Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

MY BARIATRIC JOURNEY : #1

$
0
0
Assalamualaikum

Moga Allah permudahkan urusan aku untuk hari ini dan hari-hari mendatang. Amin ya robal a'lamin..

Sebenarnya dah lama terlintas difikiran nak cuba turunkan berat badan dengan pembedahan. Tapi, tak ada modal sebab kosnya sangat tinggi. Aku cuba google, FB search malah hingga ke IG pun aku mencari maklumat yang boleh aku gunakan untuk teruskan niat ini. 

Dan aku dapati sangat sukar untuk jumpa info berkaitan prosedur,pengalaman dan yang sewaktu dengannya bagi kes bariatric di Malaysia. Balik-balik keluar muka artis yang dah buat bariatric di hospital private. Boring betul..diorang tak apalah..income tebal-tebal belaka. Gajah pun boleh terbang.

Aku sangka pembedahan bariatric ni hanya dilakukan di hospital swasta yang rata-rata menelan kos antara 20-37ribu.. RIBU..ok.. RIBU.. tersentap sebentar.

Rupa-rupanya boleh juga dibuat di beberapa hospital kerajaan terpilih. Antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh dan  juga di beberapa pusat perubatan Universiti,iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Aku dah cuba survey harga dan kos. HUKM memerlukan kos sehingga 19-24k dan kalau hospital kerajaan lebih kurang 8k.

Untungnya aku penjawat awam.Boleh guna GL dan kos untuk peralatan yang kena dahulukan duit sendiri atau tunggu kelulusan JPA adalah sekitar 6-7k. 

Langkah pertama (dengan bantuan nasihat dari seorang pesakit yang sudi berkongsi maklumat) adalah mendapatkan surat rujukan dari klinik/hospital kerajaan,dan barulah boleh ke langkah seterusnya iaitu berjumpa pakar di hospital yang ada Klinik Bariatric.

Aku juga dah jumpa FB Page untuk rawatan ni. Untuk info lanjut,korang boleh tengok page ini MyBariatrix . Aku cuba pm admin untuk info lanjut. Alhamdulillah,pertanyaan dijawab dan aku tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Untuk maklumat, page ini memperkenalkan aku kepada seorang pakar di HKL iaitu Dato Dr.Tikfu Gee. Kalau yang ada duit,boleh juga guna khidmat beliau di private iaitu di Sunway dan Prince Court. 

Dan harini..aku ada appoinment dengan doktor gynea di Hospital Sultanah Bahiyah,dan aku minta surat rujukan dari beliau.

Agak susah nak dapat surat ni,sebab diorang kalau boleh nak aku jumpa doktor di HSB dulu..check dulu.. itu ini.. aku tau dah,ini semua wajib ambik masa berbulan-bulan sebelum nak sahkan aku kena buat bariatric.. bila nak sudah? Umur makin bertambah. Aku berkeras juga nak ke HKL. Aku nak jumpa pakar disana dengan harapan tahun ini juga dapat buat operation. Aku tak nak buang masa lagi. Masa aku dah suntuk sangat.

Dan mulai harini ini..bermulalah langkah aku untuk mencari kehidupan baru. Akan aku kongsikan setiap detik yang aku lalui dalam perjalanan bariatric aku ini..doakan aku istikhomah dalam mengubah nasib diri.

Hingga berjumpa lagi dicatatan perjalanan bariatric aku yang seterusnya..

Adeusss!!!

MY BARIATRIC JOURNEY : BARIATRIC SURGERY

$
0
0
Assalamualaikum

Harini aku nak berkongsi info mengenai Bariatric Surgery atau pembedahan bariatric. Apa itu Bariatric Surgery? Ini jawapannya.

Bariatric Surgery dalam bahasa mudahnya pembedahan ikat perut. Ini betul-betul ikat perut bukan "ikat perut" seperti simpulan bahasa tahan lapar tu..

