Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

KPSL UNDANG-UNDANG 2012

$
0
0
Assalamualaikum..

Minggu ni memang aku kurang sihat sangat-sangat..

Tapi aku tetap nak berkongsi sesuatu kepada yang memerlukan. Entri ni mungkin memeningkan kepala orang yang tak minat tahu..tapi aku yakin iananya amat berguna kepada kawan-kawan yang telah..pernah an bakal menduduki Peperiksaan KPSL N27. ALhamulillah aku telah lulus ke 3-3 kertas. Kertas pertama yang aku lulus adalah Undang-undang umum.

Sebelum aku pergi lebih jauh, korang yang kurang berminat dengan entri ini silalah abaikan..kesian pulak korang nak baca panjang berjela nih.

Ada yang mengatakan Undang-Undang Umum atau Kertas 3 ni susah. Pada aku ,rasanya ini kertas yang agak mudah. Oleh yang demikian aku nak berkongsi jawapan peperiksaan tahun lepas yang aku pinjam dari kawan ofis. 

Untuk jawapan in aku tidak bagi secara direct. Maksud aku..aku tidakberikan jawapan seperti yang aku jawab dulu..tapi aku bagi secara "DI MANA BAB ATAU TAJUK YANG ANA PERLU RUJUK". Ini mengelakkan dari korang malas nak selak buku. Kalau korang nak tahu jawapannya,korang kena selak buku ikut "rujukan" yang aku bagi..

*****
Soalan 1 a) Norika Fujiwara dilahirkan di Tokyohasil pernikahan ibunya Puan Nana Ika seorang rakyat Malasysia  dengan bapanya seorang jurutera syarikat multinasiona warganegara Jepun. Pada 14 Februaru 2012, ketika berusia 4 tahun, Norika Fujiwara telah di bawa kembali ke Malaysia oleh ibunya setelah bercerai dengan bapanya di Jepun. Puan Nana Ika telah membawa Norika Fujiwara ke Pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya, memohon kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya itu.

Sebagai seorang Pegawai Pendaftaran, jelaskan status kelayakan Norika Fujiwara untuk memohon kewarganegaraan Malaysiadengan cara kuasa undang-undang dan berikan justifikasinya.

Jawapan: Rujuk Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Kewarganegaraan Bab 1, Perkara 15(2), 15A, Perkara 18


Soalan 1 b) Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah tinggal selama 2 tahun di Christchuch sebagai memenuhi syarat untuk memperolehi taraf permastautin tetap di New Zealand. Setelah berjaya memperolehi taraf permastautin tetap New Zealand itu, Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah pulang semula ke Malaysia utnuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi salam PilihanrayaUmum yang lalu.
Walaubagaimanapun, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah membatalkan hak Encik Klam Kar Bord sekeluarga untuk mengundi atas sebab Kerajaan Malaysia dengan perintah mahkamah telah pun melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuan mereka. Encik Klam Kar Bord tidak berpuas hati dan bercadang untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysiatersebut.
Jelaskan sama ada wujud sebarang prima facie yang boleh menjadi asas kepada Encik Klam Kar Bord bagi mencabar keputusan Kerajaan Malaysiamelucutkan hak kewarganegaraan Persekutuannya. Nyatakan justifikasi yang berkaitan.

*Sebelum itu ini maksud Prima Facie Mempunyai bukti kukuh untuk memulakan pendakwaan sesuatu kes :
Jawapan : Tidak wujud prima facie sebab : Rujuk Perlembagaan Persekutuan, Kewarganegaraan Bab 2, Perkara 23, 24(1) dan (2)


Soalan 1 c) Puan Kristina yang mengikuti suaminya bertugas di Brussels, Belgium telah pulang ke Malaysia  untukmelahirkan anak sulung mereka dengan menaiki pesawat Luthansa,sebuah syarikat penerbangan Jerman. Tanpadi duga,tiba-tiba Puan Kristina mengalami sakit perut dan telah melahirkan seorang bayi lelaki dalam pesawat berkenaan ketika berad diruang udara Thailand.
Sila jelaskan nama negara yang akan didaftarkan sebagai tempat kelahiran bayi lelaki Puan Kristina dan berikan justifikasinya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan berhubung penetapan negara tersebut

Jawapan: Rujuk Perlembagaan Persekutuan, Jadual-Jadual, Jadual Kedua, Bahagian 3, Peruntukan Tambahan Mengenai Kewarganegaraan, Tafsiran, Para 19A

*****


Soalan 2. a) DYMM Yang Di pertuan Agong dijadualkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Washington,AS mulai 27 Jun 2012 hingga 6 Julai 2012.Setelah itu Baginda akan terus berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah sebelum kembali ke Malaysia pada 13 Julai 2012.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, apakah tindakan tertentu yang perlu dilakukan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong sebelum berangkat meninggalkan Malaysia dan berikan justifikasi tindakan tersebut.

Jawapan : Rujuk Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 4, Persekutuan Bab 1, Perkara 33(1), Perkara 34(5)dan (7) DAN
Perlembagaan Persekutuan, Jadual-Jadual, Jadual Kelima Majlis Raja-Raja, Perkara 38(1) Fasal 6.

Soalan 2. b) Terdapat 3 keadaan yang menyebabkan seseorang Raja sesebuah negeri dalam Malaysia tidak layak untuk di pilih memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong.
Nyatakan tiga keadaan tersebut.

