Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

KEMBARA MEAL

$
0
0
Assalamualaikum

Ini bukan iklan ye. Ini hanya review untuk sesuatu yang aku beli dan dah cuba. Kisahnya, sebelum aku ke Taiwan, terfikir jugak bab makan kat sana. Aku nak cari sesuatu yang mengenyangkan tapi tak menyusahkan.

Biasa dipasaran, traveller akan beli jenama Brahims. Ada pelbagai menu lauknya. Tapi sangat leceh bila pek makanan tu kena panaskan samada guna microwave atau rendam air panas. 

Bayangkanlah..aku ni nak berkelana, tak tahu macama mana keadaan sana. Tengah-tengah berjalan..mana nak cari microwave..takkan nak pergi beli air panas semata-mata nak panaskan makanan kita..ada ke orang nak layan.

Cari punya cari, terjumpa 1 produk bumiputera yang sangat best aku rasa. Kembara Meal!

Harga standart RM18 untuk 1pek

Mudah sangat untuk sediakan pek ni, hanya masukkan air kosong, tak kisah air paip, air sungai, air sejuk, air laut..apa saja..dalam 7minit siaplah menu nasi yang panas berasap-asap.

Cuma, kekurangan pek kembara ni, menu sangat terhad. Hanya ada 3 jenis menu sahaja, nasi dengan rendang ayam, rendang daging atau set nasi ayam masak merah. Tak banyak pilihan. Nak kata sedap sangat tu..dari 5bintang aku bagi 3.5bintang ajelah. Pada aku, rasanya biasa-biasa sahaja. Perlu improve lagi. Tapi kalau dah lapar..belasah sajalah.

Aku beli di shoppe aje. 6pek untuk aku dan Iera.Tapi aku bawak 2 pek aje sebab beg aku dah sampai had berat. Itu sajalah review aku ..moga ia bermanafaat untuk korang terutamanya yang kaki travel asal redah macam aku ni. Ok.


Adeuss!!


ETIQA TRIPCARE 360 TAKAFUL

$
0
0
Assalamualaikum

Sedikit info aku nak kongsikan dengan korang semua yang nak pergi bercuti, tak kisahlah luar negara atau dalam negara. Syukur sangat untuk kali ni, aku berpeluang beli sendiri insuran perjalanan keluar negara, sebelum ni sebagai penjawat awam, aku terikat dengan syarikat panel yang dilantik Kementerian Kewangan sahaja. 

Disebabkan kontrak syarikat tersebut dah tamat dan menunggu pembaharuan atau lantikan syarikat baru,maka penjawat awam yang nak keluar negara boleh beli sendiri insuran dan claim dengan harga yang dihadkan. Dalam kes aku, harga insuran yang aku beli RM61(harga promosi) tapi boleh claim hanya RM46 sahaja.

Tak apalah. Tak kisah..asalkan perjalanan percutian aku dilindungi. Korang boleh beli sendiri terus di website Etiqa di link Etiqa Tripcare 360. Pilihlah polisi mana yang korang nak. Untuk aku, aku pilih Platinum. Antara perlindungan yang ditawarkan seperti berikut;




**harga polisi adalah mengikut pakej yang dipilih,destinasi dan tempoh masa (gambar diatas adalah contoh sahaja)

Pembelian terus melalui website adalah dengan harga diskaun 25%. Apapun,kita hanya bersedia untuk sebarang kemungkinan. Esok aku akan kongsikan cara membuat tuntutan jika berlaku apa-apa terhadap pemegang polisi.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN INSURANS TRIPCARE 360

$
0
0
Assalamualaikum

Hari ini aku akan kongsikan cara-cara untuk membuat tuntutan. Kisahnya, pada hari penerbangan balik dari Taiwan ke Malaysia, flight aku sepatutnya pada jam 11.35malam. Entah apa masalah, flight telah dilewatkan/delayed hampir 3jam. 

Boarding pada pukul 2.30 pagi. Punyalah mengantuk,berjalan pun dah macam zombi. Bila tiba di Malaysia, aku cuba livechat terus di website Etiqa. Yang bagusnya, malam pun ada staf yang menjawab.


Lepas tu, aku terus ke web AirAsia untuk dapatkan confirmation of delayed tu.. oleh kerana aku tak tahu mana nak dapatkan dokumen tu, maka aku pun bertanya diruangan live chat..






Dah dapat nombor kes, aku pun terus isi eForm di website AirAsia dan tunggulah jawapan di email. 

Dalam masa 24jam, masuklah surat ni ke email aku.


