Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

SPOOFING SCAMMER : 09-6354722

$
0
0
Assalamualaikum

Perkongsian dari page Cyber Crime Allert Royal Malaysia Police

Berhati-hati jika anda terima panggilan dari no 09-6354722 yang memberitahu anda terlibat dengan kes jenayah, anda akan ditangkap, meminta maklumat akaun bank anda atau meminta anda memindahkan wang ke akaun individu lain !

09-6354722 ini memang no IPK Terengganu yang betul. Admin ulang. MEMANG BETUL NO IPK TERENGGANU!  TETAPI sindiket telah menggunakan kaedah spoofing untuk memaparkan no ini di telefon bimbit mangsa. (Rujuk gambar untuk keterangan lebih lanjut).

INGAT ! Jika anda terima panggilan dari mahkamah, polis dan sebagainya. Beritahu anda akan pergi ke balai untuk rujuk dan putuskan talian.

Beza scammer dan polis betul ...

1. Polis betul akan minta anda hadir ke balai berhampiran jika keterangan anda diperlukan. Scammer pula kalau boleh tak nak anda pergi ke balai dan boleh berurusan melalui telefon sahaja!

2. Polis betul tidak akan meminta maklumat kewangan atau akaun bank anda. Scammer memang suka nak tau berapa banyak duit anda ada!

3. Polis betul tidak boleh / tidak akan menyuruh anda memindahkan wang ke akaun individu lain untuk siasatan. Cukup dengan penyata akaun yang diperoleh daripada bank untuk siasatan. 

Jadi, kenapa percaya scammer lagi?!

Biar bazirkan sedikit masa untuk rujuk di balai polis dari bazir banyak wang kepada scammer ! BE SMART!

#CyberCrimeAlert
#PDRM
#BeSmart

LANGGAR LARI BGN6634 DICARI

$
0
0
Assalamualaikum

Mohon viral.

Kereta kakak saya di langgar dari belakang ketika bergerak perlahan(kereta-kereta dihadapan juga bergerak perlahan) di kawasan Longwan Guar Chempedak ke Marrybrown. 



Selepas kemalangan berlaku,pemandu enggan keluar dari kenderaan (Unser lama) sehingga diminta keluar. Alasan diberi, tak perasan dan kereta dia dilanggar dari belakang sedangkan tiada pun tanda kereta beliau dilanggar dan pada waktu itu sebuah Myvi warna putih berada dibelakang kereta.

Kakak saya telah meminta ganti rugi kerosakan. Anggaran kerosakkan dalam lingkungan RM200-300. Tapi lelaki tadi enggan bayar dan minta kakak saya buat laporan polis dan berpakat nak ke balai  bersama kakak saya. Sebelum itu kakak saya telah meminta ic beliau untuk diambil detail (mulanya nak ambik gambar,tapi kamera phone blur bila ambil gambar jarak dekat). Detail lelaki tersebut dicatat atas kertas seperti dibawah

Nama: SALIM BIN BUDIN
No.KP: 620808-02-5671
Alamat di KP: No.22 JALAN PEKERTI 25/133
TAMAN MUTIARA KEMUNING,
40400 SHAH ALAM
SELANGOR
Jenis Kenderaan :TOYOYA UNSER -MERAH
No.Plat : BGN 6635
No.Telefon yang diberi adalah palsu milik lelaki bernama Rahman : 011-59896542
Tarikh/Masa Kemalangan : 01 Jun 2019 Jam 10.48pagi
Lokasi : Longwan Guar Chempedak.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Yan kerana lelaki ini tidak bertanggungjawab dan memberikan maklumat palsu. Mohon viralkan dan kakak saya hanya akan tarik balik laporan setelah kos kerosakan dibayar tunai.

