Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

IDEA COPY PASTE

$
0
0
Assalamualaikum..

Serius aku cakap..
Berblog sekarang dah tak se best dulu..masa FB belum ada..dah ada tapi tak famous.. dah ada tapi ramai belum ada akaun..

Apa yang kita tulis diblog adalah idea kita sendiri.. cerita hidup kita, resepi yang kita cuba dan semuanya yang kita punya (ada juga yang kita ceduk dan senduk dari orang lain..cuma tak nak mengaku je)

Bila FB mula famous, budak tadika pun ada akaun FB..maka mood berblog pun berubah. Betul atau tidak apa yang aku cakap ni? Maka adalah antara kita yang mengupdate blog dengan apa2 yang ditengoknya atau dijumpainya dalam FB.. ada kala (atau kebanyakkannya) benda tu kita sendiri dah pernah baca atau tengok ..ada yang baru malah ada yang berkurun dah..

Kita ketandusan idea.. update blog asal update aje..tanpa kira dari mana sumber yang kita dapat..aku rasa kelakar bila jumpa orang yang update blog guna idea atau sumber dari FB. Tak salah nak copy paste tu, yang salah ialah bila kita tak bagi credit atau mention kat situ sumber kita dapat dari mana.

Bila ini berlaku, maka keharmonian rakan blog untuk menjengah dan memblogwalking terus berkurangan sebab benda tu orang dah baca/tengok pun. Umpama siaran Astrok yang asyik ulang drama 5 tahun lepas buat kali ke 100!. Kita tak perlu jadi bagus untuk menulis di blog..apa yang penting adalah idea tu..Bolehla kita tengok statistik di panel blog dashboard blog kita..berapa hits untuk setiap entri yang kita publishkan.

Kita para blogger ni sebenarnya mempunyai platform yang cukup baik untuk berkarya dalam bentuk penulisan dan visual..kerana blog ini lebih umum, sesiapa sahaja, tak kira dari ceruk dunia mana pun boleh nampak dan baca (kalau yang baca tu faham melayulah!)

Sebab itu aku sekarang ni jarang berblog. Kalau ada pun kisah jalan2 atau mana yang penting aje. Contohnya macam berita kematian Seniwati Mariani.. aku dapat info ni dari senior aku , pengarah drama dan filem Hashim Rejab sekitar jam 7.50 malam (kira2 20minit selepas kematian Allahyarhamah).. maka dengan pantas aku sebarkan berita itu di blog ini untuk makluman ramai. Ini bermakna , aku tidak copy paste benda yang dah lapuk untuk tarik perhatian orang.

Entri aku hari ni mungkin dah menjentik sesetengah orang..maaflah aku cakap benda yang benar. Tapi kita sebagai blogger, sebolehnya cuba kekalkan kelas kita..kita tak sedar yang kita ni sebenarnya ada kelas yang tersendiri berbanding pengguna FB (walaupun dalam masa yang sama ini kita juga pengguna FB) Sebagai blogger, kita tak tahu siapa pembaca dan pengikut kita..berbanding FB yang kita tahu pembaca adalah dikalangan rakan taulan kita sendiri. Di FB kita bebas upload apa sahaja gambar peribadi kita, tapi tidak di blog kerana ia boleh menjadi tatapan serata dunia tanpa tapisan.

Itu sahaja bebelan aku hari ni..nak katakan aku senior dalam berblog ..tak tahulah sebab aku mula berblog dari 2006 (tutup akaun 2009) dan buka akaun baru 2011 hingga sekarang..bermula dari template entri blog  hanya ada kod html, nak upload sekeping gambar pun ambik masa 10-15minit..huh! Berbekal ilmu study sains komputer..aku menggagahkan diri nak berblog waktu tu. Siksa nak tulis 1 entri..hanya Allah saja yang tahu..

Apapun..salam blogger untuk semua!



OREN :: 3TAHUN BERLALU

$
0
0
Assalamualaikum..

Semalam 5 Disember.. genablah 3tahun aku ditemukan denfan kucing kesayanganku Oren..Sekarang Oren pun dah ada anak ..Limau..



Dialah peneman dikala kesunyian..menjahit sampai subuh pun dialah teman..tido atas riba..minum susu botoi..teman bersembang teriak tangis..dialah saksi segala susah payah aku pada waktu tu..tak sangka dia hidup sampai hari ni..terima kasih Allah kerana kurniakan anugerah ini dalam hidup aku walaupun dia hanya seekor kucing..

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI - MAHA TOWER

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ini aku ingin kongsikan satu tarikan pelancong terkini di Langkawi yang masih dalam pembinaan.

MAHA TOWER adalah sebuah menara yang merupakan struktur binaan menara tertinggi di pulau lagenda ini. Dinamakan sempena nama yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, mantan Perdana Menteri yang telah menaikkan nama Pulau Langkawi di mata dunia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad.

MAHA TOWER ini berketinggian 138meter dibina didalam sebuah kawasan yang dinamakan MAHA CITY (juga masih dalam pembinaan. Lokasinya ditepi laut di  Bandar Kuah.

Gambaran MAHA CITY Langkawi

Struktur binaan MAHA TOWER

Kredit ini aku berikan kepada pemilik asal gambar di bawah itu saudara Nazri Wan Abib yang terlibat dalam pembinaan menara. Tahniah diucapkan kerana beliau berjaya menjadi salah seorang yang menyumbang tenaga bagi menjayakan pembinaan menara yang bakal melakar sejarah pelancongan Pulau Langkawi. 

Bagi menghormati dan menghargai saudara Nazri Wan Abib atas perkongsian gambar-gambar ini, aku telah meletakkan watermark atas nama beliau di atas semua gambar bagi mengelakkan gambar-gambar ini disalahguna atau diplagiat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar yang diambil adalah dari atas puncak menara






Tak sabar rasanya untuk melihat MAHA TOWER ini siap dan menjadi tarikan pelancong di Pulau Langkawi ini.

CUTI UMUM JIKA KEDAH MENANG BOLA MALAM INI

$
0
0




SIARAN MEDIA

13 DISEMBER CUTI UMUM JIKA KEDAH MENANG PIALA MALAYSIA 

Setelah dibincangkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan dipersembahkan bagi perkenan Yang Teramat Mulia Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Kerajaan Negeri membuat ketetapan berikut: 

Sekiranya pasukan bola sepak Kedah memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini, hari Ahad, 13 Disember 2015 diisytiharkan sebagai cuti umum di Negeri Kedah menurut Akta Cuti 1951.

