Quantcast
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

KUETEOW KUNGFU PANDA!

Assalamualaikum..

Bila kesibukan menjelma, maka bersawang baliklah laman sesawang aku ni. Al-kisahnya, semalam Mylaling aku demam. Harini pun demam lagi, maklumlah jerebu punya pasal.

Tetiba dia kata nak makan Kuewteow Kungfu..adui.. kenalah jugak buat..sayang punya pasal..jenuh berkungfu jugaklah aku malamni..

Ini resepi aku..

Bahan-bahan;
1bungkus kueteow (boleh makan 4orang)
3biji telur
Lada sulah

Untuk kuah;
Bawang putih(diketuk)
Isi ayam
Sos tiram
Stok/air rebusan daging(kalau tak ada,gantikan air biasa je)
Udang (ada sotong lagi sedap)
Fish cake 
Kobis bulat, karrot, bunga kubis, anak jagung, batang Sawi
Sawi(daun),tomato,
Bawang besar
Daun saderi/sup
Tepung jagung


Cara-caranya;
1. Pukul telur dengan sedikit lada sulah,gaulkan dengan kueteow, bahagikan 3@4bahagian dan gorengkan dengan sedikit minyak yang panas(seperti di gambar-lepas goreng terus letak dalam pinggan ikut berapa bahagian yang korang buat).

2.Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan ayam dan sedikit lada sulah dan sos tiram
3.Masukkan air (air rebusan/stok atau air kosong) biarkan didih.
4.Masukkan sayur kobis, karrot, bunga kubis, anak jagung dan batang sawi..biarkan kuah menggelegak
5.Masukkan fish cake, udang dan cili padi, sayur sawi(daun), tomato dan bawang besar..
6.Bancuhkan 3-4 sudu makan tepung jagung dengan sedikit air dan tuang kedalam kuah tadi, kacau, perasakan kuah sesedap rasa dan matikan api.
8.Tuang kuah diatas kueteow tadi dan tabur daun saderi yang diracik..tadaa!!!!!

dah siap!!!.. meriahnya dengan sayur..kueteow pun tenggelam!

Inilah dia kueteow kungfu cara aku..dan kenapa aku letak nama Kuewteow Kungfu Panda?? sebab orang yang masak tu (aku le tu) bersaiz panda..hihihi.. selamat berkungfu!

Adeuss!!!


AUTUMN DI KOREA - PART 1



Assalamualaikum...

Blog yang kembali bersawang nampaknya. Sekarang dah masuk November dan aku ada sesuatu nak dikongsikan dengan korang. Tahun lepas aku ada ke Bangkok. Tapi disebabkan penyakit mim alif lam sin hinggap..maka kisah pengembaraan di kota Bangkok itu terus padam..seperti padamnya gambar-gambar yang aku tangkap guna Note 1 yang tetiba rosak RAM!

Sebenarnya aku baru balik dari Korea, bercuti bersama Mylaling En.Suami dan BFF aku. Disebabkan aku tak nak terlupa lagi, maka cepat-cepat aku menulis di blog. Sementara mood masih ada.

Persediaan awal aku dah buat dengan BFF aku si Iera. Mylaling aku memang tak tahu langsung yang kali ni aku nak dia ikut aku. Last minit baru aku cakap, itupun sebab nak suruh buat passpot. Puas memujuk..akhirnya dia setuju untuk ikut.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
pasport Mylaling

Siap tiket dibooking 7bulan lalu..harga oklah. Murah sangat pun tak.. Google sedikit sebanyak apa yang patut. Untuk hotel atau hostel, boleh cari di Agoda. Harga ikut bajet masing-masing.

Cabaran sebelum pergi bermula sebulan awal dari tarikh penerbangan.. semua ni berpunca dari Indon lah..jerebu punya pasal. Hasilnya, 2 hari sebelum berlepas, penerbangan dari Alor Setar ke KLIA dah dibatalkan sebab pada waktu itu jerebu di utara adalah yang tertinggi, melebihi aras bahaya (IPU 268 tak salah aku). Dan aku diserang deman teruk berserta pakej selsema batuk berhingus. Aku dan Iera akhirnya ambil keputusan untuk naik bas sebab status penerbangan malam 22.10.2015 tidak diketahui. 

Sakitnya hati dengan AirAsia sebab penerbangan lain , Malindo, Mas dan FireFly awal-awal lagi dah umum dibatalkan. Dan aku bengang kenapa AirAsia tak boleh buat keputusan awal. Sedangkan pada masa itu IPU semakin naik. Ada ke patut sijaga kaunter AirAsia boleh cakap, kena datang airport dulu. Kalau flight cancel, malam nanti diorang akan bagitau. Apa gila punya AirAsia ni. Kena nak dijadikan cerita, flight cancel malam tu..mana aku nak cari bas untuk ke KL sedangkan flight ke Incheon Korea pukul 8 pagi esok. Mujurlah aku dapat tiket murah, RM36 aje. So tak lah ralat sangat, tapi Indonesial nilah punya pasal. Rosak program!

Aku dan Iera ambil tiket bas pukul 5.30 petang. Mula-mula nak naik ETS. Nak dijadikan nasib, Iera hampir bergaduh dengan budak yang jual tiket ETS di stesen KTMB Alor Setar. Biadap 1 hal. Iera nak beli tiket, dia boleh cakap dia nak pergi rehat dulu( time tu dah pukul 11.30) budak sengal tu cakap tak apa. Tiket ada 100 lagi untuk pukul 4.30petang. So, dia tak layan Iera. Terpaksa Iera tunggu sampai budak bangang tu habis rehat dalam pukul 12.30. Beratur punya beratur, sampai turn Iera, boleh dia cakap tiket 4.30 petang dah habis, yang tinggal tiket train tambahan pukul 8.30malam. Iera benganglah! Yang tadi orang nak beli, dia sibuk nak makan. Alasan tiket habis sebab 100seat tu untuk semua stesen. Iera lupa nak tengok nama budak kaunter tu. Kalau dia tau nama, memang aku nak tulis besar-besar kat sini. Dah la biadap, tak tau layan customer 1 hal, berlagak pulak tu. Sapelah yang bongok sangat ambik orang macam ni kerja.Sampah masyarakat betul! 

Untuk persediaan nak "on air" 6jam 20minit nanti...aku belikan ini..
Beli kat lazada..RM12.90 aje


Duit yang aku bawak. aku tukar RM1200 bersamaan 280,000.00Won.

untuk plug, kena bawak yang 2pin macamni . 


Aku sedikan converter card macamni..mudah nak refer masa nak shopping. Kerana kehebatan menteri kewangan Malaysia..maka 1000won bersamaan RM3.87.. makan tengahari paling murah 10,000won okay!!


Ini je beg aku dan Mylaling. Juga aku bawa bekal ketupat nasi dan serunding bilis, megi dan tuna spread

Naik bas dari Shahab Perdana jam 5.30 petang , sampai di Pudu hampir 11.30 malam. Dari Pudu ,kami dijemput oleh kawan Mylaling lalu dibawa ke KLIA2.. sampai disana hampir pukul 1pagi..

Malam tu kami tidur2 ayam je di dalam kawasan Gate P&Q.. lebih selesa tidur didalam..tak bising..surau dan tandas pun tak sesak.. Mylaling best je tidur sampai berdengkur-dengkur.. aku ni berkokok-kokok punya batuk. Habis Strepsil sebungkus..




pesawat ini yang membawa kami ke Korea



Masih berjerebu

Hah.lepas geram aku di entri pertama harini. Cukuplah untuk kali ini. Kisah seterusnya aku akan sambung nanti.Adeus!!

AUTUMN DI KOREA - PART 2

Assalamualaikum..

Entri bersambung..

Day 1..

Kami menaiki penerbangan ke Incheon (sebutan In-Chon) pada jam 8.30pagi. Penerbangan mengambil masa 6jam 10 minit katanya.. tapi yang sebenarnya 6jam 20minit baru landing..


Beberapa jam sebelum sampai, seperti biasalah, bila masuk negara orang, macam-macam borang dan kad yang kena isi.. tapi yang aku heran , kenapa masa nak masuk Malaysia, jangan katakan borang, sekeping kad pun tak ada yang kena isi untuk declare itu dan ini..baik sangat Malaysia ni.