Bila dokumen dah lengkap, aku wassap nombor yang diberi/tertera di website Etiqa untuk sebarang tuntutan. 
019-650 7931

Dan..selesai sudah apa yang aku dikehendaki buat.. so sekarang, aku kena tunggu apa keputusannya. Hasilnya nanti akan kongsikan disini. 

AYAM MENĒRAP BLACK PEPPER SAUCE

$
0
0
Assalamualaikum

Ini resepi pemalas, yang tak kotorkan dapur. Bukan ayam golek..malas aku nak golek-golek ..buang masa.. aku letak je ayam tu menērap telangkup atas dulang..tak perap pun..

Bahan-bahan;
1labu bawang besar
5ulas bawang putih
2inci halia
**blender dengan sedikit air

1 ekor ayam saiz sedang
3camca sos lada hitam
2camca sos tiram
2camca kicap manis
2 sudu teh serbuk cukup rasa
Mix herb
Oregano
Paprika
Serbuk lada hitam
3 camca gula
** ni anggaran je..sebenarnya aku buat main campak-campak baling takde sukatan pun.

Cara-cara;
Gaul semua bahan kisar dengan segala sos bagai, renjis serbuk paprika, oregano dan mixherb, masukkan gula. Balik-balikkan ayam, sumbat kuah dalam badan ayam. Aku tak perap pun..malas dan tak ada masa. Masukkan dalam preasure cooker dalam 15minit, dan keluarkan,masukkan dalam oven 30minit suhu 200°c api atas bawah. Kalau tak ada preasure cooker, masuk terus dalam oven, api 200°c selama 55-60minit. Dalam 20minit sekali,siram kuah atas ayam. Lebihan kuah tadi letak dalam periuk dan tambahkan air bancuhan 2camca tepung jagung, kacau sampai pekat.


Hidangkan dengan kuah blackpepper tadi atau air asam ..cencaluk pun layan..tengoklah kejadian ayam aku..mujur sedap 🤣🤣🤣

KURMA DAGING TAHLIL ABAH

$
0
0
Assalamualaikum

Khamis lepas 04.04.2019 genab 7hari abah meninggalkan kami. Dan, aku dah berpakat dengan adik beradik untuk buat tahlik abah di masjid yang kebetulan jatuh pada malam Jumaat.  Dengan penuh kasih sayang..kakak aku masak nasi minyak dan aku masak kurma daging untum dijamu kepada jemaah masjid.

Hanya aku,kakak dan emak aku sahaja yang menyiapkan segalanya. Aku kongsikan repesi yang aku belajar dari arwah jiran aku, Mak Ngah Syah..(semoga ada pahala untuk arwah yang berkongsi resepi kepada aku). Resepi ini untuk kenduri..so kalau korang nak cuba..kurang-kuranglah sukatannya.


Bahan-bahan;
200g bawang merah
200g bawang putih
2ruas halia
**mayang

200g bawang merah
200g bawang putih
2ruas halia
20batang serai
100g lada hitam
1kg buah keras
**kisar halus

2mangkuk minyak masak
4 sekawan: Kulit kayu manis, buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih (anggaran 1 mangkuk campuran semuanya)
2pokok daun ketumbar(simpul)

8kg daging+1kg tulang (potong kiub)
3kg kentang (belah 4)
3kg/3liter santan
2kg rempah Kurma
100g serbuk kas-kas
6 kiub pati lembu

30labu bawang besar(belah 6-8)
30tangkai cili hijau(potong 2dan belah hujung)
3pokok daun ketumbar (potong kasar)
Garam secukup rasa

Cara-cara;

1.Panaskan minyak, tumis rempah ratus 4 sekawan dan daun ketumbar yang disimpul,masukkan bawang dan halia yang dimayang. Gunakan api sederhana.

2.Masukkan bawang kisar,halia kisar dan tumis hingga naik bau.

3.Masukkan serai kisar dan lada hitam kisar dan kacau hingga terbit minyak.

4.Masukkan serbuk rempah Kurma dan serbuk kas-kas, kacau rata dan tambah sedikit air. Tumis sampai rempah pecah minyak dan naik bau.

 5.Masukkan daging,kacau rata dan tambahkan sedikit air. Jangan henti kacau supaya rempah tidak hangus dibahagian bawah.

6.Masukkan buah keras yang dikisar,santan dan 8liter air. Kacau rata dan masukkan kiub pati lembu. Tutup periuk. Biarkan didih sehingga daging lembut.

7.Masukkan kentang,kacau rata dan tutup periuk.Masak dengan api sederhana selama 20minit..sesekali kacau perlahan.

