↧
SCAMMER : 011-69855292
↧
SCAMMER : 03-51056813
Assalamualaikum.
Pernah dengar scammer yang menyamar sebagai pegawai kastam?? Polis?? Mahkamah??
Banyak kes yang macamni, scammer menggunakan landline atau dalam bahasa mudahnya telefon rumah/talian tetap sebab mangsa yang menjawab panggilan tidak tahu nombor pemanggil.
Ini salah 1 nombor yang digunakan scammer. Mujurlah mangsa yang bijak ni menggunakan telefon yang boleh menunjukkan nombor pemanggil.
Ini nombornya 03-5105 6813
Hati-hati lah ye..mana tahu lepas ni korang dapat panggilan dari kastam yang mengatakan korang tak bayar cukai 2.6 bilion pulak..kalau dapat..pandai-pandai koranglah nak anjingkan dia. Ok
↧
↧
SCAMMER : 013-4447345
Assalamualaikum
Hari ini kisah scammer yang menyamar sebagai wakil atau agen dengan mana-mana kedai/syarikat. Yang aku kongsikan di sini, scammer menyamar sebagai agen kedai telefon. Beraninya dia tapi agak bodoh sebab mendedahkan nama dan nombor akaun.
Detail scammer :
Nama : ANBUCHERAN A/L RAJAN
No.Akaun : 15109400180376 RHB BANK
No.Hp: 013-444 7345
↧
SCAMMER : 011-21293458
Assalamualaikum
Tolong jangan boring dengan tajuk scammer. Niat aku hanya 1, aku nak sebarkan maklumat tentang scammer,penyamun,penjenayah,penyangak yang tanpa ada sedikitpun rasa takutkan Allah.
Kali ni kisah scammer yang cuba menipu pembelian di FB.
Detail scammer :
Nama : Mazlan Mizian
No.Akaun : 158163026605 Maybank
↧
SCAMMER : 012-8166185
↧
↧
SCAMMER : 017-4070796
Assalamualaikum
Sepanjang minggu terakhir bulan ni, aku akan teruskan perkongsian detail scammer. Untuk hari ini adalah scammer yang menipu melalui jualan online menggunakan platform fb,mudah.com dan carousell.
Ramai yang dah terkena. Di mudah.com scammer menggunakan User name Miss Babe. Menjual Apple iPad dan S pen. Selepas membayar deposit , mangsa terus diblock dan panggilan telefon tidak dijawab.
Berselindung dengan akaun pelbagai nama
Salah 1 akaun scammer
Detail scammer
Nama : Foong Kang Ye
Jualan atas nama : Carolyn
No.Akaun : 512017518090 Maybank
No.Hp : 017-4070796
Apa pun..berhati-hati dengan jualan barang yang harga murah ..barang seperti ini lebih baik beli di kedai atau di website/ seller berdaftar.
↧
SCAMMER : BIN SAIFUDIN AKAUN HONG LEONG
Assalamualaikum
Oleh kerana rakyat Malaysia ini adalah antara yang paling baik hati didunia..maka wujudlah scammer peminta sedekah di media sosial. Dengan menggunakan gambar orang lain, nama pesakit yang berbeza-beza..nama bapa atau bin sahaja yang sama, kemungkinan besar itulah nama scammer..maka dengan mudah dia meraih simpati orang ramai.
Detai scammer
Nama : (pesakit pelbagai nama) bin Saifudin
No.Akaun : 02851150839 Hong Leong Bank
Nasihat aku kepada sesiapa yang ingin meminta bantuan derma, tulis/buat watermark pada gambar yang hendak diviral dengan nama asal pesakit dan nombor telefon untuk dihubungi. Jangan biarkan gambar tersebut disalahgunakan scammer macamni. Dan kepada yang bermurah hati nak menderma,siasat dulu sebelum menderma. Buat baik berpada-pada.
↧
SCAMMER : 010-434 6732 FB SMART GD MINI
Assalamualaikun
Ini scammer paling syaitan. Pandai dia. Buat FB page, likers 7-8000.. konon jual motor. Ramai yang dah terkena, yang dah buat report polis pun ada. Tapi hingga kini, scammer masih bebas.
Nama FB page nya berubah-ubah. Mu ND Mini dan sekarang Smart GD Mini.