Sekiranya pekerja masih dikehendaki bekerja esok (Ahad, 13 Disember 2015), majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda bagi hari tersebut menurut Akta Pekerja 1955. 

Namun begitu, majikan boleh menggantikan cuti esok kepada hari lain tetapi masih tertakluk kpd peruntukan undang-undang berkaitan.

Sekian dimaklumkan.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 12 Disember 2015



***tudia MB kesayangan orang Kedah..semangat sungguh..moga2 Kedah menang..amin! ***

FRUIT SALAD LAH PULAK!

$
0
0
Assalamualaikum.

Hujung tahun, seperti biasalah aku akan sibuk..sibuk dengan kerja ..maklumlah kerja kewangan ni, nak tutup akaun..

So untuk kali ni, aku buat resepi simple je.. mudah, ringkas, kenyang dan yang penting .. berkhasiat!

Hari ni kita buat Salad Buah atau Fruit Salad!

Bahan-bahanya
Epal hijau
Epal merah
Buah Lai
Tomato cherry
Daun salad
Mayonis sebenar
Lada sulah

Caranya;
Mudah aje, potong dadu semua buah(jangan kecil sangat), tambahkan tomato cherry(tak ada pun takpe)masukkan mayonis dan lada sulah, gaul rata..masukkan dalam bekas yang dialaskan daun salad. SIAP!!


Serius memang sedap! cubalah..rojak orang putih ni..layanzzzz..



E-GIFT CARD ZALORA

$
0
0
Assalamualaikum.

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua sesuatu yang amat menarik. Tengok tajuk pun dah tahu kan? Tapi apa itu E-Gift Card.


Oklah, biar aku mulakan satu persatu agar korang faham. Macam ni ye, Zalora sekarang ni sedang mengadakan jualan E-Gift Card Zalora . Korang boleh beli E-Gift Card bernilai samada RM75 , RM150 , RM200 atau RM300. E-Gift Card ini korang boleh hadiahkan kepada sesiapa sahaja. Katakan korang nak hadiahkan kepada emak korang.. nanti emak korang boleh beli apa sahaja di Zalora dengan nilai E-Gift Card yang korang beli tu.. Menarik kan? Kekadang kita nak hadiahkan sesuatu untuk suami/isteri, mak ayah, adik, kakak, abang , kawan2, bla bla bla bla.. kiranya banyak lah yang korang nak bagi hadiah, tapi kekadang korang sendiri pun tak pasti nak beli apa.. jangan kata korang, aku pun macam tu lah juga..



Berjalan sana-sini, pegang itu ini..last2 tak tau nak beli apa..kang beli orang tak suka..tak muat, tak sesuai, tak itu..tak ini.. sipenerima mungkin tak akan kata apa2 untuk jaga hati kita..tapi jauh nun disudut hati..mmmmm.. eh2..jangan kata orang. Kita sendiri pun kekadang suami beli baju, pada mata dia nampak cantik..tapi kita nampak macam baju orang tua..huhuhuh..sedih..tak pakai kang merajuk..dah pakai , rasa down..sabor jerlah.

Oleh yang demikian, hadiahkan E-Gift Card Zalora ni lagi bagus. Penerima tu boleh beli apa yang dia suka apa yang ada di Zalora dengan pilihan bermacam jenis baju, seluar, aksesori..nak sebut pun tak taulah sebab banyak sangat. E-Gift Card ni sah selama 1 tahun dari tarikh pembelian tau. lepas tu pulak, penerima tadi boleh beli beberapa kali dan beberapa jenis barang dengan E-Gift Card Zalora ni , tiap kali beli , amaun akan ditolak dari E-Gift Card tu sehinggalah habis semuanya amaun dibelanjakan.. (alang2 nak beli..beli je yang RM300 tu..standby.. ada sale je, terus beli..kan ke jimat..bijak...bijak..lagi bijak kalau korang beli untuk diri sendiri..heheh..dah macam reload henpon pulak ya)

Macam mana korang nak beli E-Gift Card Zalora ni?? mudah aje. Klik aje link ni -->>E-Gift Cards ZALORA 


Inilah cara terbaik untuk kita hadiahkan sesuatu kepada yang tersayang. Tak payah nak pening2 kepala. Bagi aje E-Gift Card Zalora ni. Suka hati oranglah dia nak beli apa nanti. Tak perlu tunggu birthday ke, anniversary ke, pass exam ke, kahwin ke..tak perlu... bila rasa nak hadiah..hadiahlah.. tapi inilah masa terbaik untuk hadiahkan E-Gift Card Zalora ni, memandangkan sekarang ni pun di Zalora tengah sale gila2 ni..rugi pulak telepas peluang ni..

Oklah.. itu aje aku nak kongsikan dengan korang semua. Semoga bermanafaat..dan berterimakasihlah kat aku sebab aku dah settlekan masalah korang2 yang pening kepala tak tau nak beli hadiah apa!

Adeuss!!!

DISCOVER KEDAH 2016 -130 TEMPAT MENARIK DI KEDAH

$
0
0
Assalamualaikum..

Pembuka tahun 2016 yang pastinya lebih banyak cabaran yang menanti..

Untuk tahun 2016 ini, negeri kelahiranku ini sudah melancarkan Tahun Melawat Kedah atau lebih dikenali dengan Discover Kedah. Usaha murni YAB Dato Mukhriz Tun Mahathir selaku Menteri Besar Kedah ini mendapat sokongan rakyat Kedah serata-rata.




Bila disebut sahaja, apa yang menari di Negeri Kedah.. sudah pastinya nama Langkawi sahaja yang menjadi sebutan. Negeri Kedah bukan hanya ada pulau Langkawi sahaja..(apakan daya hanya Langkawi yang di highlight kan). Banyak lagi tempat menarik,tempat bersejarah dan tempat shopping yang jika diberi perhatian, maka ianya boleh terkenal lagi...