8.Setelah kuah didih,daging dan kentang lembut, masukan garam, perasakan sesedap rasa(untuk kuah sebanyak ini aku gunakan 40sudu teh garam.. anggaran ikut selera). Akhir sekali masukkan cili hijau,bawang besar dan daun ketumbar yang dihiris kasar..kacau sekejap, tutup periuk dan matikan api. Bahan-bahan ini akan layu dengan kuah yang sedia panas. Tempoh masa memasak selama 3jam.

Alhamdulillah..siap juga Kurma Daging ni..portion untuk 100 orang makan.

Semoga majlis tahlil dan pahala jamuan makan kepada jemaah ini,sampai kepada arwah abah..amin. 😭

INSURANS ETIQA TRIPCARE 360..LULUS!!

$
0
0
Assalamualaikum.

Siapa yang follow aku 3-4hari lepas,mesti akan terbaca entri aku pasal insurans percutian Etiqa Tripcare 360 Takaful.

Aku ada tulis entri pasal jenis polisi, cara membeli dan cara membuat tuntutan. Kebetulan, masa balik dari Taiwan haritu, flight aku delay 3jam. Alhamdulillah.. semalam..Sabtu 5 April, aku dapat sms ni..


Hanya tuntutan melalui wssp sahaja.. dalam tempoh 1 minggu, bayaran balik dah clear. Aku beli polisi ni dengan harga RM61.. tapi dapat claim balik RM100.. untung tak?? Yang bestnya..sebagai penjawat awam, aku layak claim RM46 untuk bayaran balik beli insuran ni.

Perkiraan mudah RM61-RM46.. kiranya modal aku untuk beli insuran ni hanya RM15.. tiba-tiba flight delay, dapat pulak aku claim RM100..untung bersih aku dapat RM85 macam tu aje.


Bayaran yang dah credit masuk ke akaun bank aku.

Tujuan beli insurans ni bukan nak untung apa-apa..asalkan tak rugi cukuplah. Perlindungan terhadap keselamatam dan kesihatan ..itu yang utama. Ada kes pemegang polisi, jatuh diluar negara..patah kaki terpaksa admit hospital, operation.. kita sedia maklumlah..hospital luar negara bukan macam kat Malaysia. Bayar RM1 pun bising. Kalau demam saja pun ratus-ratus punya caj..inikan pulak operation. Bila ada insurans macamni..inilah yang akan membantu kita.

Kita tak minta sakit..tak minta kemalangan..tak minta flight delay atau barang hilang..tapi benda yang tak minta tu lah selalunya yang akan terjadi.

Bersedia itu lebih baik. Aku bukan jual insuran..aku cuma percaya pada insuran.. 

Adeus!!!

NISAN UNTUK ABAH

$
0
0
Assalamualaikum abah..


Nisan abah dah siap..kami sepakat buatkan nisan batu sungai untuk abah..kata orang, batu sungai ni  benda hidup..moga-moga..batu yang hidup ni akan sentiasa berzikir untuk abah..

Abah..
Kami tahu jiwa abah sangat sukakan alam..abah baik dengan binatang.. dengan pokok.. dengan hutan.. dengan sungai.. hatta dengan batu .. masih kami ingat masa kami kecil dahulu...bila berjumpa sungai,abah akan cari batu yang cantik-cantik ..kutip dan bawak balik..

Abah..
Kini abah dah tak ada..kami sediakan kegemaran abah untuk menemani abah sementara menunggu kami pula.. Semoga Roh abah tenang disana..kami anak-anak abah bertiga ini..akan sentiasa titipkan doa untuk abah selagi kami masih bernyawa.

Kami sayang abah..

Al-Fatihah..

PERFUME KEGEMARAN

$
0
0
Assalamualaikum

Setiap dari kita mesti ada pewangai AKA perfume kegemaran. Begitu juga aku. Aku suka bau bunga yang lembut dan tak tengik. 

Puas juga mencuba pelbagai perfume ..akhirnya berjumpa juga yang seseuai dengan jiwa.

La Vie Est Belle dengan aroma Flowers Of Happiness keluaran Lancôme

Sebelum ni aku ada beli yang dah repack atau yang di copy ori. Tapi, baunya tetap berbeza dengan ori. Pejam mata..aku beli juga yang ori..agak mahal tapi berbaloi. Pakai sikit dah cukup. Baunya tahan lama. Dengan harga RM425, aku beli di Flying Emporium KLIA.

Apa perfume kegemaran korang?