Link ke FB page penyamun ni : https://www.facebook.com/Smart-GD-Mini-2322769364669853/
Modus operandi, menjual motorsikal pelbagai jenis dengan harga yang murah. Kalau korang tengok fb dia pun, hanya ada like sahaja tanpa komen. Komen memang telah didelete untuk mengelakkan mangsa lain terbaca.
Ramai yang dah terkena
Bila minta location kedai, terus scammer block
Detail Scammer
Nama : CHEW JAI SHEN
Nama Fb Page : MU ND MINI / SMART GD MINI
No.Akaun : 1355016680 HONG LEONG BANK
No.Hp : 010-434 6732
Salah seorang mangsa yang telah membuat laporan polis.
↧
SCAMMER : 011-25258463 PERABUT ONLINE
Assalamualaikum
Scammer terakhir untuk aku kongsikan bagi bulan ini. Berhati-hati dan pendapat aku jangan terlalu percaya pada jualan murah dengan harga tak masuk akal.
Kali ini scammer menipu mangsa dengan penjual perabut dengan harga yang murah.
Detail scammer
Nama : MUHAMMAD RUZAINI BIN SEOL
No.Akaun : 160139414639 MAYBANK
No. Hp : 011-25258463
↧
↧
XIAOMI ROBOROCK
Assalamualaikum
Selamat Hari Pekerja.
Selamat Hari Pekerja.
Disebabkan hari ni hari pekerja, aku nak kongsikan dengan korang mengenai 1 bibik yang aku gajikan untuk bekerja dengan aku.
Dah lama aku survey, sana sini, bandingkan harga dan fungsi, tengok youtube cara nak guna dan macam-macam lagi. Kata orang, alah membeli menang memakai.
Aku beli XIAOMI ROBOROCK S52. Sebenarnya Roborock ni adalah generasi ke2 vacum keluaran Xiaomi. Generasi pertama hanya boleh vacum sahaja, tapi generasi ke2 ni boleh vacum dan mop. Perbezaan harga agak ketara. Tapi pada aku sangat berbaloi. Aku cuba google search info Roborock ni tapi tak banyak review mengenainya dalam bahasa melayu.
Dalam keluarga Roborock ada perbezaan model iaitu S50(putih), S51(rose gold) S52(biru) dan S55(hitam penuh). Kelakarnya, hanya dek kerana perbezaan warna(itupun pada line keliling vacum) harga juga jauh berbeza.
Seller bukan main lagi naikkan harga sesuka hati. Geram pun ada. Yang mahal S50,S51 dqn S55. Ntah apalah penting sangat warna samapi seller main harga. Nak tak nak, aku ambik S52 yang berwarna biru. Apa nak kisah..fungsi sama juga, warna tak jejas apa-apa. Beza harga menjangkau RM50 dan keatas.
Setelah lebih seminggu aku survey harga, antara Shopee dan Lazada, aku memilih untuk membeli di Lazada memandangkan seller shopee agak perangai yahudi..kalau nak harga murah, shipping ambik masa 21 hingga 30 hari. Kalau yang ready stock..yaa..harga yahudi.
Dalam box ada:
1 set vacum(termasuk berus,filter dan mop)
1 unit dock charger
1 filter (gantian)
1 mop (gantian)
Kabel
Manual Pengguna
+ plug (gift dari seller)
Xiaomi Roborock S52
Dengan Lazada, aku jumpa 1 seller yang menjanjikan shipping dalam masa 7 hari dengan harga paling murah antara semua seller. RM1,395 termasuk postage. Ngam-ngam 7hari, NinjaVan hantar.
Maaf aku tak dapat berikan detail seller sebab seller tak ada share pun dengan aku untuk aku promote barang dari kedai dia.
Bukanlah aku kedekut..tapi law nya macam tulah kan..takkan aku nak promote free aje kat dia. Korang boleh survey sendiri dan kalau jumpa harga bawah dari RM1,395 termasuk postage dan tempoh shipping bawah dari 7 hari, bolehlah beli. Itu dah kira murah lah tu.. aku beli yang ini sebab aku tak jumpa dah yang lebih murah dari ni.
Ada yang kata ..ehhh mahalnya.. hello..handphone untuk kau melawa bergaya harga 2k lebih boleh kau beli..inikan benda yang nak tolong kau buat kerja rumah..itu pun kau nak berkira..kalau dah rasa mahal..kau sapu moplah sendiri..ok..
