Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all 1113 articles
Browse latest View live

LACE & PEARL 11

$
0
0

Assalamualaikum..

Ini bukan baju pengantin..tapi baju nak pergi tengok pengantin. Baju milik sahabat lama aku masa sekolah dahulu.. Zainab Desa namanya..sekarang sangat popular sebagai pelukis Kaligrafi Murah dan beberapa kali masuk tv kate kooo..

Ini bukanlah baju pertama dia hantar kepada aku..Alhamdulillah dia sangat suka dengan baju ini..




Gambar baru ini dah hampir jadi pekasam dalam memori henpon aku..dari tahun 2014, sekarang baru aku publishkan untuk tatapan umum.. Kepada yang berminat nak aku jahitkan manik, boleh hubungi aku sms/wssp 0125677630.. 

Sekian untuk hari ini..Adeuss!!!


LACE & PEARL 12

$
0
0
Assalamualaikum..

Ini lagi..baju kawan aku tu..tauke Lukisan Kaligrafi Murah..si Zainab.. nak yang simple aje.. Taburan pearl di atas lace. Untuk pakai kenduri katanya...rajin sungguh cik kak ni pergi kenduri..



Ini jahitan tahun 2014..dah lebih setahun terperam gambar ni..ok.itu aje. Malas nak menulis banyak-banyak..Adeuss!!!

BUNGA KRISTAL - 5

$
0
0

Assalamualaikum..

Masuklah koleksi jahitan manik untuk Raya tahun 2014. Simple aje..sulaman kristal pada bunga-bunga kosong di hujung tangan dan bawah baju..



Susah juga nak matchingkan kristal yang sesuai dengan motif bunga di baju ni..dan sebenarnya aku tak berapa puas hati..macam ada yang tak kena..apapun, ini gambar tahun lepas..inilah yang jadi bila mood kelaut!..

Itu aje,,..sambung esok. Adeuss!!!

MANIK SIMPLE - 11

$
0
0
Assalamualaikum..

Manik lagi..Kali ni pelanggan nak yang simple aje. Katanya, jahit ikut kelopak bunga. Ini adalah jubah dan bunga ditangan dan kaki baju adalah sama. Memang aku mati kutu nak jahit baju ni,,pelanggan nak supaya nampak bunga tu sekuntum-sekuntum la lebih kurang..berhari-hari aku fikir macam mana nak buat,..

Aku memang tak ada idea langsung..akhirnya..ini yang jadi..



Keputusannya,..aku sangat tak puas hati..tapi pelanggan ok aje..tak apelah..dah dia ok..

Itu aje nak kongsikan hari ni.. Adeuss!!!

PEARL TABUR - CRUMBLE 33

$
0
0

Assalamualaikum..

Baju terakhir untuk jahit manik raya tahun 2014..sememangnya tahun ni aku kurang menjahit. Sejak berpindah ke Langkawi, rutin aku berubah..mood semua kelaut!

Ok..berbalik kepada baju yang dimanikkan.. yang ni pelanggan aku nak jahit di tangan dan bawah baju..malam ni baru aku perasan yang di gambar ni, part bawah baju tu nampak secoet je..masa tangkap gambar ni memang aku tak perasan langsung.


tengok bawah gambar...itu je yang terrrakam!..hishhh



Maka selesailah sudah entri tertangguh setahun yang dapat aku kongsikan kepada semua. Bagi yang berminat nak aku jahitkan manik, sila sms/wssp 0125677630. Di sebabkan mood aku kelaut, harapnya kepada yang nak hantar baju tu, sertakan design macam mana nak..otak aku dah jammed tak tahu nak fikir idea baru.

Sekian untuk hari ni. Esok aku akan tunjukkan hasil jahitan tahun ini pulak ya..kepada yang tak minat manik..sorry la..paksa korang tengok jugak. Adeuss!!!



SULAMAN TUDUNG - 3

$
0
0

Assalamualaikum..