MOHON BANTU INSAN INI

$
0
0
Assalamualaikum

Dengan  rendah hati,saya memohon semua yang membaca entri ini agar dapat membantu saudara kita ini yang mengidap penyakit bengkak hati.

En.Mohd Suhairy sudah 3 bulan tidak mampu bekerja. Tiada punca pendapatan dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecik dan bersekolah. Isteri beliau juga tidak bekerja. 

En.Mohd Suhairy tinggal di Kg.Lepai,Bukit Pinang,Kedah. Berusia 41 tahun. Kedaan beliau amat menyedihkan. Beliau memaklumkan bahawa sudah tiada sebarang wang simpanan dan hanya bergantung kepada bapa mertua yang sudah tua. 

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan kepada:
No.Akaun : 162405086731 Maybank
Mohd.Suhairy Bin Ariffin
No.Hp: 016-552 4199

PARIS BUKAN LAGI KOTA CINTA

$
0
0
Assalamualaikum

Aku salute dengan pendedahan berani mati  Aznil Hj.Nawawi atau Paknil tentang isu Kota Paris yang kini terkenal dengan kes pencopet dan penipu. Beraninya Paknil siap buat video dan sempat merakam aksi penipu-penipu yang meletakkan sasaran mereka kepada pelancong asing.



Berhati-hatilah di negara orang..jadi sombong sikit takpe,jangan terlalu ramah bila ditegur. Sesekali boleh je bersangka buruk terutama bila ditempat macamni..semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada korang yang berhajat nak ke Paris.

TERIMA KASIH YB KAK TON

$
0
0
Assalamualaikum

2hari lepas aku ada kongsikan keperitan hidup salah seorang pelanggan suami aku yang menderita bengkak hati. Dengan bantuan kenalan yang bertugas sebagai pembantu peribadi Yb Halimatun Saadiah, Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Kedah, semalam beliau sendiri turun melawat En.Suhairy. 

Syukur Alhamdulillah.. 








Aku sangat bersyukur, Allah dah permudahkan aku membantu insan ini..walaupun hanya dengan memviralkan dan meminta pertolongan melalui orang tengah..akhirnya bantuan tiba dengan sangat pantas.

Yb.Kak Ton sangat terbaik.. terima kasih YB.. Terima kasih juga pada saudara Abdul Halim  b Ishak yang menyampaikan info ini secara terus kepada pihak JKM Kedah dan kepada Yb. sendiri..

Alhamdulillah...

PUSARA ABAH...

$
0
0
Assalamualaikum Abah..

16hari abah pergi..

Harini cek mai siapkan rumah abah.Dah selesai dah bah.Buat sendiri tak sama rasanya dengan upah orang kan abah?? Kederat anak perempuan ..mujur ada menantu.

Ini sajalah yang mampu cek buatkan untuk abah.. sebagaimana dulu abah buatkan rumah yang cantik untuk kami adik beradik dengan air tangan abah sendiri.. 

Abah..
Untuk abah..cek ada untuk buat semua ni..tapi untuk cek nanti..taktau lah sapa yang ada....

Al-Fatihah..

ZAMAN KEGEMILANGAN

$
0
0
Assalamualaikum

Bukan mudah.. itu yang mampu aku ungkapkan. Sebelum penggunaan FB berleluasa.. blog dan web adalah medium sosial paling terkenal.

Begitu juga aku. Hits pengunjung paling tinggi di blog aku ini adalah pada bulan November 2012 dengan cecahan pengunjung 120,616. Banyakkan? Tanpa iklan, tanpa promosi.. tapi kuasa carian google yang membawa pengunjung ke sini.

Lihatlah..bagaimana ia mencanak naik dengan mendadak..dan akhirnya makin menjunam dek kuasa taklukan "jajahan" FB di alam siber. Bukan mudah nak kekalkan rating dan hits. 

Tambah sekarang, blogger-blogger batak muncul ibarat cendawan lepas hujan. Dengan hidangan entri copy paste, cerita karut, berita viral..yang tak sahih,palsu dan rekaan demi menarik pengunjung ditambah lagi penggunaan FB sebagai agen iklan untuk menarik pelayar internet klik atau ter klik dengan tak sengaja...menambah rating blog-blog sampah itu.

Selagi terdaya, apa sahaja yang bermanafaat, akan aku kongsikan disini. Terima kasih semua terutama kepada pengunjung setia dan rakan blogger sekian lama.

PENCOPET LAGI

$
0
0
Assalamualaikum

Kali ni aku kongsikan kisah sipencopet lagi. Dan untuk kali ni jugak..buatkan aku rasa kenapa Islam letakkan hudud dalam undang-undangnya. 