Pembedahan ini membantu mereka yang obes,atau berat berlebihan untuk menurunkan berat badan. Selain itu ia mampu mengatasi penyakit diabetes,sakit sendi dan sakit belakang dengan cara mengurangkan saiz perut yang akan menghadkan kuantiti makanan yang dimakan sekaligus mengurangkan penyerapan dan pencernaan makanan. Bahasa mudahnya, makan sikit dah kenyang sebab saiz perut sudah dikecilkan.

Ada 3 jenis pembedahan bariatric yang boleh dilakukan mengikut latarbelakang kesihatan individu iaitu;

1. Sleeve Gastrectomy
Kadar penurunan berat : Sangat cepat
Tempoh dihospital : 3-4 hari
Tempoh pemulihan : Tiada data
Kadar serapan nutrien : Tidak terjejas
Risiko : 17.1% pendarahan atau komplikasi lain


2. Gastric Bypass
Kadar penurunan berat : Sangat cepat
Tempoh dihospital : 2-3hari
Tempoh pemulihan : 18 hari
Kadar serapan nutrien : Terdapat beberapa mineral yang sukar diserap
Risiko : Sederhana


3. Adjustable Gastric Band
Kadar penurunan berat : 55% dalam 5tahun
Tempoh dihospital : Discharge pada hari yang sama
Tempoh pemulihan : 7 hari
Kadar serapan nutrien : Tidak terjejas
Risiko : Rendah

Itu sahaja sedikit info ringkas mengenai Bariatric Surgery. Lain-lain info akan menyusul. 




***pic google, credit to unknown owner

BIADAPNYA SIIBU..

$
0
0
Assalamualaikum

Sekadar nak tanya..apa pendapat korang kepada ibubapa yang jenis macam ini..





AMARAN DARI BANK NEGARA MALAYSIA

$
0
0
Assalamualaikum.

Pesanan khidmat masyarakat.



Advanced Planners Credit Sdn. Bhd., Ourcoin Blockchain Technology Sdn. Bhd., ExpertOption Trading and Key Life Investing Service Sdn. Bhd. are not licensed by BNM to conduct remittance business. Members of public are advised not to deal with these unlicensed operators.
Please refer to BNM website for list of authorised MSB remittance service providers.

BNM tidak mengeluarkan lesen kepada Advanced Planners Credit Sdn. Bhd., Ourcoin Blockchain Technology Sdn. Bhd., Expert Option Trading dan Key Life Investing Service Sdn. Bhd. untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang.  

Orang ramai dinasihati supaya tidak berurus niaga dengan pengendali MSB yang tidak berlesen. 
Sila rujuk laman sesawang BNM untuk senarai pengendali MSB yang dibenarkan.





SCAMMER : 017-4987912

$
0
0
Assalamualaikum

Terus bongkar selagi terdaya. Gunakan gambar orang lain,buat akaun FB palsu dan menipu. Sama saja modus operandinya.









Scammer ALERT!. Ramai dah kn tipu dgn dia ni😠😠. Dia telah guna gambar my adik utk jual Sarung Kusyen. Ingatkan adik/kakak/abg/mak ayah kita. Please, mangsa kebanyakannya MELAYU😭

Biodata Scammer

Please Be Alert!!!

Nama Penuh
Mohaizam Bin Mohamad Daud

No.Hp :017-4987912

No akaun CIMB
76200076928

No phone
0174987219

Fake Account
Aman Seat Iffahh


MY BARIATRIC JOURNEY : #2

$
0
0
Assalamualaikum

Perjalanan bariatrik aku jadi semakin panjang. Tak apa,aku anggap ini ujian.

Ceritanya macamni. Lepas dapat surat rujukan dari HSB,aku pun contactlah pembantu Dato Dr.Tikfu Gee untuk set appoinment. Sekali tu aku dimaklumkan, tarikhnya 11November.. masya Allah! Tepuk dahi aku!

Apa lagi,memikirlah aku altetnatif lain. Jumaat lepas, 2 Ogos, aku cuba call Klinik Bariatrik HKL untuk mencuba nasib. Tapi nasib tak baik, 2 kali call,2 kali tak dapat cakap sebab talian telefon ke klinik tu rosak. 