Negeri Kedah mempunyai 12 buah daerah. iaitu Bandar Baharu, Kulim, Baling, Kuala Muda, Sik, Yan, Pendang, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap , Kubang pasu dan Langkawi

Di sini ada senarai 130 tempat menarik (selain dari Langkawi) yang sudah diketahui umum dan yang langsung tidak diketahui kewujudannya , hanya penduduk tempatan sahaja yang tahu. Maka aku mengambil inisiatif sendiri untuk mengumpul nama-nama tempat menarik yang boleh dijelajah samada oleh rakyat Kedah atau semua pengunjung yang sudi datang ke Kedah.

Senarai ini  disusun mengikut daerah.

KUBANG PASU
1.Bukit Kayu Hitam
2.Gua Batu Putih,Kodiang
3.Gua Kerbau, Kodiang
4.Istana Tunku Kudin di Bukit Pinang
5.Kota Padang Sejana,Mukim Naga
6.Kota Siputeh,Kubang Pasu
7.Makam Dato' Maharaja Kadhi Syeikh Abdul Jalil (Mufti Pertama Kedah), Tanjung Pauh
8.Makam Tunku Anom,Tunjang
9.Makam Puteri Lindungan Bulan,Siputeh
10.Rekreasi Bukit Wang,Kubang Pasu
11.Taman Tasik Darulaman

PADANG TERAP
12.Charok Batang Padi, K.Nerang
13.Hutan Lipur Puncak Janing, K.Nerang
14.Jeram Tok Din, K.Pinang
15.Kem Perik, Kg.Perik
16.Mini Muzium Padi, Kg.Bendang Raja
17.Pengkalan TokMas, Kg.Musa
18.Resort Dusun
19.Tasik Pedu

POKOK SENA
20.Tapak Geowarisan Bukit Larek

KOTA SETAR
21.Aman Central Mall, Alor Setar
22.Balai Besar, Alor Setar
23.Balai Nobat, Alor Setar
24.Balai Seni Negeri,Alor Setar
25.Galeri Sultan Abdul Halim,Alor Setar
26.Gunung Keriang,Kota Setar
27.Istana Anak Bukit
28.Istana Cik Spacendra
29.Istana Kuning, Alor Setar
30.Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah
31.Kompleks Masjid Al-Bukhari, Alor Setar
32.Kota Kuala Kedah
33.Lukisan Mural Gergasi Tun M
34.Makam Tok Pasai (Terminal Feri Kuala Kedah)
35.Masjid Zahir,Alor Setar
36.Memorial Tunku Abdul Rahman, Alor Setar
37.Menara Alor Setar
38.Mini I-City,Alor Setar
39.Muzium Di Raja Kedah
40.Muzium Kota Kuala Kedah
41.Muzium Negeri,Alor Setar
42.Muzium Padi
43.Pekan Rabu, Alor Setar
44.Pelabuhan Tjg.Chali, Alor Setar
45.Persisiran Ampang Jajar,Alor Setar
46.Puncak Bukit Choras
47.Pusat Sains Negara Wilayah Utara
48.River Cruise Kedah (Sg.Kedah-Sg.Anak Bukit)
49.Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad,Alor Setar
50.Rumah Seri Banai & Rumah Tok Su, Alor Setar
51.Star Walk,Alor Setar
52.Taman Jubli Emas
53.Taman Merdeka(sebelah Stadium Darul Aman)

PENDANG
54.Gunung Perak,Pendang
55.Hutan Rekreasi Sg.Rambai,Pendang
56.Kubur Panjang
57.Pendang Lake resort
58.Perigi Mandi Gajah

YAN
59.Air Terjun Alor Naga,Yan
60.Air Terjun Puteri Mandi,Yan
61.Air Terjun Seri Perigi,Yan
62.Air Terjun Titi Hayun
63.Gunung Jerai,Yan
64.Homestay Kg. Sg.Raga,Yan
65.Hutan Lipur Sg.Teroi
66.Hutan Rekreasi Batu Hampar, Yan
67.Jambatan Pulau Bunting(Kuala Dulang)
68.Pantai Murni,Yan
69.Pantai Tanjung Jaga,Yan
70.Pulau Bunting,Yan
71.Pulau Songsong,Yan
72.Tangga Kenari,Yan

SIK
73.Bendang Man Eco Resort,Sik
74.Empangan Gubir, Sik
75.Empangan Muda.Sik
76.Hutan Simpan Ulu Muda. Sik
77.Ladang Anggur Beris,Sik
78.Lata Embun,Sik
79.Lata Hujan Lebat,Sik
80.Lata Lembu. Sik
81.Lata Mengkuang,Sik
82.M.U.D.A Resort
83.Peranginan Serendah Si Kebun Bunga,Sik
84.Rekreasi Rimba Takwa,Sik
85.Tasik Beris,Sik

KUALA MUDA
86.Air Terjun Lembah Bujang
87.Air Terjun Tupah,Mukim Bujang
88.Candi Bendang Dalam, Bukit Batu Pahat
89.Candi Pengkalan Bujang
90.Chalet Terapung PPK Merbuk
91.Hutan Lipur Gurun Kuari
92.Hutan Lipur Sg.Badak,Gurun
93.Hutan Lipur Sg.Kunyit,Gurun
94.Jeti Semeling Sg.Merbuk,Sg.Petani
95.Kota Raja Bersiung di Kg.Pinang Tunggal,Kuala Muda
96.Makam Sultan Muzaffar Shah,Mukim Bujang
97.Menara Jam Besar,Sg.Petani
98.Muzium Arkeologi Lembah Bujang,Kuala Muda
99.Pantai Merdeka,Kuala Muda
100.Pasar Bisik Kuala Muda
101.Pulau Sayak,Kuala Muda
102.Taman Jubli Perak,Sg.Petani
103.Tanjung Dawai,Kuala Muda
104.The Carnival Waterpark,Sg.Petani
105.Tugu Peringatan Tsunami

BALING
106.Air Panas Ulu Lenggong,Baling
107.Air Terjun Lata Celak,Baling
108.Gunung Baling
109.Gunung Bayu
110.Gunung Bokbak
111.Gunung Inas,Baling
112.Gunung Kubang Badak
113.Gunung Tok Bidan
114.Lata Bayu,Baling
115.Lata Bukit Hijau,Baling

