Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

AKTIVITI DISCOVER KEDAH 2016 - PAMERAN 1001 INVENTIONS

$
0
0
Assalamualaikum.

Antara program bagi kalender Discover Kedah 2016  , Pameran 1001 Invention yang sedang berlangsung mulai Januari hingga Mac 2016 di Muzium Negeri Kedah.



Pameran ini memaparkan kegemilangan Era Tamadun Islam yang mengandungi pencapaian zaman silam yang pernah memenangi pelbagai anugerah. Pameran ini sesuai untuk semua peringkat umur dimana ianya memberikan inspirasi kepada generasi muda. 

Melalui pameran ini juga, ianya turut dapat memberi kesedaran betapa pentingnya menguasai teknologi dan inovasi kerana tokoh-tokoh ilmuan Islam dizaman lampau lebih menguasai teknologi dunia. Semuanya dipamerkan di sini.

Bawalah anak-anak dan ahli keluarga melawat pameran ini. Bayaran RM10 untuk dewasa, Rm5 untuk kanak-kanak (7-17 tahun) dan RM2 untuk pra sekolah. 

"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - DAERAH PADANG TERAP

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ini kita akan mula menjelajah daerah ke-2 di negeri Kedah iaitu Padang Terap. Sedikit info mengenai daerah ini;

pic credit to : http://kedah2u.com.my/

Bersempadan dengan Thailand, Padang Terap juga merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah dengan keluasan  135,684.41 hektar atau 330,799 ekar bersamaan 1,356.84km persegi.

Di daerah ini juga turut mempunyai pintu sempadan Malaysia - Thailand yang ke-2 di negeri Kedah iaitu Pintu Sempadan Durian Burung yang bersempadan dengan Yala, Pattani. 

Berikut adalah tempat-tempat menarik yang ada di daerah Padang Terap
1.Charok Batang Padi, K.Nerang
2.Hutan Lipur Puncak Janing, K.Nerang
3.Jeram Tok Din, Kg.Pinang
4.Kem Perik, Kg.Perik
5.Mini Muzium Padi, Kg.Bendang Raja
6.Pengkalan Tok Mas, Kg.Musa
7.Resort Dusun
8.Tasik Pedu

Entri penuh mengenai kesemua tempat menarik ini akan menyusul kemudian..

"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - CHAROK BATANG PADI

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ini kita akan ke destinasi pertama di Padang Terap. Tempat ini kurang dikenali tapi ianya popular dikalangan masyarakat tempatan. Charok Batang Padi. Apa yang ada di sini?.. ini ceritanya.


pic credit to : FB Ratu Seroja




Pic credit to : FB Desa Kura


Charok Batang Padi dikenali sejak tahun 60-an lagi. Menurut pendapat masyarakat dahulu kala, di kawasan Empangan Pedu, terdapat beberapa carok. Salah satu Caroknya adalah Charok Batang padi yang berhampiran dengan perkampungan melayu di kawasan Munggajah. Tetapi Perkampungan yang wujud pada ketika itu, telah terhapus dek ditelan oleh air Empangan Pedu, Bukti wujudnya perkampungan di kawasan tersebut ialah suatu ketika dulu, air diempangan surut, dan pada ketika itu, penduduk Kampung terlihat beberapa buah kubur di dasar empangan tersebut. Itu menunjukkan bahawa perkampungan tersebut wujud. Selepas dari kejadian itu, nama Carok tersebut dikekalkan dengan nama "Charok Batang Padi". Kini carok tesebut dijadikan kawasan rehat dan memancing yang popular di Daerah Padang Terap.


pic credit to :  knerangkedah.blogspot.my

Lokasinya adalah di kawasan rehat berhampiran (R&R) TEKIH.27 km dari Pekan Kuala Nerang, Jalan Pedu Lake Resort. Selain pemancing, sungai di Charok Batang Padi juga sentiasa menjadi pilihan tumpuan kumpulan berbasikal  . Bagi kaki pancing, bolehla cuba menyentap joran anda di sini.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - HUTAN LIPUR PUNCAK JANING

$
0
0
Assalamualaikum.