Inilah kad tu..
kad yang kecik tu kena isi setiap orang, 
Kad yang panjang "TRAVELER DECLARATION FORM" tu, isi seorang sahaja kalau datang 1 keluarga..Semua kad ini diorang kutip masa kita nak lalu kastam dia. Jangan risau kalau salah isi, panggil je cabin crew, mintak borang baru

Dalam setengah jam sebelum touch down, dah siap pengumuman yang pihak berkuasa Korea sangat menjaga kesihatan rakyat dia..sesiapa yang demam akan di tahan kuarantin dan dihantarkan ke hospital.. Ayoo!! aku dah panik. Sebab demam aku memang tak dapat disembunyikan. Maka mulut aku tak kering dari gula-gula ..habis Strepsil..Hacks pulak..habis Hacks, aku kemam pulak Clorets.



Selamat mendarat di Incheon, Korea..




Lebih kurang macam KLIA1 juga airport ni sebab kena naik train ke arrival hall. Walaupun Korea dimomokkan dengan kehidupan serba canggih, benda pertama yang aku nampak dan perlu harungi adalah pemeriksaan Imigresen yang sangat tidak efisyen.. beratur panjang hampir sejam. Koman!

Masa ni, selitkan kad pendek dalam pasport.. selesai dia serah je paspot kat kita..jangan lupa cakap  " Kamsa Hamida".. maksudnya terima kasih. Maka si imigresen tu akan tersenyum seronok. (ikut nasib koranglah kalau dapat yang tau adab..untuk pengetahuan korang , orang korea ni muka je nampak lembut, tapi tak ada budi bahasa..kalau ada pun..tengok orang juga).. di saat ni aku punyalah menahan gatal tekak..jangan terbersin dan terbatuk sudahla..naya aku..mujurla semua nya ok.


Sampai di Arrival Hall..cari kaunter yang jual T-Money ..kad ni macam Touch N Go, tapi kegunaan macam-macam. Nak shopping pun boleh. Topup nilai banyak pun tak apa. Tak habis guna nanti boleh refund balik. Yang aku nampak di sana hampir 100% penduduk guna T-Money untuk naik public transpot.


Ini T-Money aku..macam-macam kaler kad ni, Jangan risau kalau dapat kad yang corak lain.

Di airport ni tak ada surau ok. So, turunlah ketingkat bawah, kat situ kawasan lapang dan dekat dengan tandas. Bolehla sembahyang kat situ. Carilah sudut-sudut mana yang tak ada orang lalu. Ramai orang yang sembahyang, tempat memangla open lalulalang..tapi tak apa. Kalau nak difikirkan , di Mekah dan Madinah dulu pun sembahyang ikut mana srmpatnya hatta tempat aku pihak sana-sini. Sebagai persediaan, bawalah sejadah kecil untuk bersujud. Macam aku haritu, aku gunakan tuala muka yang bersih sebagai ganti sejadah..yang lainnya serah saja dan tawakal kepada Allah..

Seperti biasa, tandas tak ada paip. Aku dah ready kan botol mineral kosong. So sebelum masuk tandas, isilah air dalam botol tu.Ok. Kalau bawak wet tissue pun ok.

Ini tempat tunggu bas dan teksi. Kebanyakkan pekerja disini boleh cakap BI, so jangan gelabah. 

Aku akan menginap di Shin Chon Hostel yang berada di bandar Seoul, hampir 1 jam dari Incheon. Untuk kesana, kena ambil bas ke Ewha Women University sebab hostel tu ada di kawasan Uni tu.. So korang yang pergi sendiri kena tanya orang disitu, jangan malu. Sebelum pergi, sila tengok map dan location hotel/hostel mana korang booking. 

Haaa..ni aku nak cerita..benda baru bagi aku yang mati hidup balik pun takkan jumpa dan ada di Malaysia..huh!


Ini driver Limobas yang aku naik..hensem gile kot..macam muka Ultraman Taro pun ada..

Perkara pertama yang mengejutkan aku, si driverlah yang akan menyusun dan masukkan beg kedalam perut bas. Setiap beg di tagging dan tagging akan diberi kepada penumpang.. Bagus betul macam ni, sebab kebarangkalian beg terrrrrambik oleh orang lain takkan berlaku . Sebab?.. dah turun bas nanti, walaupun seorang si driver ni akan ikut ke luar bas, untuk buka tempat simpan beg, ambik dan serahkan kepada penumpang ikut tagging yang di pegang penumpang. (kalau kat Malaysia ni, sorry nan hado lah kau..dia tolong buka je tempat tu..pastu pandai-pandaila nak ambik sendiri..kot nasib baik ada co-driver tolong ambik)

Perkara ke-2.. tiba-tiba si Ultraman Taro ni  berdiri di depan bas.. pastu entah apa dia cakap..tup-tup dia tunduk hormat (macam jepun tu) ..pastu dia terus duduk dan drive..eh2..wah..rupanya mungkin dia cakap dah nak start jalan kot.. yang ni memang bagusla!


Kerlas betul driver bas diorang.. siap pakai glove bagai.. dan aku terfikir..kenapa perkara macam ni tak di amalkan di Malaysia..disebabkan keselekehan driver bas kitalah, sesetengah orang mengganggap kerja driver ni adalah kerja yang sangat lekeh..lekeh sebab telah  dilekehkan oleh driver tu sendiri!



Semua penumpang disuruh pakai seat belt okay..WAJIB.. dan yang aku perhatikan, warga Korea akan pakai sendiri tanpa disuruh..Dan si Driver disini faham orang luar tak wajib pakai seat belt bas..maka dia akan mengingatkan semua orang untuk pakai..


Jam ketika ini sudah hampir pukul 4.30 (waktu Korea sejam awal dari Malaysia)

Ketika aku sampai di Korea, telah masuk musim luruh..atau Autumn.. malam lebih panjang dari siang, maghrib masuk pukul 5.45petang waktu Korea..subuh 5.50pagi(sama macam kita)..Isyak? pukul 6.30 dah masuk ..gelap sudah!


SEOUL WELCOMES ME!

Syukur aku dilahirkan sebagai seorang yang kuat memandang dan membelek.. nak..aku ternampak benda alah ni.. apa ni???


Oh..rupanya ini tukul besi..untuk keselamatan..manalah tau kot2 apa berlaku..fungsinya untuk pecahkan cermin bas kalau ada emergency


Ini tukul yang disebelah kiri aku..

Perjalanan masih jauh.. entri aku berhenti di sini. Insya Allah sambungannya ada..Adeuss!!!

AUTUMN DI KOREA - PART 3


Assalamualaikum..

Sambungan..
Perjalanan lebih sejam..akhirnya tiba di Hentian Bas Ewha Women University.. Hostel yang kami bakal berkampung selama 5 hari nanti adalah Shin Chon Hostel. Harga mampu bayar. Boleh booking melalui Agoda.

Sesuatu yang menarik perhatian aku..
Setiap gerai tepi jalan, semuanya bertutup macam gambar ni..tak kira jual apa pun. Mungkin ini syarat untuk menjaja agaknya..bagus juga. Barang jualan tak kena habuk jalan!

Dari hentian bas, kami berjalan kaki lebih kurang 5 minit untuk ke hostel. Sayangnya aku lupa nak snap gambar signboard hostel tu..




Keadaan dalam bilik. Cukup sejuk. Ketika aku sampai, suhu pada malam tu lebih kurang 12°c

Usai mandi dan solat, kami keluar cari makan. Tips nak cari restoran kat sini..jangan dicari yang ada logo halal JAKIM je..mati kebuluran la kalau macam tu. Masuk sajalah mana-mana restoran asalkan tak ada gambar sileher pendek di pintu masuk.

Carilah restoran seafood.. tawakal dan makan. Rupanya kawasan sini tak ada restoran berlogo Halal..



Kami singgah makan disini

Aku tak tahu apa nama restoren ni. Nak baca tulisan dia tu aku belum belajar..huhu Masuk dan makan juga sebab nampak ramai orang Melayu Malaysia yang tengah makan..


Ini sajian pertama yang aku bedal sampai kenyang. Yang ni free aje.Boleh tambah sesuka hati. Yang atas sekali tu Kimchi..yang ni aku tak lepas nak telan..
Yang kiri paling sedap. Kobis parut makan dengan sos epal..sedapnya mak datuk..
Yang kanan tu coleslow..biasalah..