Review cara nak guna aku akan update kemudia di entri akan datang.
Adeuss!!!
↧
XIOAMI ROBOROCK : 1ST TIME SETTING - APPS MI HOME
Assalamualaikum
Permulaan aku tergagap jugak nak setting. Apa taknya, buku manual yang diberi semua tulisan cina..1 perkataan je tulisan roman.. WIFI ! Eh..bengang pulak aku..jual barang international market, tapi dia tulis bahasa dia aje..terpaksa aku tengok youtube dulu sebelum guna..youtube pun takde BM semua BI dan bahasa lain.
Step untuk setting:
1. Cari Mi Home di Apps Store dan Install
2. Dapat mesej ni dan tap: Agree and Continue
3. Keluar skrin ni, pilih : Singapore(recomended)
Kenapa Singapore? Bila aku pilih Malaysia..app jadi macam bangang sikit, aku nak connect dengan device pun lambat. Apapun korang bolehlah cuba dulu.
4. Keluar mesej ni : Allow Mi Home to acsess photos,media and files on your phone
Tap : Allow
5. Tap : Sign in
6. Sign in .. boleh guna email,nombor telefon atau direct sign in guna akaun Fb ..aku nak mudah kerja..aku guna je akaun Fb..benda boleh senang buatpa nak susah..
7. Keluar skrin ni.. Tap Continue as
8. Dapat skrin ni, set nama negara yang sebenar, dan Tap : Cipta Akaun Mi Baru
(Masa aku nak menaip ni baru aku perasan yang skrin ni dalam BM..kalau dia keluar BI..korang follow aje ye)
9. Ok..siap. Di skrin ni korang boleh update profile lah.
Ok..untuk setting device dan macam mana nak set Roborock dengan apps ni akan aku ceritakan di entri akan datang.
Adeusss!!!
↧
XIAOMI ROBOROCK : DEVICE WIFI SETTING WITH APPS
Assalamualaikum
Sambung lagi..
Sambung lagi..
Selepas dah siap install apps Mi Home.. aku akan ajar cara untuk sambungkan wifi ke Roborock. Untuk makluman..Roborock ni mula-mula kau on..dia cakap cina dengan kau.. lantak dialah..aku pun main agak-agak apa dia cakap. Yang aku paham pun, dia sebut WIFI. Nak harap buku manual..lagi tak berguna..tak boleh harap langsung.
Ok..ini cara-cara nak set wifi Roborock. Pastikan korang duduk dekat dengan modem/router wifi dan handphone juga di connect kan menggunakan wifi yang sama.
1. Buka penutup atas vacum dan tengok lampu wifi(lampu warna biru)
2. Tekan 2 butang tu serentak dalam 3 saat. Untuk kali pertama memang akan keluar bahasa cina..pastikan dengar dia sebut wifi..dan lampu wifi warna biru berkelip
3. Tap button : ➕
4. Bila keluar skrin ni..tap : Devices nearby
5. Tunggu apps scan device sampai apps detect Roborock.. dan tap gambar Roborock
6. Skrin Select Router akan dipapar dan dibawahnya ada maklumat modem wifi korang..
tap pada : Tap to enter password
Dan masukkan password wifi masing-masing. Skrin contoh tak dapat aku tunjuk sebab masa nak masuk password aku cuba screenshot tapi tak boleh.
Kemudian, tap NEXT
7. Tunggu hingga melepasi 2 skrin ini..mesej biasa yang akan dipapar adalah:
"Bring your phone closer to device"
"Bring device closer to router"
8. Bila skrin ni dipapar, tap : Let's get started
9. Skroll kekiri 3 skrin yang dipapar hingga ke skrin di atas dan tap : Start
Ok..selesai setting antara Roborock dan modem/router Wifi. Perkara pertama aku buat sebelum guna Roborock adalah aku set kan bahasa dulu.. ajee gile aku nak paham cakap cina..
Esoklah aku sambung. Harini belajar setting yang ini dulu. Kalau ada yang tak faham, boleh drop soalan dikomen. Insya Allah aku cuna jawab. Mungkin ada step yang aku tertinggal..maklumlah, aku pun main godek-godek sendiri..mana yang terlepas skrin untuk screenshot tu..nasiblah..ok..
Sambung esok..
Adeusss!!!
