Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

KESIAN BOMBA

$
0
0
Assalamualaikum

Dah lama aku nak menulis pasal abam bomba ni.. sejak bomba banyak selesaikan kes-kes yang tak sepatutnya..dalam kata lain,yang boleh diselesaikan sendiri.

Terbaru..kes anak lipan masuk rumah pun diorang tergamak call bomba..ya rabbi... eh.. anak lipan tu,kau libas dengan hanger baju pun dah boleh mati. Kenapalah nak menyusahkan bomba? Tau ke tidak berapa kos yang kerajaan perlu tanggung untuk sebuah jentera bomba bergerak bila menghadapi kes-kes kecemasan? Seriusla manja dan mengada-ngada betul orang kita ni.




Macam-macam lagi kes yang tak sepatutnya kita sebagai manusia buat dengan menyusahkan bomba.
*****

Abang bomba tangkap ikan keli

HANYA kerana ikan keli menyengat kucing peliharaannya sehingga mati, wanita menghubungi bomba untuk menangkap ikan itu hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi tadi di sebuah kediaman di Jalan Pulau Indah, Shah Alam, wanita berusia 49 tahun itu menghubungi bilik kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengadu hal berkenaan.

Jurucakap JBPM Selangor berkata, pihaknya sudah menerangkan kepada wanita itu ia bukan kes kecemasan yang memerlukan tindakan bomba.

“Wanita itu mempertikaikan jika bukan bomba yang buat, siapa sepatutnya melakukan tugas itu.

“Ketika kejadian hanya wanita dan anak lelakinya saja di rumah,” katanya.

Katanya, petugas bilik kawalan kemudiannya memaklumkan kepada pusat gerakan operasi dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik untuk menangkap ikan berkenaan.

“Ikan terbabit berjaya ditangkap dan kini disimpan di balai bomba,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 3:22 PM

#HarianMetro
*****
Ikan keli ja weiii.. anak jantan kau ada apa guna..goyang telur aje ke..ikan keli tu kau tabur garam pun boleh mati..astagaaaa





Ini belum lagi kes tolong kucing, buka cincin kat anu ke jari.. tangkap spender belakang mesin basuh..Allah.. apa punya mentaliti orang kita. Gaji bomba tak besar dan aku sangat bersimpati dengan diorang..kesian bomba!



ABANG ROTI

$
0
0
Assalamualaikum

Konsep blog aku mudah saja. Yang baik aku hebahkan..yang buruk aku kongsikan. Biar sama-sama tahu. Mana yang baik kita bantu dan sokong. Mana yang tak baik kita pesan berpesan dan jadikan pengajaran.

Harini aku nak mintak korang terutamanya yang tinggal di sekitar Bertam,P.Pinang untuk sokong perniagaan saudara kita ni.





Sama-sama kita sokong saudara ini berniaga. Dia mencari rezeki yang halal untuk anak isteri. Semoga perniagaan saudara ini makin maju,insya Allah.

SCAMMER YANG KENA SCAM

$
0
0
Assalamualaikum

Tak faham aku kenapa ada manusia yang sanggup menipu untuk duit. Berapa sen pun kau tipu..berjuta ringgit hatta 1 sen pun..hukuman tetap sama..dosa pun sama..neraka pun sama.Tak ada beza. Macam tak berbaloi menipu kecil-kecilan ni. Bukan maksud aku nak suruh menipu dengan jumlah yang banyak..maksud aku..kalau dah jahat,banyak atau sikit, dosa dan hukuman di akhirat nanti sama je..so ? 

Ini..sanggup pulak google gambar kucing yang sakit,lepas tu up di group FB untuk minta derma konon kucing dia yang sakit.. aduilaaa.. gamak ke bagi bini makan rezki haram? 


Scammer ni cuba mengutip dana guna akaun MAYBANK atas nama sendiri

Gambar yang diiklankan untuk meraih simpati

Gambar sebenar dari google.

Report polis dari seorang penderma 

Kesian anak bini..tu je  nak cakap! Kes ni masih panas d FB. Si isteri scammer pulak backup laki. Yelah, siapa yang tak sayang laki..tapi kalau laki jahat,tak payah la nak backup sangat.

