Quantcast
Channel: www.penbiru.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113

MY BARIATRIC JOURNEY : #19 CPAP

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ini ada appoinment dengan Klinik ENT di HSB. Semalam pun nurse ada call untuk remind TAC harini. Untuk harini aku tak jumpa doktor pun sebenarnya. Hanya jumpa nurse incharge bersama seorang pembekal mesin CPAP.

Dari ofis aku bergerak ke HSB.Temujanji pukul 11. Aku sampai ontime. Terus je ke Klinik ENT dan masuk ke bilik 81. Nurse dah ada tunggu kat situ. Dibawanya aku kebilik belakang untuk tunjukcara penggunaan mesin ni.

CPAP yang dibekalkan secara percuma kepada aku.. rasanya kalau tak ada GL..mungkin ada bayaran yang dikenakan.

Aku diajar cara guna dan direhatkan beberapa ketika selepas alat dipasang untuk kali pertama. Sebelum balik, aku dibekalkan dengan mesin CPAP untuk digunakan selama 12hari berturut-berturut. Kata nurse, kalau result doktor memerlukan aku guna CPAP, maka bolehlah beli mesin ni.

19.02.2020 tarikh untuk pulangkan mesin dan TAC berikutnya 19.05.2020..wow...3bulan selepasssss

Agreement pinjaman mesin.

Ok..berbalik kepada point asal.. CPAP.. apa itu CPAP?

CPAP atau Continuous Positive Airway Pressure  adalah alat bantuan pernafasan yang yang paling efektif untuk digunakan bagi merawat masalah pernafasan seperti Obstructive Sleep Apnea atau OSA.

Pic google

Mesin CPAP berfungsi dengan cara menyalurkan udara bertekanan melalui hidung dan/atau mulut sehingga saluran pernafasan terbuka. Tekanan udara dari mesin adalah bergantung kepada tahap OSA pesakit yang mana ianya ditentukan oleh doktor.

CPAP juga digunakan untuk merawat bayi pra-matang.

Antara kegunaan dan fungsi CPAP ialah;
•Membuka saluran pernafasan ketika tidur
•Meningkatkan kualiti tidur
•Mengurangkan/menghilangkan dengkuran
•Meredakan dan merawat gejala OSA
•Mengurangkan atau mencegah tekanan darah tinggi

Bahagian CPAP

Host untuk sambungkan mask ke mesin

Mask

Mesin (sebelah kanan untuk mengisi air)


Set lengkap CPAP. Harga pasaran antara RM4k - RM5k..boleh tahan juga harganya.


Kesan sampingan pengguna CPAP adalah sangat minima seperti;
•Kekeringan mata apabila berlaku kebocoran di bahagian atas mask(udara disembur ke atas dan mengenai kawasan mata)
•Iritasi hidung
•Ruam pada kulit

Ok..itu sajalah untuk hari ini. Malam ni mungkin tidur akan terganggu ..maklumlah..dah macam orang nak scuba diving je.. 

Harap-harap CPAP ni boleh merawat masalah OSA yang aku hadapi.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 1113