Ini.menu malam pertama di Korea. Nasi goreng seafood. Digorengnya depan muka pelanggan..
Rasa?.. aku makan sepiring kecik je.. walaupun sotongnya fresh gile.. tapi rasa kimchi buat aku putus selera! Disini minuman percuma..air kosong!
Harga untuk hidangan ni, lebih kurang 12000Won untuk seorang.. 


didepan restoran yang kami makan.

Selesai makan..kami balik ke hostel. Ramai juga pelancong Malaysia di hostel ni. Cuma aku nak cadangkan, kalau korang berhajat datang sendiri ke Korea ni, tak payahla booking hostel ni. Nak makan payah..jalan turun naik bukit macam nak tercabut lutut..Entri akan datang aku akan tunjukkan kat korang, kawasan mana yang sesuai untuk menginap.

Balik ke bilik..perut lapar kembali..mujurla aku ada bawak bekal nasi himpit dan serunding.. Dan esok paginya..aku tak turun sarapan di kitchen sebab menunya dan perkakas dapurnya aku memang tak lepas nak telan. Untuk sarapan pihak hostel sediakan roti, jem, telur dan mee segera berbabi..aduh..lemah semangat aku nak makan sebabnya pinggan mangkuk dikongsi ( konsep hostel ni adalah kitchen dikongsi).. makanya..untuk sarapan.. aku bersantap dengan... MAGGI!


rendam dalam mug je ..aku tak beli megi cup sebab dari detail booking hostel katanya ada dapur..tapi tak sangka berkongsi cam apa ntah.. koman betul!

Oklah..entri bersambung lagi nanti.. Adeus!!

AUTUMN DI KOREA - PART 4

Assalamualaikum..

Day 2..

Memulakan pagi seawal 5.45 pagi. Waktu Subuh di sini sama macam Malaysia je. So tak terasa sangat bangun tu. Cuma sejuk ya amat. Water heater pulak kejab sejuk..kejab panas overdose..Aku yang kebetulan masih lagi demam dan batuk-batuk, mula jadi semakin teruk. Udara sejuk buat tekak makin kering dan perit. Nak minum banyak akir, terfikir pulak..kang kalau nak terkencing..naya juga dengan toilet yang tak berair ni..
jangan masuk restoran ni..huhuhu

Lepas sarapan kami memulakan kembara . Kami ke Namsagol Hanok Village . Kami menggunakan perjalanan dengan berjalan kaki ke subway untuk menaiki train. Jangan risau, korang boleh download Apps di Play Store , cari je Subway Korea. Apps ni boleh digunakan tanpa internet. 
Download yang ni..pilihlah mana2 pun ok


print Screen dari Apps tu..


Pasal internet juga, jangan risau ye, disini bersepah-sepah wifi free. Guna aje. Line pun cantik, bukan macam di negara kita ni. Yang berbayar pun line tahap cipan tak kira Maxis ke Celcom ke, sama je tahap kecipanan tuh!

Ok berbalik kepada Apps Subway Korea tu.. di Apps tu korang boleh tengok laluan apa yang korang nak ambik siap dengan harga sekali. So kalau T-Money tak berapa nak cukup, boleh je topup di semua kiosk yang ada dalam subway tu.

Berbalik kepada cerita di subway, di Korea ni subway ada 3 lapis dibawah perut bumi. Cukup efisien dan punctual. Sebelum train sampai, muzik pemberitahu akan berbunyi (macam bunyi nak pi perang pun ada) Kepada yang biasa naik LRT, konsep yang lebih kurang sama. Cuma kena pandai tengok lokasi mana korang nak pergi dan hentian mana yang terdekat nak turun dan juga hentian mana nak kena tukar train. Ada beberapa  warna mewakili line hala train mana nak guna seperti Oren, Hijau, Biru, Ungu dan Kuning . Setiap warna train berada di tingkat subway yang berbeza.




Jalan subway untuk ke train..menjunam turun ke bawah. Eskelator condong 45darjah kot..Bagusnya orang Korea ni, di tangga eskelator tu ada garis kuning pembahagi kiri dan kanan. So korang berdirilah di belah kanan sebab yang belah kiri tu khas untuk orang yang nak cepat. Diorang jalan bukan lenggang mak limah macam kita ya! semuanya mengejar nak cepat. 

Ok..kembali ke perjalanan kami nak ke Namsagol Hanok Village. Dari subway stesen Ewha Women University, kami ambil train line hijau turun di Eljiro 3 (sam)-ga dan tukar train di line Oren ke stesen Chungmuro. Keluar aje dari Chungmuro dan jalan kaki..sampai ke Namsangol Hanok Village.


Lepak kejab kat sini..kemudian kami terukan perjalanan ke Seoul Tower. Dalam village ni cuma ada binaan rumah tradisi dan kalau sesiapa nak bergambar dengan memakai baju tradisi Korea, bolehla tapi dengan ada bayaran. Kat sini ramai betul pelancong Malaysia. So tak terasa sangat..tapi dalam banyak-banyak tu aku paling menyampah tengok geng dari JPA.. memanglah peramah, bila kita tanya dari mana, dia mention dari JPA. Tak boleh ke cakap dari negeri mana..susah ke?  ke saja nak cakap diorang datang ditaja atas nama kursus!.eleh..kalau takat datang sini kursus guna duit gomen..pastu dalam schedule ada part lawatan, sikit pun aku tak heran. Aku datang sendiri..duit poket sendiri kot. Apa barang datang bertaja..koman betul! So lain kali, kalau korang ke sesapa dapat bercuti atas nama tajaan gomen ke company, tak yah la riak takbur sangat.. bawak2la merendah diri sikit. Tak rugi pun.

Sterusnya.. Sambung nanti lah ye..dah panjang membebel nih. Adeuss!!

AUTUMN DI KOREA - PART 5

Assalamualaikum..


Nampaknya entri pasal Korea ni akan jadi ber part2 lah..tulis sikit2 ikut mood.

Ok sambung kisah yang lepas. Lepas lepak di Namsangol Hanok Village, kami teruskan ke destinasi wajib kepada semua pelancong yang datang ke Korea, Seoul Tower.
Terjumpa nyonya ni (eh..nyonya ke kalau untuk orang Korea? hahah..hentam sajalah) Ramai betul orang membeli dengan dia. Aku pun nak cuba lagi..Tawakaltu'alallah sebab ramai orang Malaysia membeli dengan dia

Kuih ni macam baulu Ikan yang ada inti kacang merah. Harga 2biji 1000Won . Yang panjang cucuk lidi tu isi ikan, macam fishcake je rasanya. Harga secucuk 1000Won jugak. Jagung tu tak beli sebab kawan aku cakap tawar ..tak sedap..huhu

Tunggu bas didepan Popeyes 

Seberang jalan tempat menunggu bas

Kami berjalan beberapa meter, dan tunggu bas untuk ke Seoul Tower. Bas ni kami berdiri je. Tambang 1100Won . Bas ni memang last stop di puncak bukit yang ada menara tu. Bas berhenti dan semua orang turun. Mak aih..untuk ke menara tu kena panjat bukit.. semput aku. 2 kali berhenti kot baru sampai. Pancit !! Tinggi jugak nak memanjat..tapi bila dah sampai, hasilnya amat berbaloi.
Kali pertama kejakunan tengok berdaun warna kuning dan merah..ciwi kejab ye..

Untuk naik ke atas menara ni dikenakan bayaran kira2 8000Won tak salah aku..aduh! tak apelah..kami lepak kat luar je.  Semua tempat dibawah ni kami pusing dan bergambar. Kat sini juga ada love padlock bridge macam di Great Wall China yang aku pergi dulu. Punyalah ramai yang kuncikan mangga @ padlock disini. 



Yang macam pokok krismas kat belakang tu, semuanya padlock tau.




Kat tepi tower ni ada 1 kerusi senget. Puas pulak aku cari mana gambarnya..tak jumpa..yang jumpa hanyalah info board ni je..huhu


Penat berpossing di sini, kami turun ke bawah tempat bas berhenti tadi dan meneruskan perjalanan ke Itaewon. Disana khabarnya ada masjid.  Bas bergerak pukul 1.30petang..

Nantikan sambungan telenobelog aku ni ye..malas dah nak cerita untuk hari ni.. Adeus!!!