Fikir lagi cara lain. Aku cuba call Klinik Bariatrik Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh. Alhamdulillah. Panggilan disambut nurse Noraini. Dia siap ambil detail aku dan tetapkan tarikh appoinment pada 29 Ogos 2019 ini..Kata nurse tu,surat rujukan dari mana-mana klinik pun diterima.Alhamdulillah.

Semalam 4 Ogos, aku terus ke Klinik Kesihatan Bandar untuk dapatkan surat rujukan dari situ berpandukan surat rujukan asal dari HSB. Boleh aje aku patah balik ke Klinik O&G HSB..tapi aku malas. Rasa buang masa sangat. 

Alhamdulillah..settle 1 hal. Hujung bulan ni,aku akan ke Ipoh,dan aku akan update catatan perjalanan bariatrik aku nanti. Doakan segalanya dipermudahkan.

SCAMMER : 014-2595068

$
0
0
Assalamualaikum

Mohon berhati-hati. Scammer yang menggunakan gambar kenalan atau orang yang kita kenali. Kali ini,gambar Dr.Zubaidi yang sedang berada di Mekah pun jadi mangsa.








Detail Scammer :
No.Hp: 014-259 5068
No.Akaun : 7625782757 CIMB - TERIESS ANTHONNY MANGKOI
ATAU
512389630697 MAYBANK - BX QUICK TRADE SYSTEM



Selain dari Dr.Zubaidi, scammer juga turut mrnggunskan identiti orang lain..antaranya seperti screenshot dibawah




Hati-hati dan save nombor scammer ni sebagai peringatan.

SCAMMER : 010-2725181

$
0
0
Assalamualaikum.

Entri harini mengenai penipuan barangan kereta. Buat masa ini, ada 2 mangsa yang berani viralkan di FB. Harini aku kongsikan cerita mangsa pertama.

Kisahnya scammer ni menyediakan perkhidmatan baiki bonet. Mangsa dah hantar,tapi hasil kerja sangat teruk dan mangsa minta betulkan semula. Lastly, langsung tak dapat balik bonet tu.



Detail scammer:
Nama : HAFPIS BIN JAMAL
FB :CARBONTECH WORKS
No.Hp : 010-272 5181
No.Akaun : 154129013922 Maybank


Laporan polis telah dibuat


Bukti pembayaran yang telah dilakukan















Kesudahannya..kena block..malang betul!

Esok aku akan kongsikan mangsa yang seterusnya dan seperti biasa entri ini ada dipadam selepas duit mangsa dan barang beliau dipulangkan.






SCAMMER : 010-2725181

$
0
0
Assalamualaikum

Sambung entri semalam. Mangsa seterusnya. Tidak dapat dipastikan mangsa ni buat repot polis atau belum. Apapun, screen shot dibawah ini sudah cukup menjadi bukti.


Nama : HAFPIS BIN JAMAL
FB :CARBONTECH WORKS
No.Hp : 010-272 5181
No.Akaun : 154129013922 Maybank





























Dan..akhirnya mangsa akan di block. 

Aku sangat bersimpati dengan mangsa ni. Kesian betul..bukan sikit duit dia kena kebas. Semoga penipu ni dapat balasan yang setimpal dan entri ini akan di padamkan sebaik sahaja mangsa menerima semula duitnya.

PUASA ARAFAH

$
0
0
Assalamualaikum

Insya Allah lusa kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sebagai perkongsian untuk semua dan sebagai peringatan untuk diri sendiri, maka entri ini ditulis.


Esok marilah kita sama-sama berpuasa sunat Arafah

Lafaz Niat : "Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta'ala"

MY BARIATRIC JOURNEY : PEMBEDAHAN LAPAROSCOPIC

$
0
0
Assalamualaikum

Aku sedang mengumpulkan maklumat dari pembacaan blog-blog dan catatan pesakit yang telah melakukan bariatrik ni. Kebanyakkan info berbahasa Inggeris,dan adalah sedikit dalam BM.

