Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

ULANGTAHUN KE-8

$
0
0
Assalamualaikum

Sudah 8 tahun blog ini "bersiaran" di alam maya. Aku bukanlah blogger batak yang blognya penuh iklan itu dan ini.. dan juga bukanlah yang mengharapakan follower bertambah tiap minit.



Terima kasih kepada korang yang masih setia follow blog aku ini. Ada juga 2-3 follower yang sudah unfollow ..mungkin sebab boring dengan pengisian blog ini. Itu hak masing-masing.

Terima kasih juga yang selalu bertandang kemari dan meninggalkan komen..malangnya kesibukan aku, aku tak tak sempat menjejak kembali blog korang. Entri pun aku autopublish aje.

Apapun terima kasih untuk korang semua..

ISU TANAH WAKAF PULAU PINANG

$
0
0
Assalamualaikum

Memang panas betul sekarang ni. Isu yang dimainkan oleh hantu-hantu peliharaan wakil politik. Seperti biasa, tanpa fakta aku takkan berkongsi. Mohon ambil sedikit masa dan baca teks kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh MAINPP ini.















Kesilapannya kita disini..bila kita sudah lama hidup selesa diatas sesuatu benda percuma yang bukan hak kita, dan bila pemegang amanah cuba menjalankan amanahnya,tapi kita pertahankan sesuatu yang kita hanya pinjam dan menumpang.

Akhirnya kesalahan dituding kepada orang lain. Sedar-sedarlah bahawa hidup jika terlalu lama dimanja maka kita mudah alpa. Si pewasiat yang sudah lama pergi..tidak tenanglah dia disana kerana harta yang ditinggalkan telah disalah guna dan disalah milik oleh yang tidak sepatutnya. Sepatutnya bila kita sedar kita hanya menumpang, berusahalah mencari atau membeli dengan sah, rumah atau tanah untuk didiami dengan hati yang tenang dan senang..bukan beli kereta mewah untuk tunjuk kaya dan senang.

Pemain politik pihak lawan akan sentiasa menjadikan sekecil-kecil isu sebagai modal..apalah lgi isu yang besar begini yang boleh mengujudkan perbalahan dan rusuhan.

Moga Allah permudahkan MAINPP menjalankan amanah yang diberi kepada mereka. Dan kepada penduduk..tanah wakaf bukanlah kamu..kamunhany menumpang. Sedarlah.

NASI HUJAN RIBUT KELAM KABUT

$
0
0
Assalamualaikum

Plannya nak buat Nasi Hujan Panas.. dah ready nak masak, baru perasan bahan tak berapa cukup. So aku pun rekalah resepi sesuka hati..guna apa yang ada.Mujur sedap juga..huhu..

Bahan-Bahan:
4 cawan beras (aku guna beras biasa je)
3 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1cm halia*
*mayang-mayang aje
3 sekawan (kulit kayu manis,bunga awang,bunga cengkih)
3 camca Marjerin
1sudu makan serbuk kaskas
Pewarna makanan(aku ada hijau dan kuning aje)
1kiub ayam

Cara-cara;
1. Panaskan marjerin, tumiskan bawang,halia dan 3 sekawan sampai naik bau, masukkan serbuk kaskas dan sedikit air. Agak pecah minyak matikan api.
2. Masukan beras dalam periuk nasi, tuang bahan tumisan, air dan susu cair dan kiub ayam dan kacau rata.Masak macam biasa.
3. Bila dah petik masak je nasi,titiskan pewarna. Tutup dan keep warm aje. SIAP. Sebelum senduk ke pinggan, gembur-gembur nasi tu bagi warna bercampur

Inilah Nasi Hujan Ribut aku..sebabnya aku guna 2 warna aje. Pewarna merah takde rupanya dalam peti sejuk aku. Ada warna biru..tapi rasa macam pelik pulak ..so belasah ajelah 2 warna pun..santap dengan Ayam Masak Merah.

Ok..jom makan!


