Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live
↧

BUY MUSLIM FIRST..BUKAN BOIKOT!

$
0
0
Assalamualaikum.

Ini adalah pendapat peribadi. Bukan untuk menghasut atau memburukan sesiapa. Catatan ini atas dasar apa yang dilihat dan itulah yang difikir.

Dah lama nk tulis ni..tapi terfikir kot2 ada yg sentap..tapi ada aku kessah..benda fakta kot.. Sekarang heboh pasal kempen BMF.. punca kempen BMF ni tiba2 muncul kenapa?? Dulu pun ada dah..tapi tak dapat sambutan..kali ni gila2 punya sokongan. 1 je puncanya semua ni terjadi.. puncanya bila Dr.Maszlee petik 1 isu je..isu JAWI! Hanya kerana isu tulisan JAWI 3 mukasurat yang ditentang separuh mati..sampai meleret2 hingga bangsa dan agama dihina dan dipijak oleh pemegang kontrak sosial..tengok apa dah jadi?Β 

Tak perlu merusuh,tak perlu berpiket, tak perlu press conference.. dalam diam tiba2 muslim bersatu untuk mengajar cara2 menghormati org Islam dan penduduk majoriti. Mudah saja kan? Minyak masak yg dulu harga RM22 setong, boleh pulak jual harga RM14.. nampak tak..selama ni siapa punya angkara menyusahkan rakyat?Minyak ni barang kawalan..kerajaan letak harga siling saja..tak boleh naik lebih,tapi boleh turun. Kalau dah 1 tong boleh jual RM14..agak2 kos asal berapa? Patutla tokey dia kayaraya..Β 

Berbalik kepada idea Dr.Maszlee.. macam2 dia kena tohmah dari bukan melayu mahupun bangsa melayu sendiri.. tapi nampak tak apa hasilnya sekarang?? Bijak atau tidak?? Tapi sayang..masih ada yang buta kayu tak faham. Tun pulak kena maki sebab tak sokong boikot..kalau kita ditempat dia..apa kita nak kata? Dia org tengah..semua bangsa dibawah jagaan dia.. banyak hati dia nak kena jaga..takmau bagi rakyat bergaduh sesama sendiri. Kalau dia terang2 sokong, nampak sangat dia bias.. rasis.. dia PM rakyat Malaysia yang dipilih masa PRU..yang undi dia bukan bangsa melayu saja..semua bangsa undi dia. Dia bukan bapak kita yg hanya buat keputusan untuk rakyat dalam rumah kita saja. Itu pun ada jugak yg otak burung unta tak reti nak fikir.

Hai kawan2.. korang semua umur baya2 akulah juga..35 tahun dan keatas. Fikiran tu bagi matanglah sikit. Tak matang pun takpa..tapi jangan tunjuk sangat tak cerdik tu.Benda baik kita sokong,benda tak elok kita bantah,tak kira siapa pun yang perintah.

Akhir kata..sempena public holiday harini..aku nak pesan..mencari yang halal itu fardhu..halal saja tak cukup kalau tak toiyiban yakni bersih. Bersih yang macam mana tu? Yang cuci berkilat2 ka..yang pakai sabun ka ?? Bersih ni yang dimulai dengan kalimah basmallah.. siapakah yang dalam hidupnya dok sebut basmallah ni..?? Aku..kau..dia atau mereka??Β 

Sekian..khutbah dari aku.. - #bilaPenBiruMenulis
↧

BMF : MINYAK MASAK MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum.

Disini adalah senarai minyak masak keluaran syarikat Muslim untuk rujukan semua. Sokonglah dan utamakanlah buatan Muslim.

1.Adela
2.Adibah
3.Agro 19
4.Alif
5.Astana
6.Bagus
7.Bidara
8.Cap Kelapa
9.Cap Lesong
10.Cap Orkid Emas
11.Cap Tiga Udang
12.De'Ibu
13.Duyong Mas
14.Era
15.Eyden's
16.Fatin dan Alijaya(peket)
17.Hafeez
18.Hanna
19.Jenna
20.Juara
21.Kiara
22.Lestari
23.Monief
24.Naluri Emas
25.Olife
26.Qaseh
27.Ra'ayat
28.Rasa Riang
29.Rasminah Husin
30.Saji
31.Shafaf
32.Siti
33.Sufi
34.Suri
35.Syed
36.Tiara
37.Tiga Puteri
38.Warisan
39.8 Menara
40.A'qil






Terdapat lebih 40 jenama sebenarnya.Tapi hanya ini yang agak terkenal dikalangan penduduk tempatan dimana pengeluaran minyak diusahakan. Sokonglah produk buatan muslim. Inilah jihat ekonomi kita.


↧
↧

BMF : SYARIKAT BERAS MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum

Ini adalah senarai syarikat pengeluar beras Bumiputera Muslim. Syarikat-syarikat ini mengeluarkan beras pelbagai jenama. Oleh itu, jika hendak membeli beras, tengoklah pada label,siapakah pengeluarnya.