Kita ke destinasi ke-2 di daerah Padang Terap. Disebabkan Padang Terap ini daerahnya kaya dengan bukit bukau, hutan dan gunung ganang maka tidak hairanlah jika terdapat banyak tempat rekreasi seperti ini. Hutan Lipur Puncak Janing terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. 


pic credit to : khairulhazman77.blogspot.my


pic credit to :kedah2u.com.my

Keunikan hutan lipur ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun sederhana yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi. Hutan Lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan yang utama di kawasan ini ialah Kasai, Tulang daing, Meranti tembaga serta Palma.




pic credit to : khairulhazman77.blogspot.my

Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki gunung, , berkhemah, trekking berjogging dan melihat hidupan liar. Kemudahan yang disediakan ialah dewan dan surau serta padang disediakan untuk aktiviti berkumpulan. Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang di daerah Kubang Pasu

Terletak 14 km dari Pekan Kuala Nerang, 50 km dari Bandar Alor Setar, Kedah. Pelbagai aktiviti riadah seperti berkelah, perkhemahan, kayak dan lain-lain lagi dapat dilakukan di sini dan nikmati keindahan alam serta bermandi-manda di sungai Janing sepanjang 1.5 km ini.




*terima kasih kepada pemilik gambar . Siapa sangka , gambar cacapan kamera anda telah menyumbang sesuatu untuk tempat yang sungguh menarik ini.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - JERAM TOK DIN

$
0
0

Assalamualaikum

Sememangnya daerah Padang Terap mempunyai tempat berkelahan tasik dan sungai yang menarik. Untuk kali ini kita akan ke Jeram Tok Din. Terletak di kawasan Kampung Pinang, Jalan Tasik Pedu.



pic credit to : FB Qey Ibnu Idris

Pic credit to : FB Group Panorama Indah Negeri Kedah

Nama jeram ini wujud sejak tahun 90-an . Pada waktu dahulu, tempat ini hanyalah tempat permainan kanak-kanak kampung itu sahaja. Setelah menerima kunjungan Raj amuda Kedah pada 1992, kawasan peranginan ini mula terkenal dan disenaraikan sebagai tempat menarik di Padang Terap.


Pic credit to : FB Ariffin Abu Hasan

Sungai yang mengalir dan air yang jernih menanti anda dan keluarga untuk beriadah di sini, samada berkelah atau memancing. Ini lokasi yang sangat sesuai. Habiskan hujung minggu bersama menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang ada di sini.

pic credit to : knerangkedah.blogspot.my

*terima kasih kepada pemilik gambar . Siapa sangka , gambar cacapan kamera anda telah menyumbang sesuatu untuk tempat yang sungguh menarik ini.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - KEM PERIK

$
0
0
Assalamualaikum.

Satu lagi tempat menarik yang sesuai dijadikan tempat perkhemahan dan aktiviti luar dengan pemandangan alam yang sungguh mendamaikan. Kem ini terletak di Lot 1376, Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang.

Kem ini ditubuhkan sejak tahun 1998 dan di asaskan oleh Dato Syed Sobri Bin Syed Hashim. Kini kem tersebut diuruskan oleh Syarikat Muda Impian. Berkeluasan 2.0 ekar. Kem ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat berkursus dan perkhemahan.

pic credit to : FB Rashid Rejab

Kem Perik ini sentiasa menjadi tumpuan jabatan kerajaan, swasta dan sekolah yang biasanya mengadakan kem motivasi atau team-building. Dengan fasiliti yang lengkap dan pelbagai prasarana yang sesuai sebagai tapak kem. Juga mempunyai kemudahan untuk aktiviti lasak seperti merentas halangan dan flying fox.


pic credit to : knerangkedah.blogspot.my

Bagi mereka yang sedang tercari-cari tempat perkhemahan untuk acara tahunan dan sebagainya, inilah tempat yang sesuai. Lengkap dengan penginapan, dewan terbuka dan sebagainya.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - MINI MUZIUM PADI

$
0
0
Assalamualaikum.


Masih lagi di daerah Padang Terap. Kali ini kita akan melawat Muzium Padi Mini. Asalnya mini muzium ini  hanya sebuah rumah usang yang digunakan untuk pesawah dahulu kala berehat setelah penat menanam padi. Setelah sekian lama peninggalan rumah tersebut diubahsuai dan  dijadikan Mini Muzium Padi bagi mengingati sejarah penanaman padi di kawasn tersebut. 


pic credit to : M Suhaimi

Pengubahsuaian tersebut dilakukan hasil dari kejasama penduduk kampung disekitar itu. Pengasas Mini Muzium Padi tersebut adalah En Hambali (JKKKP)  dan Penduduk Kampung Bendang Raja. Pelbagai khazanah peninggalan orang dahulu telah disimpan di dalam Muzium tersebut. Antaranya seperti, Alat Memancing Ikan, Pisau Pengerat Padi, Ketok Kerbau, Senjata-Senjata lama, Pakaian Bangsawan, Ketam padi dan sebagainya. Muzium ini terletak di kawasan Sawah Padi di Kampung Bendang Raja, Jalan Puncak Janing.

pic credit to : knerangkedah.blogspot.my

Jika anda ingin menyaksikan keindahan sawah padi, kunjungilah Kampung Bendang Raja. Sesuai dengan namanya, cukup cantik ketika musim padi mula menguning, dan Mini Muzium Padi tersergam indah di petak sawah. 