Hasil info yang diperolehi rupanya, si scammer ni baru aje kena scam dengan scammer lain. Aduih..



Sacmmer kena scam dengan dengan scammer  ni..
Md Faizul 016-265 1899 /011-5887 972








Ok..kesimpulannya disini,scammer kucing baru nak belajar jadi scammer tapi dah terkantoi. Aku akan delete pos ni hanya bila scammer baru nak up ni pulangkan balik duit orang yang dah derma tu. 


Nasihat aku,kalau susah ikhtiarlah cara yang betul. Jangan menipu. Nak bagi anak bini makan biarkah yang halal. Nasib awak tak baik baru belajar nak jadi scammer tapi dah kantoi. Kepada yang dah bank in derma tu, terpulanglah.. kalau kesian kat anak yang bakal lahir dan nak anggap sedekah..Allah jua yang akan membalas kebaikkan hati korang tu. Kalau korang tak redho,tuntut balik duit tu sampai dapat. Dan ekpada scammer baru nak up tadi, bayarlah balik duit orang..tak kemana pun makan duit haram ni.

**kepada pencinta kucing diluar sana,jika ada yang meminta derma dana untuk kucing, siasat dulu sebelum bagi derma tu. Penipu terlalu banyak sekarang ni.n

APA KATA PAKAR?

$
0
0
Assalamualaikum

Tertarik dengan perkongsian dari Dr.Amalina Bakri yang sangat betul dan tepat. Masalah orang kita lebih percaya dengan perkara karut marut yang datangnya entah dari siapa.

Jom baca dan hadam






















Ok..dah jelas semua?? Lepas ni tak payah lah lagi nak percaya yang bukan-bukan. Itu semua karut!

SYIAH???

$
0
0
Assalamualaikum

Terkejut tengok video yang baru viral ni. Kegiatan berzikir sambil berdiri yang mencurigakan orang ramai berlaku di surau Kampung Bantal Seberang, Ulu Tembeling, Jerantut. Seorang lelaki dari Terengganu dikenali sebagai Tok Ki @ Tok Ayah dipercayai mengetuai aktiviti yang dilakukan selepas solat.Mohon siasatan Jabatan Agama Islam Pahang.


Seingat aku,zikir sambil menari ni banyak berlaku di Indonesia..tak tahulah samada benda sesat ni datang dari sana atau ciptaan orang tempatan. Sesat lagi menyesatkan..yang ikut tu pun aku tak faham.. takkan lah tak tahu apa ajaran Nabi SAW.. tak ada pun benda karut macamni..

Nauzubillah himin zalik.

OLAY WHITE RADIANCE

$
0
0
Assalamualaikum

Saja nak cerita pasal produk penjagaan kulit. Yang aku gunakan,ada yang ok..ada yang menjahanamkan kulit dan ada yang menyelamatkan kulit.

Menjelang masuk usia hujung 20an,aku gunakan Safi Rania Gold fullset. Punya lama aku pakai,sesuai dengan kulit muka walaupun kesannya agak slow,tak apa,aku teruskan pakai memandangkan senang nak beli. Ada jual dimana-mana. 

Masuk tahun 2014, terpengaruh dengan produk timbang kilo cap sampah.. malang betul nasib. Aku pakai Wonderglow.. jahanam muka aku. Waktu tu aku bertugas di Langkawi. Suami aku sampai tegur kenapa muka teruk,dengan hitam rentungnya..dengan berminyak..dengan jerawat yang seumur remaja aku tak pernah jerawat naik teruk macamni.. dalam hati bahkan dimulut aku menyumpah-nyumpah produk sampah ni. Ceritanya, set pertama aku pakai nampak macam ok,bila masuk set yang ke2.. inilah bermula sejarah hitam dalam dalam hidup.

Aku terpaksa berhenti pakai apa saja skincare. Cuci muka pun guna mencuci Clean N Clear..tak pakai dah krim siang ke malam ke tengahari ke.. selama hampir 1 tahun perkara ni berlarutan. Itupun muka masih tak pulih.