Jawapan : Rujuk Perlembagaan Persekutuan, Jadual-Jadual, Jadual Ketiga, Bahagian 1, Perkara 1 a-c

Soalan 2. c) Nyatakan jumlah undi Majlis Raja-Raja yang mencukupi untuk memecat Yang Di Pertuan Agong

Jawapan : Rujuk Perlembagaan Persekutuan, Jadual-Jadual, Jadual Ketiga, Bahagian 3


Soalan 2. d) Semua Raja bagi Negeri-negeri dalam Malaysia menerima gaji sebagai mana diperuntukan oleh Perlembagaan Negeri masing-masing.
Jelaskan sama ada seseorang Raja masih boleh diberikan gaji sebagaimana dperuntukan oleh Perlembagaan Negeri setelah dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong.

Jawapan : Rujuk Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 4, Persekutuan Bab 1, Perkara 34(a) dan (c)

*****


Soalan 3. Encik Asri berumur 30 tahun telah meninggal dunia dalam perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir  dan Diplomatik. Taraf jawatan beliau adalah tetap dan telah berkhidmat selama 4 tahun serta telah disahkan dalam perkhidmatan sebulan sebelum beliau meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia 5 tahun.


a)      Adakah Encik Asri layak diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen? Berikan alasan
Jawapan : Rujuk Akta Pencen, Seksyen 7(a) dan (b)

b)      Balu dan anak lelaki Encik Asri juga layak diberikan faedah-faedah persaraan atau apa-apa pampasan terbitan. Nyatakan sebabnya, tempoh pemberian dan jumlah pencen terbitan tersebut
Jawapan : Rujuk Akta Pencen, Seksyen 15(1) dan (2)

c)      Nyatakan keaadaan yang boleh menyebabkan faedah persaraan yang diberi lepada balu dan anak tersebut terhenti
Jawapan : Rujuk Akta Pencen, Seksyen 16A ,Seksyen 17 DAN Seksyen18

*****

Soalan 4. Senarai berikut merupakan beberapa kategori tanggungan kepada seorang penjawat awam yang telah diberika taraf sebagai pegawai berpencen”

i.                    Anak perempuan berumur 12 tahun
ii.                  Anak lelaki berumur 20 tahun tetapi telah berkahwin
iii.                Anak CACAT anggota kekal berumur 45 tahun
iv.                Janda
v.                  Balu yang telah berkahwin semula sebulan selepas penjawat awam itu meninggal dunia

Daripada senarai di atas, nyatakan:
a)      siapakah yang layak untuk diberikan pencen terbitan? Berikan alasan anda

b)      Siapakah yang tidaklayak diberi pencen terbitan?

Jawapan : Untuk kedua2 soalan ini ->Rujuk Akta Pencen, Bahagian III, Pencen  Terbitan Dan Ganjaran Terbitan


*****

Soalan 5 a) Encik Amran seorang warganegara Bangladesh telah diambil bekerja sebagai buruh oleh Syarikat Bina murni Sdn. Bhd melalui permit verja yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen kepadanya.
Adakah Encik Amran boleh mencarum lepada KWSP? Nyatakan alasan anda

Jawapan: Rujuk Akta KWSP,Bahagian I, Permulaan, 2.Tafsiran “pekerja” DAN Jadual Pertama(Seksyen 2) Fasal (6)

Soalan 5 b) Encik Salam mengusahakan perniagaan sendiri iaitu dengan membuka gerai makan dihadapan rumahnya. Beliau memperoleh pendapatan secara purata sebanyak RM5000.00 sebulan.
Adakah Encik Salam boleh mencarum kepada KWSP? Nyatakan alasan anda

Jawapan : Rujuk Akta KWSP , Jadual Pertama (Seksyen 2)


Soalan 5 c) Puan Salmah telah diambil bekerja oleh Dato’ Normah sebagai pembantu rumah.Beliau telah dibayar gaji sebanyak RM700 sebulan.
Adakah Puan Salmah boleh mencarum KWSP? Nyatakan alasan anda.







*****

Soalan 6. Encik Kamaruddin baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) di Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1 Feb.2012. Beliau yang menerima gaji sebanyak RM850 sebulan telah diminta membuat caruman lepada KWSP melalui potongan gaji.
a)      Mengapakah En.Kamarudin perlu mencarum KWSP?
Jawapan : Rujuk Akta KWSP , Bahagian V, Seksyen 43(1)

b)      Nyatakan kadar caruman yang perlu dibayar oleh En.Kamarudin kepada KWSP
Jawapan: Rujuk Akta KWSP , Bahagian V, Seksyen 43(1), DAN Jadual Ketiga
c)      Jelaskan dalam keadaan manakah En.Kamarudin boleh mengeluarkan kesemua carumannya dalam KWSP?
Jawapan : Rujuk Akta KWSP , Bahagian VI, Seksyen 54



Untuk soalan 5 dan 6 berkaitan KWSP. Pada yang nak ambik exam nanti aku cadangkan anda lawati web KWSP sebab kat situ lebih banyak maklumat berbanding AKta KWSP.aku tak galakkan jawab soalan KWSP kalau anda hanya bawa buku saja.

Semoga  entri ini akan memberi manafaat kepada yang memerlukan..Esok aku akn bagi tips macam mana nak jawab soalan KPSL ni..

Adeus!!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

Trending Articles