TRAGEDI KUIH RAYA

$
0
0
Assalamualaikum

Dah tak berapa hari lagi nak raya. Tentunya kita dah buat pelbagai persiapan. Kisah yang aku nak kongsikan ni amat menyedihkan. Mana taknya, kita sedia maklum harga kuih raya boleh tahan mahal. Bila yang ditempah tak sama macam gambar yang diiklankan..rupa kuih semuanya sama, warna aje lain-lain. Menipu lah namanya kalau macam tu.

Perkongsian dari mangsa tragedi kuih raya..

ALLAHU AKBAR

Rasa kecewa sangat-sangat bila kakak kami bagi tahu terima kuih raya tak seperti contoh yang diberikan!

Bergegaslah kami ke rumah kaklong kami untuk melihat sendiri kuih yang diterima.

Indah khabar dari rupa! 

Beginikah cara cik puan berniaga? 
Cik puan Sharifah Razak @Pokodot Kek Ig@koko_bakery_kek

Puas kami call dan whatsapp tidak di jawab dan balas. 

Kami dengan penuh kepercayaan menempah kuih dengan cik puan tetapi sampai hati cik buat kami.

Di bulan yang mulia ni cik puan tak jujur dalam berniaga.

Cik puan buat kami begini..tapi ingatlah ALLAH Maha Mengetahui 

Saya sedih dan kecewa dengan cara cik puan berniaga.

Apa perasan anda jika menerima kuih tak seperti yang di janjikan? 

#26Ramadhan







Kesian tengok..rupa semuanya bulat-bulat..warna aje lain-lain..

Berkat ke tidak dengan berniaga cara yang macamni? Bagi harapan palsu dan kaut untung.. apalah nak jadi..bulan puasa pun menipu!

BUNGA LABUCI DAN BUNGA TITIK - 2

$
0
0
Assalamualaikum

Mood menanik memang dah lama kelaut. Bagi yang dah lama follow blog aku ni pasti tau aku ambil upah menjahit manik.

Tahun ni untuk raya, memang aku tak buka tempahan pun. Malas sangat rasanya.Tapi aku tak mampu untuk berkata tidak bila diminta oleh regular customer yang dah bertahun-tahun suka dengan hasil kerja aku.

Inilah hasilnya.. permintaan bunga labuci..dan aku sulamka dengan bunga titik serta manik taburan.




Dibawah baju dan ditangan. Terima kasih pada Kak Hilmun yang tak jemu-jemu dengan air tangan aku..

SELAMAT HARI RAYA ABAH

$
0
0
Abah..

Harini hari raya..pertama kali raya tanpa abah..
Dulu abahlah yang sibuk itu dan ini..
Penuhi segala keperluan kami..
Sebagai anak..cek akan penuhi selera abah tiap kali raya..gulai daging kegemaran abah..

Abah..
Terngiang-ngiang ditelinga..
Suara abah bertakbir seusai solat subuh dipagi Syawal..
Sedap..suara abah sangat sedap..
Kemudian dikejut kami bangun tidur..

Raya terakhir kita..abah sibuk suruh bergambar..
Rupanya itulah yang terakhir..

Terbayang wajah abah..
Hati rasa sayu..
Aidilfitri ini..tanpa abah disisi..

Al-Fatihah untuk Abah..


MANIK SIMPLE - 15

$
0
0
Assalamualaikum

Permintaan adik buah di ofis lama. Kalau ikutkan dia nak jahit disemua bunga pada bahagian depan baju. Tapi aku nasihatkan..kurangkan kainnya jenis benang halus..agak nipis..risau takut terkoyak pulak nanti.

So..jomla tengok. Simple aje..




Ok itu aje..walaupun simple tapi menggunakan manik yang banyak.


MENU LEPAS RAYA

$
0
0
Assalamualaikum

Raya dah lepas.. sebulan puasa tak terasa masa berlalu. Tekak ni pun dah jelak dengan rendang, gulai, ketupat.