Penghujung 2015,aku mencuba skincare jenama Mamadil. Ok juga,hasilnya juga sangat ok..tapi harganya yahudi betul..aku terpaksa share dengan kawan,daftar ahli untuk dapatkan harga murah. Tapi bila ponder dah upkan limit untuk restock (umpama paksa dealer jual banyak-banyak) .. aku ambik keputusan stop terus. Stop dari jadi ahli..dan stop guna..(patutlah ponder2 dalam Malaysia ni boleh kaya raya..)..dan kulit kembali kusam..

Aku kembali gunakan pencuci biasa yang mudah dapat dipasaran,iaitu Cosmoderm. Mula-mula pakai oklah. Tapi aku perasan,lepas cuci muka aku kering sangat lepastu tak lama beminyak teruk. Tempat yang kering tu jadi hitam. Dan bila kat luar,mudah sunburn kulit muka ni. Agaknya tak sesuai dengan kulit. 

Hujung 2018,aku tertarik dengan produk yang dah lama ada di pasaran, lalu aku mencuba pakai hingga ke hari ni..Olay White Radiance


Semua ni kira 1 setlah. Harga lebih kurang RM260 tapi sangat berbaloi sebab boleh tahan 6-7bulan. 1st set aku beli Disember 2018, dan gambar yang atas tu set ke 2 yang aku beli baru-baru ni dan harini baru mula guna. Serius laahh.. kecuali pencuci lah..1 tiub tu takat 2 bulan boleh tahan. Aku beli kat shopee je.

Yang aku happy sangat,balik kampung baru-baru ni,mak aku tegur..tanya aku pakai apa, sebab nampak hangit muka,dan kulit yang kering dan hitam di muka dah hilang..so inilah jawapannya.. Mak aku pun bebel..jangan tukar skincare lagi lepasni. 

Ok..ini cerita pengalaman..dan aku tidak dibayar oleh Olay pun..lain orang lain hasilnya. Kepada yang bermasalah kulit berminyak,hangit rentung mudah sunburn..bolehlah cuba ye. 

SIMPLE BUTTERRICE

$
0
0
Assalamualaikum

Lama tak kongsi resepi. Harini cuba masak butter rice atau bahasa mudahnya Nasi Butter tapi versi simple dan cincai dan resepinya aku hentam sajalah, asalkan terasa dan bau butter tak hilang.


Bahan-bahan;
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
***mayang 
5-6biji buah pelaga
1inci kulit kayu manis
5-6kuntum bunga cengkih
2-3kuntum bunga lawang
4 cawan beras
1/3 ketul Buttercup
1kiub pati ayam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara;
1. Basuh beras,toskan dan masak seperti biasa
2. Cairkan butter dan tumis semua bahan. Masukkan sedikit air,kiub ayam,pewarna kuning.
3. Ketika nasi hampir kering,masukkan bahan tumisan,kacau sedikit dan biarkan nasi masak seperti biasa. SIAP.

Nasi butter lebih sedap makan dengan lauk yang simple,dan aku pasangkan nasi butter simple aku ini dengan sambal daging. 

Selamat mencuba..


SCAMMER : 011-31502502

$
0
0
Assalamualaikum

Selagi ada scammer,selagi tu aku akan up. Ada jugak scammer yang sedar aku dah cerita dia di blog ni,siap mesej ugut aku lagi..aku pun kahkahkah kan aje. Ada aku kisah? Dia ingat aku bodoh macam dia? Kalau taknak kena up, jangan jadi scammer. 

Kali ni scammer lagi. Online banking pulak. Maknanya scammer ni dah ada id dan password online banking mangsa.





Detail scammer :
No.Hp : 011-31502502
Nama scammer tak dapat dikenalpasti,mungkin sebsb dia guna nombor baru.

Apapun hati-hati kalau dapat sms TAC No kalau korang tak ada buat apa-apa transaksi online. Segera ke bank untuk bantuan dan buat laporan ke balai polis berhampiran.


