Assalamualaikum..
Entri ni bukan nak memalukan sesiapa. Tapi dah lama aku perhatikan seorang makhluk Allah ni. Sering mencampur adukkan politik dan kerja. Kalau fanatik sangat, janganlah terlalu menunjuk-nunjuk. Post orang ni aku dapat dari sebuah Fb Group yang sepatutnya membincangkan hal ehwal kerja.
Aku tak tau apa motif dia.Tapi aku benci dengan perbuatan dia. Mengundang sakit hati orang yang tidak suka politik macam aku..
Dia ni suka menyindir dan membangkitkan sentiment politik dalam group tu..
15 Jan - aku baca sahaja apa yangdia tulis..
17 Jan - aku baca juga dan tengok apa lagi dia mau
24 Jan - sudah kelihatan melampau..
28 Jan -.yang ni aku balas, sebab dia memang melampau.
Yang dia tahu, minta gaji naik, elaun itu..elaun ini..Tak tahu bersyukur yang dia sudah senang bila boleh kerja dengan kerajaan. Dia tak tahu, bila gaji dan elaun naik..barang-barang akan naik harga. Yang jadi mangsa adalah orang yang tidak bekerja dengan kerajaan, orang kampung, . Bukan aku menolak untuk naik gaji..sapa yang tak mahu naik gaji memang bodohlah..TAPI..kenapa dia kaitkan semua ni dengan politik?
Group untuk membincangkan hal ehwal kerja dah jadi medan berpolitik dan kempen politik.
Kau dah salah tempat la Mat!
Serius aku benci !