AUTUMN DI KOREA - PART 6

Assalamualaikum..

Kita sambung cerita ye.

Kami meneruskan perjalanan ke Itaewon. Mengambil masa lebih kurang 1jam lebih jugakla. Turun dari Seoul Tower dengan bas, dan turun di subway dan ambik train ke stesen Itaewon.

Nampak je si Kebab ni, aku rasa lega..Alhamdulillah..ada juga makanan halal.

Sampai di Itaewon, kiri dan kanan jalan untuk ke masjid , berderet-deret restoran halal dan Halal Mart. So kepada korang yang nak berkelana di Korea ni, inilah tempat yang paling sesuai untuk korang menginap. Google dan carilah guest house atau hostel di kawasan Itaewon ni..


Penat menapak naik jalan berbukit..Alhamdulillah..nampak pintu masuk ke Masjid

Masya Allah..sudahlah masjidnya tersergam di atas bukit..aku separuh hilang nyawa nak kena mendaki lagi, Punyalah tinggi nak sampai ke masjid ni..Allah..banyak pahala aku petang tu..huhuhu

Ada sekolah agama di sini, di perkarangan masjid



Pintu masuk utama ke dalam Masjid

Ok di sini aku nak bagi panduan kepada muslimah lah ye.. Aku pun terkial-kial juga nak cari tandas dan bilik air untuk berwuduk. Berpusing-pusing mencari. Korang nampak Masjid tu kan..bilik air wanita ada di belakang masjid ni. Kena pusing ikut arah kiri gambar ni, nampak dapur masjid..jalan lagi sampai jumpa tandas dihujung sekali. Aduh!.. 

Selesai berwuduk, 1 lagi masalah nak cari tempat solat untuk wanita.. ingatkan naik di tangga depan..rupanya kena masuk bawah tangga utama tu, ada pintu masuk..

Korang nampak makcik tu..sebelah kiri tu laluan masuk untuk ke tempat solat wanita..

Melalui laluan tu ..akan nampak 1 pejabat (pejabat agama)..tengok sebelah kiri, akan nampak pintu macam dalam gambar ni..ok..masuk ikut pintu tu.

Aku sangkakan ujian habis takat tu..rupanya masuk kepintu tu, kena naik tangga 4 kali pusing bersamaan macam naik 4 tingkat..putus nyawa aku. Peristiwa ni buat aku dengan Iera tergelak dalam train sebab teringat bertapa siksanya nak sembahyang. Nak merungut pun ..ialah..rumah Allah kan..ber huhu sajalah kami..Aku nyaris2 nak sembahyang atas tangga je sebab serius dah tak larat nak panjat tangga yang tinggi tuh.


Dah sampai tempat solat..macam nak pitam rasanya..yelah..dengan tak makan lagi..ruang solat 3 saf sahaja..seperti di gambar..berhuhu lagilah aku..

Jangan risau, telekung ada disediakan. Usai solat kami pun turun dari Masjid dan mencari tempat untuk bersantap. Tekak aku dah tak boleh terima makanan Korea. Kami ambik keputusan untuk makan di Restoran Bombay Grill ni.. Halal Insya Allah..



Kami oder Nasi Beriyani Ayam (harga 10,000Won), Masala Kambing (17,000Won) dan Chicken Grill (23,000Won). 

Salad diberi percuma


Nasi beriyani sepinggan boleh syer 2 orang sebab portionnya banyak. Akibat kelaparan, tak sempat pulak nak ambik gambar. Yang atas ni Chicken Grill. Sedap dowhh

Selesai makan, kami pun berjalan2 kejab dan pukul 4.30petang bergerak balik juga menggunakan train subway. Sebelum balik, aku beli roti..harga? 6000Won..huh..so kepada korang yang nak beli makanan instant yang halal, beli la kat sini. Harga memang bapak mahal..Sabor jelah.

Akibat demam dan batuk, aku kurang minum air selama di sana. Aku beli air mineral 1liter dengan harga 2000Won.  Ingat nak makan buah untuk lawaskan apa yang patut..korang tengok harga buah dibawah ni..

Sila darab dengan RM3.80 ye..huhuhuhu..


Ok..yang ni solusi kepada masalah penghadaman aku dan korang mesti cuba. Susu Pisang. Aku beli 2 dapat free 1 di 7Eleven. Dengan hanya sebotol, pukul 3 pagi terjaga tidur untuk lawaslah segala2nya..hahah

Penat berjalan siang hari, dan untuk malamnya, aku cuba pula Nasi Alchon ni.


Nasi Alchon. Harga 3500Won. Nasi ni terdiri dari nasi yang berpulut tu, telur mata, seawet, kobis hijau, jeruk karot dan telur salmon. Di beri jeruk timun, lobak putih dan sengkuang(ye ke..rasa macam sengkuang..tapi ntah le). Katanya nasi ni macam nasi kerabu la. Cara nak makan, gaul semua dan makan. Sekali lagi serunding aku jadi penyelamat. Nak tau rasanya macam mana? Korang pernah makan shushi? aaa,,macam tulah rasanya..cumanya nasi ni tak berbungkus dengan seawet tu..huhuh..

Suhu malam ni mencecah 4darjah..So tidurla awal..esok masih ada banyak tempat lagi untuk di jelajah..itu je cerita hari ni.. Adeus!!!






AUTUMN DI KOREA - PART 7

Assalamualaikum.. 

Day 3.. 

Hari ni kami akan melawat beberapa tempat bersejarah dan berdarah.. Pagi ni memang tak sarapan. Mylaling tibai megi ..aku memang tak makan apa2.. mujur tak lapar.

Untuk pagi ni, kami nak pergi tempat bersejarah dulu..Kami ke National Palace Museum of Korea.




Dari hostel, kami naik train di Ewha Wonen University, tukar train di stesen Eljiro 3( Sam-Ga), Turun di Stesen Gyeongbokgung. Eh..luoa aku nak cerita pasal train subway yang guna T-Money tu.. setiap kali masuk, kita touch he kad tu, dia potong 1250Won.. nak keluar pun kena touch juga dan baki dimasukkan balik ke dlm jad..kalau perjalanan kita tu jauh,maja dia akan potong lagi 200Won masa touch keluar tu...ok berbalik kepada cerita tadi. Keluar je dari subway tu, terus tembus sebelah muzium..sayangnya muzium tutup haritu. tengah ada kerja maintainance..huhu..



Tengok ajelah..

Berhadapan muzium, adalah istana lama yang telah dipindahkan lokasi, iaitu Gyengbokgung Palace. Kepada yang nak tau macam mana keadaan dalam istana ni,korang kena tengok filem korea tajuk The Masquarade..macam tulah keadaannya..

Enterence Fee 3000Won seorang. Boleh tahan jugak harga tu. Tapi kalau korang lebih dari 10 orang, boleh beli yang group punya dengan harga 2400Won seorang..




ramai pelancong Malaysia disana sini..


Pintu masuk berhadapan dengan National Palace Museum..

Oleh kerana kami sampai awal..maka kami berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal istana yang dilakukan setiap pagi. Lebih kurang 10-15minit jugakla.




Antara upacara yang berlangsung.

Selesai je upacara tu, terus kami masuk ke dalam kawasan istana yang luas dan berlapis-lapis tu..


pintu masuk


langkah je masuk dalam kawasan istana tu..ternampak batu2 ni..tak tau pulak apa je bendanya..tapi diorang tak pagi pihak atau duduk..


disebelah kiri..tersuka pulak tengok daun2 ni..


Plan kawasan istana. 


sedikit penerangan mengenai istana ni..kecik sangat tulisan tu..huhu


bangunan istana yang paling hadapan


sebelah kiri bangunan


dalamnya..tak de apapun..

Kami berpusing dan berjalan sana sini sekitar istana sehingga pukul 11pagi..puas jugakla berjalan tu. Mujurlah sejuk so tak terasa sangat..

Lepas tu kami pun bergerak dari tempat bersejarah ke tempat berdarah..berdarah?? ya..berdarah dompet aku..huhu..apalagi? shopping time!

Bersambung nanti ye.. Adeus!!!
,


AUTUMN DI KOREA - PART 8

Assalamualaikum..

Sambung lagi kisah tempat berdarah pulak..berdarahnya dompet aku. huhuhu..