SCAMMER INSURANS

$
0
0
Assalamualaikum

2-3hari ni  adalah hari dimana database kita telah didedahkan kepada  pihak luar yang cuba mengambil kesempatan ke atas orang ramai terutama pelangga n bank. Dengan bank pun dah tak boleh percaya,habis data peribadi kita disebar kepada penyangak telemarketing yang nak sebolehnya nak sauk duit orang awam.

Perkara ni bukan sahaja terkena pada aku,malah pada adik buah aku di office. Kononnya nak tawarkan insuran sebab payment cantik di bank. Aku sendiri pun dapat panggilan. Tapi disebabkan aku, dah download apps Truecaller..maka dengan senang hatinya aku dah reject call dan, report spam terus.

Ini adalah antara panggilan spam yan aku terima pada

5 Mac 2019

7 Mac 2019

Berikut adalah senarai nombor-nombor penyangak berkenaan:

03-2787 4280
03-2036 6888
03-2075 0082
03-2787 4289
Kepada korang yang tak nak download True Caller, boleh save nombor-nombor ni dan block kan aje.


So,kat sini aku kongsikan cara-cara buat laporan kalau ada antara korang yang nak buat report dibawah akta perlindungan peribadi 2010 (APDP) akta 709

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan:- 

 Anda hanya perlu menulis surat kepada atau e-mailkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, anda perlu menyatakan perkara-perkara berikut:- 

i) Nama organisasi atau orang yang anda mengadu; 

ii) Menerangkan sebab kebimbangan anda; 

iii) Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;

iv) Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan. 

Sebarang aduan awam dan pertanyaan sila kemukakan kepada:- 


Alamat Surat Menyurat: 


Ketua Pengarah 
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia 

Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia 
Lot 4G9, Persiaran Perdana 
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62100 Putrajaya 
Tel: 03 8911 5000/7927/7906/7965 
Fax: 03 8911 7959 

Aduan Awam: 
aduan@pdp.gov.my 

Sistem iSPAAA KPKK 
http://kkmm.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do

Apapun..nasihat aku berhati-hati. Kalau dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali, abaikan saja. Ok.

TRAGEDI CHRISTCHURCH

$
0
0
Assalamualaikum

Dunia dikejutkan dengan berita sedih pagi semalam. Ketika umat Islam di New Zealand sedang menunaikan solat Jumaat. 

New Zealand negara yang cukup aman, tapi dihuru harakan oleh orang luar. Seeokor syaitan dari Australia telah membunuh 49 orang saudara kita di sana.

Aku tak mampu nak berkongsi gambar-gambar pembunuhan tu, demi menghormati keluarga mangsa, tapi aku nak kongsikan gambar-gmbar kemuliaan hati rakyat New Zealand yang berlainan agama dan bangsa yang turut bersedih atas kejadian yang menimpa rakan-rakan mereka..






Lihatlah..bagaimana mereka menghormati sesama mereka. Aku tersentuh melihat gambar-gambar ini. Moga Allah melindungi saudara seagama kita dan mereka-mereka yang berhati mulia ini.. amin..ya robal alamin..

TANGISAN CHRISTCHURCH

$
0
0
Assalamualaikum

Tersentuh..sebak mendengar ucapan ini..luangkan sedikit masa mendengar ucapan dari pegawai POLIS Auckland NewZealand ini. Superintendent Naila Hassan, berucap di Aotea Square.

"I am a proud Muslim and I am a leader in the NZ Police and I am horrified at the events in Christchurch." 



Pegangan dia sama seperti kita..tapi ujian dia di negaranya tidak sama dengan kita. Moga Allah mendengar doa-doa kita..

KASIH CHRISTCHURCH

$
0
0
Assalamualaikum

Sesungguhnya rakyat New Zealand adalah yang terbaik pernah aku tengok. Mereka menghormati sesama sendiri walaupun berlainan agama dan bangsa.

Tragedi hitam Jumaat lalu membuka mata dunia betapa rakyat New Zealand sangat tinggi moralnya. Kali ini, aku kongsikan gambar-gambar rakyat beragama Kristian, dengan sucihati beramai-ramai menjaga masjid ketika umat Islam menunaikan solat.