KULIM
116.Air Terjun Junjung
117.Gunung Bintang,Kulim
118.Gunung Bungsu,Kulim
119.Hutan Rekreasi Ulu Paip,Kulim
120.Kg.Lindungan Raja, Sedim (Rumah Persembunyian Sultan Abdul Halim)
121.Sg.Sedim,Kulim
122.Taman Kulim Hi-Tech
123.Taman Tasik Kulim
124.Tree Top Walk,Sg.Sedim Kulim

BANDAR BAHARU
125.Air Terjun Batu Hampar,Serdang
126.Taman Seri Tasik
127.Tebing Sg.Kerian

MERENTAS DAERAH
128.Kubu British ketika perang Jepun-ada 26buah di serata Kedah
129.Pulau Payar
130.Terusan Wan Muhammad Saman

*Info akan di upadate dari semasa ke semasa

Insya Allah, aku akan cuba dapatkan info lanjut mengenai setiap tempat yang telah aku paparkan di sini. Kebanyakkan tempat yang aku sebutkan di sini , ada di antaranya langsung tidak dipedulikan samada untuk di baik pulih atau diselenggara dengan baik. Semoga dengan ada entri ini dapat membuka mata pemimpin dan penduduk setempat untuk mengambil inisiatif sendiri bagi memperkenalkan tempat bersejarah dan menarik di kawasan mereka.

Terbukti, Kedah bukan hanya mempunyai Langkawi sebagai tarikan, masih banyak lagi tempat yang boleh dijelajah di sini. Untuk makluman kepada bakal pengunjung, di Kedah masih lagi ada tempat yang menjual makanan dengan harga yang cukup murah dan sedap.

Aku anak Kedah, dan aku bangga menjadi anak Kedah. Sesungguhnya negeri Kedah cukup kaya dengan Sejarah dan alam semulajadi yang sangat bernilai, peradaban melayu dan Islam juga bermula di sini sebelum tertubuhnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Entri ini berhenti di sini dahulu. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan info yang aku kongsikan di sini (lokasi dan nama tempat ) mohon perbetulkan untuk kebaikkan bersama.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - DAERAH KUBANG PASU

$
0
0
Assalamualaikum..

Sebagai sokongan peribadi aku terhadap program Discover Kedah 2016 yang telah dilancarkan pada 2 Januari 2016 yang lalu, dengan inisiatif sendiri maka aku cuba menerbitkan entri mengenai tempat-tempat menarik dan bersejarah yang boleh dikunjungi dan diterokai di Negeri Kedah.

Sebagai Mukadimah , aku mulakan dengan menjelajah Daerah Kubang Pasu.

map credit to : http://kedah2u.com.my/

Terletak di bahagian utara Negeri Kedah bersempadan dengan Negeri Perlis dan Negara Thailand. Berkeluasan 94,596 hektar (945.971 km persegi) dan mempunyai 21 mukim.

Tertubuhnya daerah Kubang Pasu ini adalah kerana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah (1804-1843) telah menghadiahkan daerah ini kepada Tunku Anum sebagai membalas jasanya yang telah mengalahkan dan membebaskan Kedah dari cengkaman pihak Siam dan mengembalikan tahta kepada baginda sultan. Daerah ini yang pada asalnya dijadikan sebuah negeri bernama  Kubang Pasu Darul Qiyyam atau  " Negeri Yang Berdiri Teguh".

Berikut adalah tempat-tempat menarik dan bersejarah yang boleh dilawati di daerah Kubang Pasu

1.Bukit Kayu Hitam
2.Gua Batu Putih,Kodiang
3.Gua Kerbau, Kodiang
4.Istana Tunku Kudin di Bukit Pinang
5.Kota Padang Sejana,Mukim Naga
6.Kota Siputeh,Padang Sera
7.Makam Dato' Maharaja Kadhi Syeikh Abdul Jalil (Mufti Pertama Kedah), Tanjung Pauh
8.Makam Tunku Anom,Tunjang
9.Makam Puteri Lindungan Bulan,Siputeh
10.Rekreasi Bukit Wang
11.Taman Tasik Darulaman


Info berkaitan tempat-tempat ini akan menyusul selepas ini. Sekiranya terdapat kesilapan info dan fakta, mohon maklumkan untuk pembetulan. 


" Kedah Malaysia...
where it all began "





DISCOVER KEDAH 2016 - BUKIT KAYU HITAM

$
0
0
Assalamulaikum.

Topik pertama untuk entri bagi Discover Kedah 2016 ini , kita akan menjelajah ke Bukit Kayu Hitam yang terletak dalam daerah Kubang Pasu dan merupakan bandar sempadan Malaysia - Thailand yang juga merupakan penghujung Lebuhraya Utara Selatan.

Sejarah ringkas mengenai Bukit Kayu Hitam yang bermula dari tahun 1824 ketika mana tentera Siam yang menyerang Kedah berehat di sebuah bukit dan memasak nasi dengan menggunakan sebatang kayu untuk mengacau nasi tersebut . Setelah masak, nasi tersebut bertukar warna hitam. Kayu tersebut diambil dari Pokok Komoi. Maka dari peristiwa itulah wujudnya nama Bukit Kayu Hitam.

Selepas Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan dan menjalankan aktiviti pertanian. Apabila penduduk sudah bertambah maka berlakulah kegiatan perdagangan. Akibat dari kegiatan komunis, pada tahun 1948 telah diisytiharkan Darurat maka semua penduduk, polis dan kastam diarah berpindah ke Changloon sehingga menyebabkan Bukit Kayu Hitam ditutup sepenuhya hingga kembali menjadi hutan dan semak.

Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada tahun 1972 dengan membuka ladang getah. Namun pada 1981, Bukit Kayu Hitam telah dibangunkan dan menjadi pintu masuk yang cukup terkenal antara 2 negara.


pic credit to: www.carlist.my

Jangan rasa takut apabila tiba di Pintu Sempadan anda akan diperiksa UPP. Itu prosedur biasa. Selepas melalui pemeriksaan UPP, barulah sampai ke pintu sempadan yang dari jauh sudah kelihatan.