Turun melalui pintu subway yang kami keluar tadi, terus ambik train melalui 2 stesen , tukar train di stesen Jogno 3 (Sam-Ga). Di sini hanya lalu 1 stesen sahaja. Turun di stesen Dongdaemun. Keluar dari subway, terus menuju ke Kwangjang Market. (ada yang eja Gwangjang)

Makcik ni menjual Yakult..memang banyak orang jual macamni

Deretan farmasi di sepanjang jalan

Kawasan sini banyak farmasi..aku yang kebetulan dah kehabisan ubat batuk, ambik kesempatan la beli kat sini.. Yang kelakarnya, si Pharmacists tu..tak paham BI..aduh..aku cakap nak cough syrup..dia tak paham.. last2 aku batuk depan dia baru dia paham. Aku mintak jenis sirap, dia kata tak ada. Semuanya jenis kapsul..


Ubat kat sini semuanya kapsul soft gel..kawan aku Iera beli pain killer pun macam ni jugak kapsul dia

Di Kwanjang Market ni banyak orang jual kain cotton dan sutera. Aku beli cotton 2 pasang je untuk mak aku sebab aku tengok lebih kurang kat Malaya je kain tu..huhu..tak de la murah mana  Sepasang 15000Won..mintak kurang tak bagi. (duit kita dalam RM58 sepasang). Memang berdarah la dompet aku kalau memborong tak kena gaya.

Dah sampai

Corak kain macam tak kena taste..tak membeli sangat.huhu

Keadaan dalam kawasan market

Jogno Underground Shopping Center..boleh nampak sebelum pintu masuk ke Kwangjang Market



Lepas cuci mata lebih kurang kami berjalan keluar dari market dan menuju ke tempat makan di lorong2 kecil belakang bangunan. Kedainya sangat kecik, bersesak2..tapi banyak kedailah yang ada. Khabarnya di sini ikan bakarnya sedap. Memang ramai pelancong Malaysia yang lepak makan kat sini. Menunya hanya ikan bakar dan seafood. Maka makanlah tanpa bersyakwasangka.. aku yang kebulur dah sebab dari pagi tak makan..tawakaltua'lallah...

Masuk ikut sini


Ikan bakar ni kosong je..tak de garam pun. Tapi sedap

Ikan bakar di hidangkan dengan kicap (rasa macam kicap shushi) dan wasabe. 2-2 bahan ni kena campur ..so rasa macam air asam la untuk cicah ikan. Oder jugak sotong sambal. Sedap rasanya macam sambal sotong kita di sini. Seperti biasa di hidangkan kimchi dan sup kobis yang aku tak lepas nak telan. Dan terjumpa 1 lagi menu baru . sayur yang macam daun kaduk di buat kimchi..(aku luah balik lepas kunyah..uweekk). Taugeh Kimchi tu aku suka..boleh habis pulak yang ni. Harga semua aku dah lupa sebab makan berkongsi..


Lepas kenyang makan, kami berjalan kaki ke Namdaemun Market. kat sini aku memborong t-shirt 3 helai 10,000Won (RM38). Ada 2 kedai aje yang jual harga murah macamni..yang lain semua harga mahal gila kalau duit Malaya( aku nak ucap terimakasih kat PM Najib sebab kerana dia duit RM tak laku di luar negara)




Pasar malam ni sampai pukul 8 aje tau..Nasiblah kalau ada yang berniaga lebih dari time tu sebab aku tengok masuk kje pukul 8 , semua dah berkemas2 nak tutup.


Korang yang sampai sini jangan lupa cari Aunty ni, dia jual gula tarik..kat kotak tu tulis Tarey..tapi memang sedap. Aunty ni ramah gila kot..pandai pulak beberapa perkataan melayu. Aku nampak tanda Halal di kedai dia..terus aku terpa dan suami dia bagi aku rasa yang dia baru buat..sedap wehh..Sekotak 5000Won. Beli 10 free 1.. tapi disebabkan aku pun sama naik ramahnya, beli 6 dia bagi 1 free. Aku bawak Iera pulak..dapat lagi kat aku free 1..hahah. 

Sampai Malaysia, seminggu je dah keras kejung gula Tarey ni.huh!

Memang petangni hari berdarah buat aku.. punya membeli survenior kat orang..sedar2 RM600 jugak terbang .huhuh.

Pukul 8malam kami bergerak balik ke Hostel. Malam ni aku nak cuba mee goreng seafood. Bahannya adalah mee(rasa dan bentuk macam laksa, tapi besar lagi saiznya. Pedas dan ada sotong, udang dan sayur kobis.. Yang ni memang sedap. Aku rekomenkan sangat yang ni kepad orang yang suka makan pedas. Puas makan la..nyesal pulak beli 1..huhu. Harga 3500Won. 


Mee dia macam laksa..besar dan licin..aku makan pun hingga licin

Selesai makan, sambung lagi berjalan cuci mata disekitar hostel. Kali ni aku berdua dengan Iera je..sempat lagi menyopping stokin yang memang banyak kat sana. Macam2 design. Aku beli untuk orang je..untuk diri sendiri aku tak beli..nak buat apa..bukan hari2 pakai stokin pun..huhuh..
Iera tengah gila memilih stokin..


Rambang mata tengok stokin. Harga semuanya 1000Won tak kira saiz

Ok itu aje cerita hari ke-3 di bumi Korea ni..nantikan sambunganya..


AUTUMN DI KOREA - PART 9

Assalamualaikum..

Day 4..

Hari yang dinanti2.. kalau datang Korea, tapi tak pergi tempat ni, memang tak sah la. Buat penat je datang. Ini lah tempat wajib. Nami Island. Tempat pengambaran drama kegilaan ramai , Winter Sonata..

Walaupun aku dah sampai ke Korea ni, sebetulnya aku ni 1 habuk pun tak tau apa2 pasal Korea , tak tau langsung dan tak pernah tengok langsung drama Winter Sonata tu.. Disebabkan aku sampai disini ketika musim luruh..dan tepat pada waktu luruhnya daun2 kuning ...maka aku pun fefilling lah sebentar...tambah2 lagi Mylaling ada bersama..Untuk pengetahuan korang, masyarakat di Korea ni , memang jenis kalau ada couple tu..berjalan peluk cium depan public tu perkara biasa. So , kalau korang datang dengan suami korang (bukan suami orang yee) korang nak peluk pinggang pun..pelukla..tak de sape nak kisah pun! Yang aku nampak orang Korea ni , sakan betul bercinta tu..lebih banyak yang jalan bercouple dari jalan sorang(kecuali yang nak pergi kerja lah)

Menaiki subway ke stesen Dongdaemun,keluar dari subway terus kaki ke hentian bas yang tertulis Namdemun-Nami Island. Beli tiket bas 15000Won pergi dan balik. Bas kumpulkan penumpang dan bas yang sama juga akan tunggu hingga habis lawatan di Nami Island.


Kadar tambang untuk shuttle bus

bermacam2 orang tengah tunggu giliran nak naik bas


Bas yang aku naik. Korang kena ingatlah no.plat bas yang korang naik tu sebab nanti korang balik dengan bas yang sama

Bertolak dari situ pukul 9 pagi dan tiba di Port untuk ke Nami Island , pukul 10.30. Tiket untuk ke Nami Island berharga 8000Won . Boleh tahan jugak harganya. Kaunter tiket di sini dinamakan Entry Visa (kekonon macam nak masuk negara lain je..kat sana pun tak tulis Nami Island tapi Republic of Naminara)


Kaunter tiket ke Nami Island

Information Center di Jeti

Mini Mart..bolehla beli apa2 disini sebab di Nami Island nampak restoran aje yang ada


Pintu masuk nak ke kawasan jeti..(lepas beli tiket)

Jeti ..tunggu giliran nak naik feri

Menara ni ada kabel untuk flying fox ke seberang ..ngeri oi..punya tinggi..mau terkucil gamaknya

dari feri tengok ke langit..huh..ada bran??

Feri dah sampai


Keadaan dalam feri..tak de kerusi ye..semua orang berdiri je.

Kat belakang feri..aku lepak sini je..ambik angin berbau diesel..huhuh

Feri bergerak meninggalkan jeti


Naik feri ke Nami Island..dah sampai dalam masa 5 minit je. Hati dah berbunga2 seronok..macam mimpi dah sampai sini!