Sebagai persediaan bagi menghadapi pembedahan ni, aku perlukan ilmu mengenainya. Perkara asas sahaja sudah memadai.

Ada yang tertanya-tanya,macam mana pembedahan ni dilakukan. Kena belah perut ke?

Tak, jawapannya hanya ditebuk aje. Beberapa tebukan dengan saiz paling minima aje akan dibuat. Kaedah pembedahan ini dikenali sebagai Laparoscopic.

Biasanya ditebuk 5 lubang, tapi bagi doktor yang pakar,hanya buat 3 lubang sahaja dan selepas pembedahan, lubang tersebut akan ditutup dengan plaster.

Proses pembedahan akan dilakukan melalui lubang-lubang kecil tersebut.

Pesakit biasanya akan dibolehkan (bahkan digalakkan) berjalan perlahan-lahan selepas kesan bius dari pembedahan hilang (biasanya pada waktu malam jika pembedahan dilakukan pada waktu siang)

Jika tiada komplikasi berlaku, biasanya pesakit akan hanya tinggal di hospital selama 2-4 malam dan dibenarkan pulang ke rumah selepas itu.



Aku sikit pun tak rasa takut atau bimbang,mungkin disebabkan aku dah 3 kali masuk bilik bedah maka pengalaman koma sesaat tu aku dah biasa hadapi. Dan aku dah bersedia untuk melalui pembedahan ni dengan semangat yang berapi-rapi. 

Kalau yang takut jarum..tak dapatlah doktor nak tolong..menggemukla sampai mati..rugi kan?

Sebenarnya,hari ini hari lahir aku yang ke 39. Harapan aku agar inilah tahun terakhir aku menyambut hari lahir dengan lemak-lemak tepu yang dah sebati ni.. doakan aku ye..

Adeuss!!

AIDIL ADHA TANPA ABAH

$
0
0
Assalamualaikum

Harini kita menyambut Aidil Adha. Terlalu banyak kenangan yang bermain difikiran aku. Tanpa abah...

Aku akui,aku anak abah. Aku rapat dengan abah. Apa-apa perkara,abah cari aku. Tapi yang selalu lawan bergaduh pun dengan aku jugalah. Aku anak jantan abah.

Dulu,masa aku kecil,tiap kalin raya,tak kira raya puasa atau raya haji,abah akan angkat geng sembelih lembu untuk dijual. Pagi-pagi buta..ketika kami adij beradik tengah nyenyak tidur,abah akan mula sembelih lembu,sekitar jam 2-3pagi. Mak akan kejutkan kami kalau-kalau nak tengok abah sembelih lembu. Akulah yang paling laju lari ikut abah. 

Seusai solat subuh..abah akan berbahagi sesama kawan untuk berjualan. Seronoknya dapat makan daging segar yang kasih bergerak-gerak ototnya.. kini semuanya tinggal kenangan.. anak-anak lelaki abah sorang pun tak ikut jejak abah sebagai tukang sembelih.

Dipagi raya seusia solat subuh ketika masih diatas sejadah..abah akan bertakbir kuat-kuat untuk kejutkan anak-anak.. kini tiada lagi.. 

Aku sedih sebenarnya.. sedih tanpa abah..ketika aku menulis entri, air mata jatuh membasahi pipi..

Abah.. cek rindu abah.. 


SAHAJA AKU BERKORBAN KERANA ALLAH TAALA

$
0
0
Assalamualaikum..

Syukur diberi kesempatan dan rezeki untuk aku melakukan ibadah korban ini pada hari ini.

Seperti biasa aku memilih untuk melaksanakan ibadah ini di Masjid al-Wusta Guar Chempedak. Ini kali ke3 aku bersama masjid ini walaupun aku bukanlah anak kariah.

Sebabnya pengurusan ibadah korban di masjid ini sangat tersusun dan efisyen. Majlis harini ini bermula jam 7.00pagi,sembelihan pertama pada pukul 7.40pagi dan selesai 21 ekor pada jam 1tengahari.