Semoga,Allah memberi hidayah kepada mereka semua..sungguh hatiku amat tersentuh..

50 SYUHADA CHRISTCHURCH

$
0
0
Assalamualaikum

Masih terkesan dihati dengan peristiwa hitam di New Zealand. Ingin aku berkongsi,wajah-wajah para syuhada yang mana Allah telah menjemput mereka ketika mereka sedang  berada dalam rumah Allah..


























Semoga mereka sekarang sedang tersenyum riang disyurga Allah..

SALAM TAIWAN - ITENARI HARI PERTAMA

$
0
0
Assalamualaikum

Ini adalah entri autoblish. Apa yang akan post kan disini mulai hari ni hingga 27 March adalah entri autopublish kerana saat ini aku sedang menunggu penerbangan ke Taiwan.

2 tahun aku tak kemana-mana. Ulang-alik masuk hospital, 3 kali D&C dengan kesihatan yang sangat tidak mengizinkan. Iera pulak si BFF aku tu, sibuk dengan anak-anak yang sedang hadapi peperiksaan besar.

Maka untuk kali ini, aku redah juga. Rugi rasanya hidup 2 tahun tanpa kemana-mana menikmati dan melihat ciptaan Allah SWT. Sebulan lebih juga aku susun itenari untuk melancarkan perjalanan kembara aku nanti. Bukan setakat susun sahaja, aku juga mencari info tempat, cara perjalanan, transport dan macam-macam lagi. Agak susah sebenarnya kerana Taiwan bukanlah destinasi pilihan utama rakyat Malaysia untuk melancong. Tambahan aku pula melancong secara backpackers, tanpa agen. Harapnya kalau tak dapat ikut 100%, dapat 80% pun alhamdulillah.

Untuk menyiapkan itenari ini, agak sukar. Ada dikalangan backpekers yang pernah sampai, tapi sangat kedekut ilmu bila ditanya. Tak apalah aku usaha sendiri. Dengan info yang aku perlukan mengenai Taiwan sangat terhad, maka pelbagai cara aku gunakan. Tidak mengharapkan bantuan orang, bergantunglah aku pada google, website pelancongan Taiwan dan blog-blog dari negara jiran.

Harini ini dan seterusnya selama 7hari hanyalah itenari sahaja yang akan aku kongsikan. Mohon maaf kalau aku tak dapat melawat blog korang semua. Doakan misi aku berjaya..


*****

DAY 1 - 21 MARCH 2019
ALOR SETAR - KUALA LUMPUR - TAIWAN

0820 - 0925     Alor Setar - KLIA
1745 - 2225     KLIA - Taoyuan Airport Taiwan
2336 - 0010     Taoyuan Airport Terminal 1 -  Just Inn Hotel


SALAM TAIWAN - ITENARI HARI KE-2

$
0
0
DAY 2 - 22 MARCH 2019
CITY TOUR - XINCHENG

0700                 Check-Out

0700 - 1000      Beimen Post Office
                         The North Gate
                         Taipei Zhongshan Hall
                         Banquet Hall
                         Presidential Office Building
                         President Hall Plaza
                         Hong Tengyun Memorial Arch
                         2/28 Peace Park 
                         Peace Monumen
                         Taiwan Radio Station
                         National Taiwan Museum
                         Taipei 228 Memorial Hall
                         * Estimate tour 3hrs

1000 - 1500      The East Gate
                         Taipei South Gate (LiZheng Gate)
                         Liberty Square Arch
                         National Concert Hall
                         National Chiang Kai-sek Memorial Hall
                         Chiang Kai-sek Memorial Hall Post Office
                         Daxioa Gate
                         Dazhong Gate
                         Dongmen Market
                         Daan Park
                         Taipei Grand Museum
                          * Estimate tour 5hrs

