aku dengan hadiah sebuah freezer. Cari punya cari, aku jumpa di Shopee dengan harga yang sangat berbaloi.

Sebelum beli,aku check dengan detail yang ada dicatat di barang tu..katanya penghantaran guna Gdex.Oklah kalau Gdex sebab 3tahun lepas aku beli 3biji aircond di Lazada, Gdex hantar ok.Cantik. 

Sebelum dari tu, aku tolong kakak aku belikan basikal. Citylink Sg.Petani hantar. Dah lama beli baru nak kayuh..tengok-tengok sampai bengkok roda. Baru dia ingat masa Citylink hantar, diorang hempas kotak yang berisi part-part basikal tu.

Ok,berbalik kepada cerita freezer tadi. Seller tu dari Kelantan. Aku tertunggu-tunggu status delivery di Shopee tu dikemaskini.Tapi tak..hairan jugak. 


Order : 15.08.2019
Tracking No. update : 17.08.2019

Aku check dengan Gdex,nombor tracking tak wujud. Aduh.. aku chat tanya di Shopee Chat..tak berjawab.


Tiba-tiba kakak aku dikampung wassap bagitau barang sampai petang semalam. Pulak!!. Pagi ni baru buka tapi dah berkecai. 

Kakak aku cakap,yang hantar tu Citylink..aku pulak cakaplah,kat Shopee tulis,guna Gdex. Aku pun pm FB Gdex untuk tanya.. admin dia cakap nombor tracking tu bukan Gdex punya dan suruh aku tanya Citylink.

Aku pun pm Citylink.....
Bersambung



CITYLINK HAPRAK! -PART 2

$
0
0
Assalamualaikum

Kisah ni panjang. Sebab tu aku buat part by part. Ok..balik kepada cerita semalam. Aku terus pm Citylink. Panjang lebar jugak aku membebel kat situ. Mesej aku dengan seller shopee belum berbalas. Lagilah aku panas.






Tengoklah..hasil kerja staf Citylink.
Sakitnya hati aku.


Aku bukan nak ajak boikot.Tapi korang tengoklah sendiri. Ini bukan kali pertama,haritu basikal kakak aku. Akhirnya seller jawab jugak chat aku.

Dan seller pun bagi pilihan untuk aku,samada...

Bersambung esok.


CITYLINK HAKPRAK! -PART 3

$
0
0
Assalamualaikum..

Sambung semalam.. seller bagi pilihan samada, terima barang dan dapat sedikit kos ganti rugi RM100-RM150 atau pulangkan dan terima ganti atau,pulangkan dan dapat refund.

Aku pilih..pulangkan dan dapat refund. Tak sanggup aku..kalau guna Citylink lagi..rosak lagi..return lagi..replace..rosak lagi..bila cerita nak selesai?




Dan seller pun setuju untuk refund duit aku. Semua ni ambik masa 1 minggu lebih untuk selesai. Tapi untuk terima refund kos pos dan harga barang ambil masa 7hari hingga 14hari bekerja.

Aku pun pulangkan barang dengan menggunakan Gdex dengan kos RM180. Tak apalah sebab kos ini Shopee dah janji akan refund .



Kepada Citylink Sungai Petani.. terutama kepada para pekerja sekalian..apa perasaan hangpa kalau barang hangpa hancur berkecai macamni? Bila kerja langsung tak ada perasaan ikhlas dihati,tak amanah.. loqlaq..inilah jadi. Kalau tak suka dengan kerja hantar barang,elok berhenti jangan buat naya kat orang yang tak ada salah dengan hangpa. Kesimpulan yang aku boleh discribe hangpa..hangpa ni celaka!.

Aku nak surprise mak.. last-last aku yang surprise. Yang jadi mangsa..seller lah.  Kalau dia guna Gdex,tak adalah jadi macamni. Tak pasal-pasal barang orang lingkup. Ini kisah aku..banyak lagi kisah orang lain.Korang google lah sendiri kalau nak tahu. 

Akhir kalam..Jahanam punya Citylink!

SOKONG PRODUK MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum

Sempena Jumaat yang mulia, marilah kita bersama-sama bantu saudara seagama,tidak kira apa jua bangsa kita, tetapi atas nama Allah.. sama-sama kita sokong produk keluaran Muslim.