SCAMMER : 011-11887659

$
0
0
Assalamualaikum

Next scammer. Kali pasal urusan beli motor. Nasihat aku,kalau nak beli benda-benda mahal macamni,elok beli dikedai. Kalau nak online juga pastikan kedai tu wujud. Jangan mudah percaya kat orang.


Detail scammer:
No.Hp : 011-11887659
No.Akaun : 512905547757 MAYBANK - YASH COLLECTION




KADUK NAIK JUNJUNG

$
0
0

Dan...apabila yang menumpang telah menjadi raja..adakah Malaysia akan jadi begini 1 hari nanti..dengan lambakan indon dan bangla.. 
Sama-sama kita fikirkan.

DASAR PENDATANG!

$
0
0
Assalamualaikum

Baru semalam aku up entri pasal pendatang..harini dapat lagi cerita pendatang yang membuat dajal di kampung aku.







Tolong jangan terlalu baik..bagi muka pada bangsa pendatang macamni. Biar kita sombong tak apa, jangan terlalu ramah tak tentu hala. Peringatan untuk semua. Tak perlu layan sangat bangsa macamni. 

TINTED TINGKAP RM10 SAHAJA

$
0
0
Assalamualaikum

Selalunya aku berkongsi tips masakan,resepi dan lain-lain info. Tapi kali ni aku kongsikan sesuatu yang sangat bagus untuk korang yang berhajat nak tintedkan cermin tingkap. Yang penting,mudah,murah dan jimat. DIY sahaja!

Aku nak tintedkan tingkap dapur, malas nak berlangsir bagai. Tutup terus tapi tak nak dapur gelap. Bermodalkan hanya RM10 untuk 1 tingkap. Maaf ye kalau korang cari tukang, tinted film dia bawak,memang tak jumpalah harga macam tu. Bukan susah mana pun.

Mula-mula aku survey harga tinted film di Shopee. Aku beli jenis Friosted  Glass Sticker.Pilih corak dan saiz. Bagi yang tingkap lebar,carilah ukuran besar lagi. 

Ini tingkap dapur aku sebelum kejadian

Laling aku turunkan cermin aku basuh dulu dengan sabun bersih-bersih.

Tanggalkan plastik di belang tinted film,spray kan air yang dicampur sedikit sabun pada cermin dan belakang Glass Sticker yang ada gam tu..dan tampal pada cermin. Aku gunakan tuala kecik yang tebal untuk ratakan dan buang gelembung angin pada cermin. Buat pelan-pelan ye..


Dikala aku tengah cuci cermin dan pasang tinted, Mylaling ambik kesempatan untuk cat semula grill yang tak pernah dicat semula lepas pasang 9tahun lalu. 

Untuk cermin aku ni,aku hanya guna 2gulung setengah aje Glass Sticker tu. Aku beli segulung RM3.44, kira 3gulung tu RM10 lebih aje..yang digunakan tak sampai 3 gulung pun. 

Siap pasang tinted, Mylaling pasangkan semula cermin pada tingkap

Dah siap..

Senang aje kan? Jimat sangat. Dengan hanya RM10 selesai masalah tingkap cermin akuarium ni..nak memasak ke basuh pinggan pakai bikini pun jiran belakang tak nampak 🤣🤣🤣 . Cuma waktu malam bila buka lampu,kat luar macam wayang kulitlah..nampak bayang hitam aje lah kat cermin tu. Dah tu,kalau rasa nak menari ala-ala Sri Rama ke Sita Dewi je..sila kanlah. Kang ramai je penonton kat luar tu.. 

Ok..itu aje perkongsian aku. Selamat mencuba!

SCAMMER KUCING

$
0
0
Assalamualaikum

Aduhai..macam-macam kisah pasal scammer ni. Ini cerita baru. Pak Teh ni seorang penjual kucing. Bila Pak Teh up post sorang scammer jual kucing,scammer tu pulak boleh up dan viralkan yang kononnya Pak Teh ni scammer. Ini betul-betul kes naya.