Sekian lama juga aku menyepi dari menjahit manik..maka untuk raya tahun ni, aku menerima juga tempahan jahit..tapi dalam kuantiti yang sedikit..sekadar memenuhi masa lapang sahaja..

Aku mulakan dengan jahitan manik pada shawl.. pelanggan aku ni menghantar 6 helai butterfly shawl untuk aku jahit..dan inilah hasilnya..




Pelanggan aku minta jangan jahit pearl, takut terkopak katanya..maka aku menggunakan manik dan kristal sahaja..semoga beliau berpuas hati..esok dan hari seterusnya aku akan tunjukkan hasil jahitan yang lain pula..sila jangan muntah ya..Adeuss!!!

PEARL TABUR - CRUMBLE 34

$
0
0
Assalamualaikum..

Harap jangan ada yang muntah..bila sesekali aku update blog..kalau tak cerita jalan-jalan..cerita makan-makan..dan yang memenuhkan blog ini adalah cerita jahit manik.

Ini baju pertama untuk koleksi jahitan manik raya tahun 2015. Pelanggan ni nak crumble di pinggang baju..inilah hasilnya..



Pinggang cik adik ni mak oii..besar kerengga..sebelah paha aku je..comel betul orangnya.. apapun terima kasih la pada dia yang sudi cari aku dari Changlun ke Kepala Batas semata-mata untuk jahit manik dan aku harap dia suka dan berpuas hati..

Pada yang teringin nak manikkan baju, sila sms/wssp -012577630. Itu aje ok,, Adeuss!!!


BUNGA KRISTAL & MANIK - 2

$
0
0
Assalamualaikum..

Baju ke-3 untuk raya 2015, tanpa pearl juga. Gabungan bunga kristal dan manik di bahagian tangan sahaja.



Dibawah ini adalah baju yang sama, cuma flash kamera yang buat nampak lain..


Ok itu aje untuk hari ni..malas nak bebel banyak-banyak. Untuk tempahan boleh sms/wssp 0125677630..


MANIK SIMPLE - 12

$
0
0
Assalamualaikum..

Baju ke-4 untuk koleksi jahitan manik baju raya 2015. Simple sahaja, ditangan dan pelanggan ni memang tak suka pearl..

Agak sukar untuk aku matchingkan kristal yang ada sebab warna yang aku jumpa sangat terhad dan susah nak jumpa yang berkilau sikit..semuanya sebam ya amat..




Harap dia sukalah sebab dia serah bulat-bulat kat aku, jahitla macam mana pun..asalkan masa dia nak senduk lauk di hari raya, orang nampak baju dia ada manik blink-blink.heheheh

Ok..itu aje untukharini..Adeuss!!!

PEARL TABUR - CRUMBLE 35

$
0
0

Assalamualaikum.

Projek hari raya untuk  terakhir baju bagi tahun 2015 . Memang ketandusan idea, baju ni aku jahit 2 hari sebelum raya ..mula jam 9 malam..selesai pada jam 4.30pagi..

So..jemput tengok lah ye..simple aje untuk kali ni..




Entri ringkas sahaja..hanya ingin berkongsi dengan korang yang berminat.. Adeus!!!

ALAHAI EN.WAITER!

$
0
0
Assalamualaikum..

Hari ni..entri fresh dari apa yang berlaku di IG Dato Chef Wan hari ni. Aku agak baru follow IG Dato..sungguh memberi inspirasi dan idea dalam masakan.

Tapi kali ini bukan kisah dia memasak..tapi kisah seorang waiter AKA pelayan..tukang hidang makanan yang bahasanya sangat bongkak dan kurang adab.

Kisahnya, Dato Chef Wan muatnaikkan sekeping gambar tetamu yang sedang menikmati makan malam ala barat yang disediakannya di hotel The Datai Langkawi.. ada seorang adik komen..korang bacalah print screen ni..
ini gambar yang dimuatnaik oleh Dato Chef Wan

sila baca komen adik fahmi.nasir92
kemudian baca komen Dato (ayat mengajar orang yang tak tahu..dan tak sakitkan hati orang..
sekarang korang baca komen si mrtugix83 tu..

ini yang aku balas..