*CARA SAHUT SERUAN KEMPEN SOKONG PRODUK MUSLIM*

Mulakan langkah berikut:

1. Kunjungi kedai pemilik muslim. Kita tahu mungkin tidak lengkap tetapi tekadkan diri, beli produk asas terlebih dahulu.

2. Beli 4 produk asas daripada syarikat Muslim: BERAS / MINYAK / TEPUNG / GULA

3. Selepas itu, beransur kepada produk harian lain seperti Sos, Kicap, garam, ubat gigi, sabun, pencuci, dan lain-lain.

4. Maklum kepada pemilik kedai agar lengkapkan lagi barangan muslim sahaja dalam kedai mereka dan berikan kata-kata sokongan kepada pemilik kedai.

5. Niat membeli kerana الله dan untuk ummah.

Mencari yang halal itu fardhu..tapi halal sahaja tidak mencukupi jika tidak toiyyiban yakni bersih. Tanpa bersuci,mandi hadas, memulakan sesuatu dengan kalimat basmallah..manakan datang bersihnya. Oleh itu  belilah produk buatan Muslim. Halal dan Toiyyiban.

Sudah terdapat hampir 100% barang keperluan harian yang dikeluarkan oleh masyarakat Muslim,maka apa lagi alasan kita untuk mengelakkan yang syubhah. Biarlah sedikit mahal, tidak mengapa asalkan makanan yang menjadi darah daging kita adalah dari sumber yang halal dan bersih.

Berniatlah..nawaitu lillahi Taala.

P/S : Dengan ini aku membuka ruang kepada pengusaha muslim diluar sana yang ingin mengiklankan dan mempromosi produk keluarkan masing-masing di blog imi. Sila tinggalkan nombor telefon dikomen dan aku akan hubungi korang kemudian.


MERDEKA!!!

$
0
0

MERDEKA...
MERDEKA kah kita jika kita masih dibelenggu penjajah?
Penjajah kini adalah penjajah tanpa bom dan senjata.
Penjajah kini adalah penjajah ekonomi dan minda.
Penjajah kini menggunakan tinta dan pena.
Penjajah kini adalah dikalangan kita.

Renung dan fikirkan.. 
Dimana silap kita!
Adakah kita sudah lupa!

TRAVELOKA SALEBRATION ATAU MATTA FAIR??

$
0
0
Assalamualaikum.

Aku tengah fikir..terasa macam ada 1 keberanian dalam diri datang tiba-tiba untuk travel solo sebab bff aku dah tak boleh travel lagi lepas ni. Lagipun, sebelum-sebelum ni,bila nak travel aku yang google info,buat itenary, booking itu ini.. rasanya tak ada masalah kot kalau kali ni aku gerak solo je.

Terlintas dalam fikiran,teringin nak melangkah kaki ke Jepun. Jepun merupakan salah 1 negara yang paling selamat untuk travel solo. So, dari asyik tengok drama jepun aje,baik juga kalau aku sendiri pergi. Antara 2tempat yang menjadi pilihan, samada Tokyo atau Kyoto,aku masih berkira-kira mana yang lebih sesuai dengan bajet..lalu terus aku google untuk survey tiket ke Jepun. Manalah tau tiba-tiba ada promotion apa-apa.

Biasanya untuk dapatkan harga tiket yang murah, kena tunggu Matta Fair. Tapi kat Kedah ni,susah sangat ada Matta Fair ni. Seingat akulah..39tahun hidup ni..macam tak pernah ada pun penganjuran di Kedah ni. Paling dekat pun di Penang. Kadang-kadang terlepas juga bila tak dapat info. Apa lagi..aku gunakan kuasa online. Aku cuba cari info bila dan dimana event ni akan diadakan. Aku tengok kat Matta Fair Online Promotions . Ada ruangan drop email kat situ. Bagus juga..aku tinggalkan email kat sana. Harap-harap adalah respon tu dalam masa terdekat ni.

Next..aku cari pulak tiketnya. Macam biasalah,tiap kali nak cari tiket aku akan ke web Traveloka. Mudah betul nak cari tiket di situ. Jalau korang tak percaya,cuba korang tengok link Traveloka Promo Flights ni. Yang bagusnya,kita boleh pilih penerbangan apa yang kita nak dan bandingkan harga. 