Dan sekarang kita tengok siapa scammer yang sebenar

Menggunakan nama Mat Bin Che Nik. Hasil carian aku, akaun ni dah tak ada..dah delete lah tu!



Report polis yang dibuat mangsa

Detail Scammer
Nama : Mat Bin Che Nik
No.Hp : 013-8790771
No.Akaun : 0301 6410 0004 8601 BSN





Tak selamat lah hidup dengan makan duit haram ni. Harapnya cepatlah polis tangkap dia sebelum ramai lagi yang kena tipu.


SCAMMER HARAM DI TANAH HARAM

$
0
0
Assalamualaikum

Inilah kisahnya.Aku sendiri pernah jumpa masa pergi Mekah dulu dan suami rakan sebilik pun dah kena lebih RM300. Bila aku jumpa post pengalaman kena scam di FB..aku pun nak share dengan semua.. sedihnya.. tak takut melakukan perkara haram di Tanah Haram.



Salam Semua

Hati-Hati dgn SCAMMER di AL-HARAMAIN 

Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah x ada Scammer, Ada rupanya.. bezanya ada yg kena cara halus dan cara kasar saja.. 

CARA KASAR:- 
Cara 1.
1. Sudah pastinya bag kita di seloknya atau di torehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf @ Saie, cara depa buat ni mmg kita pun x perasan langsung.. ni memang berani dan pro.. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mau riban-riban & Handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama)

Cara 2:-
2. Scammer jadi pengiring (kononnya escort kita) utk cium Hajarul Aswad, ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya "pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mau, dia mintak siap2 400 Saudi Riyal, kadang2 1000 Riyal pun ada. kita cakap x ada @ x mau, then dia blah lah.. tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang... ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel utk tuntut duit.. so, hati2.. 

Cara 3:-
3. Hati2 bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. saya pernah tgk depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal saja.. then, makcik tu tanya "saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal.. makcik tu pun terkiyal-kiyal dgn mamat tu.. Hakikatnya saya tgk sendiri makcik tu bg dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram.. so makcik dpt lah balik baki duitnya 99 Riyal)- hati2 dgn penjual yg duduk atas food-truck di Jabal Rahmah. 

Cara 4:-
4. Mak-mak arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi.. so, awas jgn cepat melatah dan bermurah hati sangat.. sekali kita bagi, habissss... kitaa akan dikerumun oleh "mereka"

Cara 5:-
5. Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat2 cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan... (padahal itulah game plan dia org..) kalau nak secure baik amek GRAB/UBER terus. 

CARA HALUS 
(Lebih kepada Psychology) 

1. Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah x heran sgt dgn kaki Scam ni sebab dah tau game depa, saya layan (sebab nak tgk game depa)... saya didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya, dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya x ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei skit la.. 

Saya intai dia dan geng2 dia mencari mangsa yg lain dari jauh, yup.. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah.. (geng sendikit 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa.. 

saya perati rata2 mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah & haji rakyat Malaysia, indonesia, brunei, mungkin easy target kot @ kita ni mmg suka bersedekah.

KESAN PADA JEMAAH:- 

1. Kita akan hilang focus utk beribadat.. dok menyesal atas kealphaan kita.. 

2. Membuatkan keluarga yg dok di Malaysia ni jadi risau, atas kejadian yg menimpa. 

3. Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencarut dan memaki hamunnya.. (niat asal dan focus utama ke Tanah Suci dah hilang).

4. Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling.. 

5. Murung

Inilah beberapa jenis Scammer yg ada di Tanah Suci Mekah & Madinah. 

Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau TAJAM, kalau silap langkah pasti ada yg nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab kat sana bukannya semua Malaikat, TAPI ada sekelompok manusia yg sentiasa menyambil kesempatan. Orang2 mcm ni depa peduli apa, bukannya depa heran di Tanah Haram ka X Tanah Haram ka, janji Masyuk... Jemaah juga DIINGATKAN kalau pi MASJID tu tak payah la gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban.. bawa duit SR50 ke SR100 sudah.. duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel. (dalam bag berkunci ka dalam peti box keselamatan ka, atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ka) 

Saya pesan, sebab kita bukannya tiap2 bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya ngan org2 mcm ni pulak.. kesian pun ada... jadinya pakat2 beringat.. bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT, mintak doa kat dia utk dijauhi dari pekara2 mcm ni. andaikata terkena scam mcm ni "kalau" amountnya kecik anggapkan sedekah dan x ada rezeki kita lah tu.. TAPI, kalau AMOUNTNYA BESAR, terus buat report polis, ajak Mutawwif pegi buat report. 

Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT... 

* kredit gambar kepada Memori Terindah di Tanah Suci

#khadamharamain #khadamharamaintravelandtour #mutawwif #gengjubahputih #umrah #mekah #madinah

SCAMMER : 017-7653371

$
0
0
Assalamualaikum

Kali ni tergelak besar aku baca, scammer kena main dengan mangsa..mujurlah simangsa ni cerdik. Jom tengok..


Detail Scammer: 
No.Hp : 017-7653371
No.Akaun : 1210641000129290 BSN atas nama Haji Maidin Matnor










Kan dag bertemu buku dengan ruas 🤣🤣🤣🤣


BEFRIENDERS

$
0
0
Assalamualaikum.

Berita baik untuk rakyat Malaysia. SKMM telah berkolaborasi bersama 8 syarikat telekomunikasi dengan menyediakan PANGGILAN PERCUMA untuk mereka-mereka yang mengalami kemurungan.

Talian sokongan ini menyediakan sukarelawan yang sedia mendengar masalah yang dihadapi. Panggilan ke Befrienders ini akan mula beroperasi mulai 1 Ogos 2019.

Nombor talian bantuan ini adalah 03-7956 8145/8144. Jika anda rasa tertekan dan perlukan seseorang untuk mendengar dan meluahkan perasaan, hubungilah mereka.


Tapi..jangan pula ada yang telefon untuk main-main dan mengorat sukarelawan yang bertugas tu pulak ye.

APLIKASI MERBAHAYA!

$
0
0
Assalamualaikum

Berkongsi info dari Polis Diraja Malaysia, didapati beberapa aplikasi yang mudah di muatturun dari Play Store telah dikesan mampu menjejak,menghantar data lokasi pengguna,log panggilan,senarai nombor tekefon,mesej teks dan sejarah penggilan telefon yang dibuat.

Perkara ini adalah merupakan 1 kesalahan kerana ianya telah menceroboh hak dan privasi pengguna.

Berikut adalah aplikasi  yang telah dikenalpasti;
1. TRACK EMPLOYEES CHECK WORK PHONE ONLINE SPY FREE
2. SPY KIDS TRACKER
3. PHONE CELL TRACKER
4. MOBILE TRACKING
5. SPY TRACKER
6. SMS TRACKER
7. EMPLOYEE WORK SPY

Sekiranya anda telah memuaturun aplikasi ini,sila uninstall segera.



PERINGATAN DARI PDRM

$
0
0
Assalamualaikum

Peringatan dan amaran dari PDRM berkaitan kes penipuan dan scam yang makin menjadi-jadi.

Jika  panggilan berkaitan kad bank,menang pertandingan,cukai tertunggak,hutang tertunggak,saman mahkamah atau kastam,waran tangkap dan yang seumpamanya..sila matikan panggilan,dan block nombor.

Jika menerima sms yang mempunyai apa-apa pautan, block nombor dan padam mesej tersebut.

Dan jika menerima panggilan dari nombor yang bermula dengan 08-111- ... JANGAN JAWAB & BLOCK NOMBOR 

Berhati-hati dan ingat pesanan ini.

SCAMMER KASTAM

$
0
0
Assalamualaikum

Scammer lagi. Ini perkongsian dari FB Emai Bakri .


Scammer Detected!!! 😠😡

Please alert guys. Ini antara orang² yang menipu menggunakan nama #JabatanKastamDirajaMalaysia. 

