Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

GERAN KERETA HILANG?

$
0
0
Assalamualaikum..

Ini 1st time aku terlibat dengan perkara macam ni.. roadtax kereta bulan 11 ni dah nak mati..baru aku teringat pasal geran kereta..

Selama ni aku tak peduli pasal geran kereta sebab geran bank yang pegang. Tapi mulai tahun lepas, hutang kereta dah langsai dan geran pun bertukar tangan..

Bila tiba time nak renem roadtax dan insurans, baru sedar..dan teringat nak cari..manalah aku letak geran ni. Ntah hantu toyol mana yang sorokkan geran aku tu.Rumah ni bukan banglo 10 bilik. Punya melilau aku cari tak jumpa.

Last-last terpaksalah aku buat kunjungan hormat ke JPJ untuk buat geran baru. Mujurlah tak jauh..tak sampai  minit jalan kaki dan turun lif kat ofis aku..dah sampai..

So hari ni aku nak kongsikan dengan korang..cara-cara untuk dapatkan geran baru..

Kena isi 2 borang aje..Boleh dapatkan secara online atau di pejabat JPJ..kalau nak yang online, korang klik BORANG PERMOHONAN SALINAN GERAN dan Borang Senarai Semak(yang ni ada kt JPJ)

Ala,.tak susah pun..sampai aje kat JPJ korang cakap je nak buat geran baru sebab geran hilang, diorang akan bagi borang untuk di isi..




Siap isi borang, serah aje kat kaunter... bayar RM50 untuk geran kereta atau RM20 untuk geran motor..sila tunggu sebentar..

pastu.. SIAP!

Tak perlu repot polis..tak perlu pemeriksaan PUSPAKOM..dan aku amat berterima kasih pada En.Fadzly (kalau tak salah aku..)..kerani kaunter JPJ Wisma Persekutuan Anak Bukit yang sangat best melayan pelanggan.. TUMBS UP untuk dia..

Tapi kalau kenderaan tu bukan nama korang,korang kena bawa salinan Kad Pengenalan owner..itu aje..
Tak sampai 15minit..siap dan selesai masalah aku..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

Trending Articles