Peserta yang berhajat samada korban atau akikah akan disusun dan dibahagikan seminggu sebelum majlis. Peserta diletakkan dalam kumpulan dan diberi nombor.

 Nama setiap peserta di tanda pada besen ikut nombor lembu

Setiap peserta diberi kupon nama dan nombor lembu


Tempat peserta korban berkumpul..peserta sahaja. Itupun peserta yang dipanggil bila tiba giliran. Selesai akad mengikut kumpulan barulah lembu dikeluarkan untuk di korbankan.

Orang ramai yang hadir disediakan minum pagi dan makan tengahari(tak tengahari juga..pukul 10 dah siap,menunya daging rebus dan air asam)

Lembu ditempatkan dikandang untuk ditarik ke tempat sebelihan

Lembu yang siap disembelih akan diusung ke tempat melapah yang telah ditandakan dengan nombor lembu


Lembu yang menunggu giliran untuk dilapah.

Lembu yang siap dilapah akan dimasukkan kedalam besen yang telah ditanda nombor. Dan setelah dibahagi sama rata daging akan diambil 1/3 oleh pihak masjid untuk diagihkan kepada yang layak. Jika peserta tidak mahu mengambil bahagian mereka, bolehlah diserahkan semuanya kepada pihak masjid untuk pengagihan.

Alhamdulillah..semoga ibadah korban ini diterima Allah.

Moga ada rezeki lagi untuk tahun depan..insya Allah.

KESALAHAN HALANGAN LALULINTAS

$
0
0
Assalamualaikum.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT.


SEMBANG TRAFIK

HALANGAN LALU LINTAS

Kalangan kita pasti pernah nampak perbuatan segelintir pemandu di negara ini yang suka meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan atau secara bertindih sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut jelas menggambarkan sikap masyarakat kita yang mementingkan diri sendiri, ibarat peribahasa 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.’

Perlu diingat bahawa pemandu adalah dilarang untuk menghentikan atau parkir kenderaan di jalan raya dalam apa jua keadaan sekali pun yang boleh menghalang lalu lintas.

Mereka yang menghalang lalu lintas boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 16, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dan didenda maksimum RM300.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bersikap prihatin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#SayangiDiri
#IngatOrangTersayang

SCAMMER : 011-61176653

$
0
0
Assalamualaikum

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT.

Juga amaran scammer daripada Polis DiRaja Malaysia dan TNB.

No.Hp : 011-6117 6653



#JomBeringat

WASPADA PANGGILAN PALSU TNB!!!

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan panggilan atau mesej palsu dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mendakwa bekalan elektrik akan dipotong serta meminta pelanggan untuk membuat bayaran dengan segera.

Hubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 untuk pengesahan lanjut atau melayari www.tnb.com.my/residential/payment-methods/ untuk mengetahui saluran pembayaran bil elektrik TNB yang sah.

Ingat sebelum terkena. Elakkan diri anda daripada tertipu.

Sumber: TNB Careline

HAK MEMEGANG KAD PENGENALAN

$
0
0
Assalamualaikum

Pesanan khidmat masyarakat daripada Polis Diraja Malaysia.


#InfoBersama PEGAWAI YANG DIBERI KUASA MEMEGANG ATAU MENYIMPAN KAD PENGENALAN ORANG LAIN

Memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Jom kongsikan #infoBersama untuk manfaat kita semua. 

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoPDRM
#InfoBersama

**so kalau takat pak gad..mak gad..tak boleh Ok..TAK BOLEH DAN TAK ADA HAK PUN!

DOKTOR..MEREKA BUKAN MESIN!

$
0
0
Assalamualaikum..

Selalu sangat diviralkan benda yang macam ini..patutkah ianya berlaku?


Biasanya saya tak akan buka nama sesiapa kalau saya kupas satu isu dalam FB. Tapi sebab mamat yang seorang ni sangat biadap dan sungguh kurang ajar, saya tak fikir 2 kali pun nak letak ke tak nama dia.

