Assalamualaikum
Ada yang mintak tips nk jawab KPSL paper undang-undang. Ini tips yang aku pakai. Alhamdulillah..sekali ambik aje dah 1st time ambik dah lulus.
1.Baca buku (tak faham pun tak apa asalkan baca)& tagging ikut tajuk(penting nih)
2.Sebelum jawab fahamkan soalan tu betul-betul dan kenalpastikan soalan itu berkaitan dengan "Tajuk/bab Apa dalam buku tu" (apa kehendak soalan)
3.Bila dah identifi "Apa Tajuk/bab"..terus buka buku.
4.Untuk jawab soalan boleh buat ayat mcmni
"Mengikut Akta xx, Seksyen xx.. bla bla....(huraikan seringkas mungkin jangan merepek-repek buat ayat panjang-panjang)
5.Jawapan yang perlukan point..tak yah buat karangan..tulis je camni
1. bla bla bla..
2. bla bla bla..
6.Salin balik akta yang berkaitan atas jawapan tu.
7.Tips ni terpulang pada korang nak pakai atau tak..tapi ini yang aku buat..Korang berangan-anganlah macam korang tu seorang lawyer yang telah fight kat mahkamah. Setiap percakapan mesti disertakan bukti dan akta yang kukuh yang tepat dengan kes (kiranya aku memang kes la hari tu..hahahh)
******
Aku rasa itu aje tips yang aku guna.Undang-undang ni sebenarnya lebih mudah sebab kita hanya guna 1 buku dan jawapan adalah secara direct bukan perlukan lojik akal.
Aku bagi contoh disini untuk jawapan tahun lepas
Soalan 1c:
Pn.Kristina yang mengikuti suaminya bertugas di Brussels Belgium telah pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak sulung dengan menaiki pesawat Lutfhansa sebuah syarikat penerbangan Jerman.Tanpa diduga Pn.Kristina mengalami sakit perut dan melahirkn seorang bayi dalam pesawat berkenaan ketika berada di ruang udara Thailand. Sila jelaskan nama negara yang akan di daftarkan sebagai tempat kelahiran bayi Pn.Kristina dan berikan justifikasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan berhubung penetapan negara tersebut.
*******
ok..di soalan ni dia dah cakap kat mana kita kena rujuk atau "Apa Tajuk dlm buku"..babnya adalah Perlembagaan Persekutuan.kat soalan tu pn dah kira ada klu untuk jawapan.so jawab macamni..
Jawapan
Nama negara yang akan didaftarkan adalah Jerman.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,Jadual Kedua, Bahagian Taksiran 19A. (*salin balik dr buku) seseorang bayi yang lahir dalam sesuatu kapal atau kapal udara berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah lahir di tempat di mana kapal atau kapal udara itu telah di daftarkan.
Oleh kerana kapal terbang tersebut milik berdaftar syarikat negara Jerman maka tempat kelahiran bayi tersebut perlu didaftarkan sebagai negara Jerman.
****
ok itu aje tipsnya.harap tips ini dapat membantu..
Adeuss!!!