Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

INI CERITA AKU

$
0
0
Assalamualaikum..

Aku jarang sekali nak bercerita perihal peribadi..yang selalunya aku cerita pasal manik,pasal jalan-jalan.. pasal hidup? amat jarang.


Ini cerita aku...

TADIKA
Hari pertama aku dihantar oleh kak long aku..dan kemudian menjadi rutinnya untuk hantar dan ambil aku setiap hari..

DARJAH 1
Hari pertama aku dihantar abah untuk pendaftaran. Dan hari seterusnya aku ke sekolah dengan kak cik..aku membonceng basikal yang kak cik kayuh. Bila aku dah pandai kayuh sendiri,aku ikut kak cik dari belakang.

DARJAH 2-6
Hari pertama sekolah aku pergi sendiri(sebab sekolah petang)..darjah 3-5 aku dan adik follow kak cik. Darjah 6 aku pulak di follow adik. Abah hanya bagi duit untuk daftar dan duit buku..lain-lain aku uruskan sendiri dengan cikgu

TINGKATAN 1
Hari pertama aku ke sekolah,kak cik yang bawak aku. Dan seterusnya hari-hari naik bas. Seperti biasa, daftar dan bayar yuran dan buku semuanya sendiri..duit abah bagi..begitulah sampai Tingkatan 3.

TINGKATAN 4
Hari pertama daftar..(aku dapat masuk sekolah Vokasional Sg.Petani 2/tahun 1996)..abah sewakan teksi..kak cik temankan aku sampai pintu pagar..teksi tak boleh tunggu lama..maka kak cik terpaksa balik dengan teksi tu.dan tinggal lah aku seorang diri menguruskan semuanya..beg-beg aku terpaksa ditinggalkan di Dewan Besar..lepas daftar sekolah..kena daftar kelas..lepas daftar kelas kena daftar asrama..jaraknya mak aih..jauh gila..

Daftar asrama di Dewan Makan..jarak dari Dewan Makan ke Bilik Asrama amat memenatkan turun naik bukit.. Bila aku samapi di bilik, senior terkejut aku datang tanpa beg..aku cakap beg ada kat Dewan Besar..lagi bertambah terkejut..aku datang seorang diri. Itulah kali pertama aku kenal Kak Rie(al-fatihah untuk almarhumah.. ) Bila dah sahih bilik dan katil aku..maka aku berjalan pulak ke Dewan Besar untuk ambil semua beg..bayangkan..berapa beg yang perlu aku pikul dengan barang-barang keperluan asrama dari jarak hampir 3km..

Jari, tangan, kaki, bahu..semuanya sakit. Sampai di bilik aku terpinga-pinga tak tau nak pasang cadar..seorang senior datang membantu aku..Itulah senior yang aku sayang Kak Fizah..dialah yang ajar dan tolong aku pasang cadar..mata aku sempat menjeling kawan se dorm yang riuh rendah dengan mak ayah abang yang tolong pasang cadar, kemas loker itu ini..lepas siap diorang keluar ramai-ramai beli barang..aku?..siap semuanya aku hanya tersandar keletihan di loker..

Terkial-kial nak kemas loker.. senior yang paling aku sayang Kak Umey yang tolong aku.
Malamnya baru aku sedar (itupun lepas di tegur BFF aku hingga ini Cuda) bahu aku lebam berbirat kedua-dua belah akibat menggalas beg yang berat.. (aku senyum tapi dalam hati aku meraung kesedihan)

IPT
Aku ditakdirkan dapat sambung study di Negeri Sembilan..kerana jarak yang jauh dan aku tak pernah samapai..maka aku di hantar oleh kak long dan suaminya dan juga mak aku.. Lepas siap semuanya diorang balik, maka bermulalah episod hidup di rantauan...

KERJA
Rezeki memihak pada aku bila aku di tawarkan berkerja dengan kerajaan (2001)..Hari pertama seperti kelaziman ..aku menaiki bas dari Guar Chempedak ke KL (sebab dah biasa berulang masa study dulu). Aku tak berapa kisah pasal tu. Sebelum itu aku tanya dengan sepupu aku yang bekerja di KL..dan dia memberi petua kepada aku bas apa yang patut naik untuk ke Putrajaya.
Aku ke Putrajaya setibanya di KL..sampai disana dan siap semua proses aku merayu minta ditempatkan di Kedah..Alhamdulillah..dapat.. ambik bas terus ke Pudu dan malam itu juga balik ke Kedah.
Semuanya..sendiri..dan sendiri lagi..

*****
Itu cerita aku..

Maka amat beruntunglah anak-anak sekarang..yang semuanya berteman ibu bapa tak kira dari Darjah 1 sampai ke alam kerjaya.. Apa yang aku lihat masa aku melapor diri di Putrajaya, bukan setakat ibu bapa..siap denga tok wan..tok nek..pak su mak long..aduh..sorang nak kerja tapi yang menghantar 1 van..bahagianya....

Memang rasa cemburu..kadang-kadang sedih mengenangkan.. Beruntungnya budak-budak sekarang.. Bertuah badan...




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113