1500 - 1830     Taipei 101
                        Taipei World Trade Center
                        Taipei International Convention Center
                        TWTC International Trade Building
                        Taipei World Trade Center Square
                        Taipei City Council
                        National Dr.Sun Yat-Sen Memorial Hall
                        Zhongshan Park
                        * Estimate tour 3hrs 30min

1830                To Nangang Station

2045 - 2248     Train to Xincheng Station
                        Night at Starry Inn Hotel



Pic : Google







SALAM TAIWAN - ITENARI HARI KE-3

$
0
0
DAY 3 - 23 MARCH 2019
XINCHENG - TAROKO GORGE - TAIPEI

0700                 Check-Out

0710 - 1600      Taroko National Park
                         Shakadang Trail
                         Xipan
                         Swallow Grotto
                         Cime Bridge
                         Heliu Campground
                         Lushui
                         Tianxiang
                         * Estimate tour 9hrs

1630 - 1500      Back To Xincheng Station
1700 - 1930      Train to Taipei City
                         Night at King Plaza Hotel

2230                 Ningxia Night Market


Pic : Google

SALAM TAIWAN - ITENARI HARI KE-4

$
0
0
DAY 4 - 24 MARCH 2019
BEITOU - YEHLIU - TAMSUI

0700                 To Beitou

0740 - 1130      Beitou Park
                         Ketagalan Culture Center
                         Taipei Public Library (Beitou Branch)
                         Beitou Hot Springs Museum
                         Plum Garden
                         Thermal Valley
                         * Estimate tour 3hrs 30min

1130 - 1200      To Tamsui Station
1230 - 1630      To Yehliu Geopark
                           * Estimate tour 2hrs

1700 - 1900      Back to Tamsui Station

1900 - 2100      :: Sunset at Tamsui River ::
                         Believe It or Not Curiosity Cabinet
                         Tamsui Golden Anchor
                         Tamsui Old Street
                         Statue De Mackay
                         * Estimate tour 2hrs

2100 - 2140      Back to hotel

Pic: Google



SALAM TAIWAN - ITENARI HARI KE-5

$
0
0
DAY 5 - 25 MARCH 2019
NATIONAL MUSEUM PALACE - YANGMINGSHAN - LONGSHAN TEMPLE

0700                 To Shilin Station

0830 - 1130      National Museum Palace
                         * Estimate tour 3hrs

1130                 To Jiantan Station
                         Yangmingshan :
                         Xiaoyoukeng
                         Yangming Park
                         Qingtiangang
                          * Estimate tour time before 5pm

 1730 - 1830    To Longshan Station
 1830 - 2030    Bangka Theater Former Side
                         Bangka Park
                         Longshan Temple
                         Huaxi Street Night Market
                         Guangzhou Street Night Market
                         * Estimate tour 2hrs

2030                 To Beimen Station
                         Yanpin Riverside Park (Night View)

2230                Back to hotel

Pic : Google



SALAM TAIWAN - ITENARI HARI KE-6

$
0
0
DAY 6 - 29 MARCH 2019
CITY TOUR - TEIPEI ZOO  - TAOYUAN AIRPORT

0700                 Check-out

                         Custom Museum
                      
                         To Ximen Station
                         Taipei West Gate - BaoCheng Gate
                         Armed Force Cultural Center
                         Armed Force Museum
                         Little South Gate
                         Shuxin Hall
                         Red House
                         Riverside Red House Theater Performance Hall
                         Ximending
                          * Estimate tour 3hrs

1030                 To Taipei Zoo Station
                         Taipei Zoo
                          * Estimate tour 4hrs


1430                 Back to Taipei Main Station
1600                 To Terminal 1 Taouyuan Airport

2235 - 0420      TAIWAN TO KLIA
1000 - 1105       KLIA TO ALOR SETAR

THE END


Pic : Google

Selesai.. nampak itenari aku macam full and pack. Tak semua tempat terutamanya muzium aku nak masuk melawat.. asal sampai..lalu dan ambil gambar pastu aku blah la.. haha..boleh macam tu.. doakan aku selamat balik..