Klik-klik...Laaa.. tak sangka memang betul ada promosi. Langkah kanan betul aku harini. Traveloka tengah on 1 kempen baru. Kempen  Traveloka Sale-abration. Kalau korang nak tahu, kempen ni bermula dari 26 Ogos 2019 hingga 27 September 2019 ni. 


Bestnya..siap ada kupon diskaun lagi tu. Kalau beli direct dengan web syarikat penerbangan pun,susah nak dapat kupon macamni. Selain dari tu, diskaun untuk penerbangan domestik sehingga RM60 dan untuk penerbangan antarabangsa sehingga RM120. Banyak tu,sape nak bagi kan? ..mana nak dapat kat tempat lain. Memang tak la. Ada juga diskaun  untuk hotel, airport transfer dan Xperience. Elok korang tengok sendiri apa yang ditawarkan di link yang aku bagi kat atas tu. 

Boleh je beli tiket tu dulu, tarikh travel tu bila-bila masa aje ikut koranglah bila nak korang nak fly, korang boleh pilih. Semangat pulak aku nak ke Jepun..kalau dapat pergi musim luruh alangkah bestnya. Baru nak tengok tiket aje,otak aku dah sampai ke Jepun,badan je ada kat sini. Inilah susahnya bila dah jadi kaki backpakers. Pantang ada masa,kira nak berjalan aje. Kena pulak Traveloka dok melambai-lambai je aku dengan promosi macamni. Dengan diskaun yang ditawarkan betul-betul menduga iman.haih... buat aku tidur tak lena.

Apalagi korang? Tak rasa ke nak bercuti kemana-mana atau ada yang nak join aku travel kali ni?? Kalau nak join boleh aje. Itu aje untuk hari ni. Aku nak ushar-ushar tiket jab. Lambat-lambat nanti terlepas pulak. Mana tau kalau nasib baik,dapat tiket pada tarikh yang cun. Travel solo pun solo lah..asalkan sampai dah la. Ok

Adeuss!!!






MY BARIATRIC JOURNEY : 1ST APPOINMENT

$
0
0
Assalamualaikum.

Ini cerita 1st appoinment di HRPB Ipoh pada 29.08.2019. Kebetulan pada tarikh ulangtahun perkahwinan aku.

Kami bertolak pukul 6.35pagi seusai subuh. Perjalanan lancar dan tiba di HRPB pukul 10.20..kiranya hampir 4jam perjalanan. Ujian pertama setibanya di sana adalah parking! Allahuakbar.. berpusing-pusing dengan jarak 1 pusingan hampir 2km.. 5kali pusing. Campur masa menunggu kalau-kalau ada kereta yang keluar parking.. akhirnya pukul 12.10tengahari baru dapat..itupun parking lot disebelah luar kawasan masjid. Parking yang dikhaskan untuk pengunjung hospital. Bayangkan.. 2 jam lebih masa terbuang untuk cari parking dengan jalan sehala.

Menapak jauh juga nak ke bangunan rawatan harian. Pukul 12.15 aku masuk ke bangunan rawatan harian dan menunggu. Tak tahu lokasi Klinik Bariatrik,aku bertanyakan dengan staf dikaunter depan.



Aku masuk ke ruangan di klinik tersebut dan diberitahu datang semula pukul 2. Yelah..masa tu dah time rehat. Suami ambil masa untuk lelap seketika dan solat. Pukul 2 aku kembali ke klinik dan pesakit mula tiba. Sampailah jam 2.30 ada nurse yang keluar dan bagitahu,semua pesakit kena daftar dulu di tingkat 2 dan sebelum itu diberi nombor ..malangnya aku yang sampai paling awal, dapat nombor 9..panas je hati..

Cepat-cepat aku naik ke tingkat 2, dan ke kaunter pendaftaran (sebelah kiri dari lif). Aku tunjukkan GL dan petugas tu berikan aku kad klinik.


Dah selesai daftar,turun balik ke klinik di ground floor. Dan menunggulah untuk jumpa doktor. Pukul 4.30petang barulah nama dipanggil. Biasalah, 1st appoinment ni, kena soal itu ini.. dekat 20minit juga.  Aku minta sangat untuk percepatkan surgery sebab aku dah kesuntukan masa untuk buat ivf. Yelah, lepas surgery ni,at least perlukan masa untuk sembuh dan berat turun dalam tempoh 6-7 bulan . Dah turun berat barulah aku boleh balik ke O&G semula. Dan untuk buat ivf kurang-kurang 7-8bulan lagi..berapa agaknya umur masa tu. Takkan nak mengandung umur 41? Berapa percent peluang aku?? Aku stuck kat situ. Siapa yang boleh bantu aku percepatkan surgery ni.