↧
XIAOMI ROBOROCK : SETTING APPS
Assalamualaikum
Siap setting Voice Pack barulah senang rasa hati..maka si Roborock cakap pun kita dah faham. Barulah boleh suruh dia buat kerja. Bila dah selesai dengan setting Roborock dengan apps Mi Home, maka bermulah episod cara-cara nak suruh Roborock buat kerja. Sebelum buat kerja kena letak dulu dock charger ditempat yang betul. Esok aku akan cerita cara nak letak dock sehingga lah penggunaan Roborock. Entri nya esok ya.
Ok..Adeusss!!!
Sambung pasal setting Roborock selagi tak habis. Perkara pertama aku buat bila setting Roborock ke wifi dah selesai..adalah setting apps ke Roborock..
2. Tap 3dot di penjuru atas kanan
3. Tap : General Setting
4. Tap : Rename
dan namakan Roborock aku sebagai BIBIK.. kalau korang tak nak tukar pun boleh.Tak ada masalah
Dan sekarang, aku nak tunjuk cara tukar bahasa Voice pada Roborock.
1. Tap 3dot di penjuru atas kanan atau jika sudah berada di menu Setting seperti dibawah, terus tap : Voice Pack
2. Tap : Voice Pack
Tap : Use pada English
Siap!
Siap setting Voice Pack barulah senang rasa hati..maka si Roborock cakap pun kita dah faham. Barulah boleh suruh dia buat kerja. Bila dah selesai dengan setting Roborock dengan apps Mi Home, maka bermulah episod cara-cara nak suruh Roborock buat kerja. Sebelum buat kerja kena letak dulu dock charger ditempat yang betul. Esok aku akan cerita cara nak letak dock sehingga lah penggunaan Roborock. Entri nya esok ya.
Ok..Adeusss!!!
↧
↧
XIAOMI ROBOROCK : HOW TO START CLEANING
Assalamualaikum
Tajuk aku memang aku guna english.. sebab dalam carian google bila aku taip dalam BM, susah sangat nak jumpa. Asyik mat saleh je mengenakan aku.. buka-buka isi entri semua BI. Jenuh aku nak faham. Kali ni bagi dia pulak terkena.. tajuk BI..entri BM..hahah..padan muka dia.
Ok berbalik kepada cara nak menggunakan Roborock. Selepas selesai semua step darilah sambungan Roborock kepada router wifi, kemudian sambungan handphone kepada Roborock melalui Apps Mi Home, kemudian setting asas di pemuka Apps Mi Home,harini kita ke tajuk cara dan menu bagi menggunakan Apps Mi Home untuk Roborock.
Di peringkat ni, kalau tak ada wifi, tak tau Apps Mi Home, dan tak reti nak kisah-kisah hal yang mcam ni, Roborock boleh aje terus guna dengan menekan button Start pada Roborock. Kelebihan menggunakan Apps adalah bila , kita ditempat kerja atau dimana-mana pun, dan Roborock berada pada dock charger yang suisnya di on kan, beserta wifi yang berfungsi, maka kita boleh mengarahkan Roborock bekerja. Sangat sesuai untuk wanita yang berkerja.
Ini step untuk kali pertama menggunakan Roborock.
Ini step untuk kali pertama menggunakan Roborock.
1. Di Apps Mi Home ,tap : Roborock
2. Di paparan ini,tap 3 dot penjuru kanan atas (Setting)
3. Di paparan Setting , tap : Cleanup mode
4. Tap mana-mana mode yang diingin. Untuk mop sahaja, tap Mop sehingga tulisan bertukar warna.
Pilihan vacum dibawahnya adalah mengikut kekuatan daya sedutan vacum. harus diketahui, semakin kuat daya sedutan, bunyinya juga makin kuat.
Selesai pilihan mode, back semula ke paparan Setting dan ke paparan map
5. Pada paparan map, boleh terus tap Clean, TETAPI, lebih baik set dahulu kawasan dan jumlah kekerapan vacum atau mop. Untuk itu tap : Zoned cleanup
6. Kita boleh pilih kawasan mana yang hendak divacum/mop dengan tap pada petak segiempat (bertanda bulat merah). Kalau tak nak tetapkan kawasan, boleh tetapkan berapa kali vacum/mop dengan tap bulatan "1x times" (bertanda bulat kuning). Jika tidak, vacum/mop hanya kan dilakukan sekali sahaja.