Di pintu masuk Nami Island



Pokok2 ni menyambut ketibaan kami..seronoknya rasa time ni..tak sabar nak bergambar


Kami terus pergi makan dulu. Nak cuba Nasi Goncang yang femes tu..perghh..sedap! bertambah sedap sebab aku bawak serunding aku..hahah. Harga 6000Won. Kenapa nama dia Nasi Goncang? sebelum makan, kau kena goncang ..pastu baru makan!


Korang nampak bangunan ni? Restoran tu ada sebelah (koner) bangunan ni (belah kanan dalam gambar ni) kena pusing ke belakang sikit baru nampak.

Masuk ikut sini..nampak tak orang ramai tu..masuk ikut situ ye

Cari signboard ni..nampak bumbung lama belakang batu ni..kat situlah restorannya. Ramai orang Malaysia makan kat situ

Inilah dia Nasi Goncang

Rupa sebelum digoncang. Ramuannya adalah nasi yang berpulut tu, isi ikan tuna, telur mata dan kimchi

Nak makan nasi ni, diberikan juga sarung tangan sebab tin nasi tu panas ..ok! ini tangannya..


Inilah hasilnya selepas digoncang.. sekali lagi serunding pedas aku jadi penyelamat dan penyedap..huhuh

Lepas perut kenyang..tiba saat paling ditunggu.. Keindahan alam bermula di sini.. aku jadi gila..gila bergambar..so sila tengok ajelah..di entri akan datang.
.

Itu aje...Adeus!!! 

AUTUMN DI KOREA - PART 10

Assalamualaikum

Entri yang dipenuhi gambar.. ikutkan hati, semuanya aku nak kongsikan disini..tapi cukuplah yang ini aje..



Tayar basikal dah jadi pokok



katanya ini basikal yang digunakan pelakon Winter Sonata











Penat berjalan kami singgah di restoran Asian Cuisin (halal)..untuk minum kopi dan aku termakan nasi seafood la pulak..huhuhu..Kami oder 2 cawan Coffee Latte, 1 set popia, harga semua sekali 29000Won. Area restoran ini ada surau untuk solat ye. 





Sebelah restoran ada macam perpustakaan..namanya Children Book Island. Ada banyak buku untuk bacaan disitu dan ada juga tempat untuk budak2 main..


Pukul 4 tamatlah keangauan Winter Sonata musim luruh..kami beratur untuk balik..sayang nak tinggal tempat yang cantik macam ni..pengalaman yang tak mungkin dapat dirasai di Malaysia..

Nak balik pun beratur setengah jam. Punyalah ramai manusia..


Ternampak restoran ni sebelum balik..restoran ni bukan di Nami Island, tapi di tanah besar

Tiba di Dongdaemun lebih kurang pukul 7 malam. Suhu mencecah 2darjah. Gigil oi!.. Singgah kat Namdaemun Market sebab ada barang terlupa nak beli..siap semua balik ke Hostel naik subway train.. Malam ni makan nasi instant je. Panaskan guna mikrowave di kitchen hostel tu.. 

Lepas makan, berjalan2 lagi shopping apa yang patut..esok dah nak balik..huhuhu..


Itu aje...Adeus!!! 

AUTUMN DI KOREA - PART11

Assalamualaikum

Day 5..hari terakhir di Korea.

Lepas sarapan apa yang patut, aku dan Iera keluar pusing2 buat kali terakhir sekitar hostel. Mana tahu jumpa apa2 yang menarik.

canggih macam mana pun negara orang, wayar letrik tetap berselirat!



Kami bergerak meninggalkan Hostel di Shin Chon pada pukul 9 pagi. Menunggu bas untuk ke Incheon International Airport. Bas tiba pukul 10 . Ambil masa sejam lebih untuk sampai ke airport.


tunggu bas disini


Lebih kurang pukul 11.30 tiba di airport. Untuk makluman korang, kalau beli tiket Air Asia ke apa ke..dan kalaupun dah check-in awal2 kat rumah..korang tetap kena check-in di kaunter. Setiap orang dia nak tengok muka.


bording pass ini aje yang laku ye..

Info penting juga, kalau beg korang (luggage) lebih 7kg (untuk AirAsia) pun jangan risau, diorang tak lorat sangat pun. Asalkan jangan bagi yang di kaunter check-in tu nampak beg korang. So aku dan Iera sorok2kan beg tu .  Melainkan beg yang korang nak drop (yang beli baggage tu). Kalau beli 20kg..jangan lebih. Kang kena bayar tak pasal2 jer.

Untuk check-in pun ambik masa. Segala botol berair semua kena buang sebelum masuk ke tempat pemeriksaan Kastam. Seterusnya ke pemeriksaan Imigresen (biasa je tak seketat kastam yang banyak songeh tu.. losyen Herba Mustajab Cili aku ada pada Iera..tinggal sikit je pun, tapi si kastam tadi nak ambik jugak. Ambiklah..tapi kalau dia ambik dari aku sendiri, nak je aku kata.. " this is lip gloss..it can make ur lips more red. u should try this at home!".. Biar dia menggelupur . Padan muka. Bukan takat mulut, habih merah 1 kepala!


Itu kisah dengan Kastam Korea yang songeh cam hampeh. Time nak masuk ok..tapi time nak balik ni memang menyampah betul aku.. So korang kena beware lah dengan diorang ni. Benda yang bukan liqiud pun dia tak bagi lepas..padahal lepas dari situ , berlambak2 kedai jual air minum lah apa lah..berliter2 bawak naik flight pun takde masalah. 


Flight aku pukul 3.30petang. Siap body check semua lebih kurang pukul 1.30 jugak. Kami terus ke gate perlepasan..rehat kat situ dan menunggu boarding time aje..


Gate 106..hujunggggg nun..jauh gile kot



Flight dah ready


Itulah kisah pengembaraan ringkas aku di bumi Kimchi ni. Sebenarnya 5 hari memang tak cukup. Banyak tempat aku tak sempat cover. Banyak Muzium yang aku tak terjah dan banyak market yang aku tak perabih duit. Apa lagi nak ke Jeju Island..memang sah tak sempat. Nampak gaya macam nak kena datang lagi. Tapi mungkin ke Busan sebab Busan dekat dengan Jeju Island.. Insya Allah..

Sampai di KLIA terus cari makan..Nasi Paprik dan Tomyam yang dirindui..huhuhu. Perjalanan masih jauh, esoknya flight ke Alor Setar pukul 7 pagi..maka bermalam lagi di KLIA 



Sebagai penutup , aku belanja gambar aku bersama kenangan di Korea..



Ini sahaja entri aku. Insya Allah jika ada kelapangan waktu aku akan menulis entri untuk tips ke Korea sebagai panduan kepada korang yang nak pergi sendiri. Tak perlu pakej. Yang penting kena berani , pandai tengok peta dan link subway. itu je. Ok..Adeus!!! 

BUBUR ASYURA UTARA MAK AKU

Assalamualaikum..

Pernah dengar kan pasal bubur Asyura? Ada yang kata bubur asyura ni bubur puak Syiah. Malah aku pernah dengar rakaman ceramah agama yang mana ustaz tu kata, kalau kita tau sejarah bubur asyura ni, kita pun tak hingin makan. Katanya bubur ni , orang perempuan syiah buat untuk diberi makan kepada lelaki syiah yang bahalol sebab lukakan badan sendiri tu..Katanya, masa dia di Pakistan pun, dia tak makan bubur asyura ni. Sebab ini makanan orang syiah

Aku tak setuju dengan kata ustaz tu. Sedangkan Nabi SAW tak suka orang mencela makanan. Apalagi nak hina makanan sampai macam tu. Apa salah makanan tu? Ada benda haram ke kat dalam bubur tu?

Ustaz Don Daniyal pun pernah kata, tak jadi masalah nak buat dan nak makan. Asalkan jangan anggap buat bubur tu untuk majlis itu ini..atau memperingati peristiwa itu dan ini. Anggap saja  buat tu untuk makan2..sedekah kat orang , tak perlu ada niat tertentu dan tak perlu tunggu 10 Muharram aje baru nak buat.