Dimalam raya pertama..aku dah rasa macam nak muak dengan menu raya.. akhirnya dengan nasi panas..laju pulak aku makan dengan lauk ni.
Tak sempat snap gambar..ekor ikan pun dah hilang.. ikan gelama masam juga yang jadi pilihan

Hari raya pertama..ketupat dan nasi himpit pun dah habis.. so, pagi raya ke2.. aku sediakan punten untuk suami.


Masing-masing dengan mood raya.. tapi aku punya mood raya tak berapa nak ada.. itu saja untuk harini.

CDE9173 ..KAT MANA OTAK KAU!

$
0
0
Assalamualaikum

Apa korang akan buat jika berada dalam situasi pengadu ini..






Inilah contoh samseng..tak fikir kan orang lain. Apa jadahnya di suluh laser ke kemata pemandu dibelakang.

Wahai pemandu CDE9173 jalanraya bukan harta bapak kau yang punya..kalau lah orang dibelakang kemalangan maut sebab tersilau laser dari kereta kau.. kau sedar tak kau dah jadi pembunuh? Inilah dia manusia kurang ajar..jangan sampai orang lain doakan kau terjunam gaung pulak ya.. 
Semakan mendapati pemandu ini memang kebal denagn saman

Aku harap..1 hari kau bertemu buku dengan ruas..dan harap JPJ boleh saman manusia tak de otak ni.



ADUAN JPJ WHATSAPP

$
0
0
Assalamualaikum

Aku percaya, ramai dikalangan kita yang nampak dan bertembung dengan pesalah trafik dan lalulintas yang lain. Disini aku kongsikan nombor telefon JPJ untuk korang whatsapp kesalahan pengguna jalan raya sebagai langkah membantu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Hantarkan aduan ke talian 013-4498997
Nyatakan : laporan ringkas,tarikh dan masa,lokasi,jenis kenderaan dan gambar sebagai bukti.

Dimusim perayaan ni terlalu banyak manusia yang hanya pentingkan diri tanpa memikir keselamatan orang lain. Save nombor ini dan bersedialah membantu pihak berkuasa. 

SAMSENG OKU

$
0
0
Assalamualaikum

Perkongsian dari group komuniti Kepala Batas, P.Pinang. Jadikan iktibar dan berhati-hati. Dengan adanya lesen OKU.. ada yang ambil kesempatan..buat apa pun tak salah.

*****




Assalamualaikum admin... tadi ada berlaku kes di kawasan McD Bertam ketika saya ingin drive-thru untuk membeli makanan berbuka puasa. Ada sebuah kereta Axia berwarna kuning cuba momotong barisan ketika semua kereta bersesak untuk drive-thru.

 Pada mulanya saya ingin memberi laluan kepada Axia tersebut memandangkan dia cuba untuk menghimpit kereta saya dan pemandu tersebut merupakan bangsa India yang OKU tapi dia bertindak untuk mengangkat jari 'tengah' kepada saya dan langsung tidak memberi lampu isyarat ketika memasuki laluan drive-thru.

 Saya difahamkan bahawa orang OKU perlu diberi keutamaan tapi situasi ini berlaku ketika drive-thru,kita semua sama-sama duduk dalam kereta, semua boleh bersabar tetapi perlukah dia mengangkat jari 'tengah' kepada saya.

Tindakan pemandu tersebut telah menyebabkan kesesakan kerana dia telah block laluan keluar kereta yang parking di kawasan Mcd. Adakah dengan title OKU kita boleh melakukan semua kesalahan?

*****
Dari komen yang dibaca, ramai juga mangsa pemandu OKU a.k.a Otak Kurang Upaya ni..





Kalaulah jadi kemalangan..apakah dengan menunjukkan kad OKU dia akan selamat sama seperti kes kemalangan kerana memandu lawan arus di lebuhraya beberapa tahun lalu? Senyap terus cerita tu.. pemandu OKU wanita cina..mabuk dan OKU katanya..sampai mangsa kemalangan maut..apa hukuman yang dia terima? Fikir-fkirkan..

