Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

12 TAHUN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

$
0
0
Assalamualaikum..



14 Januari 2002
Dengan bersemangatnya aku melangkah kaki menuju Putrajaya untuk melapor diri sebagai penjawat awam. Pelbagai persoalan timbul..perasaan bercampur baur..

14 Januari 2013
Genablah 12tahun aku berkhidmat untuk negara. Walau jasa itu kecil sahaja..tidak setanding dengan apa yang negara telah beri pada aku.

12 tahun ..
aku mengenal sikap dan sifat manusia
aku belajar dan di ajar tentang kehidupan
aku terima rezeki atas usaha dan kederat sendiri

Syukur..
Ketika usiaku 22tahun, aku sudah mampu berkereta sendiri
Ketika usiaku 25tahun, aku sudah mampu memiliki rumah sendiri
Semuanya atas rezeki yang aku terima hasil berkhidmat dengan kerajaan.

Aku akan terus berkhidmat hingga ke akhirnya..
Tak kisah walau tidak dihargai manusia..
Tak peduli walau tidak dinilai dengan seadilnya oleh hamba tuhan..
Yang penting.. Allah telah memberi aku yang terbaik.

Siapa yang buat aniaya pada aku..adalah balasanNya nanti..
Siapa yang menzalimi aku..adalah hukumanNya nanti..
Siapa yang adil dengan aku..adalah ganjaranNya nanti..

Aku terima dan aku redha.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113