So aku ajak mak aku buat untuk makan2, kalau ada lebih sedekah kat jiran dan kawan2.. Mak pun dah lama tak buat. Rasanya adala 3-4 tahun tak buat. Kepada korang yang nak cuba buat, boleh ikut resepi aku ni. Tapi resepi ni dapat 1 kawah tau. Korang kurangkanlah kuantiti bahan tu. Agak2lah ye..


Bahan-bahan (1 kawah kecil);
3 pot beras - rendam semalaman dan blender
6liter air
1/2 kg kacang kuda*
400g kacang hijau*
400g kacang merah*
*rendam semalaman dan tos air sebelum masak
800g kacang tanah - sangai dan buang kulit(beli je yang siap kopek tu..pastu goreng sangai )
>>korang boleh masukkan kekacang apapun yang korang suka..jangan kacang panjag..kacang bendi  dan kacang buncis sudahla..
Ubi keledek (aku beli yang warna oren dan ungu.)
>>Boleh juga guna ubi keladi kalau ada dan kalau suka
1 tin jagung manis atau 3 jantung jagung (guna jagung fresh lagi bagus)
700g gula pasir
1kg gula merah (masak hingga larut dan tapis)
2 liter santan
3sudu makan garam
1 cawan tepung gandum (larutkan dengan air)
10biji pisang (aku guna pisang berangan)
3-4 helai daun pandan

Cara-cara;
1. Panaskan 3 liter air dan masukkan semua ubi yang dah dipotong dadu.
2. Bancuhkan beras yang siap dikisar dengan air(anggaran 3liter), bancuhan secair mungkin hingga tak lekat jari dan masukkan dalam kawah berserta daun pandan.
3. Kacau terus-menerus (macam kacau dodol ye) sampai mendidih dan masukkan semua kekacang yang direndam tu 
4. Masukkan jagung , gula pasir , gula merah, garam, bancuhan tepung gandum dan santan (kacau lagi)
5. Kacau sampai pekat (aku ambil masa hampir 5 jam dengan api sederhana) dan masukkan pisang (pisang masuk akhir sekali sebab pisang aku dah ranum sangat
6. **Ini petua nak tahu dah masak ke tidak** ambil daun pisang dan senduk sedikit bubur atas daun pisang dan biarkan sejuk..kemudian tiarapkan bubur tadi atas piring dan tarik daun tu..kalau dah masak, bubur tadi takkan melekat didaun..tapi kalau masih melekat, itu tandanya bubur belum cukup masak)
7. Matikan api, dan sendukkan kedalam bekas yang dialas dengan daun  pisang..SIAP!!!

Inilah rupa bubur Asyura resepi mak aku.


Bolehlah korang cuba..tak perlu tunggu bulan Muharram pun. Kuantiti bahan dan gula terpulang kepada citarasa korang. Pada yang tak tahu macam mana rasa bubur ni..meh sini aku nak beritahu.. rasanya macam bubur kacang tapi beku. Selamat mencuba ya!.

*2hari sakit betis weh..berdiri 5 jam kacau bubur

PISANG KEMBAR 3!

Assalamualaikum..

Pelik tapi benar..atau  mungkin perkara biasa..


12 Nov  lepas, Mylaling incik suami beli pisang..pisang emas..dia pun tak perasan. Beli di pekan Guar Chempedak masa perjalanan nak balik kampung..

Petang tu, masa nak makan baru aku terperasan, ada pisang yang berkembar 3 di situ..


Keadaan lepas dipotong..

Dulu dalam tahun 2009 aku pernah jumpa pisang kembar 2..kali ni kembar 3.. aku hanya mampu makan setengah aje..setengah lagi aku bagi abah aku..gila lah kalau aku makan semua sekali.. 3 bijik kot!..huhuhu

itu je cerita harini . Adeuss!!!

KERABU NANGKA APA YANG ADA

Assalamualaikum..


Tengok tajuk pun dah maklum.. Kerabu Nangka Apa Yang Ada..sebab aku gunakan bahan apa yang ada aje kat rumah.. Simple..cincai tapi membuatkan makan nasi bertambah2..dan malamnya perut aku macam gendang sebab angin..huhuhu..

Bahan-bahan;
4-5 ketul nangka - direbus empuk
10-15 tangkai cili padi (racik halus)
2 batang serai (hiris halus)
1 inci halia (mayang)
1 labu bawang besar (mayang)
1 pek kecil kerisik
5sudu makan santan
1/4 biji limau nipis (ambik jus)
Garam dan gula sesedap rasa


Cara-cara;
1. Koyak-koyakkan nangka (kasar ok..halus pun ok)
2. Satukan semua bahan..gaul..dan SIAP!!

Senang je kan? Kerabu macam ni selalu ada di majlis kenduri orang2 kampung. Sesekali tu nak juga makan tak perlu tunggu kenduri.. Cubalah ya..

Adeus!!!

GULAI LEMAK NANGKA

Assalamualaikum..

Jom menggulai (gulai tu kalau orang Kedah maksudnya kari) . Kali ni kita buat Gulai Lemak Nangka..kuah mesti ceroi2 (cair).. kena nasi panas..teman dengan ikan kering ke ikan masing..mau tersandar!

Resepi aku ni simple aje..

Bahan-bahan;
4-5 ketul nangka yang direbus empuk
2-3 ulas bawang putih dan merah (dimayang)
1sudu teh halba campur
1/2 pek kecil serbuk kari ikan
Sedikit ikan bilis
Santan (aku gunakan 1/2 kotak..)
2 keping asam gelugur


Cara-cara;
1. Panaskan minyak tumiskan bawang, halba campur.
2. Dah pecah minyak masukkan serbuk kari dan sedikit air
3. Masukkan sedikit air untuk kuah dan ikan bilis.
4. Dah didh masukkan nangka dan asam gelugur 
5. Garam dan perasakan sesedap rasa.. SIAP!


Ini gulai lemak orang kampung tau..sebab letak ikan bilis je..

Cer cuba..ok.tengah berasap2 ni tau...Adeuss!!!

EVOLUSI PATUNG BARBIE 56 TAHUN

TIPS MELANCONG KE KOREA

Assalamualaikum.

Perkongsian untuk semua terutama kepada korang yang bercuti atau melancong ke Korea.. 

Seperti biasalah, selain perkara asas sebagai pengembara , rasanya tak perlu aku ulas sebab asasnya sama sahaja. Passport, ubat2, tuala kecil, dan sebagainya..

Tapi untuk kali ini, tips ini adalah untuk ke Korea sahaja..


Sebelum Berlepas

  • Rajin-rajinkan menggugel dan baca pengalaman orang lain yang dah pernah pergi.
  • Seeloknya bookingla makan di dalam flight..makanlah nasi kenyang-kenyang.
  • Beli extra baggage (kalau naik Air Asia)untuk perjalanan balik sahaja..biar lebih tak pe..jangan kurang.
  •  Sediakan kad rate yang tercatat kadar tukaran 
ini yang aku punya..siap laminate..supaya tak kepam macam yang aku pegi Vietnam dulu!


  • Tukar siap-siap duit Won Korea tu.. lebih tak pe, sebab barang sana mahal. untuk pengetahuan, Currency di Korea ada yang tak terima RM lagi.. (thank you PM..komannya Malaysia dimata dunia!).
  • Cuaca di sana ketika Autumn memang sejuk. Tapi tak perlulah sampai nak usung Wintercoat dan glove..tak kena tema kot..tak pun kau kena gelak nanti. Cukup setakat sweater atau jacket tebal aje.
  • Bookinglah hotel atau hostel di Itaewon..sebab sinilah tempat makanan Halal ..yang lain tak ada ye..
  • Bawalah bekal meggi cup 1 sudah la..yang lain tu megi pek biasa sebab cup tu boleh ulang guna.
  • Kalau nak bawa serunding ke, rendang ke, sambal bilis ke pastikan korang pek plastik dan seal kemas 2-3 lapis plastik. So far tak ada masalah nak bawa makanan kering macam tu. Sayur2 dan buah2 tak yah bawak. Cari nahas kalau kena tahan. Tak mati pun tak makan sayur kalau takat seminggu tu. Nak melancong kena buat cara nak melancong lah ye..bukan macam nak pindah terus kat situ
  • Bawa wet tissue atau seluar dalam pakai buang tu. Sana toilet takde paip ye. Susah nak beristinjak nanti.
  • Bawa sejadah kecil atau apa2 untuk alas bersujud.(kalau sembahyang laa..kalau tak sembahyang..bawa kain kapan .huhuhu)
  • Bawa lips gloss.. suhu sejuk boleh buat bibir pecah
  • Bawa lotion kulit (jangan bawa baby oil..nanti kena rampas masa nak balik) untuk elakkan kulit kering
  • Semua barang kegunaan macam ubat gigi, shampoo, minyak wangi ke..pastikan bawak dlm kuantiti yang sikit (macam aku, ubat gigi aku beli yang tiub kecil, pastu aku picit simpan 3/4 tiub..biar ada sikit aje dalam tiub tu. kiranya ngam2 untuk beberapa hari kegunaan..) dah habis boleh buang terus.