PUASA 6

$
0
0
Assalamualaikum

Selesai 30hari puasa di bulan Ramadhan, apa kata kita teruskan dengan puasa 6. Namun ada persoalan, bagaimana untuk melaksanakan ibadah ini, perlukah terus menerus atau boleh secara dipisahkan. Ini jawapan Mufti.


Selamat berpuasa 6.

HUKUM QADHA PUASA BERSEKALI PUASA 6

$
0
0
Assalamualaikum

Biasalah orang perempuan.. perlu mengqadha puasa Ramadhan atas sebab keuzuran. Dalam waktu yang sama, kita juga ingin menyelesaikan puasa 6. Sebolehnya  kita  mahu menyelesaikan ke2-2nya. Bolehkah kita menghimpunkan ke2-2 puasa ini sekali? Ada  yang menggatakan boleh..ada yang kata tidak boleh. Ini jawapan mufti.

Selamat beramal.

KEK RM747

$
0
0
Assalamualaikum

Sekarang ni makin menjadi-jadi kes menipu,dari sebesar-besar kes hinggalah sekecil-kecil kes. Kali ni kisah kek pengantin yang boleh tahan mahal harganya. Masa tempah cantiknya gambar..dah terima, masya Allah..tepuk dahi si pengantin. 

*****

Harapan pakej KEK RM 747 ... berbaloikah ? 
RM 747 LEBIH dengan DECO yg dijanjikan tidak ada pada HARI MAJLSI hari ini.... apa yg diorder tidak sama dengan PERSETUJUAN ASAL....paling menyedihkan ....hantar KEK dan maklumkan untuk ambil CUP CAKE tambahan....terus hilang dan TUTUP PHONE 😭 

MEMANG kita boleh terima REFUND yg dipulangkan ...tetapi apa perasaan PENGANTIN bila lihat KEK yg dihadiahkan ....yg diceritakan CANTIK datang seperti dalam gambar... untuk KEK sahaja Rm 400 kut 😭

Lokasi Order Kek ini di JITRA KEDAH ... agak mudah cara penyelesaian begini...memang siapa pon akan kecewa kalau begini....sangat menyakitkan bila TIDAK DAPAT DIHUBUNGI LAGI

Pesan saya ...nak niaga...niaga betul betul....kalau tak mampu buat ....LEBIH BAIK JANGAN BUAT .... sekali orang PERCAYA ...kali kedua mungkin kamu akan dapat Maki saja dari yg order 

Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua ...BERNIAGA LAH DENGAN TULUS DAN IKLAS ...BUAT KERJA BIAR SAMPAI ORANG INGAT KESUNGGUHAN DAN KEIKLASAN KITA...INSYALLAH REZKI DATANG MENJEMPUT KITA SENDIRI TANPA PERLU BERSUSAH SUSAH BUAT MARKETING....INSYALLAH

 KASIHAN PADA KAKAK IPAR SAYA YG BUAT TEMPAHAN ....RM 700 bukan satu nilai yg kecil pada USAHAWAN di KEDAH ini.... kasihan kepada PENGANTIN

MAAF ZAHIR DAN BATIN LAGI LAH KAN ALASANNYA ... KITA KAN MASIH BERAYA 😅
*****


Bezakanlah sendiri..maunya menangis pengantin tu.

Bila tengok gambar contoh..logo kedai bakers tu..macam wowwww sangat..Yang sedihnya pulak, si bakers ni langsung tak reply mesej dari pengantin ni.. 



Invois dari bakers

Inilah bakers kentalll tu.. sampai hati ye kau main-mainkan orang..apalah yang kau dapat dengan berniaga macam ni.. lain kali elok kau jual kat pasar malam ajelah kek kau ni. Penaya orang hidup-hidup!




SCAMMER : 010-7003996

$
0
0
Assalamualaikum

Lagi kisah scammer.. kali ni mangsa ditipu dalam jual beli baju raya. Dah la nak raya,kena tipu pulak. Tak kiralah berapa jumlahnya..tipu tetap tipu..Syaiton ni menjual dan mengiklan baju di FB dengan menggunakan akaun fake.








