Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

MY BARIATRIC JOURNEY : BARIATRIC SURGERY

$
0
0
Assalamualaikum

Harini aku nak berkongsi info mengenai Bariatric Surgery atau pembedahan bariatric. Apa itu Bariatric Surgery? Ini jawapannya.

Bariatric Surgery dalam bahasa mudahnya pembedahan ikat perut. Ini betul-betul ikat perut bukan "ikat perut" seperti simpulan bahasa tahan lapar tu..

Pembedahan ini membantu mereka yang obes,atau berat berlebihan untuk menurunkan berat badan. Selain itu ia mampu mengatasi penyakit diabetes,sakit sendi dan sakit belakang dengan cara mengurangkan saiz perut yang akan menghadkan kuantiti makanan yang dimakan sekaligus mengurangkan penyerapan dan pencernaan makanan. Bahasa mudahnya, makan sikit dah kenyang sebab saiz perut sudah dikecilkan.

Ada 3 jenis pembedahan bariatric yang boleh dilakukan mengikut latarbelakang kesihatan individu iaitu;

1. Sleeve Gastrectomy
Kadar penurunan berat : Sangat cepat
Tempoh dihospital : 3-4 hari
Tempoh pemulihan : Tiada data
Kadar serapan nutrien : Tidak terjejas
Risiko : 17.1% pendarahan atau komplikasi lain


2. Gastric Bypass
Kadar penurunan berat : Sangat cepat
Tempoh dihospital : 2-3hari
Tempoh pemulihan : 18 hari
Kadar serapan nutrien : Terdapat beberapa mineral yang sukar diserap
Risiko : Sederhana


3. Adjustable Gastric Band
Kadar penurunan berat : 55% dalam 5tahun
Tempoh dihospital : Discharge pada hari yang sama
Tempoh pemulihan : 7 hari
Kadar serapan nutrien : Tidak terjejas
Risiko : Rendah

Itu sahaja sedikit info ringkas mengenai Bariatric Surgery. Lain-lain info akan menyusul. 




***pic google, credit to unknown owner

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

Trending Articles