Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

BASIKAL LAJAK UNDANG MAUT

$
0
0
Assalamualaikum.

Harini aku nak sebut 1 hal yang diluar konteks biasa artikel dan entri aku selama ini. Isu Basikal Lajak.

Hingga ke hari ini aku tercari-cari siapa yang mereka basikal maut ini. Yang sedihnya, aku tak pernah nampak selain dari anak Melayu yang bermain dengan basikal ni.. korang ada nampak anak cina main basikal lajak?? Kalau ada tolong bagitau kat aku berserta gambar sebagai bukti.

Pic google
Inikah yang patut dibanggakan??

Pic Credit NST
Pada tahun 2001, basikal ini dikenali sebagai Mosquito Bike atau Basikal Nyamuk, namun ia masih kurangn terkenal berbanding sekarang.

Boleh dikatakan 100% yang mengikut trend membunuh ni adalah anak Melayu. Sedih sangat bila difikirkan. Apa tindakan pihak berkuasa bagi mengekang penjualan basikal pembunuh ni?

Tak perlu aku letakkan gambar hasil pembunuhan terhormat basikal lajak di sini. Korang google la sendiri.

Sebagai ibubapa..tolonglah.. tolongan jangan benarkan anak-anak anda bermain dengan "senjata" berbahaya ini. Kadang-kadang aku rasa terkilan dan terfikir betapa bodohnya ibu bapa yang sanggup "membunuh" anak sendiri hanya kerana nak penuhi permintaan anak. 

Fikir-fikirkan..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113