Scammer menggunakan nama fb Dedik Dyah / Dyah Dedik
No.Telefon : 010-7003996
Akaun Bank : 8009781704 CIMB
Nama di akaun bank : Deedayah

Akaun fake dengan menggunakan gambar individu lain.

Kadang-kadang aku fikir, inilah sebab Allah tetapkan hudud kepada pencuri macamni. Sakit je hati bila baca kes-kes macamni. Korang berhati-hatilah ye.. online bisnes sekarang terlalu banyak penipu.





GULAI SIAM

$
0
0
Assalamualaikum

Orang utara ni memang menu ruji dia gulai atau kari. Tapi wajiblah berempah. Harini aku nak kongsikan sejenis gulai juga,Gulai Siam namanya. 

Jom tengok resepi

Bahan-bahan;
2ulas bawang merah
3ulas bawang putih
2inci halia
2inci lengkuas
3-4batang serai
Segenggam cili kering
Sedikit belacan(anggaran secubit)
***kisar halus

1/2ekor ayam
5-6helai daun limau purut
2batang serai diketuk
1cawan santan
3-4keping asam keping
5-6tangkai cili padi(optional)
Sedikit gula merah
** pilihan lain : 
terung, terung pipit atau rebung(rebus)

Cara-cara;
Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak(kalau rajin sangat,campak je semua dalam periuk dan masak hingga didih). Masukkan ayam,serai ketuk,asam keping dan sedikit air dan renihkan. Perasakan gula garam,masukkan daun limau purut dan cili padi. Korang boleh masukkan salah 1 bahan pilihan samada rebung,terung panjang atau terung pipit. 


Gulai aku tak ada sayur..nak sedap lagi tambahlah bahan yang aku sebutkan di resepi tu. 



ADUAN KEZALIMAN TERHADAP HAIWAN

$
0
0
Assalamualaikum



ADUAN KEZALIMAN TERHADAP HAIWAN

Sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa kes kezaliman terhadap kucing dan anjing. 

Baru-baru ni dengan tak semena-mena ada yang mencekik ayam sampai kejung hamba Allah tu. Ada pulak yang gantung mati kucing tak pasal-pasal.

Untuk memastikan haiwan kesayangan ramai ini terpelihara dengan selamat. Anda diseru untuk terus membuat aduan jika terdapat kes kezaliman yang berlaku. Aduan boleh dibuat di pro@dvs.gov.my atau whatsapp 019-2242233.




SELAMATKAN SI COMEL!

KELAB MALAM HALAL???

$
0
0
Assalamualaikum

Allahuakbar.. apa nak jadi.. tanda kiamat sudah terlalu hampir 


Astaghfirullahal'azim.. mengucap panjang sambil urut dada bila aku baca artikle ni. NAUZUBILLAH HIMINZALIK.. 

Apa nak jadi.. bila kelab malam AKA Disco akan dibuka di Jeddah..Allahuakhbar.. kononnya disco ni tidak menyediakan minuman alkohol..tapi takkan pengunjung yang pergi tu nak berdiri tercegat macam tiang bendera? Ramai-ramai berada di 1 tempat bercampur lelaki perempuan.. 


Tanda kiamat yang makin jelas..aku speechess..

SIJUJUR YANG AMANAH

$
0
0
Assalamualaikum

Dalam dunia yang makin penuh dengan penjenayah.. masih ada insan yang jujur dan amanah. Petikan dari post di FB.

SAYA SHARE..
Tesco Stargate Alor Setar

MASIH ADA YG JUJUR DN TAK KELAM MATA.TAHNIAH TESCO STARGATE YG PUNYAI PETUGAS SPT INI.

Semalam kak ain pi la Tesco Stargate nak beli ikan ,sayoq2..elok sampai dalam pukui 10.30 depa dah bungkuih-bungkuih simpan..pastu terus pecut pi Tesco Mergong pulak..sebab Tesco Mergong tutup lewat..