Kemudian tap : Cleanup
7. Paparan akan kembali seperti di atas dan tap : Clean
Selesai.
Maka, sibibik Roborock aku ni pun, memulakan tugas dengan sangat baik..baik betul dia, tak cakap banyak pun..melainkan masa nak mula kerja dia cakap "Start Cleaning".. lepas tu bila dah selesai, dia bagitau " Back to the dock".. itu je. Pada aku, Roborock ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Aku kat ofis, balik aje, lantai dah siap bersapu dan mop sekali..heheh..
Esok aku akan bagi info sikit mengenai cara penyelenggaraan Roborock ni.
Adeusss!!!
↧
XIAOMI ROBOROCK : CARE
Assalamualaikum
Aku suka menulis cerita pasal Bibik aku ni, sebab atas permintaan kawan-kawan yang minta aku buat review.. ada yang siap minta video. Untuk video nantilah..belum berkesempatan lagi . Alang-alang nak buat video, kena buat elok-elok..takkan nak main tangkap muat aje kan?
Hari ini kita sambung bab penjagaan Roborock ni. Jangan risau sebab semua datanya tersimpan pada apps.
1. Di paparan map, tap Setting ( 3 dot penjuru kanan atas)
2. Pada paparan Setting, tap : Care
3. Disini, sirobot menyimpan data tempoh dan peratus penggunaan untuk semua komponen pada Roborock.
Untungnya Roborock, alat ganti komponen sangat mudah didapati. Banyak dijual di Lazada dan Shopee. Pilih saja mana yang padan dengan harga.
Jadi tak ada masalah untuk "membela" bibik macam ni. Itu sahaja untuk hari ini. Sambung esok.
↧
XIAOMI ROBOROCK : MAINTAINANCE
Assalamualaikum
Benda beli mahal, so lebih baik jaga betul-betul. Kali ni aku kongsikan cara penyelenggaraan Roborock ni. Bagi yang masih bercita-cita nak beli, tentu korang perlukan maklumat yang lebih, sebab sebelum aku beli, aku cuba google perkara-perkara macamni, tapi sayangnya TAK ADA. Hanya ada video youtube mat saleh membebel..bosan.
Harapnya perkongsian ini dapat membakar semangat korang untuk memiliki robot ini. Ok berbalik kepada penyelenggaraan Roborock. Info penyelenggaraan ini hanya didapati pada Apps Mi Home sahaja. Lecehnya, selagi belum ada device (tak kisahlah Roborock atau apa sahaja produk dari Xiaomi), apps Mi Home tak boleh di akses untuk perkara berkaitan barangan yang kita nak tengok.
1. Di paparan Setting, tap : User manual & customer service
2. Tap : Maintainance
Di sini, pengguna boleh baca dan lihat gambar cara-cara untuk selenggara Roborock. Jadi aku kongsikan disini bagi korang yang belum memiliki Roborock.
Cara penyelenggaraan Roborock adalah seperti berikut
Komponen Roborock di bahagian luar yang perlu diselenggara.
Main Brush
**cuci setiap minggu**
1.Terbalikkan vacum dan danggalkan penutup berus (Main Brush Cover)
2. Tanggalkan berus dan bersihkan bearing
3.Bersihkan bulu berus menggunakan berus khas (Cleaning tool) yang disediakan (berus ini diletakkan bersebelahan kotak habuk di bahagian atas vacum)
4. Pasangkan semula berus dan penutup setelah selesai.
**Berus perlu diganti setiap 6-12 bulan
Side Brush
**cuci setiap bulan**
1. Gunakan pemutar skrew untuk menanggalkan berus tepi
2. Bersihkan berus
3.Pasang semula setelah selesai
**Ganti berus setiap 3-6 bulan
Mop
**cuci setiap kali selepas digunakan**
1. Tanggalkan kain mop dari pelekat pada modul mop dan tarik kebawah
2. Cuci seperti biasa dengan sabun dan keringkan
**Ganti kain mop setiap 6-12 bulan
**Tanggalkan modul mop dari vacum jika tidak menggunakannya
Roda
**cuci setiap bulan**
1. Tanggalkan roda dari caster roda
1.Bersihkan habuk,rambut dan sebarang sisa yang lekat pada bahagian roda dan gandar(axle)
Sensor
**cuci setiap bulan**
1. Dengan menggunakan kain kering yang bersih atau cukup sekadar tisu,lapkan permukaan sensor disebelah kanan vacum dan 4 sensor di bahagian bawah(hadapan) vacum.