Apa kau rasa???

Kau pakai tudung..labuh pulak tu.. setakat memalukan diri sendiri tu lantaklah..memang kau muka tak malu.. tapi kau dah maluksn bangsa dan agama kau.

Khabarnya kes ini berlaku di Singapore..so,patut ke tak patut potong tangan je orang-orang macamni??


LAZADA MAKIN HILANG KEPERCAYAAN PEMBELI

$
0
0
Assalamualaikum

Ini kisah benar. Dulu aku boleh dikatakan regular customer Lazada. Semua barang aku beli melalui Lazada. Boleh dikatakan setiap bulan aku shoping dengan Lazada dari sekecil-kecil barang sampai lah ke barang yang besar seperti aircond dan tv.

Sejak ada shopee aku dah "jauh hati" dengan Lazada. Bagusnya Shopee ialah, duit kita dia "pegang" dulu sampailah kita terima barang. Bila puas hati,barulah duit tu kita "serah" kepada seller.

Dalam minggu ni saja aku dah baca banyak komplen pasal Lazada. Order barang..dapat tasbih. Kawan aku sendiri pun kena..tapi gelang tasbih tok sami..








Ini semua antara mangsa scammer Lazada.

Ini kawan aku sendiri yang kena

Kalau pihak Lazada tak buat sesuatu untuk mengekang scammer..tak lama lagi,bungkuslah Lazada. Ramai yang dah jadi mangsa. Berhati-hatilah bila membeli di Lazada..Lazada sekarang dah jadi platform scammer secara terhormat.



PERLU KE SAMPAI MACAMNI?

$
0
0
Assalamualaikum

Inilah yang dikatakan..kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. atau kerana beruk seekor..habis buah sepokok.

Maaflah..aku tak suka benda macamni. Perlu ke sampai macamni??




Jangan kerana dia bangga viralkan kebodohan diri..Air Asia atau syarikat penerbangan lain akan lebih strict untuk layan bag damage claim.. kena pulak yang rosak seleas ni..memang beg bari dan betul-betul rosak sebab kecuaian staf sendiri.

Kalau pun situkang viral ni tak berniat nak dapatkan beg free tu..cara posting tu sendiri dah tak betul..mengajar orang jadi jahat sebenarnya. Berbaloikah dapat beg baru dengan menipu? Tepuk dada tanya iman!

USTAZ EKOR

$
0
0
Assalamualaikum

Aku yakin ..sebagai pengguna FB.. mesti korang pernah tengok iklan macamni kan??
Kelakar kan? Kebanyakkan yang iklan macamni orang seberang. Kalau aku laaa..kalau aku dah pandai tilik nombor, aku tilik dan aku beli sendiri..kat saper pun aku tak cerita..diam-diam aku buat sorang-sorang, aku menang sorang-sorang..aku kaya sorang-sorang.. aku buat sampai Sport Toto ke Magnum ke bangkrap..
Kannnnn????
Hebat sangatkan?? Kenapa baik hati sangat nak kongsi dengan orang?? Makan sorang dah laaa..

LUKISAN PALING REALISTIK DIDUNIA

$
0
0
Assalamualaikum.

Aku peminat lukisan sebenarnya. Aku boleh habiskan masa dengan membelek lukisan. Paling suka ..lukisan potret.. 

Aku sangat kagum dengan pelukis yang mampu melulis wajah manusia. 

Seperti lukisan ini.. dilukis oleh Leng Jun dan lukisannya dianggap paling realistik di dunia.

Aku sangat kagum.. 








SCAMMER : 016-6692513

$
0
0
Assalamualaikum

Tak lama dulu, aku pernah dedahkan nombor scammer.   Entrinya disini ➡️ scammer-0166692513 Walaupun dah banyak orang jadi mangsa, kenapa sampai sekarang dia masih bebas menipu ??

Ini adalah kes terbaru, menyamar jadi cikgu.. 







Mujur mangsa ni bijak..selamatlah dia.. dan yang malangnya adalah pemilik gambar profile yang scammer gunakan. Itulah salah 1 sebab aku tak gunakan gambar sebenar di media sosial mahupun di wssp.. syaitan banyak betul sekarang!

SCAMMER : 017-2779352

$
0
0
Assalamualaikum

Pendedahan jenayah scammer melalui telefon ni akan aku dedahkan sebagai perkongsian untuk semua. Ambil tindakan berhati-hati dengan semua scammer ni


Berhati-hati dengan nombor ini 017-2779352.

Viewing all 1113 articles
Browse latest View live