1.Fikri Rice Sdn.Bhd (Faiz)
➑️Faiz Al Qilla
➑️Faiz Parboiled
➑️Faiz Punjab
➑️Fikri Emas
➑️Fikri Mutiara
➑️Indian Parboiled Special Basmathi
➑️Low GI Rice
➑️MughRaj Basmathi

2.Harlina Ricetech Sdn.Bhd.
➑️Bendahara
➑️Memanda
➑️Perpatih
➑️Pusa Cream

3. Jabi Ricemill Sdn.Bhd.
➑️Cap DelimaMadu
➑️Kedah Best
➑️Suri
➑️Ummi

4.Kilang Beras Mihoda Sdn.Bhd
➑️Rasa Riang

5.Karim Enterprise
➑️Cap Angsa

6.Mumtaz Iman Sdn.Bhd
➑️Bumi Sri Raudah
➑️Nelayan Joran
➑️Super Import Sri Raudah

7.Syarikat Era Bayam Kota Sdn.Bhd.
➑️Arnab Emas
➑️Bakul
➑️Bakul Mas
➑️Basmathi 1121
➑️Beras Jelapang Timur
➑️Buah Naga
➑️Beras Wangi
➑️Cap Pisang Emas
➑️Era
➑️Gajah Putih
➑️Mekar
➑️Merak
➑️Nagasari
➑️Naga Merah
➑️Wangi Era


8.Syarikat Fajarmas Sdn.Bhd.
➑️Maharaj
➑️Fajarmas
➑️Kasturi


9.Syarikat Faiza Sdn.Bhd
➑️Faiza Emas
➑️Mahsuri
➑️Orkid
➑️Bunga Raya
➑️Beras Wangi Great Wall
➑️Beras Siam Wangi Lagenda
➑️Beras Kashmir
➑️Beras Maharani
➑️Moghul Basmati
➑️Ponni Taj Mahal


10.Syarikat Juara Selera Sdn.Bhd.
➑️Juara
➑️MyRasa
➑️Haryana
➑️3829




11.Syarikat Wan Malinja Food Industries
➑️Amal
➑️Hariz
➑️Nasional
➑️Reena 916
➑️Reena 999
➑️Sarah
➑️Wann Parboiled
➑️Wann Platinum
➑️Wann Silver


12.Zaa Edar Sdn.Bhd.
➑️Cap Langsat



Info ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.Β 
↧

BMF : JENAMA GULA KELUARAN MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum

Berikut adalah senarai nama syarikat dan jenama gula yang diproses atau dikilangkan oleh Muslim. Kilang dan syarikat ini juga membekalkan gula kepada Tesco yang dipek dan dijenamakan semula.

1.FGV
➑️Gula Prai
Pic : FB


2.GPT Sdn.Bhd. (Gula Padang Terap)
➑️CSR
Pic : google

3.Telaga Gula Sdn.Bhd
➑️Gula Kasar


4.Kilang Gula Perlis Sdn.Bhd
➑️Gula Perlis



Apapun, berhati-hati dengan penggunaan gula. Kurangkan manis dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman. Sokonglah produk tempatan dan utamakan keluaran muslim. Inilah jihad ekonomi kita.

#TakBoikotTapiSokong
↧

BMF : KICAP, SOS DAN CUKA BUATAN MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum.

Berikut adalah senarai syarikat pengusaha dan jenama kicap dan sos 100% diusahakan dan diproses oleh Muslim. Yakin halal dan bersih.Β 

1.Jalen Sdn.Bhd
Jenama : JALEN
Produk : Kicap Masin, Kicap Manis, Kicap Lemak, Kicap Lemak Manis, Kicap Pekat, Sos Cili, Sos Tomato, Sos Thai, Sos Lada Hitam,Sos Tiram dan Cuka serta Taucu.



2.Mudim Zakaria Food Industries Sdn.Bhd.
Jenama : MUDIM
Produk : Kicap Istimewa, Kicap Manis, Kicap Lemak Manis, Sos Cili Pedas dan Cuka.




3.Syarikat Zamani Hj.Tamin Sdn.Bhd. danΒ 
Syarikat Salmi Hj.Tamin Sdn.Bhd.
Jenama : TAMIN
Produk : Kicap Lemak Manis, Kicap Pekat, Kicap Cair, Kicap Mee, Sos Cili, Sos Tomato, Cuka, Kuah Rojak dan Taucu.



4.Perniagaan Al-Hikmah Sdn.Bhd.
Jenama : ALHIKMAH
Produk : Kicap Manis, Kicap Masin, Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram.


5.Syarikat Pengeluaran Al-Hikam
Jenama : ALHIKAM, UDANG KUNING, CAP AYAM UDANG,
Produk : Kicap Pekat, Kicap Lemak Masin, Kicap Lemak Manis, Kicap Cair, Kicap Istimewa, Sos Berperisa Tiram, Cuka, Sos Cili, Sos Tomato, Sos Pencicah dan Kuah Rojak.