1. Mengambil video di dalam premis hospital dan klinik di bawah KKM adalah salah. Dah sampai masanya KKM bertindak melalui saluran undang-undang ke atas rakyat yang begini. Penasihat undang-undang KKM, tolonglah, sila pandang kes begini sebagai salah satu kerja, supaya ia tak berulang lagi. Rakyat yang tak reti bahasa ni, kalau tak dikenakan tindakan, memang tak akan insaf. 

2. Menceroboh ke kawasan larangan. Dia main terjah ikut suka dia ke bahagian dalam Jabatan Kecemasan! Mana boleh!!!

Ni macam kita pergi rumah dia, tolak pintu lepas tu masuk saja. Buat macam rumah sendiri, siap masuk bilik tidur. Selambanya! Kalau barang perubatan hilang, kita boleh caj dia ni. Tuduh dia yang mencuri dan mengambil barang tu. Dah dia ada kat situ dengan kawan kan. 

3. Mana dia tahu, doktor tu dah habis shif dia. Dia tidur sekejap sebelum dia balik rumah. Dia mengantuk sangat, lepas bekerja dalam jadual yang sangat panjang, jadi dia terpaksa melelapkan mata sekejap. Kang memandu dalam keadaan mengantuk, melayang nyawa dia. Bukan tak pernah doktor kemalangan sehingga meninggal dunia kerana terlalu letih. 

4. Nampak macam dia ada sentuh doktor tu. Kalau betul, saya minta doktor tu buat laporan polis sebab dia diganggu secara fizikal. Biar padan muka mamat ni. Dia ingat dia siapa.

Doktor-doktor biasa ok bekerja lebih 24 jam. Tu normal. Bayangkan penatnya macam mana. Saya pernah dalam bilik bersalin, masuk kerja jam 7 pagi, besoknya jam 6 petang baru boleh balik. Kira sendiri berapa jam kami ni bekerja. Antara masa tu, pesakit bersalin keluar masuk tak henti. Jururawat yang ada bagi saya tidur sebentar sementara nak reviu pesakit ikut masa yang ditetapkan sebelum bersalin. Lelap mata pun macam tak, sebab pesakit dok saling menjerit, menangis, meraung bagai nak bersalin. 

Ramai doktor masih bekerja dengan waktu yang sangat lama di semua hospital di negara kita. Bilik oncall selalunya tak dekat dengan tempat bertugas. Maka atas dasar tanggungjawab, mana tempat yang ada tulah kita tumpang. Sebab kalau dipanggil, kita terus ada kat situ. Bukan di khalayak ramai pun. Di dalam bilik atau macam doktor tu, di balik langsir, yang sepatutnya tersorok. 

Saya marah sangat dengan mamat ni! Saya tak faham bahasa Tamil, sebab ia bukan bahasa kebangsaan, tapi tindakannya langsung tak boleh diterima! Apa tujuan dia pergi buat spot check kat tempat orang! Polis pun tak buat begitu. 

Salah doktor tu sebab dia tumpang tidur di situ. Memang tak boleh. Tapi yang patut menegur dia ialah misi, PPP atau pun doktor lain. Bukan mamat ni yang main terpa masuk kawasan larangan. Saya tak menangkan doktor ni pun sebab dia pun ada silap. Cuma bila dia ditularkan macam ni, ni satu penganiayaan!!! 

Kalau mamat tu tak puas hati, gunakan saluran yang betul. Bukan dengan memalukan doktor yang entah-entah tak kena mengena pun untuk merawat kawan dia yang kemalangan tu. Saya harap sangat doktor yang dia tularkan ni, bawa kes ni ke mahkamah atas tuntutan saman malu. Biar dia tahu langit tinggi rendah!

Lagi satu, sebelum pesakit berjumpa doktor, misi atau PPP bertugas akan maklumkan kes pada kita. Kita yang doktor ni bukan jaga pun pesakit punya pendaftaran, buka fail bagai. Bila dah siap semua, barulah kita dipanggil untuk tengok pesakit. Sabar lah. 

