Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

CARA JIMAT GUNA COWAY

$
0
0
Assalamualaikum

Aku pengguna Coway Mach. Aku beli cash dengan harga RM2,500 (free servis 1 tahun). Aku beli tahun 2014, masa ada promosi. Ramai yang tanya..kenapa beli cash..tak bayar bulanan? Murah sikit katanya..baru RM130 sebulan dapat free servis 5 tahun lagi.. 
Dah 5 tahun..

Ya.. tapi jangan lupa.. kontrak juga untuk 5 tahun. Maka bayarlah korang RM150 x 12bulan x 5 tahun.. berapa?? Yaaaaaa.. RM7,800. 

Meh sini aku nak cerita..cara aku berjimat. Secukup 1 tahun..maka habis lah servis percuma dari Coway. Apa aku buat? Aku guna lagi 2-3bulan.. baru aku renew servis. Waktu tu caj untuk renew servis RM500. 

Jika dihitung beli cash atau bulanan..ini perkiraan aku.

CASH RM2,300. Tahun pertama free servis. Katakan sambung 4 tahun lagi servis(untuk cukupkan tempoh 5 tahun seperti kontrak bayaran bulanan) maka perlu sedia RM500 x 4 tahun iaitu RM2,000. Harga cash RM2,500+kos servis RM2,000,jumlahnya RM4,300. So mana yang rugi, beli cash dengan RM4,500 termasuk servis 5tahun atau bayaran kontrak bulanan RM7,800 dengan servis 5 tahun jugak??

Pada waktu tu platform untuk membeli alat ganti filter yang Halal agak susah sebab Coway masih baru di Malaysia.

Dan sekarang,aku boleh beli filter OEM di shoppe.  Memang tak ada filter ori Coway,tapi filter setaraf pun dah cukup dan memadai asalkan diakui Halal.Dengan harga serendah RM110 untuk penapis mineral atau RM120 untuk penapis alkali, semuanya settle. Punca aku beli dan tak sambung servis dengan Coway adalah kerana caj nya yang amat yahudi..RM700 setahun.

Bila difikirkan..patutla yang jual Coway boleh kaya raya..untung gilababas oih.. Mujur jugak aku bijak. 😜.. selamat duit aku dari mengkayakan orang. 

Esok aku tunjukkan cara pasang sendiri filter yang dibeli di shopee. 

Ok..Adeusss!!!

CARA TUKAR FILTER COWAY

$
0
0
Assalamualaikum

Sambung cerita semalam. Aku beli filter OEM di shoppe. Ada pelbagai brand. Tapi aku pilih brand Season, tawakaltu'alallah sebab ada Halal Korea.

Aku pilih jenis Alkali. Filter ni ada 3jenis. Jenis air mineral,RO dan alkali. Bila di google,air mana yang bagus, jawapannya adalah alkali.

Untuk Alkali ada 4 filter,tapi kalau untuk mineral hanya ada 3 filter(yang warna hitam tak ada)

Cara pasang ni,seller yang bagi. Boleh tengok step
1. In
2. Out

1.1st install sediment blue Color
2.Sediment Out install go to pre carbon In 2-3
3.Pre Carbon Out 4 go to white box number 5

4.Number 6 Go To Number 7 Alkaline In
5.Number 8 Alkaline Out Go to Number 9


Buang habis air keluar 10-15min baru pasang balik mesin

Ini suami aku yang pasang.Senang je.
Dah siap.. Beli filter RM120. Kalau sambung servis dengan Coway siaplah RM700..so jimat RM580.
Bijak tak??

MEKANIK SCAMMER : ACE 6080

$
0
0
Assalamualaikum

Macam-macam cara penjenayah sekarang nak cari makan. Sanggup menipu hanya untuk RM10. Bodoh kan?

Berkongsi dari fb: 
Mekanik Scammer





BATU CAVES - Pura-pura membantu dengan menyamar sebagai seorang mekanik untuk membaiki sebuah kereta, seorang lelaki didakwa menjadi mangsa penipuan.

