Assalamualaikum..
Hati siapa yang tak sakit bila rumah yang di renovate menjadi tidak seperti yang diharapkan. Sudahlah retak,cat habis luntur berkulat. Rumah aku yang di renovate tahun lepas sudah kelihatan seperti rumah hantu..
Cat tembok luntur dan berkulat...
Dinding retak terbelah..
sila usha betul-betul..dalam gamabr nampak kecil garisan retak..tapi kalau tengok depan mata..memang sakit hati
tukang cat merangkap anak sedara aku yang sudi menolong aku..korang tengoklah sendiri dinding yang belum dicat tu..
Aku dijanjikan oleh situkang untuk membetulkan semuanya. Baki bayaran masih aku pegang sebagai jaminan.hingga ke hari semuanya hampeh..
Berapa lagi harus aku bersabar?
Hari demi hari aku menunggu..hingga nak masuk tahun baru..
Sudahnya aku terpaksa membeli 5 tin cat Dulux untuk mengecat semua sekali. Dinding yang retak masih retak. Aku akan cuba baiki sendiri. Walaupun dinding yang retak boleh di elokkan..tapi hati aku tetap terus retak dengan perbuatan mereka yang buat kerja tak sudah. Situkang rumah khabarnya sedang berbahagia dengan bini muda
Mujur anak sedara aku sedang cuti semester..maka dialah yang menjadi tukang cat aku. Sambil-sambil juga aku tolong mana yang sempat. Mana dengan baju-baju yang perlu aku settle kan untuk dijahit manik.
Sesungguhnya.. sakit mata memandang,sakit lagi hati mengenang!