Assalamualaikum..
Kenal siapa ini?
Kenal siapa ini?
Mungkin kurang jelas..atau tidak perasan..cuba tengok di bawah ini...
Ya..inilah dia Belalang (Filem Nujum Pak Belalang)
Watak seorang budak yang pintar dan rajin. Aku yakin ramai peminat filem ni. Tengok berkali-kali pun tak jemu. Filem yang sarat dengan mesej dan pengajaran.
Pelakon kanak-kanak yang memegang watak "Belalang" ini bernama Mohd Ali Bin Mohd Latif atau lebih dikenali sebagai Bat Latih. Dilahirkan pada 10 Jun 1951 di Changi, Singapura.
Selain dari filem Nujum Pak Belalang, beliau juga turur membintangi filem-filem lain yang terkenal di era itu , antaranya filem Batu Belah Batu Bertangkup, Lela Manja dan Singapura Di Langgar Todak.
Mendapat nama "Bat" dari gelaran "Jebat" yang telah diberikan oleh A.R Tompel kerana kenakalannya masa kecil.
Beliau telah merangul Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Asia Pasifik pada tahun 1960 dan merupakan anak melayu (kanak-kanak) yang pertama yang memenanginya.
Berhijrah ke Malaysia dan menghembuskan nafas terakhir sendirian di kediamannya di Taman Melawati tanpa diketahui sakit yang dideritainya..
10 Jun 1951 - 3 Mei 2005
Al-Fatihah