 "Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - PENGKALAN TOK MAS

$
0
0

Assalamualaikum.


pic credit to : FB Roslina Awang

Sedikit info mengenai Pangkalan Tok Mas. Pengkalan Tok Mas telah dibangunkan oleh Hj Idris Bin Ibrahim atau dikenali dengan nama Pakcik Yeh. Nama Pengkalan Tok Mas adalah sempena dengan nama isterinya. Tempat peranginan tersebut diwujudkan sejak tahun 2007 lagi dan mula beroperasi secara meluas bermula pada awal tahun 2008. Pangkalan Tok Mas tersebut telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar kedah iaitu Dato' Seri setia Diraja Mahadzir Bin Khalid. 
Inilah wajah Tok Mas
pic credit to; FB Dzulkifli Husain





pic credit to : FB Amy Msmc


Terletak di Kampung Musa, Jalan pedu,Kuala Nerang, tempat peranginan ini mempunyai dewan orang ramai, tapak perkhemahan , gelanggang dan padang sukan. Sangat sesuai untuk aktiviti berkayak, berakit juga untuk kem atau kursus.


pic credit to : FB Ila Fadzilah

Cantikkan? Keindahan kampung yang masih kekal hingga kini. Sangat sesuai untuk bawa keluarga bersantai dan berkelah di sini. Sedikit tersentuh rasa hati, apabila tempat ini dinamakan sempena nama isteri tersayang. Bertuah betul Tok Mas..


"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - RESORT DUSUN

$
0
0

Assalamualaikum.

Ini salah satu tempat yang meninggalkan kenangan bagi aku. Mana tidaknya, jabatan aku mengadakan family day di sini, dan aku mengaut habis hadiah cabutan bertuah, sampai penuh bonet kereta..huhuuh..ok balik kepada tajuk ..





Resort Dusun juga dikenali dengan nama Dusun Minda Resort, terletak 3km dari Pekan Kuala Nerang, KM4 Jalan Padang Sanai. Dusun Resort adalah satu tempat Penginapan dan pelancongan persendirian yang dimiliki oleh Datuk Bari Bin Abdullah. Tempat tersebut telah dibina sejak tahun 2004 lagi, dan beroperasi pada hujung tahun 2004. 



Keluasan yang meliputi kawasan Dusun Resort tersebut adalah sekitar 165 ekar.  Kini Dusun Resort tersebut diuruskan oleh Roslan Bin Tahir. Pelabagai aktiviti dan Program dijalankan di kawasan tersebut. Dusun Resort ini popular dengan Program PLKN dan Program berbentuk Kursus/Motivasi.




pic credit to: knerangkedah.blogspot.com

Pelbagai kemudahan untuk aktiviti lasak, riadah, kolam renang ada di sini. Selain terkenal dengan kem PLKN, Dusun Resort juga sesuai untuk percutian keluarga. Jangan ad ayang tersilap, kem PLKN dan Resort adalah tempat yang berbeza tapi berada berhampiran sahaja !



"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - TASIK PEDU

$
0
0
Assalamualaikum.


pic credit to : IG haziq6611


Destinasi terakhir di daerah Padang Terap. Tasik Pedu, satu nama yang sangat sinonim dengan Padang Terap. Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand .





pic credit to : maharajaselfie.blogspot.my

Sayangnya, resort-resort yang terkenal suatu masa dahulu seperti Pedu Lake Resort sekarang sudah tidak lagi "bernyawa" namun tasik ini masih lagi menjadi tumpuan kaki pancing dari segenab ceruk negeri.


pic credit to : FB Rizalis Mohd Rizal


Masih ada pengusaha bot memancing yang beroperasi di sini dengan harga antara RM250 -Rm350. Juga disedikan rumah bot khas untuk pemancing tegar. Kepuasan kaki pancing ada di sini dengan spesis ikan yang bersaiz besar dan mampu melawan sentapan mata joran.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - POKOK SENA

$
0
0
Assalamualaikum

Entri yang agak ringkas hari ini. Kita ke daerah seterusnya iaitu Pokok Sena. Daerah Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009. Menjadi daerah "baru" dan masih lagi belum banyak tempat menarik untuk diterokai. 