6.Syarikat Faiza Sdn.Bhd.
Jenama : FAIZA
Produk : Kicap Lemak Manis dan Kicap Lemak Masin

7.Shaidon Bin Awang Empire Sdn.Bhd.
Jenama : DOON
Produk : Kicap Lemak Manis, Sos Cili dan Cuka


8.Enaq Souce Sdn.Bhd
Jenama : ENAQ
Produk : Kicap Lemak Manis, Kicap Lemak Masin, Kicap Pedas, Kicap Klasik, Sos Cili.


9.Z&T Food Industries Sdn.Bhd
Jenama : BILAL
Produk : Kicap Lemak Manis, Kicap Manis, Cuka dan Taucu.


10.Zara Foodstuff Industries Sdn.Bhd
Jenama : KIPAS UDANG
Produk : Kicap Manis, Kicap Masin, Sos Cili dan sos Tomato.


11.Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd
Jenama : ADABI
Produk : Kicap Masin, Kicap Lemak Masin, Kicap Manis, Kicap Lemak Manis, Kicap Warisan, Sos Cili, Sos Tomato dan Seafood Sauce.


12.Pelangi Food Industri Sdn.Bhd
Jenama : PELANGI
Produk : Kicap Lemak Manis, Kicap Lemak Masin, Kicap Istimewa, Kicap Pekat, Cuka, Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram.


13.Hj.Zainol Food Industries Sdn.Bhd
Jenama : HAJI
Produk : Kicap Lemak Manis, Kicap Lemak Masin dan Sos Cili.


14.Jamal Food Industries Sdn.Bhd
Jenama : JAMAL
Produk : Kicap Lemak Masin, Kicap Lemak Manis, Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram dan Cuka.



15.FGV Holdings
Jenama : SAJI
Produk : Kicap Lemak Manis, Kicap Lemak Masin, Sos Tiram, Sos Cili dan Sos Tomato.


16.Mohida Enterprise
Jenama : CAP LEMBU BELAGA
Produk : Kicap, Kicap Pekat Lemak Manis, Cuka dan Sos Cili


16.Perniagaan Maju Ummah
Jenama : MAJU
Produk : Kicap Lemak Manis, Sos Cili, Sos Tiram dan Cuka.


17.Z&Z Niaga Sdn.Bhd
Jenama : Ummi
Produk : Kicap Lemak Manis, Kicap Masin, Sos Pencicah, Sos Pencicah Cili Segar. Perencah Serbaguna, Perencah BBQ, Sos Rojak Buah, Sos Cili, Sos Tomato dan Cuka.

18.D Halal Shoppe
Jenama : TAYBAH
Produk : Kicap Lemak Manis, Sos Cili, Sos Pencicah dan Sos Cili.

19. Elham-Q Malaysia Sdn.Bhd
Jenama : SUFI
Produk : Kicap Lemak Manis, Kicap Lemak Masin, Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Lada Hitam.


Info ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.Β 

**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

↧
↧

BMF : LAKSA, MEE, BIHUN DAN KUETEOW BUATAN MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum.

Berikut adalah senarai syarikat usahawan mee,bihun dan kueteow Muslim di seluruh Malaysia. Senarai ini mungkin tidak lengkap 100%, tetapi kesahihan milikan muslim adalah tepat.Β 

1.Muslim Food Industries
Jenama : MUSLIM


2.Elham-Q Malaysia Sdn.Bhd
Jenama : SUFI, HADEE


3.Syarikat Faiza Sdn.Bhd
Jenama : FAIZA


4.D Halal Shoppe
Jenama : TAYBA


5.PRM Food & Marketing Sdn.Bhd / PRM Rice Vermicelli (M) Sdn.Bhd
Jenama : TIGA TERATAI, TAQWA, USTAZAH


5.Zinon Food Industry Sdn.Bhd
Jenama : HILAL, IMAN


6.Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA)
Jenama : AGROMAS



**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

↧

BMF : MARJERIN KELUARAN MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum

Dalam pasaran sekarang hanya terdapat 3 jenama marjerin yang dikeluarkan oleh syarikat muslim. Sekiranya ada jenama lain, sila maklumkan diruangan komen dan entri ini akan dikemaskini untuk perkongsian bersama.

Marjerin keluaran syarikat muslim adalah
➑️Adela
➑️Alif 
➑️Pelangi

↧

BMF : SANTAN KELUARAN BUMIPUTERA MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum

Berikut adalah senarai jenama santan kelapa dan santan sawit beserta nama syarikat yang diusahakan dan dimiliki oleh Muslim.