Abdul Hakim Shahbuddin tampil berkongsi pengalamannya itu di Facebook miliknya.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dalam perjalanan pulang bersama keluarga abang iparnya dari Taman Eko Rimba, Sungai Tua, Ulu Yam pada Ahad.

"Selepas selesai mandi manda pada lewat tengah hari, kami bergerak pulang melalui arah jalan berlainan.

"Baru beberapa kilometer jalan balik tiba-tiba 'temperature' kereta naik mendadak. Aku berhenti tengok radiator air kering kontang. Isi-isi air tak juga penuh. Ada bocor di bawah.

"Tak sampai 5 minit tiba-tiba datang seorang lelaki menunggang motosikal, bertanyakan keadaan kereta ini," katanya bersyukur ada individu sudi membantunya ketika dalam kesusahan.

Tidak terlintas di benak fikirannya, bahawa individu tersebut adalah scammer malah lelaki itu juga tanpa dipinta terus melakukan pemeriksaan keretanya dengan mendapati radiator telah bocor.

"Abang radiator bocor, skrunya hilang ini. Abang tunggu sekejap saya pergi bengkel ambil skru. 10 minit lagi saya sampai," katanya.

Jelas Abdul Hakim, ketika sedang menunggu lelaki itu ke bengkel, dia menerima panggilan telefon dari abang iparnya dengan memberitahu keretanya turut rosak.

"Abang ipar telefon beritahu, kereta dia juga rosak, 'temperature' naik. Skru hilang," katanya.

Sebaik menerima panggilan dari abang iparnya, Abdul Hakim mula meragui tindak-tanduk lelaki itu.

"Aku sudah mula sangsi. Sambil dia pasang skru, aku macam ada 'bau' scammer.

"Lepas siap pasang aku tanya berapa harga. Ikut abanglah nak bagi berapa. Aku cakap RM10 boleh? Tak bolehlah bang. RM30 bang," katanya.

Insiden yang dialami oleh abang iparnya juga dikongsi oleh Abdul Hakim.

"Aku hubungi abang iparku semula. Aku tanya ada tak orang datang naik motor Honda merah lagak seperti seorang pomen (mekanik). Ada katanya...

"Dia sedang pergi bengkel ambil skru. Fuh! Modus operandi yang sama. Hebat pomen (mekanik) scam ini," tulisnya.

Abdul Hakim juga memaklumkan, lelaki itu telah mengenakan bayaran mahal terhadap abang iparnya iaitu sebanyak RM65.

"Abang ipar cakap mula sebelum pasang dia nak caj RM65. Buat tak layan, dia patah balik minta punya minta dia bagi RM20 tapi kena pasang skru sendiri.
"Sekali dia bagi skru sebiji macam skru yang sama. Ada calar-calar sikit," ujarnya.

Dari Fb : Abdul Hakim Shahbuddin

#MekanikScamer
#ACE6080

SCAMMER : 013-4456853

$
0
0
Assalamualaikum

Berhati-hati dengan scammer ni. Macam-macam cara dia menipu. Sampai ke pakej umrah pun dia nak sauk. Sila simpan nombor telefon ni di telefon masing-masing dengan nama Scammer. 





Detail scammer : 
Nama syarikat : DY ONE STOP TRADING
No.Akaun : 8009907009 CIMB
ATAU
Nama syarikat : WL ENTERPRISE
No.Akaun : 514280618206 MAYBANK
No.Hp : 013-4456853


AYAM MASAK KICAP 2 in 1

$
0
0
Assalamualaikum

Lama tak kongsi resepi. Teringin nak makan masak kicap pedas..tapi dalam masa yang sama nak makan ayam masak kicap pedas. Sudahnya aku gabung resepi. Maka jadilah Ayam Masak Kicap Pedas Berempah.