Bateri
Roborock menggunakan high-performance lithium battery. Bagi memanjangkan hayat bateri, pastikan vacum sentiasa berada pada dock. Jika tidak menggunakan vacum dalam jangkamasa yang lama, matikan punca kuasa elektrik. Caj bateri sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan bagi mengelakkan bateri rosak.
Dock
**cuci setiap bulan**
Cuci dock dengan menggunakan kain yang lembut dan dan kering.
Penjagaan yang baik akan dapat mengelakkan vacum daripada cepat rosak dan memanjangkan hayat bateri.
↧
XIAOMI ROBOROCK : CLEANING
Assalamualaikum
Topik penting bagi penjagaan Roborock. Cara mencuci komponen Roborock juga amat mempengaruhi ketahanan vacum.
1. Buka penutup,tekan release button dan dan tangga bekas habuk.
2. Buka penutup pada bekas habuk dan kosongkan.
3. Cuci dengan air bersih. Masukkan air,tutup bekas habuk dan goncangkan bekas habuk bagi membersihkan ruang dalam bekas habuk. Ulang hingga bersih dan lap hingga kering.
4.Tanggalkan penapis habuk, lalukan air bagi mengeluarkan kotoran dan keringkan penapis sekurang-kurangnya 24jam. Penapis ini boleh bertahan hingga 2 kali cucian.
Sebenarnya, tak susah pun nak jaga bibik ni.. senang aje. So,kepada sesiapa yang perlukan Roborock macam bibik aku ni, dan perlukan info, boleh terus komen dibawah. Kita akan sama-sama kongsikan info.
Sebenarnya, tak susah pun nak jaga bibik ni.. senang aje. So,kepada sesiapa yang perlukan Roborock macam bibik aku ni, dan perlukan info, boleh terus komen dibawah. Kita akan sama-sama kongsikan info.
↧
↧
PETUA HILANG NYAWA
Assalamualaikum
Aku kongsikan perkongsian dari fb Rizal Hakim
Aku kongsikan perkongsian dari fb Rizal Hakim
Inilah kisah benar sakit gigi letak minyak brek motor.. Sampai masuk ICU.
Consent untuk health promotion and awareness diambil dan pesakit memberi kebenaran untuk post di media social untuk KESEDARAN semua rakyat Malaysia begitu bahayanya penyakit pergigian yang tidak di rawat dengan betul. Dia kata banyak orang tak tahu gigi pun boleh jadi macam ni.
Begini ceritanya.
Encik ini sakit gigi dah bertahun, tapi awal tahun ni sakit semakin teruk, jadi letak lah dia minyak brek motor. Kali pertama, sakit tu hilang.
Selepas Berapa minggu berlalu, sakit pulak gigi geraham atas tu, sekali lagi dia letak minyak brek. Tapi tak berkesan, gusi pun bengkak. Mungkin takut kepada doktor gigi, encik ni pergi jumpa doktor perubatan. Doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.
Selama Seminggu makan ubat, tak berkesan (antibiotic resistant??) bengkak semakin membesar, selama 4 hari simpan dan tak tahan, baru encik ni pergi jumpa doktor gigi. Masa itu muka bengkak macam 2 biji kepala dah. Kita panggil facial cellulitis. Dengan segera dr gigi refer kepada HRPZ II untuk emergency kes encik ni.
Masuk wad hari kedua, bengkak semakin besar, nanah penuh dalam muka. Jadi kita decide untuk cabut gigi dan buat incision and drainage(keluarkan nanah). Banyak nanah keluar weh... Hmmmm.😫😫😫🤮🤮🤮🤮
Dengan malangnya, hari ketiga, nanah yg berlebihan sudah sampai ke sistem saraf dan OTAk. Keaadan encik ni semakin teruk, dengan segera refer pakar pakar department lain, akhirnya pesakit ni di masuk ICU dengan diagnosa septic encephalopathy. Jangkitan yg boleh membawa kematian weh.. Don play play. . Hmmmm. Stresss sangat team omfs/dental sebab jangkitan kuman encik ni.