Santan adalah bahan utama yang digunakan oleh melayu muslim pada setiap hari dan dikategorikan bahan wajib ada. Maka, sudah lama dan sudah banyak keuntungan dikaut oleh pemilik kilang yang bukanlah terdiri dari pengguna tegar santan.Β 




1. Santan Sawit ➑️ KHALIS
Keluaran: Premium Food Corporation Sdn.Bhd

2. Santan Sawit ➑️ SURI SANTAN
Keluaran : FELCRA

3. Santan Sawit ➑️ SALWA
Keluaran : Organic Gain Sdn.Bhd.

4. Santan Kelapa ➑️ AFNA
Keluaran : Afandee Food Industri

5. Santan Kelapa ➑️ QRISTAL / QUDDUS
Keluaran : Qristal Food Sdn. Bhd

6. Santan Kelapa ➑️ ADABI
Keluaran : Adabi Consumer Industri Sdn.Bhd.

7. Santan Kelapa ➑️ MERANTI
Keluaran : Syarikat Meranti Maju Zaf Sdn.Bhd.

8. Santan Kelapa ➑️ MySEKIN
Keluaran : Tiga N Serbaneka Enterprise

9. Santan Kelapa ➑️ AMIINA
Keluaran : U Ford Industries.

10. Santan Serbuk ➑️ AGROMAS
Keluaran : FAMA

Sokonglah produk muslim.Halal dan taiyiban.

#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**


↧

BMF : SARDIN HALAL KELUARAN MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum

Berikut adalah senarai jenama sardin dalam tin yang diusahakan dan dikilangkan oleh pengusaha muslim yang pastinya halal.


1. ALHADAD
Pengilang : Al Hadad Group

2. SARDIN VIRAL
Pengilang : D'Era Pouch Industries Sdn.Bhd.

3. KING CUP
Pengilang : Masrushin Canneries (M) Sdn.Bhd dengan usahasama FIMA Berhad

4. ADABI
Pengilang : Adabi Consumers Industries Sdn.Bhd.

5. PERTIMA
Pengilang : Pertima Trengganu Sdn.Bhd.

6.AGROMAS
Pengilang : FAMA

Sila tinggalkan maklumat tambahan sekiranya ada jenama yang tidak terdapat pada entri ini.


#TakBoikotTapiSokong


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**
↧
↧

BMF : SERBUK PERASA KELUARAN BUMIPUTERA

$
0
0
Assalamualaikum

Penggunaan serbuk perasa bukanlah sesuatu yang wajib dan mesti ada pada setiap dapur rumah. Tetapi keperluan penggunaan serbuk perasa amat diperlukan terutama bagi dapur peniaga warung, restoren dan peniaga katering.

Di Malaysia, pengguna tidak banyak pilihan untuk memilih serbuk perasa dipasaran. Kerana monopoli 1 jenama yang sangat terkenal sejak zaman-berzaman.

Namun, atas inisiatif pengilang bumiputera muslim, akhirnya terdapat 3 jenama serbuk perasa makanan berjaya dihasilkan dan dipasarkan.



1. Serbuk Perasa MSG Faiza
2. Serbuk Perasa MSG Adabi
3. Perencah HILAL

Apabila kita sudah mempunya pilihan lain, maka pilihla yang halal dan taiyaiban.


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**
↧

BMF : GARAM SYARIKAT MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum

Garam adalah keperluan asas setiap dapur. Tanpanya masakan akan jadi tidak sempurna. Kita mungkin boleh mengelakkan pengambilan bahan perasa, tetapi tidak pada garam.

Berikut adalah jenama garam yang dihasilkan atau dikilangkan oleh bumiputera muslim.Β  Kebanyakkan garam-garam ini dikilangkan oleh beberapa pengilang ternama yang sinonim dengan produk makanan ruji yang lain.


1. Garam Halus TAMIN
2. Garam Halus dan Garam Putih ADABI
3. Garam MUSLIM
4. Rock Salt HALAGEL
5. Garam Bukit Ionik dan Garam Bukit Tulen NEVGEL
6. Garam Gunung SAJI
7. Garam GU AWA
8. Garam Gunung Merah dan Garam Gunung Tulen FAIZA
9. Organic Salt RADIX
10. Garam Makan SANDORA


Kita ada banyak pilihan. Pilihlah yang halal dan taiyiban.Β 

#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**
↧

BMF : BISKUT DARI USAHAWAN MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum

Hari ini akan dikongsikan beberapa jenama biskut pelbagai jenis yang dikeluarkan oleh usahawan dan syarikat muslim. Rasanya setanding dengan biskut-biskut ternama lain yang ada dipasaran.


1. Syarikat : Amin Nutrifoods Sdn.Bhd
Jenama ➑️ BABA AMIN
Produk ➑️ Biskut Bawang Putih, Biskut Susu, Biskut Kelapa dan Biskut Halia.


2. FAMA
Jenama ➑️ AGROMAS
Produk ➑️ Biskut Sayuran, Biskut Sandwich, Biskut Cracker, Biskut Gula, Biskut Jagung dan Biskut Marie.