Baru kerja waiter dah berlagak nak hina orang. Maaf cakapla..statement yang berlagak macamni tak perlu keluar dari mulut kita kalau kita pun tak setara mana. Aku biarkan dia meroyan dan biarkan orang lain menilai sendiri. 

Aku bukan nak kutuk waiter. Tapi aku kutuk dia ni. Membusukkan nama waiter-waiter yang lain. Pernah korang dengar cerita atau tengok atau jumpa waiter yang spesis macam ni? dalam seribu mungkin ada 1...dan inilah 1 dalam seribu tu. Moga dia sedar diri lepas ni...hmmm mcam ni punya orang pun ada.




SULAMAN TUDUNG - 4

$
0
0
Assalamualaikum..

Lagi pasal manik. Untuk shawl. Pelanggan nak juntaian yang blink-blink.. inilah hasilnya..


Bagi yang tak dapat bayangkan mana letaknya manik tu..boleh tengok digambar ni..

Ok..itu ajelah nak tunjuk pasal manik ni..lepas ni kalau ada lagi,aku akan kongsikan disini. Inipun gambar yang jadi pekasam dalam henpon aku.. Apa pun kepada yang berminat untuk memanikkan baju atau tudung, boleh hubungi aku, sms/wssp 0125677630.. 

Adeuss!!!

PERMATA HATIKU

$
0
0
Assalamualaikum..

Entri tertangguh.. 20 Jun 2015 yang lalu, genablah 6tahun usia si montelku yang paling aku sayang.. Inilah 1-1nya permata hati, pengarang jantungku..tempat aku menumpang kasih, mencurah sayang..




Mohon doakan supaya kesayanganku ini menjadi anak yang soleh, mendengar kata, hormat orang tua, berbahagia didunia dan akhirat..amin..ya robal a'lamin..

dan entri ini aku tulis dan publishkan ketika usiaku menganjak ke angka 35tahun..sempena ulangtahun kelahiranku hari ni.. 10 Ogos 2015.

KUIH SIPUT CIK ABANG

$
0
0
Assalamualaikum..

Habis dah cerita manik..harini cerita kuih pulak. Inilah kisah aku..35tahun hidup ,ini kali pertama aku buat kuih raya.. itu pun sebab MyLaling (incik suami)..aku beriya-iya nak tolong..konpius jugak aku..ye ke dia boleh tolong dan buat kuih raya?? .. Kata orang belum try belum tau.. ada dasar semangat yang MyLaling bagi tanpa berbelah bahagi..sanggup jadi tukang tolak troli untuk beli barang ..maka kuih pertama aku buat untuk raya tahun ni adalah Kuih Siput..

Kisah membeli perkakas dan bahan..ada DISINI

Aku seumur hidup tak pernah buat, aku tak pandai nak gentel siput tu..tapi MyLaling kata dia pandai..oklah..aku cuba. Menggunakan resepi gerenti jadi..

Inilah bahan-bahannya;

KUIH SIPUT CIK ABANG

Bahan-bahan;
5cawan tepung gandum
1biji telur
1/2cawan margerin
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1sudu kecil serbuk jintan putih
1kiub pati ayam
3sudu besar serbuk cili
3sudu besar serbuk kari
1/2cawan udang kering(kisar-lebih udang lagi sedap)
Serbuk daun kari(jika ada..aku guna daun kari untu goreng terus je)
Santan (untuk menguli)

Cara-cara;
1.Satukan semua bahan, masukkan santan sikit demi sikit dn uli hingga lembut dan tak melekat di jari
2.Gentel siput dan akhir sekali goreng bersama dun kari hingga masak...SIAP!!
*sukatan tu boleh dapat 2 balang
*masa goreng , gunakan api sederhana dan bila warna dah kekuningan , gaul terasa siput tu dah keras,maka masaklah ia..

100% hasil gentelan siput MyLaling..huh..tak sangka dia pandai

Siap digoreng.