Doktor yang ambik kes aku ni cakap, dia cuba explainkan kat pakar lepas ni. So, tak tahulah aku apa nak jadi. Apa yang dia boleh bantu aku untuk percepatkan surgery. Lepas selesai interview dengan doktor tu, tunggu pulak untuk jumpa dietitian. 

Part ni aku sedih. Aku tau, dietitian tu ingat aku ni bohong dia. Muka dia pun aku dah nampak macam tak percaya bila aku cakap, aku tak minum manis,kurang makan benda merapu. Breakfast aku biasanya sepotong buah betik yang aku beli di kantin ofis. Hari-hari betik je aku telan waktu pagi. Pukul 10 atau 11 barulah aku makan nasi. Nasi aku wajib ada sayur. Berapa senduk sangatlah nasi aku nak ceduk kalau beli tapau. Bekas tapau tu besar mana sangat. 

Dan lepas makan nasi tu,aku memang tak makan apa-apa sampailah balik rumah. Kat rumah biasalah masak nasi dan lauk untuk suami. Kalau makan pun..mungkin adalah sekali dalam seminggu tapi bukan rutin. Makan pun bukan nasi,mee atau yang berat. Aku akan makan sebelum pukul 7. Dan tiada juga istilah supper. Melainkan aku minum air kosong sebelum tidur. Itulah rutin makan aku. Tercalar jugak hati ni,bila perasan muka dietitian macam tak berapa percaya bila aku cerita rutin makan aku..dan pada ketika aku bercerita hal rutin makan aku tu,jam ditangan dah hampir pukul 5... aku belum makan tengahari..hanya sarapan nasi lemak pukul 8.30pagi di R&R Gunung Semanggul. Kecikkan hati bila cerita orang tak percaya?

Itulah cabaran jadi orang plussize ni. Bab makan memang orang takkan percaya kalau kau cakap kau tak kuat makan. Bila dah ditanya, aku cerita. Percaya atau tidak terpulanglah. Kalau bukan sebab nak buat operation ni..aku tak pun tak minat nak hadap semua ni.

Ok, sebelum berakhir sessi cerita tapi orang tak berapa nak percaya tu, dietitian ada bagi senarai makan yang aku kena makan sebelum operation.

Dicadangkan minum susu Ensure yang dicampur dengan Nutrenfiber.

Sessi selesai pukul 5. Dan menunggu lagilah aku untuk dapatkan surat rujukan untuk buat test sebelum surgery dan kad appoiment. 

Kad appoiment.. tengok je tarikh di kad ni.. berkecai lagi hati..next appoiment untuk jumpa pakar 12.12.2019..what??? Allahu.. lagi 4 bulan??? Dah tu bila lah operationnya? Harapan untuk buat ivf sebelum umur 40 dah makin kabur.. lebur..

Surat rujukan untuk buat ujian saringan. Tengoklah keadaan, aku akan ke HSB untuk uruskan ujian ni. 

Semua selesai hampir jam 6 petang. Aku beransur pulang ke Alor Setar. Disebabkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan aku, aku ajak suami singgah di Penang. Panjang sungguh perjalanan hari ni. Sampai di Padang Kota pukul 8.30mlm..barulah aku menjamah nasi.

Nantikan catatan perjalanan bariatrik aku yang seterusnya.


HARVEST HEALTH PENIAGA SHOPEE YANG SOMBONG!

$
0
0
Assalamualaikum

Ini cerita pasla 1 seller kat Shoppe yang sombong gilababi. Babi pun takde sombong macam dia. 

Disebabkan dietitian minta aku ambil beberapa suplement, maka aku nak beli di shopee. Sebelum tu aku mesti buat perbandingan harga. Itu hak kita sebagai pengguna. 

Aku terjumpa 1 seller ni. Harga Nutren Fiber dia ok,sesuai bajet dan aku masukkan ke cart. Dah alang-alang nak beli Nutren Fiber kat dia,aku ingat baik juga aku beli 1 lagi supplement yang dietitian suruh makan.. Ensure Gold. 