Apa yang menarik di Bukit Kayu Hitam? Yaa.. ada kompleks membeli-belah bebas cukai di sini dan anda disyorkan ke Kompleks Bebas Cukai The Zon yang dibuka mulai 9 pagi hingga 10 malam. Anda tidak perlu bording pass untuk memasuki kawasan ini, hanya perlu maklumkan pada Imigresen Malaysia yang anda hendak ke kompleks. 

pic credit to: ofadzlan.blogspot.my

Harga barangan tak kurang hebatnya berbanding bazar di pintu sempadan yang lain. Dari minyak wangi berjenama hingga ke coklat, pelbagai pilihan dan tak lengkap rasanya jika datang ke Kedah tapi tidak ke sampai ke Bukit Kayu Hitam.



pic credit to: Ikhwan Nazri

pic credit to: KA Tan


Kompleks ini terbahagi kepada 3 bahagian dengan lebih 5000 meter persegi. Antara kemudahan yang disediakan adalah kaunter penukaran wang, kaunter insurans dan kantin. Di sini juga terdapat gerai jualan yang menjual pelbagai barangan dan buah-buahan dari negara jiran.

Kepada yang nak membeli, mesti pandai tawar menawar. Yang menjadi kebimbangan adalah, peniaga Thai tidak berminat untuk menawrkan harga yang rendah kepada rakyat Malaysia kerana keadaan matawang kita yang sekarang lebih rendah dari Thai Bath. Apapun anda bolehla mencuba.

Aku sendiri beberapa kali masuk ke ke Sadao Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dan pernah juga melaluinya untuk ke Airport Hadyai pada tahun 2013 bagi mengambil pesawat untuk ke Bangkok. 

Itu sahaja mengenai Bukit Kayu Hitam. Silalah datang dan membeli-belah di sini. Kalau pun tidak membeli-belah, sekurang-kurangnya dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana bila berada di atas garis sempadan antara 2 negara.


" Kedah Malaysia...
where it all began "

DISCOVER KEDAH 2016 - GUA BATU PUTIH

$
0
0
Assalamualaikum.

Destinasi ke-2 selepas Bukit Kayu Hitam adalah Gua Batu Putih. Sedikit info mengenai Gua Batu Putih ini..

Mengikut penyelidikan dan dengan beberapa hasil penemuan alat-alat batu zaman neolitik, didapati  Gua Batu Putih ini pernah menjadi kediaman masyarakat purba sekitar 200 hingga 300 juta tahun lalu. Penemuan tembikar berkaki tiga di gua ini dikatakan mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tungku Lembu, Perlis dan di Ban Kao , Thailand.


Bukit Keplu
credit pic to : mybiketoosexy.blogspot.my

Lokasi gua ini adalah di Pekan Kodiang . Gua Batu Putih ini merupakan salah satu gua yang terdapat dalam sebuah bukit batu kapur iaitu Bukit Keplu di Pekan Kodiang. Di dalam gua ini terdapat beberapa lukisan di dinding yang dilukis oleh masyarakat asli yang pernah tinggal di situ.


credit pic to : IG Raiyan Tarmizi

Hasil dari info yang diperolehi, didapati kawasan gua ni masih terpelihara dalam keadaan asal dan alam semulajadinya yang belum tercemar. Gua Batu Putih ini masih kurang popular dikalangan pengunjung, (tidak banyak gambar dan info mengenainya) tetapi mempunyai potensi jika dijadikan kawasan rekreasi. Kepada peminat terutamanya pendaki , bolehlah cuba menerokai Gua Batu Putih ini.


" Kedah Malaysia...
where it all began "

DISCOVER KEDAH 2016 - GUA KERBAU

$
0
0
Assalamualaikum 

Destinasi ke-3 untuk daerah Kubang Pasu. Semalam kita menjelajah ke Gua Batu Putih. Hari ini kita akan ke Gua Kerbau, juga berhampiran dengan Gua Batu Putih.
 Gua Kerbau ini berkongsi bukit yang sama dengan Gua Batu Putih, iaitu Bukit Keplu. Untuk makluman, Gua Kerbau ini lebih popular berbanding Gua Batu Putih. Bukit Keplu yang berkeluasan 5.33 hektar ini sangat berpotensi untuk di majukan sebagai tapak Geowarisan.


pic credit to :zoulhusni.blogspot.my

Jarak antara Gua Kerbau dan Gua Batu Putih lebih kurang 200meter arah barat laut dari Gua Kerbau.

Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Kubang pasu bertanggungjawab membangunkan beberapa kemudahan seperti menyediakan bangku-bangku untuk pengunjung serta memperindahkan kawasan sekitarnya.


jalan menuju ke Gua Kerbau di Bukit Keplu

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Zainol Husin berkata, geologi am di kawasan itu terdiri daripada bukit batu kapur yang membentuk ‘topografi mogot’ di kawasan yang dikelilingi oleh enapan alluvium. 
Pengunjung perlu mendaki beberapa anak tangga dan sebaik sahaja memasuki gua tersebut, suasananya yang gelap dan dingin akan mula dirasai. Keindahan struktur stalagtait dan stalagmait yang ada di dalam gua tersebut pasti membuatkan pengunjung seakan terlupa bau kurang menyenangkan disebabkan tahi kelawar





Batuan di kawasan ini berwarna cerah hingga kelabu dan sebahagian dari bahagian utara kawasan ini mempunyai topografi tebing yang lebih landai. Terdapat juga banyak kikisan lereng, alur pelarutan di bahagian selatan kawasan gua ini dan di sini terdapat banyak struktur stalagtait dan stalagmait yang menarik.



Stalagmit dan stalaktit Gua Kerbau

 Kesan paras takik kuno Gua Kerbau
pic credit to : Jabatan Mineral dan Geosains Kedah

Kepada pengunjung yang sampai ke Pekan Kodiang, dicadangkan agar singgah sebentar ke Gua Kerbau ini dan nikmati keindahan alam sekitar yang boleh diabadikan sebagai kenangan . Gua ini juga merupakan tempat para hulubalang dan panglima dahulu kala berlatih dan mendalami ilmu pertempuran untuk mempertahan Kedah dari serangan tentera Siam. Pelbagai cerita mistik dan mitos mengenai gua ini boleh didengari dari penduduk tempatan. Silalah berkunjung. .  


" Kedah Malaysia...
where it all began "

*info sumber google dan petikan Akhbar Utusan Malaysia




DISCOVER KEDAH 2016 - ISTANA TUNKU KUDIN

$
0
0
Assalamualaikum.

