Assalamualaikum...
Tengok sikit tajuk...Filem Seram Pertama Di Tanah Melayu ye..bukan di Malaysia. Ini bermaksud filem yang mula-mula sekali wujud di negara kita ini. Nak tahu filem apa?
Ini dia..filem Pontianak. Diterbitkan pada tahun 27 April 1957. Ditayangkan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun yang sama dengan tahun kemerdekaan negara kita..Kita bebas dari penjajah British, tapi telah dijajah oleh hantu didalam filem..Diterbitkan oleh Cathay-Kris Film Production.
Hari pertama tayangan
Hari terakhir tayangan
Filem ini dibintangi oleh Maria Menado..inilah "Pontianak" pertama di negara ini.
Dan di arahkan oleh BN Rao, namun skrip asal ditulis oleh Abd. Razak Syeikh Mohammad atau dikenali sebagai Promoter A.Razak.
A.Razak (kiri) dan Produser Ho Ah Loke
*credit to :http://filemklasikmalaysia.blogspot.com
Filem ini telah menjadi filem Box-Office dan memenangi Anugerah Festival Filem Asia Pasifik ke-4 di Tokyo Jepun pada 1957. Kutipan tiket pada waktu itu ialah $20,000( pada masa ini tanda RM belum wujud ye..pun begitu tanda $ tetap disebut sebagai Ringgit).
Nampak amaun tu macam kecik aje kan..tapi pada zaman itu abah aku cakap 1sen boleh beli macam-macam. Agaknya $20,000 tu macam 2 juta la kot.
Pun begitu ada kisah sedih mengenai nasib filem ini. Di katakan gulungan filem yang asal telah dibuang oleh Pordusernya Ho Ah Loke ke dalam lombong tinggal di Kuala Lumpur kerasa kesal dan kecewa pada waktu itu tiada medium atau badan yang berfungsi untuk menyimpan filem-filem yang telah ditayangkan dan juga kerana tiada siapa yang peduli pasal filemnya.
Pun begitu ada kisah sedih mengenai nasib filem ini. Di katakan gulungan filem yang asal telah dibuang oleh Pordusernya Ho Ah Loke ke dalam lombong tinggal di Kuala Lumpur kerasa kesal dan kecewa pada waktu itu tiada medium atau badan yang berfungsi untuk menyimpan filem-filem yang telah ditayangkan dan juga kerana tiada siapa yang peduli pasal filemnya.
Menurut wikipedia, dinyatakan ada penonton yang sampai pengsan-pengsan masa menonton filem tu.
Selepas filem Pontianak, maka wujudkan filem-filem sekuel darinya seperti, Dendam Pontianak(1957) Anak Pontianak(1958), Sumpah Pontianak (1958) dan macam-macam lagi filem seram dan hantu yang keluar. Pun begitu sekarang ni kalau di tengk baik filem ni, pastinya ada yang ketawa sebab nampak kelakar. Tapi dizaman kegemilangannya dulu, filem ini memang boom..maklumlah filem hantu yang pertama keluar panggung.
Apapun pujian patut diberi pada mereka-mereka yang terlibat dalam filem ini. Mereka dalah manusia yang paling kreatif pada itu. Mampu buat filem yang diluar jangkaan fikiran manusia pada waktu itu.
1 aje persamaan antara Pontianak dulu dan sekarang.. yang jadi pontianak tu cantiknya bukan main lagi..kan?