Tapi harga Ensure Gold kat dia agak mahal dan aku ada jumpa yang lebih murah dari dia. Aku cuba buat tawaran harga sebagaimana yang ada diruangan chat shopee sendiri. Dah ada kemudahan so? Wajiblah kita guna. Manalah tau kot-kot dia boleh bagi less sikit sebab aku nak beli banyak. 4tin. 


Dia jual 4tin dengan harga RM137 sedangkan aku ada jumpa yang jual 1tin dengan harga RM30.99.Kalau beli 4 tin baru RM124. Aku buat tawaran..dia tolak..ok..aku try lagi minta RM130..kurang RM7 dari harga dia..dia tolak.

Ok..tak apalah dah dia tolak. Lepas tu aku nak proceed dengan Nutren Fiber yang aku dah masuk cart..alamat,voucher free postage habis pulak. So aku kena tunggu 1hb untuk dapat voucher baru. Bila dah masuk 1 hb, aku nak bayarlah..tengok-tengok.. gambar Nutren Fiber tu dah blur..biasanya kalau gambar blur tu,stok habis.. aku pun chat la nak tanya,memang dah habis ke macammana sebab tak de pulak tulis sold out ke apa.

Sekali dia block aku! Biadap gila seller ni! So,nampak tak?? Bila hak kita sebagai pengguna sebagai customer telah dinafikan. Dia ingat aku nak main-main? Salah ke kita sebagai pembeli menggunakan hak kita untuk tawar menawar sedangkan pihak Shopee sendiri menyediakan button MEMBUAT TAWARAN!

Sebelum aku masukkan barang ke cart pun,aku dah follow dia sebagai tanda aku berminat nak beli. Bila aku cakap seller bangsa cina ni biadap dengan melayu,nanti aku di chop rasis pulak..sekarang?? Tengok dan nilai sendiri. 
Inilah di seller sombong nak mampus tu. HARVEST HEALTH namanya. Diuruskan oleh sipenyombong Mandy Chong.. aku ok je,boleh je aku beli kat seller lain tapi aku nak up kat sini nak tunjukkan kat korang, aku juga seller tapi aku tak penyombong macam diorang ni. Tak de hal tak boleh kat kau,cuma kau sakit hati kau block aku hanya kerana aku minta buat tawaran. 

Ok..kau dah rugi tak dapat regular customer shopee macam aku. Dipersilakan kalau kau nak check rekod aku shopping dengan shopee, berapa banyak aku beli. Aku nak beli 4tin+4tin pulak tu. Aku tak rugi apa-apa..cuma kau yang bodoh!



MY BARIATRIC JOURNEY : #4 - TEMUJANJI UJIAN SARINGAN

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam, 03.09.2019, aku ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk ambil tarikh bagi ujian saringan sebelum pembedahan sebenar.

Sampai di klinik pakar aku ke kaunter pertanyaan, tunjukkan surat. Staf yang jaga kaunter suruh aku terus ke Bilik 9,Klinik Pembedahan. Pukul 1.50petang aku dah tercegat depan pintu. Pukul 2 lepas rehat barulah masuk ke bilik tu untuk ambil giliran..rupa-rupanya..silap klinik pulak..

Bagusnya doktor India tu,siap cerita apa nak buat,klinik mana nak pergi..siap bagi direction arah mana klinik tu.

Naik pulak aku ketingkat 1, Klinik Sub Pakar. Aku ke kaunter dan diberi nombor.



Tunggulah dalam 1jam, barulah nurse kat kaunter panggil. Aku diberi tarikh untuk ambil darah 24.09.2019..aduh..3minggu lagi..dan tarikh untuk jumpa doktor bagi ujian seterusnya 01.10.2019..adehh...

Harapan untuk buat surgery tahun ni jugak memang dah tak ada harapan... bukan takat kabur..gelap terus. Korang yang banyak RM..ada KWSP tu eloklah terus ke private. Masalahnya untuk bariatric surgery ni, insurans tak cover..sedih betul..kalau tak memang aku terus ke private.

Harapan tinggal harapan........ 



CIK ANUM AMT TERBAIK

$
0
0
Assalamualaikum

Saja harini nak buat entri tanda penghargaan kat sorang Ahli Mesyuarat Tingkap aka AMT aku ni. 