Sampai-sampai tesco..cari clutch bag husbnd tak jumpa..rupa-rupanya tertingai dalam troli tesco stargate...chering bulu-bulu roma ni..pucat muka-muka.toqeh tak keluaq darah oii...sebab dalam bag tu baru tekan duit..ada Rm2000😭😭 adeh..

Menyerit bawak keta tak sangka laa..masa on the way tu baca doa macam-macam keluaq.dok pikiaq..stg bangla kemaih troli jumpa, mampoih dahh..elok-elok sampai sana jam 10.50pm..depa dok kemas-kemas troli dah..nampk abang ni dok tolak troli..terus terpa kat dia tanya.nampk wallet saya tak..dia kata..ada 2 warna hitam ya..saya baru nak pi hantaq kat customer service..

Alhamdulillah..macam nak nageh rasa..😭😭😭 ada lagi manusia yang jujur macam ni dizaman la ni.😭😭😭 ingat ka dah pupus dah..sebab dok jumpa hat jenih tamak dengn harta dunia ja..

Ya Allah kau jadikanlah hamba Allah ni kaya dunia dan akhirat..sebab hati dia bersih😭😭 aminn..kalau abang ni mintak keja,terima la dia sebab dia seorang yang jujur..

#tescoStargate

Kredit Ain Fatin Lyana

Tahniah dik ..moga berkat rezki kamu.. dan ada balasan dan ganjaran kemuliaan dari Allah. Amin..

SALAH ASUHAN

$
0
0
Assalamualaikum


Perkongsian daripada Cikgu Zam Zaniyah Yatim;

"Ini nampak tak berapa betul di mata saya. Budak perempuan yang tulis ni. Kesian budak ni. Dari kecik dia dah di ajar jadi hamba, sedangkan yang lelaki jadi raja. Kesannya ramai lelaki/suami pemalas dan jadi biawak hidup. Langsung tak pandai tolong bini buat kerja rumah dan urus anak. Alhamdulillah suami saya mithali."😂 


Ini adalah cara didikan orang Melayu. Betul dan tidak dinafikan. Didikan melayu yang diamalkan turun temurun ini sangat tidak betul. Nabi pun tak ajar macam tu. Cara Melayu didik anak..perempuan umpama hamba lelaki..dan lelaki bagai raja. 

Salah siapa? Maka..apa fungsi kita untuk membetulkan semua ini? Fikir-fikirkan..

JIRAN BIADAP

$
0
0
Assalamualaikum

Ini kisah kawan aku. Dia ada beli rumah di Taman Rakyat Mergong. Tapi jarang duduk disitu. Sekali sekala. 

Yang menjadi kemarahan,tiap kali dia balik mesti ada sampah,dahan pokok,ranting kayu,kaca yang dilungguk jiran..masalahnya bukan jiran depan atau tepi..tapi jiran nuuuun dihujung simpang.

Penyabarnya kawan aku ni,dia pulak yang bersihkan. Call lori SWcorp untuk kutip semua tu. Dah jadi 1 kerja pulak tiap kali kena call.










Siapa-siapa pun boleh hilang sabar kalau macamni. Segala macam benda jiran buang tepi rumah dia. Dia pun tau, tepi koner rizab jalan tu bukan hak dia..tapi dah kira tepi pagar rumah dia.. dia cuba tanam pokok, habis pokok dia kena hempap dengan sampah.

Tak susah nak tau jiran yang mana..ini dia..


Kat manalah otak manusia macamni. Bawah tapak kaki agaknya. Sedangkan kalau kita buat rumah termasuk kawasan jiran pun bila mati nanti Allah himpit lubang kubur kita..inikan pulak buang sampah tepi rumah jiran.

Korang fikir..elok tak elok perangai jiran haprak macamni.


Viewing all 1113 articles
Browse latest View live