Kenapa aku namakan kuih siput ni Kuih Siput Cik Abang? sebab suami aku yang siputkan semua tepung. Aku tukang uli dan goreng je..huhu.(tolong jangan fikir lain ye!).Itu aje resepi gerenti jadi dari aku. Adeuss!!


MURUKU KETAM

$
0
0
Assalamualaikum..

Hari ni aku nak kongsi resepi simple lagi. Orang panggil resepi ni Kerepek Ketam..tapi pemahaman aku, kerepek ni berbentuk nipis dan lebar..so yang ni aku namakan Muruku sebab bentuknya halus macam muruku.

Kali ni, MyLaling jugak yang tolong koyakkan filamen ketam sebanyak 800g.  Senang dan sedap. 

MURUKU KETAM

Bahan-bahan;
1pek 800g filamen/stik ketam
3sudu kecil serbuk cukup rasa
2sudu kecil serbuk lada
2sudu kecil serbuk kari
Daun kari atau Daun limau purut dihiris halus (mana-mana pun boleh)

Cara-cara;
1.Koyak-koyakkan filamen/stik ketam tu sampai halus. Untuk mudahkan proses koyak ni,biarkan filamen ketam pada suhu bilik.. nyahsejukkan beliau ye..kompom senang nak koyak.
2.Gaul dengan semua bahan. Boleh tambah atau kurangkan lagi kuantiti bahan ikut sesedap rasa.
3.Rehatkan sebentar (5-10minit) dan goreng dengan api sederhana.SIAP!!
*Bila muruku yang digoreng makin ringan,maka masaklah!
*Sukatan bahan ni boleh dapat 2 balang

Inilah hasilnya..dah masuk balang baru teringat nak snap gambar..bertuah betul!

Memang sedap tau. Korang mesti cuba yang ni. Senang sangat. Sejam dah siap. Sebelum raya dah tinggal 1 balang..1 balang lagi dah habis kena kebas dengan MyLaling.. itu je untuk hari ni.. Adeus!!!


INCOME DARI NUFFNANG

$
0
0
Assalamualaikum.

Kali terakhir aku check income dengan Nuffnang adalah pada Mac 2013 CERITANYA DI SINI. Masa tu ada RM30 aje.. adui.

Aku abaikan Nuffnang..tak peduli hinggalah harini terasa nak tengok..

Alhamdulillah.. dah ada RM208.50

Aku buat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi Nuffnang untuk setahun dua lagi..biarla dia janakan duit untuk aku. Sesssak sesssak nanti, aku tebuslah duit ni. Dapat bayar domain dotcom aku ni pun dah kira syukur dah.

MENYETIMBOT DI DAPUR PAK YUSOFF

$
0
0
Assalamualaikum..

Petang semalam, lepas kerja aku bertolak balik dari Langkawi...sampai aje di Kuala Kedah.. terus Mylaling bawak ke restoran Dapur Pak Yusoff Steamboat & Grill . Lokasi di Kuala Sungai, berdekatan Caltex, berhadapan dengan kedai tayar. Mylaling belanja makan sempena birthday aku hari 10 Ogos lepas..

Besar signboard dia, kalau tak nampak lagi taktaulah!

Antara bahan steamboat yang disediakan

Sayur dan salad

Konsep makan kat sini , ambil lah berapa banyak korang nak makan. Pekerja akan setkan dapur, tuangkan samada kuah sup atau tomyam mana yang korang nak..

Macamni..pastu korang rebus dan grill lah sesuka hati dengan gunakan bahan yang disediakan


Berapa banyak korang makan..inilah sahaja harganya. Harga termasuk desert aiskrim dan air minuman yang dah disediakan (boleh oder yang lain selain yang disediakan..tapi caj lain untuk air tu) . Ada juga simple laicikang. Makanlah sampai pengsan!

Memang puas hati..

Korang boleh ceduk sesuka hati sebanyak mana korang nak..tapi tak habis makan..siap!