Ok ini resepinya;

Bahan-bahan;
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
Segenggam cili kering
**kisar

8 ketul ayam(ikut sukalah kalau nak lebih)
1 btg kulit kayu manis, 
3kuntum bunga lawang
5-6biji buah pelaga
1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih(tumbuk kasar)
1 btg serai dititik
Sos tiram
Kicap lemak manis
1-2sudu gula
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
Daun bawang

Cara-cara;

1. Gaul ayam dengan garam kunyit,goreng dan ketepikan.
2. Panaskan minyak,masukkan serai dititik,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,jintan manis dan jintan putih. Kacau sebentar masukkan bahan kisar dan masak sampai pecah minyak
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Yang ini masuk agak-agak je.Kacau rata dan masukkan ayam dan gula.
4. Matikan api dan masukkan bawang besar,cili merah dan daun bawang. 

Aku tak letak garam sebab ayam goreng pun dah ada garam,dan kicap tu sendiri pun dah cukup rasa masinnya.

Ok..selamat mencuba.


SCAMMER : 016-644 2250

$
0
0
Assalamualaikum

Sejak jadi penjejak scammer ni..macam-macam scammer yang aku jumpa. Yang terkini, curi gambar kucing orang,lepas tu iklan kan konon nak jual. Allah..kucing pun jadi bahan.

No.Hp : 016-644 2250

Bagi peminat kucing, berapa pun harga mesti ada yang sanggup beli,apalagi kucing baka yang rare dijual dengan harga yang murah dari pasaran.

So hati-hati dengan "peniaga" dengan nombor telefon 016-644 2250 tu ye. Tak taulah lepas binatang apa pulak dia nak jual. 

CIKGU DAN ROTAN

$
0
0
Assalamualaikum

Tengah panas isu cikgu melayu rotan budak cina. Rata-rata semua dah tahu isu ni. Tapi apa yang aku nak ulas disini, bila berlaku kes ini, isu rasis diketepikan kerana kebanyakan ibubapa berbangsa cina juga marah dengan perbuatan biadap kerana dengan tak semena-mena dipanggilnya cikgu sebagai pondan.



Apa salah cikgu tu pun tahu tiba-tiba digelar begitu. Dari komen yang aku baca, 100% bekas anak murid cikgu tu bercerita tentang sikap cikgu tu yang sangat baik dengan anak murid.

Sesiapa saja boleh hilang sabar. Cumanya silap cikgu tu adalah dia bertindak merotan sedangkan perkara itu adalah dilarang terutama antara cikgu lelaki dan pelajar perempuan. Marah yang tak dapat dikawal. Aku sangat bersimpati dengan cikgu tu.






Tindakan ibu pelajar tu juga mendapat kecaman netizen termasuklah dari masyarakat cina sendiri memandangkan bangsa cina adalah 1 bangsa yang diajar menghormati cikgu lebih dari ibu bapa. Kita boleh lihat melalui filem dan drama cina,bagaimana cara mereka menghormati guru.

Benda dah berlaku dan jadikan pengajaran. Jahat macam mana pun pelajar tu,dia tetap anak orang. Kalau orang pukul anak kita..tak banyak,sikit pun mesti kita marah. Dan sebagai pelajar,tak perlu tunjuk biadap dengan guru yang juga merupakan ibubapa orang lain..kalau cikgu tu ibubapa kita,dan orang hina ibubapa kita,takkan lah kita sebagai anak takn rasa marah.

Apapun, salah tetap salah..masing-masing silap. Sebagai netizen jangan kita menambah minyak pada api yang sedang marak.

PENCURI AYAM

$
0
0
Assalamualaikum

Pertama kali aku tengok kejadian macamni. Curi ayam lepas tu jual murah-murah.. astaghfirullahalazim... urut dada aku tengok. Operasi pencuri ni di kawasan kampung aku juga. Tengok video dibawah..


Cerita ini dikongsikan di fb penduduk kampung.









Langsung tak ada rasa bersalah..curi dan jual. Untung..bagi anak bini makan. Perbuatan yang hanya boleh dibalas dengan penjara aje. Bukti dah ada.. selamat beraya haji dalam penjara lah ye.


SCAMMER TUDUNG BAWAL DIAMOND

$
0
0
Assalamualaikum

Kali ni aku kongsikan. Scammer terang-terang punya. Buat fb page. Jual tudung bawal diamond kononnya. Ramai pulak yang terkena. Scammer menggunakan nombor telefon yang pelbagai. Banyak betul nombor dia. Dan nombor akaun yang berbeza.