Entri ke destinasi seterusnya. Kali ini aku akan bawakan kisah mengenai Istana Tunku Kudin. Sebelum ini , ada pihak mendakwa Istana ini adalah milik Raja Bersiong , namun dakwaan itu disangkal oleh Persatuan Sejarahm kerana  Raja Bersiong tidak wujud dalam pemerintahan raja Kedah, tetapi hanyalah sebuah episod dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Istana lama berusia lebih 100tahun ini sebenarnya sudah lama terbiar. Dan penduduk tempatan amat berharap agar kerja baik pulih segera dilakukan. Tunku Kudin atau nama sebenarnya Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid merupakan Raja Muda Kedah, ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879.


Keadaan sekitar dan dalam bangunan istana lama ini



pic credit to :artmelayu.blogspot.com

gambar terkini Istana yang sudah dibersihkan

Istana tersebut, dibina Tunku Kudin selepas dia dipecat abangnya kerana campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor dalam Perang Saudara Selangor pada 1867. Istana dua tingkat itu, dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam.

Istana tersebut terletak di jalan utama berdekatan Taman Tabung Haji, Kepala Batas itu kini terbiar dengan semak samun. Sebenarnya istana ini berada tidak jauh dari rumah aku. Kira-kira 2.4km dari Lapangan Terbang Kepala Batas.

Hendaknya, ketika entri ini ditulis, pihak yang berkenaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya kerana ini  adalah warisan sejarah Kedah dan aku amat berharap agar istana tersebut sudah dibaikpulih untuk tatapan para pengunjung.
" Kedah Malaysia...
where it all began "

DISCOVER KEDAH 2016 - KOTA PADANG SEJANA

$
0
0
Assalamualaikum


Destinasi jelajah seterusnya adalah Kota Padang Sejana. Kota ini terletak di Kampung Padang Sejana Mukim Naga , 3km arah barat dari Pekan Kepala Batas. Terdapat beberapa buah rumah, bekas kolam mandi dan makam Panglima Tok Lidah Hitam (seorang yang berpengaruh di zaman itu). Kota ini dibina dengan arahan Sultan Muzaffar Shah II yang telah memerintah Kedah pada tahun 1547 - 1602. Dikatakan di sini terdapat rumah penjawat-penjawat istana.



Keadaan Kota Padang Sejana kini
pic credit to : www.memori-kedah.com

Kota Padang Sejana

Kota ini kini hanya menjadi tinggalan. Hanya orang tempatan sahaja yang tahu nilai sejarah dan peristiwa yang berlaku di sini, namun kepada penggemar sejarah, banyak kisah yang boleh dirungkai di sini.

Kota Padang Sejana ini merupakan kubu pertahanan dari tentera Siam apabila berlaku serangan pada tahun 1820an untuk merampas Kedah. Di sini jugalah adanya pahlawan, huubalang, pembuat keris dan alim ulama yang bersiap sedia mempertahankan Kedah pada ketika itu. Tunku Anom Ibni Tunku Abdul Rahman dikatakan telah melatih 4000 hulubalang dan pendekar di Gua Kerbau bagi persediaan untuk melawan tentera Siam di kota ini.

Antara pahlawan yang terhandal pada ketika itu adalah Tok Chengkoi, Tok Kelewang , Tok Malim, Panglima Tok Lidah Hitam dan Tok Rama. Beberapa makam yang dipercayai milik pahlawan ini masih wujud sehingga kini.



Makam Panglima Lidah Hitam




Makam Tok Rama
all pics credit to : www.jejakwaris.com



Kota Padang Sejana kini hanya dikenali sebagai Kampung Padang Sejana. Namun tinggalan sejarah kesultanan Kedah tetap bersemadi di sini.



" Kedah Malaysia...
where it all began "

AKTIVITI DISCOVER KEDAH 2016 : JOM GAMAT, PANTAI MERDEKA

$
0
0
Assalamualaikum...

Jom sertai aktiviti Discover Kedah 2016. Detail lanjut seperti berikut;


Aktiviti Jom Gamat! di Pantai Merdeka 

Anjuran bersama: Koperasi Sahabat Amanah Kedah Berhad (Koperasi PEMBELA) dan Unit Pelancongan Majlis Perbandaran 
Sungai Petani Kedah (MPSPK)

A. Tarikh: 13hb Januari 2016 (Rabu) 
Masa: 7.30 pagi – 11.30 pagi
Lokasi: Pantai Merdeka, Kedah DA 

B. Tujuan Aktiviti:
1. Memperkenalkan Pantai Merdeka sebagai lokasi mencari gamat.
2. Mendidik orang ramai bagaimana untuk menghasilkan air gamat dengan kaedah yang betul dan seterusnya mengelakkan 
gamat daripada pupus. 

C. Aktiviti Utama:
1. Mencari gamat & siput paha ayam dll

D. Agenda:
7.30 pagi: Berada di pantai & taklimat
8.00 pagi: Mula mencari gamat & siput
9.45 pagi: Demonstrasi membelah air gamat
11.30 pagi: Bersurai

E. Barang keperluan yang PENTING untuk aktiviti Jom Gamat! di Pantai Merdeka:

i. Pakaian:
1. Sarung tangan (kain) & stokin tebal (untuk mengelakkan tangan & kaki terluka akibat kulit siput)
2. Topi (jika perlu)

ii. Peralatan:
1. Pencakar (gardening tool) - untuk mencari siput di pasir. Jikalau tiada pun tidak apa, guna tangan saja
2. Baldi, besen & kotak polystyrene
3. Tali - untuk mengikat baldi / kotak polysteren ke badan semasa mencari siput

iii. Lain-lain:
1. Tikar & Khemah - untuk menukar pakaian 
2. Plastik secukupnya – untuk membawa pulang baju basah, siput dll.
3. Air paip dalam botol secukupnya - untuk membilas badan (kemudahan tandas agak terhad)

Penyertaan DIBUKA kepada semua. Tiada pendaftaran dan semua dijemput hadir beramai-ramai pada hari Rabu ini.

" Kedah Malaysia...
where it all began "

DISCOVER KEDAH 2016 - MAKAM DATO' MAHARAJA KADHI SYEIKH ABDUL JALIL

$
0
0
Assalamualaikum.

