Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

FENOMENA SUPERMOON

$
0
0
Assalamualaikum..

Sedikit info yang kontot. Hari ke 14 kita berpuasa..ini bermakna malam in adalah malam ke 15..yakni sudah sampai ke pertengahan Ramadhan..

Lalu malam ini Allah beri peluang kepada kita untuk menyaksikan kekuasaan Allah.. fenomena yang jarang dapat  dilihat iaitu Supermoon atau dalam bahasa mudahnya  Fenomena Bulan Paling Hampir Dengan Bumi!



Malam ini bulan penuh adalah yang paling hampir dengan bumi iaitu berjarak 356,989km. Bulan akan kelihatan lebih besar 14%  dan cerah lebih 30% dari biasa.


Fenomena ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna, sebab itulah jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah

Kesan fenomena ini ialah, akan berlaku perbezaan pasang dan surut air laut yang akan menjadi agak tinggi berbanding biasa.

Untuk tahun ini, jarak bulan paling jauh dengan bumi berlaku pada 7 Julai iaitu 406,491. 

Oleh itu..jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan ciptaan Allah malam ni...

Bak kata Pak Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk..
" Aiseymen..cantiknyeee bulannn"



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

Trending Articles