Pokok Sena terletak di 6.2' Utara , 100.4' Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, keKuala Nerang dan ke Langgar, Kedah. Ia berkeluasan 24,240 hektar. Pokok Sena kini secara rasmi menjadi daerah ke-12 dalam pentadbiran kerajaan Kedah.
Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama pokok iaitu 'Pokok Sena' .

Di daerah Pokok Sena ini telah dijumpai 1 khazanah negara yang tidak ternilai harganya dan entri mengenainya akan menyusul.
"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - TAPAK GEOWARISAN BUKIT LAREK

$
0
0
Assalamualaikum

Hari ini kita akan melawat 1 penemuan baru di terdapat di daerah Pokok Sena iaitu di Bukit Larek. Mungkin sebelum ini, penduduk tempatan mengganggap penemuan tersebut hanyalah batu biasa, namun pihak Jabatan Mineral dan Geosains Kedah (JMG) telah memperakui bahawa penemuan pada tahun 1980 itu merupakan batuan hasil enapan rijang yang berusia 293 hingga 290 juta tahun lalu.

pic credit to : www.jmg.gov.my

Rijang adalah batuan dari lautan dalam yang terbentuk hasil pengenapan sejenis fosil mikro radiolaria yang mati dengan tinggalan rangsa silika. Hasil penemuan itu akhirnya telah berjaya diwartakan sebagai Tapak Geowarisan Negeri pada November 2014.


pic credit to : www.jmg.gov.my


Penemuan ini membuktikan kawasan Bukit Larek terbentuk dalam lingkungan marin lautan dengan kedalaman 2 hingga 4 kilometer dibawah aras laut pada suatu ketika dahulu. Batu ini dahulunya sering dijadikan senjata seperti pisau, tombak malah batu permata.

Tapak Geowarisan ini terletak di Kampung Bukit Larek, Pokok Sena. 


"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - KOTA SETAR

$
0
0
Assalamualaikum.

Mulai hari ini kita akan menjelajah seluruh daerah Kota Setar. Daerah dimana letaknya pusat pentadbiran kerajaan , kediaman Menteri Besar dan Istana Tuanku Sultan Kedah. Pastinya pelbagai sejarah dapat disingkap dan tempat menarik untuk dikongsikan.


pic credit to : kedah2u.com.my

Sejarah awal Kota Setar ialah apabila Sultan Muhammad Jiwa telah mengarahkan agar pusat pemerintahan baru dibina bagi menggantikan Kota Bukit Pinang di Daerah Kubang Pasu. Dinamakan Kota Setar sempena mengambil nama pokok setar yang banyak tumbuh disitu.

Sebuah istana dibina lengkap dengan balairong seri, balai nobat dan masjid. Rakyat dikerah untuk menggali beberapa batang terusan untuk kegunaan pengairan sawah padi dan mengelakkan banjir besar serta untuk kemudahan perhubungan.

Pada 15 Syaaban 1418 Hijrah bersamaan 31 Disember 1735, Sultan Muhammad Jiwa dengan rasminya berangkat bersemayam di Istana Kota Setar. Pada 1726, baginda meminta untuk mendirikan sebuah kota batu berhadapan dengan istana di Kota Setar. Bermula 15 Disember 1735, lahirlah Bandar  Diraja Kota Setar dan ianya kekal hingga kini
pic credit to : www.mahamahu.com

Berikut adalah tempat-tempat menarik dan bersejarah yang wajib dilawati bila anda sampai ke dareah Kota Setar

1.Aman Mall
2.Balai Besar, Alor Setar
3.Balai Nobat
4.Balai Seni Negeri,Alor Setar
5.Galeri Sultan Abdul Halim,Alor Setar
6.Gunung Keriang,Kota Setar
7.Gerbang Kota Setar
8.Istana Anak Bukit
9.Istana Cik Spacendra
10.Istana Kuning
11.Jambatan Tok Pasai
12.Kompleks Masjid Al-Bukhari, Alor Setar
13.Kota Kuala Kedah
14.Lukisan Mural Gergasi Tun M
15.Makam Tok Pasai (Terminal Feri Kuala Kedah)
16.Masjid Zahir,Alor Setar
17.Memorial Tunku Abdul Rahman, Alor Setar
18.Menara Alor Setar
19.Menara Jam Besar
20.Muzium DiRaja Kedah
21.Muzium Kota Kuala Kedah
22.Muzium Negeri,Alor Setar
23.Muzium Padi,Kota Setar
24.Pekan Rabu
25.Pelabuhan Tjg.Chali, Alor Setar
26.Persisiran Ampang Jajar,Alor Setar
27.Pusat Sains Negara Wilayah Utara
28.River Cruise Kedah (Sg.Kedah-Sg.Anak Bukit)
29.Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad,Alor Setar
30.Rumah Merdeka
31.Rumah Seri Banai & Rumah Tok Su, Alor Setar
32.Star Walk,Alor Setar
33.Taman Jubli Emas
34.Taman Merdeka(sebelah Stadium Darul Aman)