Kali ni kita akan menziarah makam yang dikatakan milik Dato' Maharaja Syeikh Abdul Jalil Al-Madani Mufti Pertama Kedah. Beliau merupakan seorang ulama berketurunan Arab dari Kota San'ah, Yaman di selatan tanah Arab.

 Tuanku Muhammad Jiwa  telah menemui Syeikh Abdul Jalill di Palembang Sumatera ketika sedang merantau ke beberapa negara untuk menuntut ilmu agama. Beliau dilantik menjadi mufti pertama Kedah dengan gelaran Dato' Maharaja Kadhi pada tahun 1709M oleh Tuanku Muhammad Jiwa yang ditabalkan menjadi sultan pada ketika itu.

Masjid bersebelahn makam
pic credit to : qulamirulhakim.blogspot.my


pic credit to : qulamirulhakim.blogspot.my

Beliau juga mnejadi penasihat Sultan terutama mengenai undang-undang Islam dan meninggal dunia pada 1782M di Tanjung Pauh, Jitra. Beliau disemadikan di  Tanjung Pauh.

Namun, ada juga dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan makam ini milik seorang pengikut setia Dato' Maharaja Kadhi Syeikh Abdul Jalil Al-Madani, iaitu Syeikh Hafiz Sab yang berasal dari benua kecil India. 

Syeikh Hafiz Sab juga dikatakan bergelar  Dato' Maharaja Kadhi (kemungkinan selepas kematian Syeikh Abdul Jalil Al-Madani) . Beliau jugalah yang bertanggungjawab merekabentuk Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang yang terletak di tebing muara Sungai Kedah. 
pic credit to : zaharibb.com

pic credit to : mykembara.blogspot.my

pic credit to : pondoktauhid.blogspot.my


Walau siapapun mereka yang menghuni makam ini, mereka adalah antara orang yang terdahulu dalam pentadbiran kesultanan Kedah. Jasa mereka terhadap negeri ini tidak terbayar. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh-roh mereka.. Al-Fatihah..


" Kedah Malaysia...
where it all began "


DISCOVER KEDAH 2016 - KOTA SIPUTIH

$
0
0
Assalamualaikum.


Hari ini kita akan ke sebuah lagi kota lama yang terdapat di daerah Kubang Pasu, iaitu Kota Siputih. Sedikit ringkasan sejarah kota ini.

pic credit to : www.memori-kedah.com


Kota Siputih merupakan kota tertua di Negeri Kedah. Dibina pada tahun 1282M oleh Tunku Ahmad Ibni Sultan Muzzil Shah (Raja Muda Kedah). Kota ini merupakan benteng pertahanan bahagian utara Negeri Kedah daripada ancaman Acheh dan Siam. Kota Siputeh dijadikan pusat pemerintahan bermula dari tahun 1323M, semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah diikuti oleh lapan orang sultan Negeri Kedah. Pada tahun 1626M, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (Sultan ke-13) telah memindahkan pusat pemerintahan dari Kota Si Putih ke Kota Naga. Kota ini terletak di Kampung Si Putih, Mukim Pering, Padang Sera.

Menara Tempurung yang menjadi mercu tanda Kg.Pulau Siputeh
credit pic to :www.sinarharian.com.m


Kota ini menjadi Pusat pemerintahan dan sudah wujud selama 300 tahun. Kejatuhannya ialah pada zaman Sultan Sulaiman Shah(1602 - 1626) dimana Kedah telah diserang oleh Acheh yang di ketuai oleh Sultan Iskandar Muda. Ianya dikaitkan dgn persaingan perladangan lada. Baginda Sultan dan permaisurinya telah ditawan dan mangkat di Acheh.




pic credit to : artmelayu.blogspot.my


credit pic to : mohd-firdaus-jaafar.blogspot.my


Apa yang menarik di Kota ini? Di sinilah bersemadinya Puteri Lindungan Bulan. Nama SiPutih ini diambil dari gelaran kepada puteri ini. Entri mengenainya akan menyusul nanti.


" Kedah Malaysia...
where it all began "

DISCOVER KEDAH 2016 - MAKAM TUNKU ANOM

$
0
0
Assalamualaikum.


Jelajah seterusnya di daerah Kubang Pasu, iaitu Tunku Anom yang merupakan Raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam. Jika ada yang mengikuti entri-entri sebelum ini, ada disentuh mengenai sejarah Kubang Pasu yang pernah menjadi negeri namun diserahkan kembali kepada Kedah sebagai daerah .



Tunku Anum Abdul Rahman diputerakan pada 1790M. Beliau ditugaskan sebagai raja penghantar bunga emas dan perak semasa penaklukan Siam di Kedah (1821 - 1841). Tunku Anom juga digelar Paduka Raja Jambangan.

Tunku Anum berjaya memujuk raja Siam untuk mengembalikan takhta kerajaan raja Negeri Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Kerana jasa baktinya Sultan telah mengurniakan kawasan Kubang Pasu bersama 24 mukim pada Tunku Anum. Semenjak dari tahun 1841, Tunku Anum menjadi raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam yang berpusat di bandar Pulau Pisang sehinggalah beliau mangkat pada hari Selasa 22 Syaaban 1269 bersamaan 31 Mei 1853 dan dimakamkan di Langgar, Pulau Pisang.

Tunku Anum telah memerintah Kubang Pasu selama 17 tahun dan mangkat pada tahun 1853 dan dimakamkan disana. Dikatakan, antara punca kemangkatan beliau adalah kerana terlalu sedih diatas kematian puteranya yg juga bakal pengganti beliau. 

Diatas kemangkatan beliau, cucundanya iaitu Tunku Ishak telah dijadikan sebagai pemerintah baru Kubang Pasu. Malangnya, Tunku Ishak seorang yang tidak bertimbang rasa dan enggan mendengar kata-kata para penasihatnya. Sebagai bantahan rakyat yang memuncak, Tunku Ishak akhirnya dipaksa memulangkan seluruh wilayah Kubang Pasu kepada Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III, Sultan Kedah ke 23.

pic credit to : saifudin-mtb.blogspot.my

http://www.memori-kedah.com/

Makam Tunku Anom terletak di kampung Pulau Pisang, Tunjang. Jaraknya  dari Pekan Jitra sejauh 7 km dan d28 km dari bandar raya Alor Setar. 