Aku agak, nombor akaun ni mungkin nombor akaun seller lain yang scammer ni nak membeli apa-apa, so dia gunakan cara,mangsa "tolong" bayar bagi pihak dia. Apapun aku kongsikan jugalah ubtuk maklumkan semua.

Berikut adalah screenshot mangsa scammer tudung diamond ni.




Detail Scammer:
FB : Bawal Diamond Collections
No.Hp : 017-9026968 , 011-2510 2207 , 011-5665 9497, 013-308 5869
No.Akaun: 153131096744 Maybank atas nama AMIERA SYAHERA 
156057601042 Maybank atas nama ANIS ZULAIKHA
7612774078 CIMB atas nama  TENGKU MOHD AFENDI









Kebalnya dia ni..belum tertangkap lagi. Aku tak pasti samada mangsa dah buat report polis atau tidak. Cuma aku nak pesan kalau scammer ni baca entri ni..api neraka tu panas ok.!


SCAMMER : ZAYYANI EMPIRE

$
0
0
Assalamualaikum

Hari ni aku nak up pasal scammer jual baju raya secara online di FB dengan menggunakan nama  ZAYYANI EMPIRE. Ramai mangsa yang dah terkena dan ada yang dah buat laporan polis. FB scammer ni pun dah tak ada lagi. 




Detail Scammer: 
FB : ZAYYANI EMPIRE
No.Hp : 013-6408652, 014-6788370
No.Akaun : 56226354134 MAYBANK
8009856125 CIMB


Antara laporan polis yang telah dibuat.

Berikut adalah mangsa-mangsa scammer celaka ni.





Ramai rupanya yang terkena. Mangsa ni semua terkena pada bulan puasa yang lepas. Nasihat aku..seboleh-bolehnya elakkan membeli secara online. Kalau nak beli juga, tengok betul-betul akaun fb tu, google search nama atau nombor telefon seller. Sekiranya ada seller tu scammer, insya Allah,detailnya korang akan jumpa.

Moga Allah bagi hukuman yang setimpal.


DIORAMA KUBUR

$
0
0
Assalsmualaikum

Atas permintaan dari bos, maka jadilah jugak projek diorama aku ni. Ini merupakan kali pertama dalam hidup aku buat diorama. Tiru-tiru je dari sumber google. 

Tapi bos aku nak aku buat besar sikit sebab ini untuk dipamerkan pada masyarakat orang asli. Bermodalkan RM30..maka terhasillah diorama ni.


Bahan yang aku gunakan adalah polifoam,filler dan lain-lain



Harap-harap oklah diorama aku ni..maklumlah aku bukan tukang.


AIR MINUMAN TERCEMAR

$
0
0
Assalamualaikum

Pesanan khidmat masyarakat.

Dari Public Health Malaysia :

⚠️ Sekiranya anda telah membeli produk minuman jenama ini, dinasihatkan agar TIDAK MINUM produk tersebut.







Pemeriksaan ke atas kilang pengeluar air minuman ini mendapati pihak kilang TIDAK melaksanakan program keselamatan makanan dengan berkesan.

✔️ KKM telah mengesan jenama air minuman jenama Starfres dan Water Funs telah tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa

✔️ Pihak kilang diarahkan untuk MENARIK balik produk minuman berbungkus tersebut dari pasaran

✔️ Lesen kilang telah digantung

✔️ Pihak kilang menarik secara sukarela produk lain keluaran mereka iaitu Iceberg, Sukahati, Rofina, Dixy Green dan Dixy Blue.

Sumber : https://kpkesihatan.com/2019/07/01/kenyataan-akhbar-kp-kesihatan-1-julai-2019-perkembangan-terkini-isu-penarikan-semula-produk-air-minuman-berbungkus-jenama-starfresh-keluaran-malaysia-dari-pasaran-singapura/

MAT SALEH MISKIN

$
0
0
Assalamualaikun

Bukan sekali kita dengar kes pelancong bangsa kulit putih yang berkelakuan biadap di negara kita. Ada yang datang mengemis, tumpang kereta free dan kali ni mencuri pulak. Macam monyet je perangai. 




