Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

CERITA LOGO APPLE

Assalamualaikum..

Penat gelakkan kisah Jambatan Bunian di PD semalam..hari ni jom kita baca kisah disebalik logo Apple iaitu antara syarikat pengeluar gadjet terkemuka dunia.


Aku pernah terfikir, kenapa logo Apple tu mesti buah epal yang dah di gigit..kenapa tak buah epal yang sempurna..


Maka aku pun merajinkan diri bertanyakan Pakcik Gugel..so inilah jawabnya..

  • Logo ini diinsipirasikan untuk Alan Turing yang dikenali sebagai Bapa Komputer Moden yang mengakhiri hidupnya dengan memakan buah epal yang mengandungi sianida

  • Gigitan pada epal ( Gigit = Bite) mewakili memori sebuah komputer atau gadjet iaitu bytes
  • Epal yang digigit juga diumpamakan sebagai ilmu pengetahuan. 1 gigitan disimbolkan sebagai manusia tidak boleh mendapatkan semua ilmu, tapi hanya sebahagian sahaja
  • Juga diinspirasikan dari Kisah Adam Dan Hawa yang memakan buah quldi sehingga wujudnya halkum atau dalam bahasa Inggerisnya Adam's Apple
  • Steve Jobs , pengasas Apple dikatakan seorang peminat Kumpulan The Bettles, maka beliau meniru gambar dari cover album kumpulan itu


  • Juga dikatakan Steve seorang vegetarian dan suka makan epal, maka beliau menamakan dan menggunakan logo buah epal ketika mula merancang untuk menubuhkan syarikatnya iaitu Apple Inc.
  • Bagi mengenang Sir Isaac Newton yang telah menemui teori graviti setelah melihat bauh epal jatuh dari pokok
  • Epal yang digit bagi membezakan epal dengan buah tomato yang mempunyai bentuk yang hampir sama. 
Pun begitu..pereka asal logo Apple Rob Janoff menyatakan bahawa logo itu direka mengikut kreativitnya dan tidak mempunyai makna. Hanya dia yang tahu jawapannya..

Sekianlah adanya...

Adeuss!!!






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113