Hari yg sama, pesakit ditolak ke dewan bedah untuk keluarkan nanah yg berlebihan. Fuhh, masih banyak lagi keluar..🤢🤢🤮🤮
Selama seminggu di ICU, keadaan encik ni semakin pulih. Ditolak ke ward biasa..
Begitulah ceritanya, sy post disini untuk Kesedaran kawan kawan sekalian, kena buat routine checkup pergigian 6 bulan sekali. Gigi yg rosak perlu rawatan yang betul dibuat oleh doktor gigi yang bertauliah. Sama jugak kes FAKE BRACES dan teeth whitening, gigi palsu, kena buat dengan dr gigi bertauliah. Kalau tak habis semua gigi anda.
KESEDARAN ITU PENTING. jangan menyesal apabila terlambat.
Credit : Happy wee
********
Apa sekali pun..kalau sakit, jumpalah doktor. Janganlah ikut petua yang mengarut tu..akibatnya boleh hilang nyawa.
↧
TAIWAN - PART 1 - PREPARATION
Assalamualaikum
Ketika aku menulis entri ini..hati aku masih lagi dalam keadaan hiba..kehilangan abah yang aku sayangi setelah 1 hari aku tiba di Malaysia. Mujurlah Allah sempatkan aku berjumpa abah, berbual, mohon ampun dan maaf, halalkan segalanya dalam keadaan abah tidak lagi bersuara namun hanya mengangguk tanda dia masih mendengar..
Aku teruskan coretan ini..bimbang terlupa beberapa perkara yang aku nak kongsikan dengan korang semua. Cerita pengembaraan ke Taiwan ini, sebenarnya dah lama aku plan nak pergi..plan pun setelah beli tiket yang agak murah dengan kesusahpayahan mencari info dan tips mengenai Taiwan yang amat terhad, tak ramai blogger Malaysia yang kesana..kalau adapun, bila aku tanya apa-apa..tetap tak berjawab.
Tak apalah. Aku usahakan sendiri buat itenari, google map dan bergantung 100% dengan sumber yang ada di internet..tanpa bantuan 1 orang manusia pun..aku pulak jenis malas nak tanya banyak-banyak kali..tambah-tambah blogger yang sombong dan kedekut ilmu.
Alhamdulillah, hampir 1 bulan aku susun itenari, standby kan plan A dan plan B..maklumlah backpackers ni macam-macam ujian yang menunggu. Apapun aku dah bersedia. Pertama sekali aku beli insuran dengan Etiqa, iaitu Tripcare360 dengan harga promosi RM61 lebih kurang. Disebabkan aku kerja gomen, dapatlah aku claim balik RM46.
Tips-tips lain aku akan bagi di entri terakhir nanti. Benda pertama aku buat lepas beli tiket..
Google map Taipei dan tanda mana tempat nak pergi
Download Apps Map of Taiwan Offline dan app MRT. ke2-2 app ni sangat berguna untuk aku cari tempat, station, check tembang MRT tanpa perlu internet.
Baju yang nak dibawa.. Kali ni aku betul-betul cerewet pasal baju sebab nak kecikkan dan ringankan beg bagi memastikan beg aku kurang dari 7kg
Tukar RM ke NTD (New Taiwan Dollar) Aku tukar sebanyak RM2000 dapat lebih kurang NTD14,000
Booking tiket train dari Taipei ke Xincheng melalui website ni
tapi sebelum tu check dulu schedule dan tambang di website ni ->
Siap print untuk ditukar kepada tiket sebenar di 7e
Booking hotel di Agoda dan print booking itenary dan invoice.. WAJIB
Selain dari tu, aku juga siap print itenari cantik-cantik..bersedia, manalah tahu imigresen sana buat-buat tanya banyak..tunjuk itenari dan semua ni sebagai bukti yang korang tak hadap pun nak duduk sana sampai mati.
Ok..esok aku akan release kan entri perjalanan percutian aku di sana.
Adeuss!!!