3. Syarikat : Nourish Care Sdn.Bhd
Jenama ➑️ LE'NATURA
Produk ➑️ Wholesome Fibre Biscuits


4. Syarikat : Koperasi Simpang Bekoh, Jasin Melaka
Jenama ➑️ BISKUT TONGKAT
Produk ➑️ Biskut Gula dan Biskut Round Rusk.


4. Syarikat : Fitrah Padimas Sdn.Bhd
Jenama ➑️ -
Produk ➑️ Biskut Jari, Biskut Keping, Biskut Sugi dan Biskut Planta Gula.





#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

↧

BMF : TEPUNG GANDUM KELUARAN MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum

Tepung gandum adalah antara bahan makanan asas bagi penduduk Malaysia terutamanya Melayu yang terkenal dengan pelbagai jenis kuih muih samada moden mahupun tradisional.

Sudah pasti keperluannya amat tinggi sebagaimana keperluan beras. Dan berikut adalah senarai nana syarikat pengeluar dan jenama tepung yang berasa dipasaran. Sebagai muslim, eloklah kita mengutamakan perniagaan saudara seagama.


1. Syarikat : Legend Flour (M) Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➑️ LEGEND FLOUR

2. Syarikat : Bidara Flour Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➑️ CAP BIDARA, BIDARA, HPA

3. Syarikat : CRD SYNERGY SDN.BHD.
Jenama Tepung Gandum ➑️ CH Wheat Flour

4. Syarikat : Fikri Rice Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➑️ FIKRI

5. Syarikat : GISB Holdings Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➑️ IKHWAN

6. Syarikat : Syarikat Faiza Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➑️ FAIZA

Terdapat tepung-tepung gandum yang pelbagai jenama. Sila semak maklumat pengilang kerana ada kilang pemprosesan tepung mengeluarkan tepung yang kemudiannya di packing untuk syarikat pemasaran lain dan dijual dengan jenama yang berbeza.

Apapun utamakanlah produk Muslim.

#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

↧
↧

BMF : FUCUK SOUN HALAL

$
0
0
Assalamualaikum

Agak mencabar pengisian hari ini. Bukan mudah untuk aku mengumpul info mengenai perusahaan fucuk dan soun (orang utara tak sebut soun,tapi tanghun) yang diusahakan oleh melayu muslim. Sangat susah sebenarnya. Yang banyak dipasaran adalah pek-pek berjenama melayu islam tetapi hanyalah "diedarkan dan dipasarkan oleh". Nak mencari yang "dikilangkan oleh"Β  atau "diusahakan oleh" memang susah. Jadi, aku tak publishkan di sini,bimbang aku dah tersalah kongsi info..berdosa pulak aku.

Oleh itu,berhati-hatilah membeli. Fucuk soun pun bukanlah makanan tradisi melayu, tetapi diceduk dari kaum cina. Dan aku pasti, ramai yang dah tengok video bagaimana fucuk diproses dikilang bukan Islam..masya Allah..dikuis dengan kaki aje. Biadap betul.

Di sini disenaraikan beberapa hasil perusahaan melayu islam.


1.Perusahaan : SK Food Industries
Jenama➑️FATIMA JOHARA

2.Perusahaan : Faridah Abd.Ghafar
Jenama➑️SAYUR PUCHOK TANGHUN CAMPURAN

3.Perusahaan : Barakah Soya Industri Global Sdn.Bhd
Jenama➑️MAIRUS

4.Perusahaan : Ahmad Zaki Food Industries
Jenama➑️AZFI

5.Perusahaan : Perusahaan Makanan Cap Ayu Dan Anak
Jenama➑️CAP AYU DAN ANAK

6.Perusahaan : Hasdey Enterprise
Jenama➑️HASDEY


Diharapkan perkongsian ini dapat membantu semua dalam mencari yang halal dan bersih.

#SokongBukanBoikot




**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**
↧

BMF : MINUMAN KOKO/COKLAT KELUARAN MUSLIM

$
0
0
Assalamualaikum

1 lagi bahan masakan/minuman yang agak sukarΒ  bagi kita untuk mencari alternatif kerana penerimaan masyarakat hanya tertumpu kepada 1 jenama. Tak perlu disebutkan di sini. Semua sedia maklum. Sebenarnya ada banyak produk ini,tetapi pasaran tidak begitu meluas dan sukar dijumpai di sesetengah tempat.

Bagi memberi pilihan lain yang setanding, di sini disenarai beberapa keluaran minuman koko atau coklat untuk kita cuba.