Lebih dari 34 tempat yang boleh dilawati dan pelbagai aktiviti untuk Discover Kedah 2016 diadakan di sini. Jangan lepaskan peluang untuk melawat dan mengenali negeri Kedah yang pastinya menarik.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - AMAN CENTRAL MALL

$
0
0
Assalamualaikum.

Destinasi pertama di Bandaraya Alor Setar, adalah Aman Central Mall atau lebih mudah dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Aman Mall.



Aman Mall kini dianggap sebagai mercutanda terbaru di Alor Setar. Baru sahaja di buka untuk orang ramai dan perasmian pada 1 Oktober 2014, Aman Mall menyediakan 330 lot kedai dan 60 booth niaga . Berkeluasan 1.25juta kaki persegi (keselurahan) yang terbahagi kepada 6 tingkat dan setiap tingkat seluas 800,000kaki persegi untuk tapak lot kedai dan booth jualan berserta 1700 lot parkir, Aman Mall merupakan pusat membeli-belah terbesar di Kedah.

pic credit to : www.estate123.com

Terletak di persimpangan Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan Jalan Teluk Wanjah dan berhampiran dengan Menara Alor Setar, menjadikan pemandangan yang cukup menarik diwaktu malam.

Pelbagai jenis barang dijual di sini dan yang pastinya menjadi perhatian ramai adalah dengan adanya kedai-kedai barangan berjenama terkenal seperti H&M, Uniqlo, Padini Concept Store, Guess, Pandora, Nando’s, Starbucks Coffee, The Coffee Bean & Tea Leaf, Baskin Robins, Chi Fitness, Toy’s “R dan bermacam-macam lagi termasuklah panggung wayang Golden Screen Cinema dan pelbagai jenis restoran terkenal. Sehari mungkin tidak cukup untuk berjalan keseluruh bangunan yang tersergam indah ini.

Pastinya, Aman Central Mall ini, menjadi syurga membeli-belah untuk barangan berjenama di Kedah, tidak lengkap kunjungan ke Alor Setar jika tidak singgah di sini.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - BALAI BESAR

$
0
0

Assalamualaikum.

Destinasi jelajah Kedah ke 2 di daerah Kota Setar. Kali ini  kita akan ke 1 tempat terpenting dalam institusi diraja Kedah, iaitu Balai Besar.

Bangunan ini dibina pada zaman Sultan Muhamad Jiwa disebabkan lawatan beliau ke Palembang , Sumatra dan Pulau Malay Archipelago. Beliau mendapat inspirasi dari lawatan tersebut dan mengambil keputusan mendirikannya di Bandar Alor Setar .

pic credit to : www.skyscrapercity.com

Bangunan ini mengalami kemusnahan ekoran serangan oleh angkatan Bugis pada tahun 1770 dan serangan Thai pada tahun 1821. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1743), bangunan ini telah dibina semula pada tahun 1896. Kerja-kerja pembinaannya diketuai oleh Muhammad bin Lebai Tambi seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya Kedah bagi menyediakan balai ini untuk majlis perkahwinan lima orang putera dan puteri raja pada tahun 1904.

Balai Besar 1959
pic credit to : ensiklopedia-bahasa-malaysia.jbdirectory.com

Balai Besar Kedah dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan kerja-kerja seni pertukangan yang mengkagumkan. Balai Besar Kedah dibina menggunakan kayu cengal emas dan ia merupakan bukti kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu. Balai Besar Kedah mempunyai ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Balai Besar Kedah mempunyai sejumlah 42 tiang utama yang diperbuat daripada kayu keras yang masih kukuh sehingga hari ini. Balai ini dibina dengan menggunakan bahan kayu untuk tiang, atap dan lantai.

Lawatan Raja Chulalongkorn (Rama V) pada 1896

Selepas penyerahan kuasa dari Siam kepada British pada tahun 1909
pic credit to : www.geocities.ws


Bangunan ini dikekalkan dengan pembaikan serta ubahsuai tanpa mengubah ciri-ciri asalnya dan kini menjadi tempat untuk majlis-majlis istiadat di raja seperti Istiadat Mengadap , Perkahwinan Di raja , Kemangkatan dan sebagainya.

