Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

MY BARIATRIC JOURNEY : PROTIEN SHAKE

Assalamualaikum

Masa aku berjumpa doktor di HRPB dulu, aku juga dijumpakan dengan dietitian. Dietitian minta aku minum susu. Biasalah umur sekarang ni memang jarang minum susu. 

Aku juga jarang minum benda manis. Ada minum tapi bukan hari-hari. Atas nasihat dietitian juga yang mahukan aku membiasakan diri minum susu,maka aku kembangkan tekak untuk minum.

Kalau diikutkan aku disarankan minum 6kali sehari.  1bancuhan paling kurang 4 scop. Susu Ensure Gold atau Nutren Fiber ni..memang boleh botak kepala kalau nak minum macam tu. Mahal gila kot. So aku hanya ambil 1 kali sehari iaitu waktu breakfast.

Ini saiz shaker 400ml


Untuk membolehkan perut aku bertahan sampai tengahari, aku sediakan 2 scop susu + 1 scop protien Myotien + 2 scop physillium husk untuk lebih kenyang + 1scop horlicks..kalau tak ada perasa..aku boleh muntah. Sukatan ni untuk bancuhan 400ml air. Dengan sukatan ni, perut aku mampu bertahan sampai waktu lunch.

Bagi yang tak tahu apa itu psyllium husk..inilah dia.banyak jual di farmasi,tapi aku beli di Shoppe aje.

Mula-mula aku ambil susu ni, perut aku meragam hampir seminggu..sakit perut memulas-mulas. Aku berhenti sekejab dalam 1 hari,lepas tu aku ambil semula. Alhamdulillah..perut dah boleh terima.

Untuk ambil 6 kali sehari tu..lepas operation lah kot. Kalau sekarang..duit belum jatuh dari langit lagi. Kepada yang nak cuba minum protien shake macam aku,boleh ikut resepi dan sukatan yang aku bagi. Jangan lebih,kurang tak apa..asalkan ada sesuatu dalam perut..jangan biar perut kosong..tak memasal kena gastrik macam aku...padan muka!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

Trending Articles