Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 11

$
0
0
Assalamualaikum

Mencari tempat makan muslim, dek kerana kecewa kantin Masjid Ammar dah tutup haritu, tak sempat merasa dimsum halal, aku tak nak pulang dengan berputih mata. Kami menapak dari Urban Council Centenary Garden balik ke stesen TST dan naik MTR  ke stesen Prince Edward.

Tertarik tengok ni..penggunaan buluh yang maksima untum buat bangunan tinggi..tetiba teringat Jackie Chan selalu lawan kungfu guna buluh.

Jarak dari Stesen Tsim Sha Tsui dan Ma's Restaurant yang bertanda merah.

2 stop aje, line merah

Turun di Prince Edward , menapak ikut map.

Turun dari stesen Prince Edward jalan terus sampai hujung simpang 3 dan ambik kiri. Mula-mula tu kami tak nampak restoren ni. Hati-hati sebab simpamh kiri ada 2..ambik yang depan. Kami pun 2 kali lalu kawasan yang sama, baru perasan. Sebelah kanan restoren ni ada flyover.

Zoom sikit



Alhamdulillah, dapat jugak merasa. Ramai pelancong Malaysia makan kat sini

Selesai makan, hati ada senang, kami berjalan-jalan dulu. Nak cari Argyle Street. Dah tak jauh dah..menapak lagi..




Dekat kawasan ni juga ada Ladies Market.. inilah baru kami nak shopping ole-ole..aku beli T-Shirt aje untuk rakyat jelata kat kampung. Harga biasa saja. Macam pasar malam kita. Kena pandai bargain.










Rezeki tengok free show

Dan balik kami naik MTR di stesen Mong Kok.

Bersambung ..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

Trending Articles