Sebagai anak jati Kedah, aku sendiri pernah menyaksikan sendiri perayaan  Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 2008. Dan ada 1 cerita yang ingin aku kongsikan. Mungkin kebetulan atau itulah pertanda dari Allah.

\
pic credit to : www.skyscrapercity.com

Kisahnya, pada hari tersebut, hujan lebat diwaktu pagi. Kebetulan, perarakan bergajah dari Istana Anak Bukit akan berakhir di Balai Besar dan Balai Besar ni hanya bersebelahan dengan pejabat lama aku. Disebabkan hujan lebat, maka aku hanya mampu sampai ke Balai Besar sekitar jam 9pagi, kiranya majlis hampir bermula. Ketika itu hujan sudah reda tapi masih lagi renyai-renyai.

pic credit to : zulchedin.fotopages.com

Apabila Tuanku Sultan dan Sultanah tiba, dan berangkat mencemar duli bersemayam di singgahsana, kumpulan Kombo PDRM mula memainkan lagu Rasmi Negeri Kedah, Allah Selamat Sultan. Semua rakyat jelata yang hadir tidak kira bangsa dan agama turut menyanyikan lagu itu.. Maha Suci Allah (tiap kali bercerita hal ni dan diwaktu aku sedang menulis entri ini, meremang bulu roma aku) langit yang mendung , yang tadinya dipenuhi dan ditutupi awan yang gelap, tiba-tiba bagai dikuak ketepi, hingga  menampakkan langit yang membiru dan sinar cerah matahari sampai di bumi..seolah-olah yang pagi itu tak pernah hujan pun dan aku terasa bahang terik matahari di pipi... Masya Allah..majlis berjalan lancar dengan dalam cuaca yang sungguh baik pada pagi itu.

Kepada yang ingin mengetahui perjalanan lanjut upacara bersejarah tersebut, boleh baca di link --> INI

Daulat Tuanku.. Daulat Tuanku.. Daulat Tuanku.. Tuanku Sultan kesayangan hamba rakyat, inilah rahmat yang Allah berikan kepada baginda..Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - BALAI NOBAT

$
0
0
Assalamualaikum


Hari ini kita akan ke Balai Nobat. terletak berhampiran Balai Besar dan berhadapan Masjid Zahir di Bandaraya Alor Setar. Berikut sedikit info dan sejarah Balai Nobat ini.

pic credit to : www.memori-kedah.com


pic credit to : reenaonline.com

Menjelang pembukaan Bandar Alor Setar pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Reka bentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ia diperbuat daripada kayu.
Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-24 (1854-1879), Balai Nobat yang baharu setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.
Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan baharu diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ia mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.

pic credit to : langyaw.com


Bangunan yang menyimpan peralatan muzik Nobat (Kumpulan Muzik Diraja di Istana). Bangunan Balai Nobat yang terdapat sekarang ini dibina pada tahun 1907 menggantikan Balai Nobat yang lama.Dengan ketinggian setinggi 40 kaki, di sinilah tersimpannya alat bagi permainan nobat Kedah yang dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu seperti pertabalan, kemangkatan serta upacara-upacara tertentu. Nobat Kedah dianggap nobat paling tua dan bersejarah.

Telah dirawayatkan bahawa munculnya Nobat ini semasa hayat Nabi Allah Ibrahim Khalilullah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaannya. Kemudian diperturunkan ke zaman Iskandar Dzulkarnain. Seterusnya diturunkan kepada semua Raja-Raja di Tanah Arab, sehinggalah ke negeri Kedah semasa pemerintahan Sultan Ataillah Mohamad Shah I.Dalam riwayat yang lain pula menceritakan bahawa masa pemerintahan Almarhum Sultan Ataillah Mohammad Shah, Raja Kedah yang Pertama, seorang saudara adindanya iaitu Tunku Mohammad Jiwa telah melawat ke negeri India. 

Semasa lawatan itu, baginda telah menyaksikan suatu persembahan bunyi-bunyian yang menarik sekali. Setelah diselidiki, baginda mendapat tahu persembahan itu ialah Nobat.Sekembalinya ke Kedah dipersembahkan perkara tersebut kepada Sultan Ataillah Mohammad Shah iaitu bunyi-bunyian yang menjadi kebesaran dan kemuliaan Maharaja Hindustan itu. Baginda Sultan kemudiannya berkenan mewujudkan satu kumpulan Nobat bagi menandakan kebesaran dan kemuliaan Sultan dan sekalian kerabatnya.Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat dimainkan, iaitu lagu "Raja Berangkat" sekali lagi dimainkan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.