Semasa berada di sana..
Jika anda kaki shopping...

  • Fikir 2-3 kali..walaupun nampak harga 1 barang 10,000Won macam RM10.. sedar sikit nilai sebenar berapa. Rujuk kad rate yang korang (masa aku pergi tu 10,000Won = RM38!)
  • Kalau nak beli t-shirt, beli kat Namdaemun Market sebab ada yang jual 3 helai 10,000Won
*sememangnya Korea bukanlah tempat shopping yang terbaik kerana ia boleh buat korang terbalik..mahal dowh!


Jika anda backpackers..


  • Belilah peta pelancongan kalau kedekut, carilah pamplet yang free di Airport..ini penting!
  • Beli T-Money untuk memudahkan perjalanan
  • Download Subway Korea Apps.. kalau nak guna subway train.
  • Sila bawa air minuman dan botol kosong sebab ada sesetengah tandas adalah tidak berpaip.
  • Pakailah kasut jogging..kenapa kasut jogging? sebab kasut jogging ringan dan tebal. mampu kurangkan sejuk kaki.ingat, kat sana kena banyak jalan laju..
  • Tak perlu beli simkad. Cukuplah kalau di handphone ada Whatsapp atau WeChat sebab mudah nak berhubung dengan orang kat Malaysia. Kat sana WiFi Free di segenab ceruk ada.
  • Untuk memilih restoran jika darurat tak jumpa yang halal, boleh aje masuk mana2 restoran seafood atau restoran yang tak ada gambar lembu pendek tu.(Biasanya kedai yang jual makanan berkhinzir tu, ada sign di pintu masuk atau papan tanda kedai). Pesanlah makanan yang tiada daging atau ayam. Yang lain Tawakaltualallah...


Sebelum balik

  • Jika ada beli baggage, pastikan berat jangan lebih had. Sakit korang nak bayar nanti.
  • Kalau luggage korang besar dan berat lebih had (7kg), sila sorok2 kan sikit, jangan bagi nampak kat orang di kaunter check-in. Kat sana untuk luggage(bawa masuk dalam flight) tak particular sangat. Tak kisah pun berat berapa. Semua mesti check-in di kaunter untuk dapatkan boarding pass diorang(check-in dan boarding pass yang korang print sendiri tu tak laku!). Setiap orang ok.. Tak boleh hantar wakil sebab dia nak tengok muka setiap orang.
  • Lepas check-in , sebelum masuk ke depature, habiskan semua minuman, jangan bawak langsung apa2 cecair. botol kosong tak apa.

Itu aje yang dapat aku kongsikan dengan korang.. semoga tips ini dapat membantu korang ketika berada di sana..Ok..

Sekian

Adeuss!!!



TRIO SPG... DALAM KENANGAN

Assalamualaikum..


Entri yang menyentuh perasaan aku di pagi bersejarah ini.. Selama Sinar.Fm muncul diudara, aku sudah mengikutinya sejak 10 tahun lalu....tapi 6 tahun lalu, muncul Trio DJ yang sentiasa menceriakan pagi aku. Bermula dari enjin kereta dihidupkan dimuka pintu rumah..hingga dimatikan di parkir pejabat..kemudian bersambung pula di meja kerja dari saat duduknya aku dikerusi hinggalah saat bangun untuk punch out.. Sinar.fm lah yang menemani.


Sejak 6 tahun lalu, pagi aku bertemankan Trio SPG.. Kak Engku (KE).. abang Salleh Yaacob (SY) dan Krill. Gelagat mereka, lucu mereka buat aku gelak sorang diri dalam kereta walau ada orang lain memandang dengan muka pelik..sedikitpun aku tak hairankan..

Hari ini..tanggal 27 November 2015.. rutin pagiku selama 10 tahun ini akan terus berubah. Aku masih setia bersama Sinar.fm bila ia di rebranding kan dari stesen Muzik Retro Anda kepada Menyinari Hidupmu.. walaupun serius aku tak suka.. hilang sudah retronya..tapi aku masih bertahan dengan SPG..tapi untuk kali ini..memang...memang aku dah tak tahan lagi.. Hari ini adalah hari terakhir Trio SPG keudara..dan selepas ini..tiada lagi 😭


Kesedihan jelas disuarakan KE..dan aku sebagai pendengar setia turut ditempiasi rasa sedih tu..kenapa...kenapa dan kenapa.. kekesalan dan kesedihan ini turut diluah hampir 100% penyokong dan peminat KE yang sudi mendengar SPG setiap pagi hanya kerana aura Trio SPG..







Kenangan terindah pada 10 Ogos 2015, ketika itu Dj Halim Othman dijemput bersama dikonti dan aku sempat mengirimkan SMS ke konti bagi menyampaikan rasa gembira dan kebetulan hari itu adalah hari lahirku yang ke-25. Selepas itu, KE, SY, Krill dan Halim Othman sama-sama nyanyikan lagu Birthday (siap muzik iringan lagi) khas untuk aku.. Kenangan yang takkan dilupakan hingga akhir hayat.

Kali terakhir aku dihubungi penerbit SPG, Cik Liza adalah pada bulan puasa tahun lepas (2014). Pagi jumaat. Suara aku keudara berbual dengan ketiga-tiga Bintang Pagi ini mengenai hajat aku untuk menaja pekasam daging bagi Program Bubuk Lambuk SPG.. Alhamdullilah..hajat tertunai dan KE dengan ringan tulang turut membantu menggoreng pekasam yang aku kirimkan..
*Rakaman perbualan ada di link ini 

Selepas ini..tiada lagi riuh kecoh Trio SPG..tiada lagi gaduh perang KE dan SY di corong radio..tiada lagi suara Krill tukang pendamai menyejukkan suasana ..tiada..tiada.. dan tiada..

Aku pun tak tahu..lepas ni stesen mana aku nak dengar. 

"Terima kasih KE, SY dan Krill..saya menuju alam dewasa dengan celoteh bebel, gurau senda kalian. Terima kasih kerana menceriakan pagi saya selama 6 tahun ini.. Jasa.. budi dan kenangan yang kalian tinggalkan untuk saya tetap dalam ingatan. Semoga Allah terus mengembalikan segala kebaikan kepada kalian diatas segala kebaikan yang mungkin kalian tidak sedari selama ini.. terima kasih sekali lagi kerana telah menyinari pagiku selama ini.. Trio SPG..kalian tiada ganti.. kalian tetap di hatiku.."😭😭😭

*update: ucapan KE, Krill dan SY..buat airmataku bercucuran..sangat sedih..and i lost my word.. 

BELANGSUNGKAWA- SENIWATI MARIANI KEMBALI KERAHMATULLAH

Al-Fatihah..

Baru semalam kita kehilangan pelawak keasyangan ramai, Pak Yus Jambu..harini Seniwati Mariani telah pulang kepangkuan illahi sebentar tadi jam 7.32 malam..jenazah sekarang berada kediamannya di 12A, Lorong Sentul Jaya 3, Taman Kosmo Jaya.

Allahyarhamah Seniwati Mariam @ Mariani Ismail

Seniwati Mariani dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura. dikurniakan 13orang cahayamata , salah seorangnya pelakon,pengarah dan penerbit Melissa Saila, hasil perkongsian hidup bersama 3 orang suami yang kesemuanya bercerai mati.

Memulakan kerjaya seni selepas memenangi Pertandingan Ratu Cantik Singapura pada tahun 1951 dan filem pertama yang dibintanginya bertajuk Darah Muda (1952)

Sama- sama kita doakan semoga Allah mengampuni dan mencucuri rahmat kepada Allahyarhamah.. AL-Fatihah
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live