Adeus!!!

SI JANTUNG PISANG

$
0
0
Assalamualaikum

Jantung pisang..pernah makan tak? Di Kedah ni,boleh dikatakan perkara biasa. Jantung pisang dibuat masakan yang berbagai, kerabu, masak lemak, direbus cicah air asam pun ada. Aku selalu beli kat pasar tanibl atau nat dengan harga antara 70sen - RM1 untuk 1 jantung.

RM1.50

Yang ni aku dapat dengan harga 3 RM2..murahkan??

Kita tak tahu..ada tu kadang-kadang biar aje jantung pisang luruh sendiri..tapi kat luar negara, jantung pisang dijual secara komersial.


Boleh convert sendiri dalam RM..

Diluar negara,jantung pisang dikenali sebagai banana blossom atau banana flower. Terkenal dengan khasiat yang tinggi. Mat Salleh pun dah pandai makan jantung pisang..awak yang melayu berdarah belacan ni pulak yang tak reti-reti nak belajar makanan tok nenek sendri..sabor jee laa




BERSEMADILAH ABAH DENGAN TENANG

$
0
0



Abah tunggu cek rupanya..pi lah elok2 abah.semalam setibanya dari airport,cek terus balik kampung.. cek teman abah.sembang2 dgn abah..mintak ampun halal makan minum dgn abah.abah angguk2..abah pegang muka cek tarik rapat kemuka abah..bersih muka abah tadi..abang kata "muka wan senyum.." 

Alhamdulillah ..Allah permudahkan urusan abah.. pukul 11 mandi,pukul 12 siap kapan..pukul 1 selesai semuanya..

Kembalilah abah kepada pencipta kita.. 
Cek sayang abah dunia akhirat..

::25.10.1934 - 28.03.2019::


Tiada ralat dihatiku.. selama hidupnya, akulah 1-1nya anak yang bawa abah ke Mekah.. yang dia senang duduk sampai berminggu-minggu..semoga Allah ampuni dosanya.. 

ABAH...

$
0
0
Abah..anak cucu semua mai tengok abah pagi ni..cucu abah yang kecik pun dah pandai mengaji. Duduklah abah..1 hari nanti kami semua pun akan ikut abah jugak..kami balik dulu.

Assalamualaikum abah.




SILA BOIKOT

$
0
0
Bila agamaku dipijak-pijak!





Mohon boikot beramai-ramai. Jangan dibeli apapun walaupun dengan harga 10sen! 
Detail seller biadap ni:
Wong
3, JALAN JELOK IMPIAN 5, TAMAN JELOK IMPIAN,
KAJANG, SEMENYEH ,SEKANGOR

Di shoppe, detail seller biasanya ada pada akaun/profile seller. Gunakan kuasa kita sebagai pembeli terutama yang beragama Islam. Banyak lagi seller lain yang boleh kita berurusan. Nak harapkan pihak berkuasa ambil tindakan..memang tak lah. Yang disibukkan hanyalah..fatwa haram itu haram ini..tapi bila perbuatan menghina agama sendiri,masing-masing diam terkancing gigi!

JEJAK KAKI

$
0
0
Assalamualaikum

Hati ini masih hiba..terasa kehilangan ..masih terbayang hari-hari terakhir bersama abah..

Tak ada mood nak menulis. Hanya tinggalkan sedikit jejak untuk penuhkan blog.

Antara negara yang sempat ku tinggalkan jejak

MAT SALEH PENYAMUN

$
0
0
Assalamualaikum

Ini bukan kali pertama aku membaca kisah pelancong dari negara kita yang kena samun/ragut/copet di Paris. Untuk kali ini siap ada bukti rakaman kamera.


Saksikan rakaman ini di minit 0.43


Semoga ini jadi iktibar kepada sesiapa yang nak melancong ke Paris atau kemana-mana juga. Gunakan padlock nombor kombinasi pada backpack. Beringat sebelum terkena.

Viewing all 1113 articles
Browse latest View live