Pada asalnya alat-alat muzik Nobat DiRaja Kedah mempunyai sembilan alat-alat muzik kesemuanya iaitu:
Nahara, Nafiri , Dua gendang besar, Gong, Dua serunai- satu berbunyi lagu dan satu berbunyi selurus, Dua cheng-cheng- dibuat dari tembaga iaitu satu besar dan satu kecil.
pic credit to : kakiberangan.blogspot.my

Tetapi semasa pemerintahan Sultan Mohammad Jiwa, alat-alat muzik Nobat ini telah dikurangkan menjadi 6 alat-alat muzik sahaja iaitu:
Nahara, Nafiri, Gong, Gendang Ibu, Gendang Anak, Serunai

Tiga alat muzik yang dikurangkan ialah:
Serunai yang berbunyi selurus tiada berlagu
Cheng-cheng tembaga besar
Cheng-cheng tembaga kecil

Pengurangan dalam jumlah alat muzik Nobat ini bertujuan untuk menghilangkan irama muzik seakan-akan muzik Hindu yang tidak melambangkan muzik tempatan dan berunsurkan Islam.

Selain daripada alat-alat muzik yang mengeluarkan bunyi, kumpulan Nobat DiRaja Kedah juga mempunyai muzik yang tidak mengeluarkan bunyi dikenali sebagai "semambu". Ia berfungsi sebagai Mahaguru kepada semua alat-alat muzik Nobat dan mesti ada bersama alat-alat muzik lain ketika dimainkan dan ianya dipegang oleh Kalau Besar.

Kepada yang melalui Lebuhraya Sultan Abdul Halim, eloklah singgah sebentar memandangkan Balai Nobat ini hanya di tepi jalan sahaja, mudah untuk dicari.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - BALAI SENI NEGERI

$
0
0
Assalamualaikum.

Masih lagi di Bandaraya Alor Setar yang sememangnya menjadi pusat tumpuan pelancong dan pengunjung ke Negeri Kedah.

Hari ini kita akan ke Balai Seni Negeri yang terletak berhampiran Balai Nobat dan Balai Besar atau dikenali sebagai Medan Bandar. Kedudukan bangunan ini yang berhampiran memudahkan pengunjung melawat kesemuanya sekali dengan mudah.

pic credit to : infinitrue.wordpress.com


Didalam bangunan ini dipamerkan himpunan hasil seni lukis, gambar , pertukangan tangan dan peralatan yang sinonim dengan kebudayaan dan tradisi rakyat Negeri Kedah. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals.

Galeri ini mengandungi berbagai-bagai hasil seni daripada karya anak-anak tempatan dan juga luar dari negeri  Kedah. Bangunan ini asalnya dibina khusus untuk Mahkamah Besar pada tahun 1912 yang dirasmikan oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1923 digunakan sebagai Mahkamah Tinggi dan Jabatan Audit , Perbendaharaan Negeri serta Pejabat Penasihat British.

pic credit to : sites.google.com/site

Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri yang menempatkan hasil karya dan koleksi seni yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman. Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri. Kini Balai Seni Negeri ini merupakan sebuah lagi mercu tanda yang sering dilawati bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi juga oleh pelancong-pelancong asing.

Bayaran Masuk
Percuma
Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)
"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - GALERI SULTAN ABDUL HALIM

$
0
0
Assalamualaikum..

pic credit to: langyaw.com

Kita ke Galeri Sultan Abdul Halim yang terletak di kawasan Medan Bandar Alor Setar, Kedah, Malaysia. Dahulu galeri ini merupakan Mahkamah Tinggi Alor Star. Namun ia diubah suai pada tahun 2007 untuk dijadikan sebuah galeri sempena Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. 
pic credit to : malaysiatravelbook.blogspot.my
Galeri ini mula dibuka untuk ramai dan dirasmikan pada 22 Februari 2009

Orang ramai dapat mengenali lebih mendalam lagi mengenai peribadi Sultan Abdul Halim, hobi dan Kesultanan Kedah jika mengunjungi galeri ini.

pic credit to : amanpeace @ www.skyscrapercity.com

Galeri Sultan Abdul Halim Ia memiliki himpunan hampir 2,000 barangan koleksi peribadi Sultan Kedah. Turut dipamerkan adalah dokumen rasmi, pakaian istana dan hiasan termasuk carta yang menunjukkan susur galur keluarga DiRaja Kedah bermula dari 1136 sehingga masa kini.
Bayaran Masuk
Percuma
Waktu Lawatan

Dibuka setiap hari 10.00 pagi hingga 6.00 petang
(kecuali 9.00 pagi dan tutup sementara. Buka semula mulai 3.00petang hingga 6.00petang

"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - GUNUNG KERIANG

$
0
0
Assalamualaikum..