Kronologi:
Berkenalan dengan Abu Bakar melalui Facebook. Start conversation messenger @ 08.05.2019. minta no wasap katenyerrrr. 🤨

09.05.2019 - si Amsyar Chong ni bagitau nak shopping raya. (Dah kenapeee ko nak shopping ko hapdet laki aku) 🧐

10.05.2019 - Amsyar Chong ni hapdet dia otw p shopping mall. (Lupa pulak sis mau ambil gambar shopping mall dia pegi tu dr hp laki sis) 😑

petang tu dia hapdet barang yang kononnya dia beli untuk husband sis. (Mewah benoooo)

Dan lagiiii...katenyerrr dia ada masukkan $40,000 dalam parcel tu. (Duit raye ker tuuu) 🤭

Malam tu dia pos by "Air Courier Logistics".

11.05.2019:

Magic part: pagi ni jam 9.14am wakil courier tu bagitau parcel dah sampai dan husband saya ni kena bayar RM2500 untuk bayaran delivery, "custom clearance"& caj² lain. (hurmm weird. Selama ni sis beli barang² dr oversea xda juga kastam minta bayar) 🤔

Setiap 5-10 minit dorang ni hapdet suruh cepat² bayar supaya cepat la konon parcel tu dihantar. 

Pastuuuu.....(mula² ni si wife xda tau kes ni. Sampai laaa yg pihak scammer ni balik² minta bayar cepat baru dia keluar bagitau/tunjuk sama wife)

Wife: jangan bayar!! Eh..sudah bayar ka? 😳

Husband: belum.

Wife: bagus. Jangan bayar! Scammer tu. Bulan² posa ni pun sibuk mau menipu duit orang. Sakit pulak hati kiterrr!. 🤬😤

...apa² urusan berkaitan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sila JANGAN MALU BERTANYA atau hubungi PEJABAT KASTAM terdekat. Please...🙏🙏🙏

#sharingiscaring
#bealert
#besmart

Oh! Ya...lupa bagitau...fb dia "Amsyar Chong" tapi xda payah la cari sbb dia sudah delete. 🤭🤭🤭

Antara perbulanan scammer dengan mangsa

011-1700 0921 tu konon nombor staf kurier
+1(518) 217-6698 tu nombor scammer


Detail lain
No.Akaun : 5801051552 Hong Leong - Zaiton Binti Abdullah

Airway Bill tipu..

Resit bayaran kos pos palsu


Ok..muka hensem perangai ahli neraka..Makanlah rezki haram tu..bagi anak bini makan..takguna punya orang!

SCAMMER PINJAMAN WANG BERLESEN

$
0
0
Assalamualaikum

Rasanya ini info yang amat berguna bagi yang tengah terdesak sekarang dan sedang berkira-kira nak buat pinjaman dengan "along". 

Sila baca sebelum buat apa-apa tindakan.



INI SEMUA SCAMMER!!!!

Saya nak komen lebih lanjut berkaitan Iklan Pinjaman Wang Berlesen atau apa nama agency kewangan yang iklan di FB ni. Saya harap orang ramai jangan lagi mudah tertipu dan jadi mangsa Ah Long Modern ni. tipu duit orang ramai.

Senang cerita,  sesiapa yang apply loan walaupun dokumen lengkap ataupun tidak, loan anda tetap diluluskan. Episod bermula selepas loan diluluskan di mana anda kena buat bayaran macam2 sebelum loan masuk akaun bank kita. Di sini saya senaraikan jenis-jenis bayaran yang dikenakan:

1. Agreement Fee.
2. Test Payment.
3. First 5 Month Installment.
4. Activation Account.
5. Insurance Loan.
6. Bayaran Runner.
7. Bayaran Lawyer.
8. Bayaran Accountant Manager.

Walaupun anda selesaikan semua bayaran dan berharap loan akan masuk sekalipun,  loan anda tetap tidak akan masuk sampai bila-bila pun. Modus operandinya sama sahaja walau apa pun nama agency loan. 

Kesimpulannya,  siapa yang memberi duit kepada siapa?

Kita yang beri loan kepada mereka,  bukan mereka yang beri loan kepada kita.
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live