1. Pengeluar : One Million Borderless ResourcesΒ 
Jenama➑️ MYCOKLAT

2. Pengeluar : Alhadad Marketing Sdn.Bhd.
Jenama➑️ TAMAR COCOA

3. Pengeluar : SQG Usahawan Sdn.Bhd.
Jenama➑️ E-MAN COCO

4. Pengeluar : BND Empire Resources
Jenama➑️ MOSHA

5. Pengeluar : Sawanah Wow Sdn.Bhd.
Jenama➑️ SAWANAH KOKO

6. Pengeluar : Koperasi Al-Hilal (M) Bhd.
Jenama➑️ KOHILAL

7. Pengeluar : Munif Hijjaz Trading Berinsentif
Jenama➑️ MUNIF COCOA

8. Pengeluar : Mine Jihad Enterprise
Jenama➑️ KOKKO MINE JIHAD

9. Pengeluar : Emran Trading (M) Sdn. Bhd.
Jenama➑️ EMRAN D'COCOA

10. Pengeluar : Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn.Bhd.
Jenama➑️ REEVO

11. Pengeluar : Inspirasi Wawasan Trading
Jenama➑️ CHOKEE

12. Pengeluar : Pondok Tahfiz Moden Idrisiah
Jenama➑️ MATCOCOA


#SokongBukanBoikot



**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

↧

BMF : JENAMA SUSU PEKAT DAN SEJAT MILIK MUSLIM BUMIPUTERA

$
0
0
Assalamualaikum

Agak sukar untuk kita sebagai pengguna muslim untuk mencari susu atau krimer pekat manis ataupun krimer sejat keluaran muslim bumiputera di pasaran.

Hasil carian, hanya inilah yang ditemui dan disahkan milik bumiputera muslim.



1. FGV Delima
Jenama➑️ SAJI

2. Sime Darby
Jenama➑️ ALIF

3. Mubarakatul Ardu Enterprise
Jenama➑️ MARJAAN

4. Era Bayam Kota Sdn.Bhd.
Jenama➑️ ERA



#SokongBukanBoikot





**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**
↧

MY BARIATRIC JOURNEY : #5 - UJIAN DARAH

$
0
0
Assalamualaikum

Kita berhenti sebentar siaran produk-produk BMF. Aku nak cerita pasal perjalanan bariatrik aku. Semalam 24 Sept, tarikh temujanji untuk ambil darah.

Ini adalah kali pertama bagi aku.. dan bagi orang yang tak pernah ada pengalaman untuk ambil darah di HSB.. inilah catatan yang boleh membantu korang. Aku pun main redah je. Mujurlah betul tempat yang aku tuju tu. Tak salah aku, masa di hospital lama dulu, ada tempat khas untuk ambil darah.Β 

Ok..aku diberi tarikh temujanji pada jam 8pagi. Aku keluar awal dan sampai di HSB pukul 7.30pagi. Aku terus ke Klinik Perubatan-Sub Kepakaran. Dengan confident nya aku pun beratur di kaunter dan serahkan kad temujanji dan surat rujukan yang dikepil bersama masa aku datang untuk ambik tarikh temujanji bulan lepas.

Pada yang terlepas catatan pasal tu..ini linknyaΒ Temujanji Ujian Saringan

Dapat nombor..dan duduklah menunggu.

Ramai juga.. sabar aje lah.

Lebih kurang jam 9.20pagi, barulah nombor aku dipanggil ke bilik 133. Aku pun pergilah ke bilik tu. Pintu bilik ditutup..eh...apa aku nak buat ni..tak ada staf pulak kat depan pintu tu.. aku pun tolak lah pintu dan bagi salam..Β 

Rupanya ada meja ditepi dinding dekat pintu tu yang diletakkan 1beg tiub darah.. kat beg tu ada tagging nama dan nombor giliran tadi.. adoi..manalah aku tahu.. tak pernah datang pun untuk benda-benda macamni.

Inilah beg tu. Ada 4 tiub sebesar jari kelingking tapi panjang sikit.

Dah ambil beg ni, jalan masuk ke hujung lorong..kat sana ada 2 partition nurse dok ambil darah.. so beratur lagi. Mujur nurse ni terer.. sekali cucuk je.. 4 tiub dia ambil.

Berkapas sebentar.

Selesai ambil darah dalam 10minit. Dan temujanji seterusnya pada 01 Oktober ni.Β 

Maka bersambung lagilah nampaknya.Β 

↧
↧

SCAMMER : 013-3355991/011-5503991/018-8737290

$
0
0
Assalamualaikum.

Bantuan hebahan scammer allerts. Posting ini akan diturunkan setelah masalah ini selesai.

*****
Bismillahhirrohmannirohim...dgn nama allah sy mulakn.....

Ini tindakan terakhir saya untuk menviralkn orang yang menipu duit saya....saya dan suami telah ditipu dalam bisnes sebagai sharepartner sebanyak rm55k...rm55k...rm55k....😭😭😭😭😭😭

Mohon rakan2 fb dan orang ramai untuk share posting ini....bantu saya.....viralkan posting ini...









