Assalamualaikum..
Lama tak menulis. Sibuk. Maklumlah dah hujung tahun..akan jadi rutin bagi orang yang buat kerja kewangan macam aku..nak tutup akaun la kekdahnya..
Semalam perlawanan bola untuk menentukan siapakah yang layak ke final Piala AFA Suzuki.. menemukan Malaysia dan Vietnam..
Aku secara peribadi sangat malu dengan sikap segelintir penyokong bola sepak negara. Tak kira perlawanan luar negara atau sesama sendiri. Fanatik tak tentu hala sampai sanggup pukul memukul sesama sendiri.. Yang terlibat tu confirm atas kad pengenalan ditulis agama Islam..tapi perangai Masha Allah!
Harimau Malaya tewas di Shah Alam minggu lepas..dan tak pasal-pasal penyokong Vietnm kena pukul sampai berdarah. Tapi semalam, kehadiran penyokong Malaysia disambut secara hormat..dan tak ada pulak orang Malaysia yang pecah kepala kena pukul.
Malu..memang malu. Walaupun majoriti orang Vietnam beragama Buddha, tapi mereka bertindak lebih mulia dari kita. Melayan musuh dengan baik itu adalah sebenarnya sindiran yang memalukan kita sendiri.
Kerana bola pun sanggup pukul memukul..itulah sikap paling kurang ajar. Sedar ke tidak..jangan ingat kita sahaja yang kuat..cuba kenang balik..macam mana kuatnya rakyat Vietnam menentang pencerobohan Amerika masa perang dulu..dengan serpihan bom Amerika pun mereka boleh bina bom yang baru..melawan tanpa senjata ditangan..menggali terowong beratus kaki tanpa disedari musuh..kalau mereka nak "lanyak dan ganyang" kita..memang boleh sangat..
Sesungguhnya..kita hanya menang bola (itu pun belum tentu..silap-silap lumat dibelasah Thailand nanti).. tapi Vietnam telah menang jiwa..walaupun kita lebih maju dari mereka..tapi mereka "maju" jiwa dan persaudaraan.. malunya...
#SorryVietnam