↧
TAIWAN - PART 2 - KL TO TAIWAN
Assalamualaikum
Dengan lafaz Bismillahhirohmanirrahim... inilah catatan kembara aku
Dengan lafaz Bismillahhirohmanirrahim... inilah catatan kembara aku
DAY 1 - 21 MAC 2019
Alor Setar - Kuala Lumpur - Taiwan
Bergerak dari rumah ke Airport Kepala Batas pukul 7pagi..perjalanan hanya 10minit sahaja sebab rumah aku dekat dengan airport. Boarding departure . Penerbangan pertama pukul 8.20pagi dan tiba di KLIA pukul 9.25pagi. Disebabkan penerbangan ke Taiwan petang, maka aku dan Iera berlegar-legar membuang masa di KLIA
Breakfast dan lunch terus di Texas Chicken.. 100x baik dari KFC atau McD sebab air boleh topup ..sesuailah kalau nak duduk lepak lama-lama
Seminggu sebelum fly ni aku cuba check-in di website AA, tapi hampeh. 2-3kali cuba ..tetap tak boleh. So aku terus ke kaunter untuk check-in.
Untuk kali ini, seperti biasa, aku tak bawak beg yang besar, hanya backpack saiz sederhana dan beg sling untuk isi wallet dan dokumen. Total berat ke2-2 beg 6.89kg sahaja. Betul-betul aku jaga bab berat beg..Alhamdulillah..masa lalu depan staff AA kat pintu masuk pun, dia tak suruh timbang pun sebab dia tengok beg kecik..so selamat dah aku dengan Iera jalan dengan penuh bangga. Dalam flight hanya aku dan Iera je melayu..sabar jelah. Dalam flight akan diberi Arrival Card oleh stewarders.
Untuk kali ini, seperti biasa, aku tak bawak beg yang besar, hanya backpack saiz sederhana dan beg sling untuk isi wallet dan dokumen. Total berat ke2-2 beg 6.89kg sahaja. Betul-betul aku jaga bab berat beg..Alhamdulillah..masa lalu depan staff AA kat pintu masuk pun, dia tak suruh timbang pun sebab dia tengok beg kecik..so selamat dah aku dengan Iera jalan dengan penuh bangga. Dalam flight hanya aku dan Iera je melayu..sabar jelah. Dalam flight akan diberi Arrival Card oleh stewarders.
Kad ni kalau tak dapat dalam flight..jangan risau, bila kau turun flight sebelum ke kaunter imigresen sebelah kanan ada meja khas yang ada kad ni siap dengan spek untuk korang tak rabun tapi tak bawak spek. Tak sempat aku nak ambik gambar nak cepat konon nak ligan train yang last..
Flight ke Taiwan pukul 5.45ptg. Tiba di Airport Taoyuan , Terminal 1 lebih kurang pukul 10.30malam..keluar je dari flight, dah dihulur pulak 1 kad yang tersenarai barang-barang larangan untuk dibaca..mana nak jalan..nak baca lagi.. aku tengok sekali lalu je, sampai la nak beratur kat kaunter imigresen, kad tu dia mintak balik..buat penat je..Untuk imigresen dalam setengah jam..ditanya jugak aku nak dok kat sama berapa lama, aku cakaplah 1 minggu. Kastam lepas je sebab tak payah scan beg pun. Bukannya aku bawak apa-apa..makanan pun aku bawak Kembara Meal 2 pek.
Perkara pertama aku buat, sampai di Arrival hall..belok kanan, turun eskelator ke tingkat bawah, masuk 7e, beli Easycard harga NTD10 dan topup siap-siap NTD1500. Aku ingat kalau sampai awal dan selesai clear imigresen cepat, bolehlah naik train. Train terakhir pukul 11.36malam, tapi disebabkan jam dah dekat pukul 12, aku ambik keputusan naik bas aje. Platform bas hanya sebelah luar dari 7e.
Aku naik bas no.1819(Kuo Kuang Transportation) di Platform 5 , tambang NTD140 swipe easycard aje. Bas beroperasi 24jam, 20minit sekali. Selain bas 1819, ada 1 lagi bas yang korang boleh naik, bas No.1961(City Bus). Lebih kurang 1 jam, sampai di Taipei Main Station. Menapaklah aku dengan Iera nak cari hotel yang aku booking di Agoda. Nama hotel tu Just Inn Taipei. Mujur tak sesat sebab dah gelap, pukul 1.30pagi baru check-in hotel.
Seperti biasa, tiap kali travel aku tak pernah beli simkad atau wifi..sama jugak kali ni. Harapkan wifi hotel, bas dan train aje. Boleh pun aku hidup takde internet ..selamat balik jugak. Letih punya pasal..terus tidur.Jam dekat pukul 2 dah.Ok..sambung!
↧