Terpapar di dada akhbar arus perdana dan tabloid yang mengatakan, Gunung Keriang merupakan tarikan terbaru pelancong. Pada pendapat aku, kenyataan itu salah sama sekali. Gunung Keriang telah wujud sekian lama. Dengan khazanah alam iaitu garam kristal, gunung ini telah menjadi pusat rekrasi dan riadah sejak dahulu lagi.


pic credit to : harrizam.blogspot.my

Terletak 8km dari pusat bandaraya Alor Setar, Gunung Keriang turut dapat dilhat dari jauh sejauh perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah, ia bagaikan "penjaga" yang berdiri di tanah daratan .

Berketinggian 714kaki ada kisah mitos mengenainya. Konon cerita gunung ini berasal dari sebuah kapal yang membawa pengantin diraja, namun kerana keengganan puteri ini berkahwin, puteri telah disumpah oleh sang kelembai sehingga semuanya menjadi batu. Bukti mitos ini diperkukuhkan lagi dengan penemuantali panjang sebesar lengan yang dipercayai tali sebuah kapal. Tali ini bersambung pada sauhnya yang ikut terkena sumpahan sang kelembai itu.


pic credit to : www.exploring-malaysia.com

Terdapat juga batu yang berbentuk serombong kapal yang berlubang atau berongga di tengahnya. Terdapat juga batu-batu yang menyerupai manusia, kelihatan berpakaian seperti pengantin Cina bersanggul lintang. Dipercayai itulah puteri yang terkena sumpahan.
Ada yang mengatakan bahawa gunung ini berasal daripada sebuah pulau yang mengandungi banyak pokok keriang, lalu diberi nama 'Gunung Keriang'.
Tanda-tanda yang menunjukkan gunung ini berasal daripada sebuah pulau berdasarkan kepada terdapatnya kulit-kulit kerang dan kepah di sekitar gunung ini.

Dikaki Gunung Keriang juga terdapat Kampung Tradisional yang terdirinya beberapa buah rumah kampung melayu yang sangat cantik.


pic credit to : donribwan.blogspot.my
Di bahagian pintu masuk ke gua Gunung Keriang ini juga ada taman permainan dan riadah untuk seisi keluarga juga kehadiran monyet-monyet disekitar gunung ini mencuit hati pengunjung yang datang. 
Di bahagian belakang gunung ini juga terletaknya Muzium Padi dan entri mengenainya akan menyusul kemudian.



*info sumber utusan malaysia



"Kedah Malaysia..
where it all began"

DISCOVER KEDAH 2016 - ISTANA ANAK BUKIT

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ini kita akan ke Istana Anak Bukit.. Aku sendiri pun tak pernah jejak kaki kedalam kawasan istana walaupun boleh dikatakan setiap minggu melaluinya, tapi cukuplah dengan melihat dari luar, senibina yang sangat cantik dan unik.

pic credit to : www.president.com.my 
Pemilik asal rekacipta pintu gerbang istana


Terletak di bandar DiRaja Anak Bukit, Istana Anak Bukit merupakan kediaman rasmi Sultan Kedah iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, GCB, KStJ. Baginda dilahirkan pada 28 November 1927 dan telah ditabalkan menjadi Sultan Kedah ke 27 sejak 15 Julai 1958.


Istana Anak Bukit istana telah mejalani ubahsuai sebanyak RM70 juta sempena dengan perayaan ulang tahun ke-50 masa pemerintahan Sultan Kedah pada tahun 2008. Ubah suai ini bermula pada Februari 2009, merangkumi pembangunan gedung baru yang bakal menempatkan khalayak baru dan ruang makan yang boleh menampung sehingga 1,400 orang pada satu masa menggantikan jumlah khalayak maksimum sedia ada dan ruang makan yang hanya boleh menampung kurang daripada 1,000 orang. Bangunan ini selesai ubahsuainya pada bulan Oktober 2007.

pic credit to : mzaidi.com

pic credit to : syukury.wordpress.com

Aliran sungai yang disebut sungai Anak Bukit mengalir di bahagian belakang bangunan Istana ini dan mengalir melalui Alor Star, Kedah dihubungkan oleh Sungai Kedah ke muara Kuala Kedah.

*info sumber wikipedia

"Kedah Malaysia..
where it all began"
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live