Kan betul macam monyet,masuk dapur orang buat sepah. Kurang ajar. Harap dengan entri ni, dapat bantu mangsa ni cari 4ekor monyet ni. Kalau kita pergi negara dia,jangan harap la orang sana nak layan baik-baik.

Kejadian ni berlaku kelmarin 1 Julai 2019. 

SCAMMER : 019-4530698

$
0
0
Assalamualaikum

Lagi pasal scammer. Penipu konon menjual barang alatganti motor atau kereta. Scammer aktif di group-group fb. Hingga kini,nombor telefon scammer ni masih aktif. 











Detail scammer : 
Fb : MOHAMAD SYAZWAN HAFIZ
No.Akaun : atas nama MOHD AMIRUL HAFIZ 514066541377 MAYBANK 
No.HP: 019-453 0698




Post ini aku akan delete hanya bila mangsa sudah terima barang atau duitnya dikembalikan. 

SCAMMER : 018-2424138

$
0
0
Assalamualaikum

Harini aku nak bantu sorang lagi mangsa penipuan jualbeli melalui FB. Kesian dia. Bukan saja duit lesap, nombor telefon pun scammer tu dah block. Bukan si scammer tu aje yang block..dengan laki dia pun block sekali.

Post ini aku akan delete sekiranya si scammer dah refund semula duit sipembeli tadi. Si pembeli dah cuba viralkan di FB tapi masih tak berjaya,maka menggunakan blog ini insya Allah, sampai bila-bila pun post ini akan sentiasa ada di carian google bukan sahaja di Malaysia malah didunia.



Fb Scammer 

Detail Scammer
FB : NURUL HAYYANA atau NURUL HALLYANA (scammer dah tukar nick name)
NO. HP : 018-2424138
Akaun Bank : 0600541000060205 BSN : NURUL HALLYANA BINTI MOHAMED
ATAU
7621701997 CIMB : MOHD RAMLAN BIN OMAR ZAINI

Berikut adalah screenshot transaksi kedua-duanya





Setelah wassap tak  dijawab, FB Massanger pun diblock. Kemudian pembeli menghantar SMS seperti dibawah




Di FB Massanger suami scammer pun juga dah block sipembeli tadi. 

Laki bini jadi penyamun,jangan heran kalau anak nanti dari perompak..yelahkan..mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.



PAK ARAB PENYANGAK

$
0
0
Assalamualaikum

Kejadian pendatang asing membuat onar di negara kita makin hari makin menjadi. Melampau dan aku pelik kenapa belum dengar ada tangkapan dibuat walaupun dah banyak kali diviralkan.

Tahun lepas kes pak arab berkereta putih,berlegar-legar di R&R, ketuk cermin kereta pengguna hiway yang lain,minta bantuan konon duit hilang, kena rompak..macam-macamlah drama dia. Orang Malaysia pulak,pantang nampak bangsa asing yang rupa elok ni..nak je tolong,padahal dah kena tipu.

Terkini kes yang sama tapi kawasan jenayah dah sampai ke kampung dan pekan kecil.



Kereta yang digunakan,Suzuki Swift warna biru,plat no.JGL78

Salah seorang penyagak tu.

Apapun hati-hatilah ye. Sombong sikit tak apa..jangan nak terlalu baik hati sangat tambah-tambah dengan bangsa asing ni.

ADUAN COP PARKIR UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI

$
0
0
Assalamualaikum.

Perkongsian khidmat masyarakat.

Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


SHARE UTK SIMPANAN

INFO:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
2. http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan, butiran kejadian.


KEKABOO PALSU

$
0
0
Assalamualaikum

Macam-macam betul sekarang ni. Berniaga tu salah 1 punca rezki yang halal..tapi halalkah rezeki tu,kalau kita menipu? Menipu yang bagaimana? Menipu dengan menciplak hasil kerja orang lain dan kemudiannya menjual kepada orang ramai. Halalkah?? Berkatkah?