Dah lama kami saling follow mem follow. Tapi aku ni pulak sibuk. Entri pun kadang-kadang autopublish je.  Template blog pun dah berkurun tak tukar. Tahun 2017 lagi lah teruk, 1 entri pun tak ada. Aku memang tak ada masa nak ziarah AMT semua. Sorry lah sangat-sangat.. Dalam ramai-ramai AMT ni..aku sangat terharu dengan sorang AMT ni.. 

Setiap hari,bila aku update entri,wajiblah dia datang ziarah,komen..aduh..terharu pulak rasa.. 

Jutaan terima kasih Cik Anum ..(masa mula kenal /follow masih cik lagi..sekarang dah Puan dah.. hahah) ..terima kasih kerana sudi menjengah blog saya ye. Harapnya 1 hari nanti kita akan bertemu diluar sana. Saya sangat terharu dan sangat menghargai setiap komen yang awak tinggalkan di blog saya. Semoga ukhwah ini kekal sampai akhir hayat..aamin..

Jemput ramai-ramai follow Anum ye.. 

BMF : KACANG DHAL MADU BERHANTU

$
0
0
Assalamualaikum

Hari ni aku nak promote kudap-kudap tersedap. Berhantu sangat. Bahaya makan kudap-kudap ni sebab tak boleh berhenti. Sedar-sedar habis 1 kilo sorang. Takkan lemau atau masuk angin walaupun letak kat luar. 

Kacang parpu aka dhal pedas..tersedap penah aku makan. 1pek 500g.

Ada juga kacang shantong

Stok untuk diedar 1 Alor Setar.

Harga Promosi sehingga December 2019!!!
✔️Kacang Dhal Madu- Rm18 per kg(tidak termasuk harga pos)
✔️Kacang Shantung- Rm 28 per kg ( tidak termasuk harga pos)
✔️Minima harga borong 10kg
✔️COD di sekitar : Alor setar & Pendang
✔️Penghantaran di kawasan lain melaui pos
✔️Doorgift majlis kenduri juga boleh disediakan mengikut citarasa masing2.


Contoh doorgift pakej ekonomi 
✔️60g+- 
(Rm 1.50 untuk <300 paket)
(Rm 1.30 untuk <500 paket)
(Rm 1.20 untuk 500 paket ke atas)

Kepada yang berminat untuk jual, makan sendiri atau untuk buat doorgift..

Boleh hubungi talian
http://www.wasap.my/+60125970095

KAPUR BARUS BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK

$
0
0
Assalamualaikum

Pesanan daripada Public Health Malaysia.

[ALERT]

Produk Mengandungi Camphor BUKAN Untuk Kanak Kanak Bawah 2 Tahun.

Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.

Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka. 

Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.  

Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.

Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!


















BOIKOT HARVEST HEALTH !!!

$
0
0
Assalamualaikum

2-3 hari lepas aku ada tulis pasal geram aku kat 1 seller di Shopee tu. Penyombong macam sia.. (huruf last korang tambah sendiri). Nak tau cerita baca ni..  HARVEST HEALTH SELLER PENYOMBONG! ..ok aku memang sarankan korang payah beli dengan penyombong ni.

Bila aku tanya..ingat aku main-main ke? Aku pulak jenis kalau membeli,aku tak beli sikit-sikit. Borong punya sekali beli. 

Nah..tengok! Sekali aku beli..

Kau tak nak untung sikit..langsung kau rugi besar. 

Pengajarannya kat sini..sebagai seller,jangan menyombong dengan customer. Customer tanya..jawab. Costumer mintak diskaun kalau nak bagi..bagi je. Kalau tak nak bagi,cakap sorry,tak boleh. Jangan nak bermusuh dengan customer dengan memblock orang tak tentu pasal. Rezeki kau dari customer. Ni aku tak nak campur bab rasisnya bangsa seller tu. Pantang kat Malaysia ni, bila bangsa dia,buat macam mana pun tak apa..bila bangsa tuan tanah bersuara..kena cop rasis.. rasis atuk dia kerja kuli lombong bijih mat saleh!

Haa.. sampai hari ni aku geram tak habis lagi. Aku juga seller. Macam-macam customer yang beli..yang tak beli..aku layan. Untuk memblock orang memang aku tak buat,kecuali dia dah mula melalut macam scammer.

Ok..semoga cepat melingkuplah mana-mana seller yang penyombong tu.

Viewing all 1113 articles
Browse latest View live