" Kedah Malaysia...
where it all began "

DISCOVER KEDAH 2016 - MAKAM PUTERI LINDUNGAN BULAN

$
0
0
Assalamualaikum.

Mungkin ada diantara kita yang tahu tentang kisah puteri ini.. Seorang puteri bernama Puteri Zaleha yang berdarah putih . Kisah dikaitkan dengan serangan Aceh ke atas Kedah kerana kemarahan Raja Acheh yang gagal memiliki puteri Raja Kedah itu. Tindakan Raja Kedah yang enggan menyerahkan puterinya yang berdarah putih sebaliknya menyerahkan puterinya yang berdarah merah, Puteri Mariam telah menyebabkan Acheh bertindak menyerang Kedah setelah rahsia itu terbongkar.

Walaupun Kedah telah tewas, tetapi Acheh gagal mencapai hasratnya kerana puteri tersebut telah disembunyikan di dalam sebuah lubang yang terletak agak terpencil sehingga cahaya bulan pun tidak dapat sampai. Lantaran itu, puteri tersebut digelar "Puteri Lindungan Bulan".





ww.bharian.com.my / AMRAN HAMID




Makam ini terletak di Kota Siputih,Padang Sera. Dikatakan pada ketika itu Sultan Sulaiman Syah telah  memerintah Kedah iaitu pada kurun ke-16, dan pusat pemerintahan baginda berpusat di Kota Siputih. 

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, sultan dari Acheh terlalu taksub untuk memiliki Puteri Berdarah Putih,seperti yang diramalkan nujum baginda yang mengatakan puteri tersebut adalah salah seirang puteru Sultan Sulaiman. Sebuah rombongan peminangan besar-besar dihantar ke Kedah. Sultan Sulaiman khuatir akan keselamatan Puteri Zaleha, tambahan pula baginda tahu akan perihal kelakuan sultan Acheh yang selalu bertukar isteri. 

Didorong atas rasa tersebut, baginda menukarkan Puteri Zaleha dengan Puteri Mariam, tanpa diketahui oleh rombongan peminangan tersebut. Setelah istiadat perkahwinan berlangsung, Puteri Mariam dibawa pulang ke Acheh. Berlaku satu kejadian, dimana dikatakan Puteri Mariam terluka akibat kacip pinang, dan mengeluarkan darah merah, mengakibatkan rahsia yang selama ini disimpan terbongkar. Menyedari baginda tertipu, Sultan Iskandar Muda memerintahkan negeri Kedah diserang.


pic credit to :Amran Hamid


Kedah tidak mampu menentang bala tentera Acheh yang gagah. Lalu Sultan Sulaiman memerintahkan sebuah lubang kubu dibina dibawah istana, tempat baginda menyembunyikan Puteri Zaleha. Kedah ternyata kalah dan Sultan Sulaiman serta para pembesar ditawan dan dibawa ke Acheh. 

Sewaktu tentera Acheh membinasakan istana dan kota untuk mencari puteri tersebut, walaupun bulan mengambang terang, tetapi pintu masuk kubu tersebut telah menjadi gelap menyebabkan tentera Acheh gagal mendapatkan Puteri Zaleha. Setelah begitu lama dalam tawanan, Sultan Sulaiman dan permaisuri mangkat dalam tawanan.
Dalam tempoh itu juga Puteri Zaleha yang begitu lama ditinggalkan di dalam lubang  kubu, juga mangkat. Jenazah baginda dimakamkan di puncak bukit Kota Siputih yang hingga kini dapat dilihat dan kejadian lindungan bulan di atas makam Puteri Zaleha masih terjadi hingga ke hari ini.



" Kedah Malaysia...
where it all began "

DISCOVER KEDAH 2016 - REKREASI BUKIT WANG

$
0
0
Assalamualaikum..

Penat menjelajah ke tempat bersejarah , hari ini kita ke tempat untuk berehat dan berkelah. Rekreasi Bukit Wang.

pic credit to : malaysiamytrip.blogspot.co




Terletak di kompartmen 24 (2,140 ekar) Hutan Simpan Bukit Perangin dan mempunyai keluasan 9.09 hektar. Terletak 12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar dan boleh dihubungi dengan jalan raya.






Terdapat beberapa ciri keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit wang iaitu Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak janing, batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok “Permatang Seraya” yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi.


Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanak-kanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk ‘jungle tracking’, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.

Tempat yang sesuai untuk berkelah dan mandi-manda. Jika ada kelapangan waktu, datanglah ke sini, berehat sambil menikmati keindahan alam.




*info dan gambar dari mdkp.gov.my

DISCOVER KEDAH 2016 - TAMAN TASIK DARULAMAN

$
0
0
Assalamualaikum..


Hari ini kita akan menjelajah 1 lagi taman rekreasi yang cukup terkenal di Kedah umumnya. Taman Tasik Darulaman terletak di kawasan yang cukup strategik. Berhampiran Lebuhraya Utara Selatan dan dikelilingi taman perumahan , kelab golf dan kuda.



pic credit to : mdkp.goy.my


Taman rekreasi ini mula dibuka pada Julai 2002 dengan keluasan 76 ekar. Mempunyai tasik seluas 36 ekar , taman ini juga turut mempunyai trek pejalan kaki sepanjang 2.4km.

Pelbagai aktiviti riadah tersedia di sini seperti kayak, Padle Boat, Buggy Ride, Pony Ride serta pentas terbuka dan berbumbung. Kadar sewa yang berpatutan turut dikenakan. Taman tasik ini turut menjadi lokasi pertandingan memancing.



pic credit to : alharis.blogspot.com

Taman ini telah mendapat pengiktirafan kerana mempunyai Air Pancutan yang tertinggi di Asia iaitu setinggi 85meter.



pic credit to : khairulhazman77.blogspot.my


Ditaman ini jugalah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pelakon Farid Kamil bersama pasangannya Diana Danielle.

Taman ini juga sangat sesuai untuk membawa anak-anak bermain layang-layang dan sebagainya sambil menikmat laksa dan ABC ditepi tasik..bawalah keluarga kesini.. 




" Kedah Malaysia...
where it all began "
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live