Terbaru, peniaga tudung jenama Kekaboo mengalami kerugian akibat munculnya dajal-dajal Jalan Tar yang menciplak design tudung Kekaboo,kemudian mencetak dan menjenamakan semula dengan brand masing-masing. Hinggakan ke tudung yang baru launch pun diorang dah siap jual murah-murah. Kurang ajar kan? 

Ini adalah design Original Kekaboo


Betapa kurang ajar dan biadapnya dajal-dajal ni, bukan aje design tudung yang diciplak..sampai ke iklan yang group Kekaboo buat untuk seller pun kena ciplak..padam watermark asal,tulis brand dia.. Astaghfirullahalazim.. jahat-jahat Yahudi,dia tak aniaya bangsa dia sendiri tau!








Antara dajal-dajal berkenaan,ada yang menggunakan jenama sendiri seperti BERKAT HIJAB (berkat ke oi curi hak orang??) , JANNAT (Jannat ke LAKNAT??) dan MATAHARI COLLECTION (Yeker matahari? Bukan api neraka ke??).

Banyak lagi yang terjual di kedai tepi jalan dan bazar dengan pelbagai jenama sedangkan kalau beli yang ori pun harga lebih kurang aje dan terjamin kualitinya. 

Kepada peminat Kekaboo, jangan beli yang ciplak atau tiruan,sekiranya korang beli,diumpamakan korang menyokong dajal-dajal ni sekaligus korang pun berdosa juga sebab dah tau barang tu barang tiruan.

Belilah yang original terus dengan pengedar yang sah dengan klik terus ke link ini TUDUNG KEKABOO. 1 je aku nak cakap,andaikan yang korang peniaga tudung,korang design susah payah,keluarkan modal ribuan ringgit,tak sempat korang jual,tiba-tiba korang nampak design yang korang dah bersengkang mata nak buat tu dah ada orang jual dengan harga yang murah..apa perasaan korang? Bangga? Happy?

Dan kepada 5-6ekor dajal yang menciplak ni..aku harap korang baca entri ni..dan..aku nak korang sentuh jari atas jalan raya..kalau kau rasa panas..aku nak cakap yang panas tu 0.01% je dari panas api neraka. Ok.Hadam!

SCAMMER : 010-4240355 / 014-2469460

$
0
0
Assalamualaikum

Semalam panas dengan cerita Tudung Kekabu Tiruan. Harini pasal scammer pulak..scammer ni juga turut menyamar sebagai penjual tudung Kekaboo,pada masa yang sama turut "menjual" pakaian dari Jubahsouz.

Detail Scammer:
IG : @ps.wanna1
Hp.No : 010-4240355
No.Akaun : 162795076519 MAYBANK
12289020099902 BANK ISLAM

Selain in,scammer turut menggunakan nama dan akaun bank yang lain,antaranya;
MUHAMMAD FARIS BIN OTHMAN
MUHAMMAD LUQMAN BIN NASRON
MUHAMMAD 'IZZAT BIN MUHAMMAD NIZAMUDDIN
No.Akaun : 07140168626524 CIMB
07051192847525 CIMB
10713000105600 RHB


Detail Scammer
FB : BUNGA LESTARI
No.Hp : 014-2469460

Berhati-hati sebelum membeli,pastikan seller yang korang berusan adalah seller dan pengedar yang sah dan berdaftar.

SELAMAT HARI LAHIR TUN

$
0
0
Assalamualaikum


Insan kesayangan ramai termasuklah aku..lupakan soal politik,tapi insan ini cukup mengagumkan aku dan dunia. Dia 1-1nya yang memegang tampuk pemerintahan sebanyak 2 kali. 

Walau ada yang menggelar dia dengan berbagai gelaran buruk, menghina..tapi sekurang-kurangnya jasa dia terlalu besar untuk negara ini. Jasanya terlalu besar untuk semua . Semoga Allah merahmati, mengurniakan umur dan kesihatan yang baik untuk Tun. 

Selamat hari lahir Tun yang ke-94.. saya sayang Tun Dr.Mahathit Mohamad. 


Viewing all 1113 articles
Browse latest View live