So jangan membazir. Ambik sikit-sikit..makan pelan-pelan.. hasilnya kenyang tersandar! Berbaloi dengan apa yang korang bayar. Aku 100% rekomenlah restoran ni.. 
Ini lokasi restoran Dapur Pak Yusoff Steamboat & Grill ni. So..bolehla korang cuba ye!

Itu aje entri aku..Adeuss!!


ASAM PEDAS IKAN PARI

$
0
0
Assalamualaikum..

Hari ni aku nak kongsikan resepi Asam Pedas Ikan Pari simple cara aku lah . Campak-campak siap kekdahnya..



Bahan-bahan;(kuantiti suka hati koranglah..aku pun main campak je)

Ikan pari (potong 2) 
Cili kering,Bawang merah,Bawang Putih dikisar
Asam keping
Daun kesum
Belacan
Serbuk kunyit (sikit aje)
Bunga Kantan
Bendi

Cara-caranya;
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar,daun kesum dan belacan.(kalau nak letak lada hitam pun ok..aku tak letak sebab Mylaling tak suka)
2. Tuangkan air untuk kuah dan masukkan asam keping( kalau suka masam lebih ..letak lebih..aku letak banyak juga) dan serbuk kunyit
3. Didih aje kuah masukkan bunga kantan,ikan dan bendi.. garam gulakan sesedap rasa sendiri.
SIAP!!! 

Tadaaa!!! apa lagi..jemputlah bersantap..
Inilah asam pedas citarasa aku..mesti pedas,mesti masam..baru cukup syarat..

Adeuss!!!



DOAKAN PAK PIEE

$
0
0
Assalamualaikum..

Ini Pak Piee

Crdt pic Hashim Rejab

Pak Piee di khabar tidak sihat dan telah dimasukkan ke hospital akibat demam dan jangkitan paru-paru. Dan perkhabaran terkini, beliau sudah dibenarkan keluar wad.

Pak Piee antara 3orang pelawak veteran yang masih ada selain Datuk Jamali Syadat dan Pak Hamid Gurka. 

Pak Piee telah menghiburkan rakyat Malaysia sejak  3generasi. Jasanya dalam industri hiburan dan seni sudah cukup banyak..cuma aku terkilan..tiadakah yang sudi memberi penghargaan kepadanya.. sedangkan penyanyi dari seberang yang baru setahun jagung masuk ke Malaysia pun dah diberi gelaran datuk..inikan pula anak jati Tanah Melayu..

Adakah nasib Pak Piee akan sama seperti mereka-mereka yang telah tiada? Hanya mendapat anugerah setelah mereka pergi tak kembali.. Lebih sedih..sudah tiada pun tidak dikenang lagi seperti Allahyarham Pak Maidin iaitu sahabat baik Pak Pie.. adilkah untuknya? fikirkan...

Moga Allah beri kesihatan yang baik untuk Pak Pie..amin.

KERABU LIMAU BALI

$
0
0
Assalamualaikum..

Serius, kali pertama aku diperkenalkan dengan makanan ni, aku pelik sepelik-peliknya. Aku tak pernah dengar, tak pernah tengok, tak pernah makan dan tak pernah tahu pun..kesian betul!

Dan setelah makan, tak sangka memang sedap. Aku kongsikan resepi Kerabu Limau Bali ni untuk kurang cuba

KERABU LIMAU BALI

Bahan-bahan;
Isi limau bali yang sudah dileraikan
Cili padi hiris nipis( kuantiti ikut tahap kepedasan sendiri)
Ikan bilis goreng( boleh ganti dengan sotong kering nipis yang boleh makan terus tu-hiris nipis)
Serai, bawang merah, bunga kantan (hiris nipis)
Sos ikan( tak de pun tak pe)

Cara-caranya;
Campur je semua..siap!

Kalau dapat limau bali yang masam laaaagi sedap. Kalau limau bali tu jenis yang hambar rasanya,boleh perahkan sedikit limau nipis. Aku makan macam tu aje

Inilah rupa Kerabu Limau Bali

Ok..selamat mengkerabu! Adeuss!!

Viewing all 1113 articles
Browse latest View live