Kami telah ditipu oleh seorang lelaki melayu bernama MUHD SUKHAIRY BIN SHAHARIN untuk join bisnes dalam produk makanan....LARTOTA iaitu makanan snek popia...sy kenal dengan penipu ni dalam fb shj....saya mula berjumpa dan berbincang ttg bisnes ni dari bulan 11 tahun 2018 lg....bulan 11 saya ada membayar duit 5k tanda sy berminat untuk join usahasama projek ini.....penipu ini pandai cakap,mulut manis.....😑😑😑😑....saya ada minta untuk cancel join bisnes ini pada bulan 1...kerana sy dan ank saya sakit,tidak sihat...ada surat doktor....anak saya sakit jantung sejak dari baby....masih perlukan rawatan susulan yg memerlukan kos yg tinggi...saya juga mempunyai masalah kesihatan,iaitu penyakit radang usus....saya rasa tidak mampu utk uruskan projek ini...

tapi kami diberi surat amaran berbaur ugutan seperti perlu berjumpa lawyer syarikat...oleh kerana itu kami berasa takut dan tidak selamat saya pun membayar duit 50k pada 30/1/2019....setelah penipu ini mendapat duit dari saya pada bulan jan itu dia mula senyap...asyik outstation ke luar negara..konon2nya untuk cari stok barang LARTOTA....wassup/cll lambat dibalas....bagi saya cek tendang 9k.....last sy dpt wassup dia pada 4/3/2019....dia berjanji untuk berjumpa dgn saya utk berbincang....namun sehingga ke hari ini penipu ini tidak dpt dihubungi.....semua call dari sy direject dan dia block wassup saya.......report polis juga telah dibuat .....viral adalah langkah akhir dari kami .....

Kami juga ada berurusan dgn adik dia iaitu faiz...(faiz bina produk)....faiz ini juga block saya....tidak dpt dihubungi....
2 beradik ni cari orang untuk buat produk(kosmetik,beauty)...aktif promo dalam fb dan ig.....new fb detact: zul fazli branding....baru create...beware guyss...rupanya penipu nie dh tipu ramai orang dlm urusan bisnes:forex,produk mknn,buat produk jenama sendiri...dan dia mmg licik...

Ini nombor2 telefon yang khairi ni pakai:
013-3355991
011-55035991(accountant -tp khairi yg guna no ni)
018-8737290 -no telefon faiz,adik khairi

Plzz beware...scammer alert....

Mohon rakan2 fb bantu saya share....
Kami bukan orang kaya...anak kami sakit jantung kronik....kami insan yang dianiaya....semoga penipu ini mendapat hukuman yang setimpal.....bukan sikit2 dia menipu....puluh2 ribu....πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah kes penipuan ni selesai.
↧

MANGSA KELEMAHAN SISTEM PESANAN DOMINOS

$
0
0
Assalamualaikum

Aku nak berkongsi 1 pengalaman pahit seorang regular customer Dominos Pizza yang tak pasal-pasal menjadi mangsa kerana sistem order mereka yang bermasalah.Β 


PASAL DOMINOS AKU KENA SOALSIASAT POLIS

Aku beli voucher dominos kat shopee. Diorang ada official store, jual 1 regular pizza $9.90. Then aku jumpa seller jual voucher $5, so memangla cari yang murah lagi berbaloi. Dah nak dekat hujung tahun nie, banyak kelab/persatuan sekolah nak buat jamuan akhir tahun. So aku beli bulk.

Last week member aku nak order pizza, katanya utk jamuan kelab petanque. So 22.9.19 (Ahad) aku tolong buatkan order utk 10 set pakai voucher yang aku beli kt shopee. Mind you I used these codes for each code:
- 1xΒ  regular pizza (courtesy of the voucher)
- 1x personal pizza (courtesy of WQF1B)
- 1x garlic twisty bread (courtesy of email feedback)
- 2x icing dipping (nak cukupkan order minimum RM1)

So 10 order pickup pukul 2.30pm. Macam ok. Aku balik ambil anak then sampai je rumah pkl 3pm member aku call "zack, macam ada problem je order nie". Aku ingatkan order tak masuk, so aku check order history semua ada. Then aku terima panggilan, dia perkenalkan diri sbg sarjan dari unit jenayah komersil (rasa macam jantung nka gugur masa tu) dan minta aku utk datang jumpa dia. Aku tanya jumpa kat mana? Dia kata samada kat balai atau kat dominos. So aku cakap la jumpa kat dominos, nak juga tahu ape kes teruk sangat sampai libatkan polis pulak.

So tinggalkan laa dulu lauk wife masak yg tak sempat nk makan lagi, then bagitau si kecil faris suruh ikut abah keluar balik (sebab takde sape2 kat rumah). Call wife cakap suruh singgah dominos dan jemput anak.

Sampai je kt dominos, nampak macam 3 staf polis menunggu. So bermula lah 1 jam interrogation dari pihak polisΒ  dengan kehadiran wakil dominos HQ dari batu pahat dan manager branch (yang buat report). Pertuduhan diorang ialah aku buat order pakai hack/glitch untuk dapat order murah. So aku terpaksa laa tunjukkan step yang aku pakai dalam handphone on the spot. Diorang siap ambil video lagi.