Mamat ni kan, saya nak tengok dia boleh tak kerja 36 jam tanpa henti. Mengamuk tak dia kalau bos dia suruh kerja berterusan. Dengan perangai mentaliti sampah ni, silap hari bulan bos pun dia viralkan. Doktor bukan robot. Bila berhadapan dengan nyawa, kalau terlalu penat, kita berisiko untuk membuat kesalahan. Kalau dengan melelapkan mata walau sekejap pun salah, sebab dah sangat letih, saya rasa mamat ni patut masuk sekolah perubatan dan ganti tempat doktor-doktor yang berkorban segalanya demi pesakit.

https://www.facebook.com/108209707186835/posts/113991326608673/

Nota kaki: Saya dalam perjalanan ke negeri lain untuk menghadiri kursus ya. Kang ada yang kata, saya makan gaji buta. Saya tak memandu pun, ada yang tukang bawa kereta. Saya duduk belakang jadi ma'am.

*******
Sudah sampai masanya KKM ambil tindakan. Sampai bila benda ni nak dibiarkan. Aku masih ingat kes artis yang viralkan nurse tu..tolonglah.. nurse..doktor..mereka juga manusia..seperti kita..kalau kita tahu letih..penat..apalah lagi mereka!

SCAMMER : 012-5884920

$
0
0
Assalamualaikum

Lama dah nak up cerita ni..tapi sibuk. Sebelum ni aku upkan kisah orang kena scam. Tapi kali ni,aku pulak yang dia cuba nak scam.. hang silap orang la setan!

Kejadian ni pada 10 Ogos lepas. Masa tu aku tengah berbuka puasa dengan family aku. Puasa sunat Arafah,esoknya dah Raya Haji.

Mula-mula tu dia buat miscall 2 kali..lepas tu baru dia mesej..




Detail scammer:
No.hp : 012-588 4920

Lain-lain detail tak ada. Aku tunggu jugaklah dia reply mesej aku tu..tapi sampai harini tak reply. Seronok jugak permain setan ni. Confirm dia bengang dengan aku..dengan orang lain bolehlah kau nak tipu,dengan aku kau silap orang!

KENDERAAN TIDAK BOLEH DITARIK JIKA...

$
0
0
Assalamualaikum

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT



Info: TAHUKAH ANDA BANK TIDAK BOLEH TARIK KENDERAAN ANDA SEKIRANYA :

1. Ansuran telah melebihi 75%

2. Kenderaan anda berada di kawasan berpagar

3. Pada hari cuti umum

4. Di luar waktu operasi Ejen Perolehan Semula (EPS) - 9 pagi - 9 malam

Semua ejen penarikan kereta haruslah mempunyai kad autoriti EPS Barang daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ejen EPS tidak boleh menggunakan kekerasan dalam proses penarikan kereta.

Ejen EPS tidak boleh memecah masuk ke dalam kawasan rumah kecuali dengan surat kebenaran mahkamah dan sekiranya ingkar boleh dilaporkan terus kepada pihak polis. 

Oleh yang demikian, ketahui hak anda sebagai pengguna!
Sebar fakta bukan auta dan jangan mudah terpedaya.

Sumber : KPDNKK

SEMAK LAPORAN SCAMMER

$
0
0
Assalamualaikum

Semak sebelum beli. Ini adalah KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT dari Cyber Crime Allert Royal Malaysia Police

Suka beli barang online? Mudah cepat dan pantas?

Tahukah anda, bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah membangunkan satu laman untuk anda membuat semakan NO TELEFON atau NO AKAUN BANK sebelum anda berurusan?

http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/# adalah platform untuk membantu mengurangkan kes penipuan pembelian online. Anda boleh membuat semakan sama ada no telefon / no akaun bank tersebut telah mempunyai rekod dengan pihak Polis atau tidak.



Anda juga boleh cuba masukkan no telefon atau no akaun anda sendiri. Kalau keluar notis AMARAN kat bawah tu, jaga-jaga. 😂 

INGAT! Jangan bagi orang lain guna akaun anda.


Viewing all 1113 articles
Browse latest View live