Rupanya, masa pagi aku buat order tu, no problem, memang semua order aku berjaya. Tetapi bila aku buat depan diorang, sistem dia tunjukkan error, kononnya nak guna late delivery voucher tu, kena ada pembelian minima 1 personal pizza. Diorang tanya, mcmana aku boleh lepas order tu?

So aku cakap jer la. Sistem dominos is WEAK/LEMAH/OUTDATED. Aku tak perlu modify apa2 pun, dah memang pun boleh. Cuma bila hari tu order aku kena report oleh branch manager, baru sistem admin diorang modify. How I know this? Sebab notification error yang keluar tu sendiri salah. Tertera kat skrin (Sorry, you need a minimum order of LARGE pizza to proceed) - lebih kurang mcm tu laa. So aku tunjukkan kat branch manager "eh, tadi you cakap voucher nie kena ada minimum personal pizza, apesal yang nie tulis large pulak?" So siapa yang silap? Manager atau sistem?

Siapa yang benarkan penjualan voucher tu kat shopee? Aku ke?
Siapa yang tak ikut protokol pembelian voucher yang tulis "mesti serahkan kod semasa pengambilan pizza". Salah aku ke staff korang tak pernah mintak aku voucher tu?
Siapa yang lupa nak disable kod WQF1B (percuma 1 personal pizza)? Salah aku ke pakai kod tu?
Siapa yang salah kira harga untuk kod CL1903 (harga sistem $23++ tapi kat resit keluar $18++)? Salah customer ke kalau diorang pakai kod tu jugak?

So dengan ini, rasminya aku quit dari masuk mana2 restoran dominos.
Aku quit dari join group whatsapp/telegram dominos.
Aku quit dari thread2 forum dominos.
Aku quit dari fb dominos.

Mungkin korang rugi 1 customer, aku tak kisah.
Ada hikmah juga, boleh slim diet makan makanan yang lebih sihat dan selamat.
Terkilan je. Nombor contact aku ada pada dominos. Aku buat order awal pagi pukul 10am, kedai pun dah buka. Tapi bukan nak cuba call pun. Tau2 terus report pada pihak polis, pastu ambush aku pukul 3 petang. Member aku pun malu. Dah la tak dapat order pizza untuk jamuan kelab dia, kena tahan lagi. Allah jerla tahu perasaan aku masa tu. Apa2 pun, terima kasih pada unit jenayah komersil yang hadir masa tu. Mereka memang profesional, dan ramah. Aku dah jelaskan semua yang aku tahu, dan siap bagi banyak contoh2 untuk buktikan aku tak bersalah. Akhir pertemuan, dominos tak jadi untuk report, so tak ada kes untuk difailkan. Mereka kata nak buat siasatan dalam pula.

Rakan-rakan aku pun tahu aku banyak tolong mereka. Aku tak ambil sesen pun untung. Aku setkan order dan mereka sendiri pergi dan bayar sendiri. So maaf in advanced, aku takkan buatkan order dominos dah lepas nie.

tl;dr
order dominos pakai voucher
dominos laporkan pihak polis
order murah sangat sampai trigger




Ini peringatan juga untuk aku sebab aku juga boleh dikatakan regular customer Dominos. Dalam lorong kawasan perumahan aku ni..memang rumah aku sajalah yang selalu order.

Apapun..berhati-hati..takut jadi mangsa keadaan.Β 

↧

TAKTIK BARU SCAMMER

$
0
0
Assalamualaikum

Apabila orang ramai sudah mula bijak dan tidak lagi tertipu dengan scammer secara panggilan telefon, maka para scammer mula mencari alternatif lain untuk menipu. Antaranya..seperti contoh berikut;



Di hari yg sehari kini gue pun hampir dikelentong juga oleh scammer ni. Beliau berlakon jadi inspekter sahab menggertak gue ada hutang dgn cukai pendapatan dgn SPRM. Dia minta hubungi balai polis IPK Kuala Terengganu utk elakkan tindakan segera. Bila hubungi balai dan bagi segala maklumat, inspekter sahab tu bgtau sy terlibat dgn kes penggubahan wang haram dan dadah antarabangsa, kemudian dikenakan waran tangkap ni. Akaun perlu dibersihkan untuk siasatan JSJK dan BNM. No telefon, alamat IPK sama dgn di google. Licik. Otak geliga boleh bikin batu tandas.

Awasi diri rakan-rakan semua. Ada manusia yg kerjayanya menghisap darah orang lain lalu menikmat hidup di atas kesakitan yg ditanggung orang itu. Semakin banyak peraturan keselamatan dicipta, semakin banyak penyelewengan berlaku. Teknologi sama naik dengan serakah manusia
*****


Mohon semua berhati-hati dan abaikan semua benda mengarut ni. Dari segi bahasa yang digunakan, scammer ini kebanyakkan orang Indonesia, cina dan india.Β 

↧
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live